Monday, 11 November 2013

PEMBUNUHAN Ketua Penguatkuasa JAIP ADALAH SATU PERMULAAN AWAL UNTUK MENGGULINGKAN SULTAN-SULTAN ISLAMELAYU


Ketua Penguatkuasa JAIP Mohd Raffli Abdul Malek Dibunuh Setelah Berjaya Benteras Ajaran Sesat SYIAH...?


OLAK LEMPIT, ISNIN 07 Muharram 1435 = 11hb November 2013. Menurut laporan Bernama yang diperolehi dari sumber polis, dan sumber dari Agendadaily.com,  suspek yang telah membunuh Ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang melibatkan tiga lelaki yang dipercayai memakai pakaian jubah berwarna hitam dan berkopiah. Berjubah dan berkopiah adalah imej Islam, tapi kenapa perlu membunuh sedang dalam HUKUM BALAS, bunuh di balas bunuh. Adakah ini adalah satu perangkap untuk Kerajaan menuduh semua ini adalah Kerja Pengikut Syiah? Atau ianya kerja Pengikut Tuhan Harun?

Jika ianya pengikut Syiah, maka kita sudah di fasa terakhir ASWJ Nusantara yang selama ini di ZON Selamat akan menjadi sasaran PEMBUNUHAN Perbezaan fahaman Islam. Ertikata kita akan berbunuhan sesama sendiri dan orang lain bertepuk tangan. Al - Marhum adalah mangsa pertama yang menjadi bahan ujikaji Puak-puak yang membawa masuk fahaman SYIAH ke Malaysia.


Mengendali tiga kes besar berkaitan jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun, gerakan Syiah dan operasi kelab malam, amat sukar jika kita katakan Pengikut Tuhan Harun melakukan perkara ini. Ini kerana sudah banyak kes ajaran sesat yang di bongkar dan akhirnya di bawa ke MEJA TAUBAT dan kes banyak yang selesai.

Bagi pendapat penulis,  mereka ini telah bersatu untuk menjatuhkan Kerajaan yang ada dan dalam ertikata lain MENGHINA Tuanku kerana Tuanku adalah Ketua Ugama di setiap Negeri. Ini satu dari strategi terakhir untuk menggulingkan Kerajaan yang ada untuk langkah seterusnya memREPUBLIKkan Malaysia setelah semua agensi lain telah di runtuhkan seperti serangan kepada Badan Kehakiman, PDRM, Ugama Islam, SPRM, Kristianisasi dan banyak lagi. Dasar Kerajaan yang lemah juga turut menyumbang kepada keruntuhan Kerajaan yang ada.

Hari-hari terakhir amatlah memilukan "Abang gantunglah langsir," itu kata-kata terakhir Rosmahawani Abd Wahab, 41, isteri Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Abdul Malek kepada arwah sebelum suaminya mati akibat terkena tiga das tembakan di rumah mereka di Indera Mahkota 2 dekat sini Ahad.
Mohd Raffli, 49, meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu Mohd Asyraff, 22, Mohd Abrar, 20, Mohd Amin, 15, dan Mohd Akashah, 12.

Menurut Rosmahawani, ketika kejadian mereka berdua sedang melakukan kerja-kerja rumah dan beliau menyuruh arwah menggantung langsir sebelum Mohd Amin memaklumkan ada orang ingin berjumpa bapanya di luar rumah.

"Anak saya ketika itu dekat luar, kemudian memberitahu, ada orang nak jumpa Abah, Ustaz (Mohd Raffli) yang sedang menggantung langsir kemudian keluar untuk menemui orang tersebut.

"Saya dengar orang beri salam dan sempat mendengar Ustaz berkata kepada orang yang ditemuinya itu, 'tak nak masuk rumah dulu ke,' sebelum terdengar bunyi dua das tembakan dan anak saya menjerit, 'Abah kena tembak, Allahuakbar!" katanya ketika mengimbas kembali kejadian itu kepada pemberita di rumahnya, Ahad.

Dalam kejadian itu, mangsa ditembak seorang daripada tiga suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback putih.

