Friday, 20 December 2013

RAFIZI LEBIH BIJAK JIKA MENDESAK NAJIB MENARIK SEMUA PENGIMPORT DAN PENGEKSPORT MENINGGALKAN SINGAPURA


Aliran Keluar Wang Haram : Rafizi 'Malukan' Najib ?

Olak Lempit, Jumaat 16 Saffar 1435 Bersamaan dengan 20hb. Disember 2013, Artikal asal semua ini penulis petik dari Blog  MegaBidaman. Petikan asal artikel ini dari The Malaysian Insider berkaitan dengan laporan GFI (Global Financial Integrity) yang menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-4 dunia untuk aliran wang haram yang keluar.






AMUKANMELAYU - Rafizi...berilah pendapat dan bukannya mendesak.

 KATAKAN TIDAK KEPADA SINGAPURA.......

"Faktor Singapura sebagai rakan eksport utama di Malaysia . Dari segi geografi Malaysia dan Singapura hanya dipisahkan dengan Selat Tebrau . Dan faktor jarak yang dekat ini memudahkan kegiatan2 penyeludupan berlaku dalam kargo yang dibawa oleh lori-lori.

"KOMEN PENULIS": 
Penulis amat setuju dengan PENDAPAT RAFIZI ini. Dengan itu sudah tiba masanya dalam KERAJAAN hendak menubuhkan "MAKMAL" mengkaji kenaikan kos sara hidup ini, PERLUNYA kerajaan memindahkan semua EKSPORT dan IMPORT menggunakan Pelabohan Pulau Pinang, Pasir Gudang, PTP dan Pelabohan Kelang. 

Jika semuanya menggunakan Pelabohan dalam Negara, semua perkara ini dapat di PANTAU dengan PENGUATKUASA Tempatan. Dengan kos yang boleh di jimatkan antara 25% ke 35% akan menjadikan pertukarang asing dengan Singapura dapat di elakkan dan rakyat dapat menjimatkan perbelanjaan harian jika 25% - 35% ini di kembalikan semula kepada rakyat . Bayangkan berapa bilion dapat kita jimatkan dengan menghapuskan PERNIAGAAN TREDING yang menjadi pendapatan kedua Singapura ini - Amukanmelayu.


"Rafizi Ramli mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia.

Menurut Pengarah Strategi PKR itu, laporan terbaru GFI mengesahkan terdapat kaitan antara jumlah aliran wang haram yang tinggi dengan pelbagai masalah kewangan dihadapi negara  berpunca daripada masalah yang sama iaitu rasuah.

"Najib sewajarnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi ini adalah bukti kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan." - The Malaysian Insider

Penulis pernah membuat analisis melalui beberapa rujukan mengenai perihal aliran keluar wang haram sebelum ini (sumber 1) (sumber 2) . Dalam artikel di atas , Rafizi mendakwa rasuah yang berleluasa di Malaysia menjadi punca utama aliran keluar wang haram dari negara ini. Walau bagaimanapun dari rujukan yang dibuat , 3 faktor utama yang menjadi punca ialah ;

i. Lebih 90% aliran keluar wang haram adalah di sebabkan pengubahsuaian nilai dagangan antarabangsa . Dari carta dibawah untuk negara-negara di Asia dinyatakan 93.51% aliran wang haram adalah disebabkan "Gross Trade Misinvoicing Outflow"

ii. Faktor undang2 perdagangan antarabangsa yang longgar di Malaysia untuk menarik pelabur ke dalam negara ini , selain tiada indikator perdagangan yang mantap seperti GST (Goods & Service Tax) yang dilaksanakan di negara ini.

