Thursday 19 December 2013

MIC DAN MCA GAGAL - UMNO SEMAKIN DI PENCILKAN


MCA juga sudah meluruskan TELUNJUKNYA kepada Umno


KEMURUNGAN - Perlukah NAJIB berundur?

OLAK LEMPIT, Khamis 15 Saffar 1435 = 19hb Disember 2013, melayan KERENAH MCA dengan MIC, bagaikan MENGGALAS BIAWAK hidup. Sudah terlal lama MCA dan MIC ini menggunakan SOKONGAN MELAYU untuk mereka bergelar WAKIL RAKYAT. Selalunya di mana kawasan MEJORITI MELAYU diantara 51% ke 60% dan selebihnya adalah PENGUNDI Cina atau India. Di kawasan ini dahuluny akan di berikan kepada MCA atau MIC. 

Di zaman MIC dan MCA menjadi KAWAN KARIB UMNO, selalunya di kawasan seperti ini separuh dari MEJORITI MELAYU itu akan terbahagi dua, separuh penyokong PAS dan separuh lagi menyokong UMNO. Kawasan seperti ini sudah 50 tahun BN akan menang bila sokongan solid dari KAFIRUN memberi undi kepada calon MCA dan MIC. Kawasan seperti inilah sekarang ini menjadi delima kepada UMNO/BN. Jika UMNO mengatakan ini kawasan Melayu, ianya menjadi salah kerana MEJORITI MELAYU di sini sebenarnya BERPECAH DUA.(PAS dan UMNO)

MCA dan MIC pula mengatakan mereka akan berusaha untuk menarik balik undi kaum Cina dan India kepada BN. Tapi hakikatnya sudah dua penggal kawasan seperti ini menjadi milik PR. Sama ada dari PAS atau pun PKR. Sementara DAP akan menumpukan kepada kawasan yang solid di diami oleh kafirun Cina. Seperti UMNO juga yang menumpukan di kawasan solid Melayu.

"UGUTAN" Ka Siong untuk Pemimpin UMNO lebih berhati-hati dalam ucapannya adalah satu peringatan orang terdesak dan menunggu masa untuk mengatakan, MCA dan MIC gagal menarik semula sokongan Cina dan India adalah salah UMNO. Sebenarnya ini adalah tren pembangkang. Cina dan India sudah tiada lagi hati mereka dengan BN.

UMNO sudah sepatutnya masuk kekawasan yang di miliki PAS atau menarik PAS kedalam UMNO dengan DEWAN ULAMAK, DEWAN SYURO dan MURSYIDUL AM terus di kekalkan sebagai badan tertinggi dalam UMNO. 21 MP PAS dan dengan 88 KERUSI UMNO, menjadikan 109 dari 222 Kerusi dalam Parliment. Tak payahlah untuk UMNO dan Melayu yang lainnya duk pikiaq ANGIN WEE KA SIONG ni.


 Sumber: MCA online
 MCAcontest2013 

 Petikan teks ucapan Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA, di perhimpunan agung partinya hari ini.


http://www.malaysiakini.com/news/249745
AMARAN MCA

Sedutan daripada ucaptama

Kata Wee Ka Siong (yang akan bertanding kerusi Timbalan Presiden MCA):
  • “MCA sekali lagi menerima tamparan hebat dalam PRU ke-13 yang lepas”
    .
  • “[Angkara pucuk pimpinan MCA tidak memegang jawatan kabinet], dasar-dasar yang merugikan masyarakat Cina atau tidak mengambil kira kepentingan semua kaum telah dilaksanakan”
    .
  • “Saya ingin memberitahu kepada pemimpin-pemimpin parti-parti komponen terutama pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat, walaupun keputusan PRU ke-13 menyebabkan MCA tidak menyertai kabinet, tetapi kepentingan-kepentingan kaum Cina tidak dibenarkan terancam.” 


  • “Saya ingin menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno supaya lebih berhati-hati dalam ucapan dan pemikiran mereka supaya tidak menuju ke arah penyelewengan dan ekstremisme.”
    .
  • “Kalau mereka tidak berpuas hati dengan pengundi Cina yang tidak menyokong BN dalam PRU ke- 13 lalu mengetepikan perjuangan untuk semua kaum dan menumpukan perjuangan untuk suatu kaum sahaja, saya pasti keadaan ini boleh menyebabkan undi-undi Cina tidak akan kembali kepada BN …”
    .
  • Keadaan ini akan menjejaskan atau memusnahkan masa depan BN.
    .
  • “… kerajaan yang ingin memenangi hati rakyat harus memastikan rakyat didahulukan, bukan menggubal semua dasar berdasarkan kepentingan suatu kaum atau menghukum suatu kaum secara sengaja atau tidak sengaja, terutama terhadap kaum Cina.”
    .
  • “Saya ingin memberitahu mereka, kaum Cina tidak akan menerima hukuman seperti ini tanpa tentangan dan MCA juga tidak akan berdiam diri.”






AMUKANMELAYU - Gelombang kenaikan harga Barang Keperluan dan TOL membuatkan Najib memilih JALAN TIDAK POPULAR........peluang ini kini di ambil oleh PR dengan sebaiknya. Kini Najib menjadi PEWARIS kepada kerosak yang di tinggalkan oleh Pak Lah dengan menambahkan lagi kerosakan yang ada.