Ketika ditanya sama ada arwah pernah menerima ancaman atau ugutan daripada pihak tertentu yang mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai penguatkuasa JAIP, Rosmahawani berkata setakat dalam pengetahuannya, Mohd Raffli tidak pernah mendapat sebarang ugutan atau ancaman daripada sesiapa.

"Malah saya dah tanya anak buah beliau sama ada arwah pernah menerima ugutan tetapi merekapun berkata tidak ada," kata suri rumah itu.

Ditanya sama ada beliau atau arwah mengenali suspek, Rosmahawani menjawab tidak namun memaklumkan dia perasan kereta yang dinaiki suspek sering berlegar-legar di kawasan perumahan mereka dua tiga hari kebelakangan ini.

Dalam pada itu, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, yang sudi mencemar duli melawat keluarga mangsa di sini lewat petang Ahad.

Mohd Raffli, 49, dipercayai sedang mengendali tiga kes besar berkaitan jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun, gerakan Syiah dan operasi kelab malam.

Rumah Al-Marhum sedang di kawal Polis untuk siasatan
Sementara itu, rata-rata individu yang mengenali Mohd Raffli  menyifatkan pemergian arwah sebagai satu kehilangan besar.

Pengarah Jaip Datuk Mohamad Roslan Harun berkata sepanjang dua tahun mengenali arwah, beliau mendapati Mohd Raffli adalah seorang pekerja yang dedikasi dan tegas dalam melaksanakan tugas sebagai penguatkuasa JAIP.

"Walaupun tegas beliau (Ustaz Raffli) juga sangat mengambil berat terhadap anak-anak buahnya dalam melaksanakan tugasannya," katanya.

Ditanya kemungkinan akan mewujudkan jawatankuasa siasatan dalaman berhubung kes itu, Mohamad Roslan berkata jika ada keperluan Jaip mungkin menubuhkan satu jawatankuasa siasatan berpandukan maklumat dan siasatan polis.

Perkara itu katanya, bagi memastikan kes seperti itu tidak berlaku terhadap pegawai Jaip yang lain pada masa hadapan.

Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman yang turut hadir meluahkan rasa dukacita dengan pemergian arwah yang disifatkan seorang pegawai Jaip yang amat bertangunggjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas yang dipikul.

"Kami mengharapkan semua pihak dapat membantu dan memberi maklumat yang jelas bagi membantu (pihak berkuasa) menangkap pihak yang zalim ini.

"Beliau kerja dengan ikhlas tapi telah dianiaya dan ditembak, satu perkara yang amat mendukacitakan, kami doakan supaya roh beliau bersama dengan para solihin dan termasuk (golongan) syahid akhirat," katanya dengan nada sebak.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad pula berkata kerajaan negeri membantu menguruskan urusan jenazah dengan sebaik mungkin selain akan membantu dalam hal berkaitan kebajikan keluarga arwah.

Dalam kejadian 1.55 tengah hari Ahad, Mohd Raffli, 49, mati selepas terkena dua das tembakan di dadanya yang dilepaskan oleh seorang daripada tiga suspek yang dipercayai menaiki kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih.

BILA TUN M BERBICARA TENTANG SUNNI & SYIAH...

Dari dulu, aku lihat Tun M sebagai seorang ayah. Lepas Tun M letak jawatan, aku lebih sayang padanya. 
Ayahanda Tun M
Tun M pada aku mengamalkan fahaman Islam yang cukup fundemantel. Tun M cukup wasatiyyah dalam fahamannya tentang Islam. Dia tak esktrim macam PAS. Dia baik dengan PAS di zaman Ustaz Fadhil Noor dulu dan mungkin sampai sekarang macam tu...
Tun M dikenali sebagai "ultra Malay". Kalau berani, cuba la cabar Tun M bercakap pasal survival bangsa. Dia memang truely LEGEND! Kali ni dia bercakap tentang Sunni dan Syiah... baca sendiri.. dan aku sekali lagi setuju dengan tulisan "Che Det" ni...

