Wednesday, 11 December 2013

JIKA WAKIL RAKYAT DARI RAKYAT SETEMPAT, BANYAK CALON TERKENA JERAT


SPR Perlu Peraturan Lebih Ketat Agar Masyarakat Mendapat Wakil Rakyat Lebih Bertanggungjawab

OLAK LEMPIT, Rabu 7 Saffar 1435 = 11hb Disember 2013,. - Di petik dari artikal asal dari Blog DET, Setiausaha SPR, Datuk Haji Abdul Ghani Salleh telah mengeluarkan Laporan Post Mortem PRU Ke 13. Post mortem berkenaan melibatkan 222 kerusi parlimen dan semua kerusi Dun kecuali Sarawak. Tujuan post mortem berkenaan dilakukan adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dan cadangan untuk mengatasinya. Ini menunjukkan SPR komited untuk membuat penambahbaikan bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul.

Seperti yang kita semua tahu sebelum PRU 13 yang lepas bagaimana SPR dihenyak sampai ke dinding oleh puak-puak sebelah sana. Pelbagai tuduhan jahat yang mereka lemparkan termasuk dakwaan SPR bekerjasama dengan BN membawa masuk 40,000 pengundi asing untuk mengundi. Naik mencanak darah tinggi Pengerusi SPR apabila mendengar fitnah yang dilemparkan terhadap agensi yang diketuainya.

Masa fitnah orang tak ingat dunia, bila menang pilihanraya yang dikendalikan SPR yang difitnah sebelum itu, mereka pula yang berebut-rebut nak jadi MB dan Exco. 
Allah maha kaya, enam bulan selepas PRU 13, pemimpin MUNAFIK sendiri yang membuka aibnya dan mengesahkan dia seorang pembohong. Tiba-tiba dia buat pusingan U mengatakan dia tidak pernah mengeluarkan dakwaan sedemikian. 
Beberapa hari lepas sekali lagi dia ulangi dakwaan jahat terhadap SPR dan kerajaan di Dewan Rakyat. Dalam masa beberapa minit dia pusing lagi menafikan kata-kata asalnya.

Sebab itu saya kata , Allah Maha Kaya. Sebabnya dia sendiri yang mengesahkan pembohongannya. Kita tidak perlu susah payah untuk nak meyakinkan masyarakat bahawa dia seorang pembohong. 
Antara yang dilaporkan dalam post mortem SPR yang dikeluarkan semalam adalah berhubung kesukaran pegawai pengurus pilihanraya untuk mengesan status bermaustatin seseorang calon kerana terdapat sesetengah calon yang tidak tinggal dialamat seperti yang diisi dalam borang atau mengikut kad pengenalan mereka.

SPR akan mengatasi perkara ini dan akan menyediakan panduan kepada pegawai pengurus pilihanraya bagi menentukan status bermaustatin seseorang calon. 
Peraturan pilihanraya yang ada hari ini menetapkan seseorang yang ingin masuk bertanding bagi kerusi DUN dia harus tinggal di negeri yang dia bertanding. Manakala untuk bertanding kerusi parlimen pula dia boleh tinggal dimana-mana asalkan dalam Malaysia.

Masalah bertanding tak ikut kawasan ini kebiasaannya timbul di sebelah pihak pembangkang. Orang Johor bertanding di Kelantan. Orang Melaka bertanding di Pulau Pinang. Orang Pulau Pinang bertanding di Kedah. Malah dalam PRU yang lepas kita boleh lihat bagaimana orang Negeri Sembilan pergi bertanding di Dun Sungai Acheh, Pulau Pinang.

Sebabnya mereka bukan nak jadi wakil rakyat atau berkhidmat kepada rakyat sangat. Mereka nak guna rakyat sebagai rubber stamp untuk mengesahkan mereka bergelar YB. 


Peraturan menjadi calon yang ada pada hari ini kelihatan agak longgar. Saya ingin mencadangkan kepada SPR agar perkara ini dipinda dan diperketatkan supaya rakyat tidak menjadi mangsa percaturan politik parti-parti politik. Dalam masa yang sama juga kita dapat melahirkan wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab. Apabila ada wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab pembangunan rakyat dan kawasan yang mereka wakili juga akan lebih mantap.

