Sunday, 10 November 2013

KES Ambank - LELAKI BACUL MEMBUNH WANITA TELAH DI TANGKAP


Pengawal keselamatan tembak mati pegawai bank Ambank berjaya ditangkap DI JOHOR BAHRU!!!

OLAK LEMPIT, Ahad 06 Muharram 1435 = 10hb November 2013.Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua jatuhnya. Gedebab tersungkur di tangan PDRM di Johor. Inilah dalah sejarah Nusantara, lelaki paling dayus yang pernah di lahirkan oleh Ibunya kedunia. 
 
Dengan tertangkapnya Penjenayah dayus ini, PDRM mengatakan Kes AmBank selesai.



Kes Ambank  - Akibat Angan-Angan Nak Kaya



Pembunuh/perompak Ambank USJ, Subang Jaya pada 21 Oktober petang; yang mengunakan nama
KALAU AKU KAYA
Ardi Hamza; memang sejak awal, memasang angan-angan untuk kaya. Facebook pembunuh/perompak itu atas nama Ardi Ode Putra Katela (disini) memuatkan angan-angan itu, antaranya tumpukan wang, imiganasi menggunakan kereta mewah, khyalan kehidupan mewah.

Klu yang menjurus kepada kegembiraan pembunuh/perompak itu, apabila pada 21 Oktober dia ada menulis di wall FBnya.. jom balik kampung, selamat to all.
Ardi Hamza (mungkin nama palsu), juga menggunakan kad pengenalan palsu, kononnya beralamat di Sabah, namun di ruang fb, alamat adalah Klang.
Apabila, membaca tulisan-tulisan di wall fb Ardi- memang sah dia adalah rakyat Indonesia asal Sulawesi, kerana pertuturan yang dia gunakan adalah bahasa bugis/makasar, Suspek yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter Rasmi beliau. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang turut memberikan kerjasama sehingga tertangkapnya suspek berkenaan. Setelah hampir dua minggu, akhir warga Indonesia yang menjadi pengawal keselamatan bermodalkan kad pengenalan palsu telah berjaya diberkas oleh Team OPS CANTAS Bukit Aman di Johor Bahru pagi tadi.


Untung juga pembunuh kejam yang telah menembak muka pegawai bank tersebut untuknya melarikan wang tunai berjumlah lebih RM400 ribu, tidak disedekahkan peluru TEAM OPS CANTAS. Barangkali dia sedar pump-gun yang digunakannya tidak akan menyelamatkan nyawanya.

Apatah lagi dia juga tahu, peguam-peguam dari PAKATAN RAKYAT terutama sekali Sivarasa Rasaiah, N.Surendran, Latheefa Koya dan sebagainya sudah bersedia untuk membela dan menyelamatkan batang tengkuknya dari tali gantung.

Atau Ambiga Sreevenasan boleh mengatur bersama-sama DAP sebagai penyumbang dana untuk mengadakan demonstrasi jalanan membela penjenayah kejam ini. Para penyokong Pakatan Rakyat sudah tentu tidak sabar-sabar hendak turun berdemonstrasi jalanan demi membela penjenayah macam yang selalu mereka buat.

NAIB PRESIDEN PKR, SURENDRAN AKAN JADI PEGUAM BELA PENGAWAL KESELAMATAN AMBANK!!

TERGAMAKNYA seorang pengawal keselamatan yang diharapkan menjaga keselamatan majikannya menembak seorang pegawai bank yang tidak berdosa semata-mata hanya mahu melarikan duit berjumlah ratusan ribu ringgit. Sanggup menembak mati seorang ibu yang punyai suami juga anak-anak yang masih kecil.

Lebih tergamak apabila ada beberapa orang peguam yang mahu mempertahankan pengawal keselamatan itu atas dasar hak asasi manusia. Lebih hebat lagi apabila yang membela pengawal keselamatan yang juga seorang pendatang asing tanpa izin dengan menggunakan kad pengenalan palsu adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat berstatus Naib Presiden PKR.

Apa sudah jadi dengan Malaysia ini? Apabila yang salah dan si penjenayah terus-terusan dibela, sedangkan mangsa serta ahli keluarga mangsa hanya dapat sekadar merintih dan mengenang kenangan silam bersama arwah.

Seperti mengendalikan kes biasa dalam mahkamah, N. Surendran dibantu oleh Lateefa Koya dikatakan akan mewakili pengawal keselamatan durjana itu bagi menegakkan keadilan atas dasar hak asasi manusia yang wajib dikecapi oleh semua golongan tidak kira mahupun penjenayah sekalipun.
Bukan sekali atau dua kali peguam berfahaman pakatan haram ini bertindak membela si penjenayah. Apa sahaja yang berkaitan dengan penjenayah dan PDRM pasti akan muncul beberapa orang peguam berfahaman pakatan haram ini yang turut diketuai oleh Karpal Singh si cacat.

Sedih, pilu keluarga Allahyarhamah apabila masih ada lagi manusia yang lupa diri ingin membela pembunuh isteri dan ibu mereka. Apakah perasaan orang seperti kita yang kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba, sedangkan kubur masih lagi merah sudah ada orang lain yang mahu membebaskan si pembunuh.
Renungkanlah.



AMUKANMELAYU - Melayu keliru dengan perjuangan Orang Melayu yang KUNONnya hendak menegakkan Ugama, Menjaga Bangsanya dan Negaranya......apakah kita sudah kehilangan Pejuang-Pejuang Ugama, Bangasa dan Negara.......?Sebaliknya Orang kita dipergunakan dan dengan menyokong untuk menjadi peguam kepada PENYAMUN TARBUS AmBank, maka ramailah nanti akan kata KAFIRUN lebih baik dari saudara sendiri. Hilang dah yang dia bunuh orang.... dunia-dunia..................