1. Sejarah Islam dipenuhi dengan permusuhan antara Sunni dengan Syiah. Kerapkali peperangan berlaku di antara mereka. Hari ini kita baca dalam akhbar dan TV berkenaan dengan letupan bom yang membunuh dan mencedera beratus-ratus daripada pengikut kedua-dua mazhab ini semasa mereka sedang sembahyang Jumaat di masjid dan di lain-lain tempat di mana mereka berkumpul.
2. Melihat akan permusuhan dan bunuh-membunuh diantara Sunni dan Syiah, musuh-musuh Islam, Yahudi dan sekutu mereka amat gembira. Bagi mereka, samada Sunni atau Syiah, semuanya adalah orang Islam dan seteru mereka. Kerja mereka untuk melemah dan musnahkan Islam dan orang Islam sedang dibuat oleh orang Islam sendiri.
3. Permusuhan antara Sunni dan Syiah ini tidak berlaku di Malaysia kerana buat sekian lama semua orang Islam di Negara ini terdiri daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu Sunni pengikut Imam Shafei. Mereka semua berpegang kepada ajaran Islam yang sama. Walaupun perbezaan politik memisahkan diantara orang Islam di Malaysia, tetapi ia tidak sampai kepada membunuh dan berperang.
4. Sekarang ini ajaran Syiah sedang dikembangkan di Malaysia. Jika Syiah bertapak di sini sudah tentu orang Islam Malaysia akan berpecah lagi. Jarak antara mereka yang terima ajaran Sunni dan Syiah akan semakin luas. Masing-masing akan adakan masjid berasingan dan bermacam lagi perbezaan.
5. Lambat laun permusuhan mereka akan meningkat sehingga mereka akan merusuh, membunuh dan berperang seperti yang berlaku di Iraq, Pakistan dan Syria.
 
6. Kesan daripada ini ialah Negara akan jadi tidak stabil dan tidak aman. Orang Islam di Negara ini akan ditimpa bala yang amat dahsyat. Mereka yang sudah pun lemah akan menjadi lebih lemah. Kerosakan yang teruk akan berlaku seperti yang kita lihat di Negara-negara di mana Sunni dan Syiah bermusuh.
7. Selama ini kita berpegang dan menganuti agama Islam tanpa banyak masalah. Kita tahu di Iran dan beberapa Negara Islam yang lain ada penganut agama Islam Syiah. Kita tidak ingin menimbulkan masalah bagi mereka dengan mencuba mengembangkan fahaman dan mazhab Sunni di kalangan mereka. Sebaliknya janganlah cuba membawa fahaman Syiah ke Malaysia yang aman kerana kita berpegang kepada satu mazhab yang sama.
8. Kepada kamu agama kamu, kepada kami agama kami (Lakum dinukum waliyyadin). Al Quran menerima adanya orang yang beriman dan ada yang kafir. Tidak ada paksaan dalam Islam. Mereka yang kafir bebas dengan kekafiran mereka dan mereka yang Islam juga bebas menganuti dan mengamal ajaran Islam. Dengan itu permusuhan tidak akan berlaku dan masyarakat menjadi aman.

Jom Kita Tengok Kronologi Revolusi Iran. Ada Tak Persamaan Dengan Apa Yang Terjadi di Malaysia sekarang ini.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penunjuk perasaan membawa potret Ayatollah Khomeini 
Revolusi Iran (turut dikenali sebagai Revolusi Islam Bahasa Parsi: "Enghelab Eslami") adalah sebuah revolusi yang mengubah kerajaan Iran daripada sistem pemerintahan monarki kepada sistem Republik Islam. Pertukaran ini dibuat melalui pungutan suara rakyat Iran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, setelah beliau berjaya mengusir raja Iran terakhir, Shah Mohammad Reza Pahlavi keluar dari Iran.

