Monday, 18 November 2013

HATI MELAYU - BENTENG PERTAHANAN NEGARA TELAH BOCOR


KETUA PENGARAH RELA - SEMUA ANGGOTA RELA RAKYAT TEMPATAN, TAPI BAGAIMANA DENGAN PENDEDAHAN INI


 

KLIA, ISNIN 14 Muharram 1435 = 18hb November 2013, artikal asal di petik dari CUCU TOK WAN. ATM adalah Barisan Utama Pertahanan Negara di turuti dengan PDRM dan Pasukan Sukarela seperti Pasukan Simpanan ATM, Pasukan Sukarela PDRM. Sementara Barisan Kedua pula di mulakan dengan JPAM, RELA dan JKKK. Sungguh pun Pasukan Sukarela ini lebih kepada SUKA dan RELA tapi ia tidak kurang pentingnya, terutamanya yang berurusan terus dengan KDN. Kerana ianya berupaya menembusi SISTEM PERTAHANAN Negara. 

Basukan beruniform ini amat Ketara keperluannya kepada masyarakat ketika ini. Pengambilan anggota baru juga adalah amat teliti. Tapi yang menjadi ISSU sekarang ini adalah bagaimana PENDATANG dapat menganggotai Badan-Badan Uniform ini. Kenapa perlu di sembunyikan kelemahan sistem pengambilan Angota Baru ini. Adakah dia di LINKkan dengan JPN? Adakah CIP pada IC itu hanyalah menyimpan maklumat PERIBADI PEMILIK tanpa di linkkan dengan JPN?. 

Jika benar begitu, ini bererti berjuta-juta IC dapat di keluarkan kepada PENDATANG dan mereka tidak perlu takut kerana ALAT PENGIMBAS hanya membaca apa yang ada dalam cip itu sahaja dan PENGESAHANnya tidak dapat dibuat dengan JPN. Perrhhhh kalu inilah jawapannya amatlah malang Negara ini, tambahan pula ada Pegawai-pegawai yang tidak mahu terima teguran dan mengambil sikap acuh tidak acuh dengan maklumat yang di beri.

Ketua Pengarah RELA, Mustafa Ibrahim menegaskan bahawa semua anggota RELA adalah warga tempatan. Alasannya ialah, kesemua pemohon untuk menyertai pasukan tersebut mempunyai MyKad yang sah dan telah menjalani proses saringan yang ketat selain daripada bersih daripada rekod jenayah.

Namun, keyakinan Ketua Pengarah RELA itu boleh disangsikan ekoran terdedah pula laporan yang menyatakan, ada PATI yang menggunakan MyKad palsu menjadi anggota RELA. Pendedahan tersebut dilengkapi dengan bukti dan persoalan.

Sebenarnya, sebelum Mazidul Akmal membuat pendedahan, sudah banyak yang memperkatakan tentang keanggotaan RELA yang meragukan. Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang dihuni oleh pendatang asing, khususnya warga Indonesia, pastinya amat tahu tentang masalah ini.

Operasi pukul 9:00 malam, pukul 7:00 malam maklumat telah disampaikan ke telefon warga asing di kawasan berkenaan!

"Tak mengapa. Itu 'orang kita'," kata salah seorang warga asing yang telah dikenalpasti tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan perjalanan, berselang empat buah rumah dari rumah penulis ketika ditanya, tidakkah dia bimbang kedatangan RELA untuk membuat operasi di Pandan Mewah, Ampang.

Ketua Pengarah RELA tidak sepatutnya dengan pantas membuat kesimpulan di sebalik pendedahan yang dibuat, semata-mata untuk membersihkan RELA. Sebaliknya sebarang pendedahan seperti yang dilakukan oleh Mazidul Akmal, siasatan perlu dijalankan secara terperinci. Apatah lagi ini melibatkan keselamatan.

Satu masalah di Malaysia ialah, penafian cukup pantas dibuat. Kadang-kadang lebih lajak dari laju sehinggakan akhirnya rakyat sendiri yang mentertawakan pihak berkuasa.

