Saturday, 14 December 2013

KOMANDO ISLAMELAYU MENGUBAH SEMPADAN DUNIA


Bot karam di Selat Melaka: 13 Komando Melepasi Tahap Kemampuan Manusia

KOMANDO ISLAMELAYU - Agi Idup Agi Ngalaban
 OLAK LEMPIT, Sabtu 10 Saffar 1435 = 14hb Disember 2013, Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku. Penulis nak ketawa pun ada.... apalah sangat dengan pertolongan itu. Komando kami melebihi tahap kemampuan manusia, kenapa Komando kami selalu berada di tahap terbaik? Ini kerana satu-satunya di dunia Askar yang membawa Kalimah Allah dan Muhammad di Kepala Mereka. Komando kami berjuang kerana Allah. Mereka di uji dari luar dan dalam. Kehilangan mereka semasa latihan gah seluruh Negara.  

 Gerakan mencari dan menyelamat 13 anggota tentera dilakukan sebaik menerima maklumat bot yang mereka naiki dipercayai hilang ketika menjalani latihan mendayung ke Pulau Nangka. Sedangkan mereka hanya tersenyum kerana mereka adalah KOMANDO Islamelayu berjuang kerana Allah, Rasul, Ugama dan Negarabangsanya.
 
11 pelatih komando, 2 jurulatih berjaya berenang dari Pulau Upeh ke Pantai Puteri

Melaka: Seramai 13 anggota tentera termasuk 11 pelatih komando yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam dilanda ombak di perairan Selat Melaka, berhampiran Klebang, dekat sini malam kelmarin, ditemui selamat selepas berjaya berenang ke Pantai Puteri, awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata, mereka ditemui orang awam dalam keadaan selamat di Pantai Puteri jam 1.19 pagi.  Kejadian jam 9.30 malam kelmarin berlaku ketika mereka sedang menjalani latihan mendayung dari pantai pesisir Kem Sungai Udang menuju ke Pulau Nangka, berhampiran Pulau Besar, dekat Serkam.

VAT 69

Laporan awal menyatakan kemungkinan bot berkenaan hilang tidak jauh dari Pulau Upeh berhampiran Dataran 1Malaysia Klebang.Pelatih yang hilang menyertai Kursus Asas Komando Siri 2/2013 Pusat Latihan Peperangan Khas (PULPAK), manakala dua lagi adalah jurulatih mereka. Ketika sesi latihan, sebanyak lima bot, iaitu empat jenis Assault dan satu Titan digunakan, manakala bilangan anggota pula seramai 45 orang termasuk seorang berpangkat pegawai dan dua jurulatih.

Kehilangan bot jenis Assault yang dinaiki 13 anggota komando disedari oleh rakan mereka apabila tiba di Pulau Upeh, kira-kira lima batu nautika dari Kem Sungai Udang pada jam 12.30 malam.
Susulan itu, gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan namun gagal ditemui sehingga awal malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman yang mengesahkan kejadian berkata, gerakan mencari dan menyelamat semua 13 mangsa diberhentikan jam 7.30 malam dan akan disambung jam 7 pagi ini.Katanya, seramai 115 anggota termasuk tentera, polis marin, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat terbabit dalam operasi itu.

Minta bantuan unit udara

“Kita juga memohon bantuan unit udara bagi mengesan mereka, namun keadaan cuaca semakin gelap ia tidak dapat dilakukan. Saya percaya mangsa masih selamat dan gerakan mencari akan diteruskan waktu siang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

Salehhudin berkata, pihaknya menerima maklumat sepasukan anggota komando dari PULPAK di Kem Sungai Udang menjalani latihan mendayung menuju ke Pulau Nangka.

TRAGEDI MUGADISHU - Islamelayu Tidak Perlu pun Pengiktirafan Amerika, Kerana Kami Tahu Kami Tahu kehebatan Tentera Malaysia



Amerika Syarikat (AS) secara rasmi hari ini mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan tentera negara tersebut di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku.

Biarpun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah tidak langsung dipaparkan dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM.

KOMANDO ISLAMELAYU - Pantang Ajal Sebelum Maut
Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.


“Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.

“Malah dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah kehilangan nyawa selain sembilan tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu,” katanya,


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang, di sini hari ini.



AMUKANMELAYU - Amuk.....ini adalah senjata terakhir kami, KOMANDO kami bagaikan KALAJENGKING.....mereka akan mematikan diri mereka dan mereka akan menyerang bila kamu TERLALU MELAMPAU............