iii. Faktor Singapura sebagai rakan eksport utama di Malaysia . Dari segi geografi Malaysia dan Singapura hanya dipisahkan dengan Selat Tebrau . Dan faktor jarak yang dekat ini memudahkan kegiatan2 penyeludupan berlaku dalam kargo yang dibawa oleh lori2 . Bayangkan volume kenderaan dari kedua-dua belah negara yang keluar masuk sehari di sempadan Singapura-Malaysia. Kenderaan2 ini akan terlebih dahulu melalui imigresen dan kemudian kastam Singapura . Dengan jumlah kenderaan yang begitu banyak mana mungkin pegawai2 kastam di Singapura dapat memeriksa secara terperinci setiap kargo yang dibawa. Jika ini dilakukan, pasti sempadan Johor-Singapura akan sesak teruk.Dari rujukan di Wikipedia , jumlah trafik dalam sehari di sempadan Johor-Singapura ialah 60,000 (Tambak Johor) dan 200,000 (Link Kedua). Ini berbeza sekiranya menggunakan laluan udara atau laut kerana terdapat kawasan khas dimana kontena2 barangan diimport ini ditempatkan.

iv, Untuk mengeksport barangan keluar negara, penjual perlu menyertakan 'invoice' barangan, dan juga 'packing list' . Untuk barang-barang berteknologi tinggi, jentera-jentera berat dan yang tak biasa dilihat oleh orang awam , mana mungkin pegawai2 kastam dapat mengagak di kategori mana HS (Harmonized System Code Custom Tariff) barangan2 berkenaan . Kalau nak siasat satu2 dengan kenderaan lain yang sedang beratur untuk diperiksa semestinya akan menybabkan masalah trafik . Jadi pihak penjual dan pembeli boleh berpakat untuk mengubahsuai 'invoice' atau 'packing list' untuk dikenakan cukai import dan duti yang lebih rendah

Baru-baru ini juga wakil GFI mengeluarkan kenyataan untuk menyemak semula aliran wang haram yang keluar dari Malaysia berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low yang mengatakan laporan berhubung pelarian wang haram Malaysia mungkin dinyatakan secara berlebih-lebihan kerana tidak diselaraskan dengan pengeksportan semula Malaysia ke Singapura. Ahli ekonomi GFI dalam satu email beliau kepada Malaysiakini menyatakan kedudukan aliran keluar wang haram di Malaysia akan dinilai semula sekiranya pihak berkuasa di Singapura mengeluarkan data pengeksportan semula dari negara ini ke republik itu.

Blogger kontroversi Raja Petra juga mempunyai beberapa pendapat beliau sendiri mengenai aliran keluar wang haram , dari artikel beliau yang bertajuk "Why Blame Najib?"

i. Dengan menyamakan wang haram yang dibawa keluar dari negara ini dengan rasuah, pembangkang secara automatik mengatakan sekiranya tiada rasuah maka tidak akan ada aliran keluar wang haram.

ii. Walau bagaimanapun, pendapat di atas tidak tepat kerana bukan semua wang yang direkodkan GFI adalah wang haram .

iii. Berjuta pekerja asing di Malaysia juga menghantar wang ke negara masing2 dan dianggarkan dalam sebulan sejumlah RM 1 billion dihantar ke luar negara. Pihak 'money-changer' yang beroperasi dikatakan sebagai dalang.

iv. RPK juga menyatakan dalam artikel beliau , orang-orang Cina di Malaysia turut memainkan peranan dalam aliran wang ke-luar negara.

v. Ramai di kalangan mereka yang membeli hartanah di luar negara dari sumber kewangan halal yang diperoleh di Malaysia . namun terdapat kemungkinan duit yang dibawa keluar ini tidak diistiharkan untuk mengelakkan cukai.

vi. RPK dalam sindiran menyatakan sekiranya benar-benar mahu mengawal aliran keluar wang 'haram' dari Malaysia , kerajaan patut bekukan kemasukan pekerja asing dan wang ringgit hanya boleh dibelanjakan rakyat dalam negara tetapi tak laku di luar negara, namun hal ini tidak memberi apa-apa keuntungan kepada negara.







AMUKANMELAYU - Dengan pengawalan PENGALIRAN keluar wang negara, Malaysia dan rakyatnya tidak akan terbeban dengan TOL dan kenaikan harga barang dapat di minimakan.