Revolusi ini adalah sebuah gerakan yang unik kerana kejayaannya mengejutkan seluruh dunia. Sebab ia sesuatu yang unik kerana ia bukanlah berpunca daripada kekalahan dalam peperangan, krisis kewangan ataupun pemberontakan golongan bawahan mahupun tindakan ketenteraan; seperti revolusi-revolusi lain dalam sejarah bertulis manusia. Revolusi Iran berlaku dengan pantasnya dan berjaya menjatuhkan sebuah rejim yang dilengkapi dengan kuasa tentera yang kuat dan hebat; dan rejim ini digantikan dengan sistem pemerintahan teokrasi yang diundi berdasarkan tahap kemuliaan seseorang itu.

Revolusi ini terjadi kepada dua peringkat. Peringkat pertama bermula pada pertengahan 1977 hingga tahun 1979 yang dipimpin oleh pihak liberal, golongan haluan kiri dan kumpulan agama. Kesemua mereka memberontak menentang Shah Iran. Peringkat kedua yang turut dikenali sebagai Revolusi Islam menyaksikan naiknya Ayatollah menjadi pemimpin revolusi.

1940: Kemahkotaan Shah

Shah Mohammad Reza Pahlavi mula memegang kuasa pada tahun 1941, menggantikan ayahanda beliau, Shah Reza. Penggantian ini adalah menerusi rampasan kuasa oleh Inggeris dan Kesatuan Soviet yang menyebabkan Shah Reza terpaksa melarikan diri ke luar negara dan puteranya dipilih menggantikan beliau dengan harapan puteranya akan menjadi sekutu Inggeris dan Kesatuan Soviet. Shah Reza dikenali sebagai seorang yang nekad untuk memajukan negaranya tetapi pada masa yang sama bertindak kasar terhadap para ulama Iran. Pada tahun 1953, beliau melarikan diri keluar Iran apabila terjadi pergeseran antara beliau dengan Perdana Menteri Iran, Mohammad Mossadegh. Pergeseran ini berpunca daripada polisi Mohammad Mossadegh yang ingin memiliki negara yang dipenuhi lapangan minyak Iran ini dan meletakkan kuasa tentera di bawah penguasaan beliau. Melalui kudeta yang dibantu oleh CIA dan M16 (Operasi Ajax), Mossadegh berjaya digulingkan dan Shah kembali berkuasa.
Seperti ayahanda beliau, Shah Pahlavi meneruskan permodenan Iran. Beliau menjalinkan hubungan yang rapat dengan Amerika dan beberapa negara-negara barat lain dan sering kali mendapat pengiktirafan daripada Amerika kerana pendirian beliau yang menentang komunis. Namun begitu, pihak pembangkang yang terdiri daripada kumpulan berhaluan kiri, nasionalis, dan ulama selalu mengeluarkan kritikan kerana pemerintahan beliau melanggari perlembagaan Iran. Selain itu, rasuah dalam politik berleluasa dan juga tekanan politik menerusi badan perisikan beliau iaitu SAVAK.

1960s: Naiknya Ayatollah Khomeini

Ayatollah Khomeini, pemimpin revolusi Iran ini mula menampilkan dirinya dalam arena politik sekitar awal tahun 1963. Beliau mengetuai kumpulan pembangkang menentang kerajaan Shah dan rancangan Revolusi Putih beliau. Antara perkara-perkara yang diperdebatkan oleh Ayatollah ialah hak mengundi untuk perempuan, perubahan undang-undang pilihan raya yang yang membenarkan kumpulan agama minoriti memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan perubahan dalam undang-undang perkahwinan.[10]. Kemudiannya, beliau mengisytiharkan Shah telah "memulakan proses kehancuran Islam di Iran".

