Friday, 20 December 2013

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah Singa Di Bawah Tahta Yang Di Geruni Anwar


ANWAR - KENAPA TAKUT SANGAT DENGAN DATUK SHAFEE ABDULLAH ???


KES:
Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008


OLAK LEMPIT, Sabtu 10 Saffar 1435 = 14hb Disember 2013, Hari ini Mahkamah Rayuan akan menentukan sama ada Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat yang melibatkan “lelaki Y” atau tidak.Ini adalah kerana Anwar sebelum ini mahu mahkamah menggugurkan nama Shafee dari pasukan pendakwaan bagi kes itu.Dalam perkembangan berkaitan,Anwar dikatakan memperguna bekas pengarah siasatan jenayah,Md Zain Ibrahim,bagi memburuk-burukkan kreadibiliti Shafee melalui satu pengakuan bersumpah yang kononnya ketua pasukan pendakwaan itu tahu tentang “jenayah” yang dilakukan Peguam Negara,Tan Sri Ghani Patail.

Dalam menyangkal dakwaan Md Zain yang dipercayai berpakat dengan Anwar itu,Shafee mengemukakan hujah bahawa Md Zain sebenarnya telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi dan mungkin ditawarkan sesuatu yang menarik,maka Md Zain sedia mereka-reka cerita palsu di dalam akuan bersumpah tersebut. 

Tambahan pula,Shafee difahamkan mendakwa Md Zain mempunyai muslihat apabila menyembunyikan nombor kad pengenalan dan alamat di dalam akuan bersumpah tersebut.Selain itu,Mad Zain juga dikatakan memfailkan saman “main-main” bernilai RM30 juta sedangkan ia tidak pernah dibicarakan meskipun mahkamah pernah mengeluarkan 3 pucuk surat tunjuk sebab.Lebih mengejutkan, akuan bersumpah Md Zain itu dibuat berasaskan dengan hanya “dengar cakap-cakap” saja.Boleh terimakah akuan bersumpah jenis “dengar cakap-cakap orang” saja? Bagaimana jika saya buat akuan bersumpah mengatakan “saya dengar orang kata khabarnya Anwar Ibrahim peliwat tegar dan agen Yahudi”? Boleh diterima di mahkamah,kah?

Saya tertanya-tanya,kenapa Anwar takut sangat pada Shafee? “Lelaki Y” itu menang dalam perbicaraannya di Mahkamah Tinggi sebelum ini.Kini kes tersebut yang ilatnya pada soal teknikal yang “seciput” itu di bawa ke Mahkamah Rayuan.Susah sangatkah nak tamatkan kes dan bersihkan nama baik sendiri? Mengapa takut sangat berdepan dengan Shafee? Apakah Shafee jenis “orang makan orang”? Shafee bukan “zombie”.

Atau Anwar sengaja mahu melengah-lengahkan kes rayuan itu? Takut sekiranya Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati dia sememangnya “lelaki Y” yang meliwat Saiful Bukhari Azlan dalam keadaan “paksa rela”? Saya yakin,Saiful Bukhari sehingga hari ini tidak sabar-sabar mahu menamatkan segala kekusutan kes yang sangat memalukan ini.Saya yakin dia punya harga diri yang perlu dibayar oleh Ketua Pembangkang itu dengan “mahar” yang sangat mahal.Dan sudah tentulah Saiful mahu dirinya terbela dengan adil.

Maklumlah,Anwar sebelum ini hanya dilepaskan hanya kerana cara memproses bukti air mani Anwar yang kononnya tidak mengikut standard “pakar dari Australia”.Kalau ikut standard yang ditetapkan “pakar” yang diimport Anwar,hanya Anwar saja yang boleh lolos dari dijatuhkan hukuman liwat.Maksud saya,kalau orang lain yang dituduh meliwat dan air maninya diproses jabatan kimia seperti amalan standard di negara kita, sudah tentu peliwat itu akan merengkok dalam penjara.Tapi oleh kerana negara kita perlu ikut standard “pakar Anwar”,maka Anwar boleh terlepas dengan begitu mudah.Maklumlah,jabatan kimia kita mana ada standard…kan?

