Thursday, 26 December 2013

MALAYSIA SEDANG DI TERAJUI PM YANG LEMBIK


Kerajaan Najib Adalah Kerajaan Lembik, Lebih Lembik Dari Kerajaan Abdullah Badawi! 

 

NASEHAT KEPADA PEMIMPIN LEMBIK DAN LEMAH


Khalifah Umar bin Khattab berkata bahwa
pemimpin dan penguasa itu ada empat katagori :

(1) Penimpin dan pegawai yang mampu menguasai hawa nafsu.
Mereka ini termasuk mujahid di jalan Allah, dan Allah akan selalu memberkati kerja dan usaha mereka.

(2) Pemimpin yang baik tapi lemah, sehingga kelemahan tersebut memberikan kesempatan kepada pegawainya untuk berbuat yang tidak baik. Pemimpin seperti ini bagaikan berada di tepi jurang kehancuran kecuali jika Allah menolongnya.

(3) Pemimpin yang tidak baik tetapi pegawainya berprilaku baik.
Pemimpin seperti ini berada di neraka Huthamah, sebab dia telah mencelakakan dirinya sendiri.

(4) Pemimpin dan seluruh pegawainya tidak baik, maka semuanya akan hancur binasa.

Olak Lempit, 22 Saffar 1435 Bersaan 26hb. Disember 2013 - Sengaja penulis mulakan dengan nasihat di atas demi untuk KESEJAHTERAAN semua. Kerana pemimpin yang baik dan berani akan menanamkan keyakinan kepada rakyat. Oleh itu, Pendidikan awal sebagai Budak Kampung adalah asas untuk menjadi PM atau Menteri Malaysia. Bukan semua yang Berpendidikan di Bandar tidak boleh menjadi menteri. Jika mereka tidak memahami hatibudi Orang Islamelayu yang berasaskan dengan 3579, ianya akan menjadi sukar untuk "Merasai Denyut Nadi Rakyat" dan ianya hanya akan menjadi SLOGAN untuk meraih undi sahaja, pada hakikatnya jelas Orang Islamelayu nampak Najib condong sebelah mana.

Ingat, Melayu ini ada "alter" dan ianya akan tibul bila mereka benar-benar rasa tertekan. Alter Melayu ini buka semua ada pada Orang Melayu, melainkan mereka yang mengenal "AKAR SUSUR-GALUR MELAYU" itu sendiri. UMNO mungkin masih bermimpi dengan "JASA"nya yang begitu besar pada KEMERDEKAAN Malaysia dan PR pula sedang mencari peluang untuk "Menjahanamkan" Kerajaan yang ada ini untuk mereka ke Putrajaya.

Sebenarnya kedua-dua Pakatan BN dangan Pakatan Rakyat ini tidak tahu yang ada berjuta lagi yang sedang mencari diri mereka sendiri. Mereka mula bercakap pasal Bangsa MALA, mereka mula bercakap pasal Nabi Ibrahim, mereka mula mencari Tanah Ibu yang melahirkan "KETURAH", mereka mula mencari BANI THA MIM, mereka mula mencari RAHSIA 3579. Mereka juga mula membuka helaian demi helaian kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir.

Mereka juga tidak tahu yang dalam nada sayu Nabi Ibrahim a.s. berdoa:

“Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”

Sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran:

 “Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul.” 

 

Lihatlah luahan menyampah seorang dari komentar yang dah jemu dengan Permainan Politik yang tiada penghujungnya ini dan pula menerbitkan artikal yang Free Malaysia menyiat-nyiatkan hati nurani Blogger Pro UMNO, "ROSMAH TULANG BELAKANG NAJIB". Penulis pun dah malas nak melayan semua ini. Yang penulis tahu, dalam satu piring hanya ada satu sudu, jika ianya memerlukan dua sudu...orang akan tertawa jika kita berbuat demikian. Sebab itulah sudu yang lagi satu tu di panggil garpu.

Ayat mudahnya...."Jangan Lebih Sudu Dari Kuah" 

 selamanyaumno says:

December 26, 2013 at 12:28:00 PM GMT+8
memang patut dikenakan pun...letih la nak layan hal big mama ni...dah la pembangkang asyik dpt bola tanggung disebabkan cara kepimpinan DS Najib yang nampaknya tak lebih baik drp Pak Lah, big mama pun bagi bola tanggung juga. Kami marhain, penyokong akar umbi ni yang teruk. Nak singgah kedai kopi pun dah malas..takut kena perleceh dengan geng pro pembangkang dan puak atas pagar.
KURANG AJAR - Lihat Tweet Nga Kor Ming

Semuanya mengatakan Anwar Ibrahim merupakan faktor besar bagi apa yang sedang berlaku di Malaysia dewasa ini. Namun meletakkan keseluruhan kesalahan kepada Anwar Ibrahim, sangat tidak adil. Sebaliknya faktor kerajaan itu sendiri, merupakan faktor pembolehubah terbesar yang perlu disentuh.

Anwar Ibrahim tidak akan berani berbuat apa-apa kalau kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang sangat tegas serta berpegang kepada Perlembagaan dan Undang-Undang negara. DAP dan Lim Guan Eng serta para penyokong mereka yang semakin melampau, tidak akan berkelakuan menjolok mata seperti sekarang sekiranya timbangtara berdasarkan penguatkuasaan undang-undang diperketatkan.

Malangnya, pentadbiran Kerajaan Malaysia terlalu lemah. Tidak sahaja mudah diserapi oleh pelbagai fahaman yang akhirnya menjahanamkan Malaysia, umat Islam, Melayu-Bumiputera dan rakyat yang lain, malah Kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat, terlalu takut untuk bertindak. Atau dengan kata lain, terlalu takut dengan tekanan pembangkang!

