ملايو يڠ هيبت ڤرلو برساتو ممبله دنيا
OLAK LEMPIT, Rabu 23 Muharram 1435 = 27hb November 2013. Nampaknya pertahanan kita mengenai ISLAM dan MELAYU semakin RAPUH namun semalam sebenarnya harus dicatatkan dalam sejarah, peristiwa semalam juga harus disebarkan secara agresif kepada seluruh umat. Peristiwa
semalam adalah bukan sembrono leceh isunya, sebaliknya ianya menyentuh
mengenai KEHEBATAN MELAYU DAN KEBIJAKSANAANYA dalam memperjuangan maruah umat Islam.
Pucuk Pauh Delima Batu, Anak Sembilang Di Tapak Tangan,
Sungguh pun Jauh Beribu Batu, Hilang di Mata di Hati Jangan. Kenapa
pantun ini di cipta beribu tahun dahulu? Walau pun jauh beribu
batu...tapi segala bantuan di hantar juga kerana itulah KUNCI
kebijaksaan dan KUNCI keamanan dunia.....Damainya PLASTINE maka
berkembangbiaklah ISLAM ini keseluruh dunia dengan PENDAKWAHNYA mudah
menjalankan missinya.
Sudah lama Salahuddin Al-Ayubbi menyedari KUNCI keamanan dunia itu berada di Plastine. Dunia akan aman InssyaAllah jika RANTAU PLASTINE itu di pegang oleh Islam......
Tribunal
jenayah perang kuala lumpur yang mengkhususkan kepada perbicaraan
khusus mengenai pembunuhan umat islam dalam peristiwa shabra dan
shatila adalah satu kemuncak percikan betapa seriusnya pemimpin melayu
dan parti umno dalam menegaskan kepada umat dunia akan kejamnya regim
zionis.
kualiti
tribunal ini pada hakikatnya kuat kerana ia dipimpin oleh tun dr
mahathir, pemimpin melayu yang tak pernah gentar untuk melanyak secara
terbuka zionis.
pembuktian,
dakwaan, saksi dan bahan bukti tribunal semalam telah menegaskan akan
terdapatnya pembunuhan secara sistematik regim zionis terhadap umat
islam di beirut khususnya dalam kem shabra dan shatila.
MELAYU DALAM TRIBUNAL INI SAHKAN TERDAPAT GENOSID.
Melayu
dalam tribunal ini juga bakal membawa konklusi ini ke mahkamah jenayah
antarabangsa di the hague belanda dan PBB untuk tindakan selanjutnya. Sekadar membandingkan kualiti isu yang dibawa oleh pemimpin Melayu dengan Kafirun Malaysia yang di sokong oleh Orang Melayu yang malu nak mengaku Melayu,
Pemimpin yang malu nak mengaku Melayu ini pernah juga mengecam PENYEMBELIHAN KEM SHABRA DAN SHATILA namun
ianya sekadar cakap-cakap-cakap saja..... zionis kejam kemudiannya zionis laknatullah tapi akhir
sekali semua itu hanya modal politik hanya untuk di jadikan issu atau tajuk ceramah untuk megaut DUIT TABUNG dan akhirnya kerajaan disalahkannya kerana tidak membantu Plastine..
Yang lagi sorang tu.... takkan mampu nak sebut pun kekejaman zionis kerana dia juga menjadi petugas zionis terbaik dalam ASEAN.
orang melayu wajib sedar kualiti yang berbeda antara keduanya.
tahniah tun dr mahathir, Islamelayu dan seluruhnya.
AMUKANMELAYU - BANGGA MENJADI ISLAMELAYU YANG HEBAT !