Sebenarnya,saya tidak ambil pusing sangat sama ada Anwar bersalah atau tidak dalam kes liwat II di Mahkamah Rayuan kali ini. Kalau Anwar didapati bersalah, maka Najib juga yang salah.Kalau Anwar didapati tidak bersalah,Kerajaan pimpinan Najib juga akan dipersalahkan.Pendek kata,semua salah kerajaan Najib.Misalnya,cuba tengok ketika Mahkamah Tinggi jatuhkan hukum pada kes itu buat pertama kali.Anwar dikatakan tidak bersalah.Ramai pulak pihak yang salahkan hakim,mahkamah,pasukan pendakwaraya,saksi dan tak semena-mena Najib pun terpalit dipersalahkan..bukan?

Lantaklah sama ada Anwar salah atau tidak.Pada saya,mahkamah di dunia ini tidak sempurna dan kadang-kala kurang adil terhadap sesuatu yang dibicarakan.Bukanlah saya menyanggah sistem keadilan negara.Cuma pada saya,mahkamah Allah lebih adil berbanding mahkamah di akhirat.Saya faham berapa ramai penjenayah dan tukang buat dosa terlepas di mahkamah dunia hanya disebabkan mereka kaya raya dan mampu membayar peguam yang handal.Tapi di akhirat kelak,mereka tahulah nasib mereka… - MYKMU

Mahkamah Tolak Permohonan Anwar gugurkan Shafee

AIDCNews – 20/12/13 – Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam rayuan kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Permohonan Anwar itu ditolak kerana dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan, lapor Utusan Online.

Semalam, Muhammad Shafee berhujah dalam mahkamah menyatakan bahawa permohonan Anwar yang berpandukan kepada akuan berkanun yang diikrarkan oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mengandungi banyak pertikaian dan tidak sepatutnya dilayan.

Muhammad Shafee dilaporkan Utusan berhujah akuan bersumpah bekas pegawai polis itu yang mengaitkan beliau dengan pelbagai pihak berhubung beberapa isu sensitif melibatkan Peguam Negara, tidak wajar dipercayai kerana kesahihannya tidak dapat dibuktikan di mahkamah.
Bolehkah panel ini menerima afidavit Anwar dan membenarkan permohonannya berdasarkan kepada akuan berkanun Mat Zain sedangkan kredibiliti bekas pegawai polis itu penuh keraguan?’’ hujah beliau.

Muhammad Shafee selanjutnya menghujahkan, beberapa semakan yang dibuat terhadap status Mat Zain menunjukkan dia seorang muflis kerana gagal membayar hutang bernilai ratusan ribu ringgit yang dipinjam daripada seorang ahli perniagaan.

Menurut beliau, semakan dengan Jabatan Insolvensi berhubung status itu pada mulanya menghadapi kesukaran kerana Mat Zain didapati menggunakan beberapa kad pengenalan dengan pelbagai nombor yang berbeza.

Hujahnya, Mat Zain malah bersikap tidak jujur kerana tidak menggunakan nombor kad pengenalannya yang betul ketika mengikrarkan akuan berkanun yang kemudian digunakan oleh Ketua Pembangkang itu sebagai asas dalam permohonan hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Shafee meminta agar permohonan baharu untuk menggugurkannya daripada mengetuai rayuan kes liwat Anwar ditolak atas alasan tindakan itu hanya melengahkan-lengahkan pendengaran rayuan tersebut.

Mahkamah turut menetapkan 12 dan 13 Februari tahun depan bagi mendengar rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pendakwa raya tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah pada 9 Januari tahun lalu yang melepas dan membebaskan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.



AMUKANMELAYU - Pembaziran.....masa, duit, fitnah dan sebagainya berlaku dengan PERBICARAAN yang tiada penyelesaian ini.