Disebabkan oleh pengisytiharan beliau, Khomeini ditangkap pada 5 Jun 1963 dan 3 hari selepas itu rusuhan berlaku di seluruh Iran. Pihak polis bertindak balas dengan menggunakan kekerasan terhadap perusuh-perusuh ini. Menurut laporan daripada kerajaan Pahlavi, seramai 86 orang terbunuh. Penyokong Khomeini pula mendakwa sekurang-kurangnya 1500 terbunuh manakala pihak polis yang dibentuk selepas revolusi mengumumkan lebih daripada 380 orang terkorban. Khomeini ditahan di rumah beliau selama 8 bulan dan kemudiannya dibebaskan. Setelah pembebasan beliau, Khomeini meneruskan kegiatan beliau mengkritik Shah terutamanya mengenai hubungan rapat Shah dengan Israel dan juga "penganugerahan" imuniti diplomatik pegawai tentera Amerika di Iran. Pada November 1964, Khomeini sekali lagi ditangkap dan kali ini beliau dibuang negeri selama 14 tahun dan kembali semula ketika revolusi.

Selepas buangan Ayatollah, tentangan terhadap Shah ditekan atau disekat oleh SAVAK dan ini menghasilkan keadaan tenang buat seketika. Namun, pada masa yang sama, terdapat gerakan pemulihan Islam dan gerakan ini mendapat sokongan yang jauh lebih hebat daripada proses permodenan Shah. Idea Khomeini mengenai negara Islam di dalam tulisan beliau, wilayat al-faqih mendapat sambutan yang hebat. Menurut Khomeini, umat Islam haruslah mengaplikasikan undang-undang sharia dan untuk menguatkuasakan undang-undang ini, kerajaan Islam haruslah diperintah oleh ulama.

Walaupun Khomeini jarang menyentuh mengenai buku ini dalam temu ramah beliau di luar negara tetapi di Iran, ia disebarkan dengan meluasnya. Buku ini kemudiannya menjadi sumber inspirasi dalam pemberontakan rakyat Iran terhadap Shah Reza.

1970s: Situasi di Iran Sebelum Revolusi

Shah Mohammad Reza Pahlavi
Terdapat beberapa peristiwa pada tahun 1970-an yang menyebabkan tercetusnya revolusi. Antaranya ialah layanan mewah kerajaan kepada rakyat asing sedangkan ramai rakyat tempatan hidup melarat, kadar inflasi yang melonjak tinggi diikuti dengan jurang antara kaya dan miskin yang semakin besar, sikap sekularisme Shah Mohammad Reza dan juga dakwaan bahawa SAVAK merupakan punca kematian pemimpin Islam yang berfikiran moden, Ali Shariati dan juga penglibatan SAVAK dalam kematian putra Khomeini, Mostafa (di Tehran).

Pada Oktober 1971, terdapat sebuah sambutan untuk ke 2500 bagi meraikan pengasasan negara Parsi. Sambutan ini diadakan selama tiga hari di Persepolis dan tetamu-tetamunya hanyalah warga-warga asing. Ini merupakan sebuah pesta yang menelan belanja yang tinggi (dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya $100 juta Hidangan untuk pesta itu pula disediakan oleh tukang masak yang dibawa dari Paris. Pada masa yang sama, kawasan sekitar Persepolis iaitu wilayah Sistan dan Baluchestan mengalami kemarau yang teruk dan ramai penduduk di kawasan itu dan Iran umumnya hidup kelaparan.

Pada lewat 1974, berlaku peningkatan harga minyak di pasaran dunia. Namun begitu, kesannya kepada Iran adalah sebaliknya. Tahap inflasi melonjak naik dan jurang antara yang kaya dan miskin dan juga antara penduduk bandar dan luar bandar semakin besar. Lebih memburukkan keadaan, kerajaan Iran menghabiskan ratusan juta bagi membiayai pekerja-pekerja pakar asing dan juga membeli pelengkapan tentera daripada Amerika yang ternyata tidak berguna ketika itu dan ia satu pembaziran.

Pada tahun 1976, jentera kerajaan Shah menaikkan kemarahan penduduk Islam Iran kerana mengubah kalender Iran daripada kalender Hijrah kepada kalender solar Iran yang pernah digunakan ketika zaman Cyrus Agung.[18]. Pada tahun yang sama, Shah mengumumkan rancangan penjimatan ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan tahap inflasi. Kesannya, ramai rakyat Iran yang hilang pekerjaan dan ramai yang jatuh miskin dan bermigrasi ke kota besar meningkat.