Contoh terbaik dalam kes ini adalah Lim Kit Siang. Dia sering lari dari satu parlimen ke satu parlimen lain. Daripada Melaka ke Selangor ke Pulau Pinang ke Perak dan sekarang di Johor. Dimana tempat tinggal dia yang sebenar pun kita tak tahu. Dia tidak perlu komited terhadap tempat-tempat yang di wakili. Kerana apabila datang pilihanraya sekali lagi dia pindah ke tempat lain pula. Ini berlaku kerana peraturan yang sedia ada yang mungkin digubal puluhan tahun lampau dilihat longgar. Boleh bertanding mana-mana kerusi parlimen asalkan tinggal Malaysia.

Sedangkan tugas wakil rakyat adalah mewakili rakyat sesuatu kawasan, membantu mereka mengatasi pelbagai masalah yang timbul, serta memajukan kawasan yang diwakili dari segenap aspek. Tetapi jika wakil rakyat sering melompat dari satu tempat ke satu tempat bagaimana nak menolong rakyat atau memajukan kawasan ? Apabila seseorang wakil rakyat itu bukan berasal atau tinggal di kawasan yang dia wakili atau bukan dari negeri berkenaan, sifat tanggungjawabnya akan jadi kurang. Kerana dia fikir dia popular atau partinya popular maka dia boleh bertanding dimana-mana sahaja.

Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada SPR agar membawa usul ke parlimen dan  Dun supaya satu peraturan baru yang lebih ketat dikenakan. Tujuannya bukan untuk menyusahkan tetapi untuk melahirkan wakil rakyat yang bertanggungjawab. Setiap orang yang ingin bertanding kerusi Dun, wajib tinggal di Dun berkenaan atau Dun yang bersebelahan dan wajib berasal di negeri yang dia bertanding dan dia sendiri seorang pengundi dalam Dun berkenaan
Untuk calon parlimen pula wajib berasal atau tinggal lebih 10-15 tahun dari dan di negeri yang terletaknya parlimen dia bertanding. Dia sendiri juga seorang pengundi dalam negeri berkenaan. Jika ini dilakukan barulah seseorang wakil rakyat itu akan bertanggungjawab terhadap kawasannya atau negeri mereka.

Apabila peraturan ini diperkenalkan SPR juga tidak lagi menghadapi masalah untuk mengesan status bermaustatin seseorang calon. SPR boleh mengesannya melalui kad pengenalannya atau melalui bil-bil utiliti di atas namanya atau dokumen-dokumen rasmi yang lain yang diatas namanya.

Dalam hal ini kita juga tidak boleh menyalahkan SPR, kerana peraturan  ini diputuskan di Dewan Rakyat, dan SPR hanya sebagai agen pelaksana apabila sesuatu keputusan itu diputuskan Dewan Rakyat. Saya berharap agar SPR dapat membawa perkara ini ke menteri berkaitan supaya ianya diusulkan di Dewan Rakyat. Dengan harapan agar satu hari nanti sistem pilihanraya tidak menjadi medan untuk calon dan parti politik berpesta.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada pihak SPR kerana mengeluarkan Laporan Post Mortem PRU 13. Ini bukti SPR telus. Berani berkongsi dengan umum tentang kelemahan-kelemahan yang timbul dan berusaha menambaik apa yang tidak kena. Ini juga bukti SPR komited ke arah usaha untuk memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia adalah yang terbaik. Tahniah….


AMUKANMELAYU - Pejuang-pejuang DEMOKRASI mengatakan, "Demokrasi Adalah Sistem Pemerintahan Yang Terbaik"....... tapi betul ke begitu, habis bagaimana dengan Membeli Undi, Menipu Undi, Fitnah semasa kempen?, Pergaduhan kerana Taksub dengan parti atau pemimpin, Rakyat menjadi dua atau tiga KUMPULAN dan sampai habis Pilihanraya tidak dapat di satukan semula? Mana Baiknya?......kembalilah kepada TERAS PEMERINTAHAN ISLAM....semuanya lengkap kecuali menggunakan Islam untuk kepentingan POLITIK.