Ketua Pengarah RELA patut tutup mulut dan arahkan siasatan segera dilaksanakan. Bersihkan dan saring betul-betul keanggotaan RELA sedia ada. Sepatutnya bukan penafian yang diucapkan, tetapi meminta JPN bekerjasama dengan RELA untuk mengenalpasti pemilik kad pengenalan palsu yang sudah diterima menjadi anggota RELA.

Susah sangatkah nak buang ego demi kesejahteraan rakyat Malaysia?

ZED ZAIDI RELA WARGA MALAYSIA TETAPI BUKAN ARSHANIKUM ENDEYN


Saya terbaca laporan akhbar, Ketua Pengarah, Datuk Mustafa Ibrahim mengesahkan semua anggota RELA warga Malaysia.


Klik di sini.

Januari 2013, RELA mentauliahkan pelakon warganegara MALAYSIA, Zed Zaidi dengan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) RELA.

[ Klik di sini ]

Alhamdulillah, kenalan saya, warga tempatan itu kelihatan segak berseragam RELA tatkala menerima pentauliahan terbabit.

Jika kenyataan dikeluarkan oleh Datuk Mustafa itu tepat, pemegang kad RELA di atas, semestinya warganegara MALAYSIA.   

Namun setakat ini fakta itu didapati  tersasar. 

Berikut maklumat tempat asal lelaki itu.

Untuk rujukan, Kendari, bandar dilengkapi lapangan terbang di Sulawesi Tenggara.
Arshanikum Edeyn sebenarnya warga Sulawesi Tenggara, INDONESIA. Namun seperti diketahui majoriti pembaca blog ini, lelaki suku kaum Buton itu telah menyalahgunakan nama dan nombor MyKad milik Hamdan Hamid, berasal dari Sabah untuk mendaftar sebagai ahli RELA Wilayah Persekutuan Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Jun tahun ini.

Berikut gambar Hamdan dihantar oleh sumber saya. Pihak berkuasa berhak untuk mengesahkan ketulenan gambar ini.


Terkini, Arshanikum telah memadamkan gambar kad keahlian RELA dimuatnaik di laman facebook milik warga asing itu. Mujur saya menyimpan salinannya. Semua gambar tatkala dia bertugas sebagai pengawal keselamatan haram juga tidak lagi dipamerkan. Gambar profilnya juga telah ditukar, tinjau di sini.



Dia menyedari, penipuan liciknya selama ini tersebar di laman sosial sekaligus tembelangnya pecah, berbau amat busuk. 

Kisah awal anggota RELA warga INDONESIA itu telah saya dedahkan di sini.

11 November lalu, saya menghubungi Pengarah RELA Wilayah Persekutuan untuk mengesahkan identiti Arshanikum.  

Klik di sini

Malangnya sehingga hari ini, beliau masih belum memberikan sebarang respon.

Jika benar semua ahli RELA, warganegara Malaysia, buktikan gambar dicetak di kad RELA di bawah, adalah penama dan pemilik asli Mykad 850728-12-6265.


Jika diteliti maklumat dimuatnaik di laman sosial Arshanikum, dia ternyata pengguna bahasa Buton. 

Berikut, senarai rakan rakannya, majoriti warganegara INDONESIA.


Oh! Usah lupa, Arshanikum juga rakan kepada pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib. Sebelum ini penjenayah terbabit, Loade Ardina Loade Rasila, 35 tahun menggunakan nama samaran Ardi Ode Putra Katela.

Perhatikan, antara rakan Loade Ardina disenaraikan di bawah (barisan tengah hujung kanan), Arshikum.

Jadi masih benarkan kenyataan bahawa SEMUA ahli RELA warganegara MALAYSIA? Pembaca, sila catatkan pandangan anda di ruang komen.




AMUKANMELAYU - Adek oh adek.....rumah kita nak runtuh......rak rak rum....