Jimmy Carter, presiden Amerika pada tahun 1977 mengutuskan sebuah peringatan kepada Shah Mohammad mengenai betapa mustahaknya hak kebebasan dan kebebasan berpolitik. Shah kemudiannya membalas peringatan ini dengan mengampuni 357 tahanan politik pada bulan Februari tahun yang sama. Beliau juga turut membenarkan Persatuan Palang Merah untuk melawat penjara tahanan politik. Ini merupakan permulaan liberalisasi oleh Shah. Pihak liberal kemudiannya mengeluarkan seutus surat mengecam rejim beliau.

Tahun yang sama juga turut menyaksikan kematian seorang ahli politik yang penting iaitu Ali Shariati. Beliau adalah seorang pemimpin Islam moden dan kematian beliau didakwa didalangi SAVAK. Pada Oktober pula, putra Khomeini, Mostafa meninggal dunia. Walaupun punca kematian adalah serangan sakit jantung, tetapi terdapat desas desus mengatakan kematian beliau juga merupakan antara rancangan SAVAK.

1978: Tercetusnya Revolusi

Bangkangan terhadap pemerintahan Shah dimulai dengan kumpulan-kumpulan liberal daripada kelas pertengahan dan berpusat di kawasan-kawasan bandar. Golongan ini lebih sekular dan mempraktikan Islam secara sederhana. Namun begitu tujuan protes mereka hanyalah supaya kerajaan Shah Mohammad berpegang kepada Perlembagaan Iran 1906, dan bukannya kepada undang-undang Sharia. Mehdi Bazargan adalah antara pemimpin yang paling aktif dalam bangkangan ini. Beliau memimpin Gerakan Iran Merdeka yang berkait rapat dengan bekas perdana menteri Iran, Mohammed Mossadegh. Gerakan ini mendapat sokongan padu dari dalam dan luar Iran.

Ulama-ulama Iran pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ulama-ulama yang menyokong kumpulan sekular liberal dan kumpulan kedua menyokong gerakan komunis Marxists. Khomeini pula yang ketika itu sedang didalam buangan berkerja keras untuk menyatukan golongan ulama, golongan sekular, liberal dan pembangkang dan meletakkan mereka semua dibawah pimpinan beliau.

Januari 1978: Demonstrasi Utama Pertama

Demonstrasi pertama menentang Shah dimulakan dengan kumpulan mahasiswa Islam pada Januari 1978. Kerajaan Shah mengutuskan pihak tentera untuk menguraikan demonstrasi dan keputusan ini menyebabkan beberapa mahasiswa-mahasiswa terbunuh
Mengikut tradisi Shia, sebuah majlis peringatan dilakukan setelah 40 hari kejadian itu berlaku dan ia dilakukan di masjid-masjid di seluruh Iran. Pada 18 Februari, beberapa demonstrasi dilakukan di seluruh Iran bagi memberi penghormatan kepada korban mahasiswa-mahasiswa itu dan juga untuk memprotes kekejaman Shah. Akhirnya, pergeseran tercetus di Tabriz dan ratusan penunjuk perasaan terbunuh. Perkara yang sama turut terjadi pada 29 Mac dan kali ini di seluruh Iran. Kebanyakan bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat milik rejim Shah dirobohkan dan dimusnahkan, dan sekali lagi, ratusan nyawa terkorban.

AMUKANMELAYU - Indonesia, cina, India dan banyak lagi Negara yang BERSULTAN satu ketika dulu akhirnya dengan kebangkita rakyat yang sebenarnya rakyat di dakyah supaya menentang SULTAN oleh beberapa orang yang GILAKAN KUASA dan akhirnya Negara tersebut PORAK PORANDA. Benar kata-kata Raja Muda Perak: "Jangan terlalu KHAIRAH mendengar GURUH di langit habis air di TEMPAYAN di curahkan". Perubahan adalah ke arah KEBAIKAN atau lebih baik dari sekarang. Apalah gunanya jika perubahan itu lebih BURUK dari sekarang?