Benar seperti kata Tun Dr. Mahathir... UMNO sudah kehilangan cerdik pandai kerana si bodoh tolol yang memegang kuasa sebagai Ketua Cawangan, Ketua Bahagian dan sebagainya, terlalu bijak mencantas dan memedang mana-mana anak muda yang dilihat mampu merampas kedudukan mereka. Akhirnya yang tinggal dalam UMNO hanyalah hampas-hampas yang hanya memikirkan tembolok serta isi perut mereka sahaja.

Sudah beberapa insiden memperlihatkan kepada kita betapa lemahnya kerajaan yang ditadbir oleh Najib Abdul Razak. Tidak sahaja dari segi penguatkuasaan, keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh hakim-hakim mahkamah juga, banyak yang boleh dipersoalkan. Itu belum lagi dikira dengan gelagat Peguam Negara selain penasihat-penasihat yang ada di sekeliling Najib Abdul Razak, kesemua faktor tersebut mendorong kepada kekacauan minda yang sedang berlaku di seluruh Malaysia.

Isu kenaikan harga merupakan satu manifestasi kemarahan apabila Kerajaan setiap masa, sentiasa berpihak kepada syarikat-syarikat konsensi dan kemudian menteri-menterinya memberikan jawapan yang melemahkan minda serta mencabar kewarasan berfikir bagi seseorang yang waras.

Ditambah pula dengan gelagat Najib sendiri yang terlalu memberi muka dan terhegeh-hegeh cuba mendapatkan sokongan serta perhatian daripada masyarakat Cina yang terang-terang telah menolaknya walaupun dia mengumpan mereka dengan berbilion wang ringgit. Pada masa yang sama, masyarakat Melayu-Bumiputera yang telah menaikkan Najib dan parti pimpinannya sebagai Kerajaan Persekutuan, kelihatan terabai.

Kesan kenaikan harga lebih banyak melibatkan masyarakat Melayu-Bumiputera yang berada dalam kelompok pertengahan sederhana, rendah dan marhein. Pemberian gula-gula seperti BR1M tidak akan menyelesaikan masalah memandangkan kenaikan harga dan tarif yang dibenarkan oleh kerajaan sebenarnya bukanlah bermusim, bahkan kekal dan akan terus menaik.
FITNAH - RBA tuduh Najib tak mesra Guan Eng.

Memang benar, ekonomi Malaysia bukanlah ekonomi sosialis di mana segala-galanya berpusat kepada kerajaan. Sebaliknya ekonomi Malaysia adalah berdasarkan ekonomi terbuka atau kapitalis di mana permintaan dan penawaran merupakan faktor utama perubahan pasaran dan harga.

Bagaimanapun, dengan GLC sebagai pemonopoli dan diberikan pula keistimewaan yang bukan kecil menerusi konsensi, rakyat sudah mula nampak, Kerajaan sedia ada, tidak lebih daripada pelindung kepada GLC-GLC dan pemodal-pemodal tersebut dengan menjadikan rakyat sebagai cagaran dan dipaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagai memastikan GLC terus untung besar, sedangkan keuntungan besar GLC-GLC tersebut tidak pernah dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk servis yang lebih murah.

Kerajaan yang lembik, akhirnya akan menjahanamkan negara dan bunga-bunga kehancuran Malaysia, semakin kelihatan dengan ketara dan jelas. Apatah lagi apabila golongan yang selama ini memendam perasaan, sudah semakin kurang ajar dan menunjukkan belang mereka tidak menghormati undang-undang lagi kerana melihat kelemahan pentadbiran dan kerajaan sedia ada.



Portal pembangkang, Free Malaysia Today yang dibiayai Dato Zaid Ibrahim menulis satu komentar di SINI yang mengatakan apa salahnya Rosmah menjadi tulang belakang Dato Najib.

Penulisnya Narinder Singh menulis pandangan berdasarkan kata-kata Mahatma Ghandi - ‘I believe in equality for everyone, except reporters and photographers.’

Dalam puji-pujiannya Narinder memberi mesej bahawa Datin Seri Rosmah adalah setaraf dengan suaminya Dato Najib. Tentu kata-kata ini menyimpang dari amalan Islam bahawa suami itu ketua keluarga.

Dalam konteks kerajaan, Dato Najib yang berkuasa, diberi mandat dan bertanggungjawab, bukan Rosmah. Untuk Rosmah menggunakan jet kerajaan, ianya masih memerlukan persetujuan kabinet.

Bahaya mesej yang mahu disampaikan Narinder Singh disebalik pujian-pujian yang diberikan kepada Rosmah.

Malah Unspinners melihat Free Malay Today berhasrat nak kenakan Rosmah dengan memberi gambaran bahawa Rosmah adalah setaraf dengan najib dan tak salah pentadbiran Najib adalah pasukan Najib-Rosmah.

Malah di bawah tulisannya tertulis:

Many may ostracise and keep me at arm’s length for this piece my own colleagues for the matter, nevertheless I strongly believe that there is always infinite sides of a coin and not just two!

Ungkapan ini membuat Unspinners suspek FMT tak serius dalam sokongannya kepada Rosmah. Harap jangan ada termakan dengan tulisan ini lalu merasa ianya perlu dihebahkan. Malah lebih elok Rosmah tumpukan kerja-kerja amal tanpa perlu publisiti dan beri ruangan dalam media.

Kalau perlu masuk pun, sekali sekala untuk hal yang sangat sangat penting. Itu pun tak perlu ambil muka depan hingga ke muka 5 akhbar perdana.