Thursday, 2 January 2014

MENCARI DIRI KU SENDIRI -AKU BANI THA MIM 20 "KETURAH BONDAKU"



Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh

BUKTI DNA INI TELAH MENGEJUTKAN SELURUH DUNIA........

Bangsa MALA'yu Deutro (atau Malai Muda), yang saat ini mendiami kepulauan Nusantara, juga mendapat sebutan Bani Jawi.
Bani Jawi yang berasal dari kata Bani (Kaum/Kelompok) JiWi (Ji = satu; Wi = Widhi atau Tuhan). Jadi makna Bani Jawi (JiWi) adalah kaum yang meyakini adanya satu Tuhan. Keterangan mengenai Bani Jawi sebagai keturunan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam, ditulis oleh sejarawan terkemuka Ibnu Athir dalam bukunya yang terkenal ‘Al`Kamil fi Al`Tarikh’.
DNA DNA DNA . . .

Cacatan: MALA'yu Deutro adalah istilah yang digunakan para sejarawan modern, untuk mengindentifikasikan Bani Jawi, dimana Ibnu Athir menerangkan bahwa Bani Jawi adalah keturunan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Keterangan Ibnu Athir ini semakin nyata, ketika baru`baru ini, dari penelitian dan kajian Profesor Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), diperoleh data bahwa:
Di dalam darah DNA MALAyu (Malay), terdapat 27% peratus Variant Mediterranaen: (merupakan DNA bangsa`bangsa EUROSemitik).

Variant Mediterranaen sendiri terdapat juga di dalam DNA keturunan Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam yang lain seperti: Terdapat pada bangsa Arab dan bani Israil. Kajian ini juga didukung oleh fakta fakta ilmiah.
the lost fragrance in the promised land!
‘But while he was still living, he gave Gifts to the sons of his wife (Keturah)’ (Genesis 25:6)
Kajian dari penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains
Malaysia (USM): Dr Zafarina Zainuddin. Wednesday, March 3, 2010
The Ultimate Guide for Hidden & Forbidden Knowledge

Sehingga ke hari ini, para cendekiawan, pengkaji sejarah, pakar antropologi dan ahli geneologi masih berdebat dan mencari`cari dari manakah datangnya satu bangsa yang dipanggil MALAyu ini.

 R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa MALAyu (Malay).
Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang.
Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Malayu ini.
Dalam pada itu, seorang professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi ZIONIS menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang`orang Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.
Kemudian Prof. Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali.
Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah: Orang-orang MALAyu di Semenanjung Tanah MALAyu.  Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang MALAyu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

(Usman Awang)


Kembali Kepada Ibunda Keturah


"Keturah adalah bonda kami,
wajahnya lembut tiada amarah,
berwatak tenang hilang hanahorragha

Budi pekerti pekerma diraja

Jika bersimpuh,bima diwani
Jika berkata,
sukkachitta

melapas dukka
sutramawarni

Keturah adalah bonda kami
seroja dilangit

kemboja berlayupan di darat

airmata hidangkan dengan senyuman
mentari jadi salju dedayu
Keturah adalah bonda kami
pelukan kasih seorang ibu

bagai syurgaloka
seri dharma"

(Tiada bernama)

JEJAK Keturah!
JEJAK telah hilang di sini. Dimana Kunci`kunci Rahsia? Tiada lagi Kunci Rahsia. Tiada lagi peti yang perlu dibuka. Kembali. Kembali kepada bonda. Keturah! begitulah namanya. Gadis misteri dari Timur. Semisteri namanya.

Keturah adalah nama yang ganjil bagi budaya Yahudi Kuno, bagi puak`puak bani Israel malah dalam sejarah Akkadia`Babylon. Dari manakah datangnya gadis misteri ini? Siapakah Keturah?
Mungkin jika bertanya pada gadis aneh yang berpaling tadi, kita mungkin akan tahu siapa moyangnya, Keturah yang misteri ini. Tapi si dia ada meninggalkan sesuatu. Jejak!!!
terahsia ‘Selendang Wangi Warna Merah’

Selendang wangi berwarna merah. Dan huruf Ibrani Kuno ‘mem’ juga adalah ‘mim’ dalam tulisan Arab. terahsia bangsa MALAyu (Malay). Tapi . . . Siapakah Keturah??
Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri yang ke`3 Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Setelah kematian Sarah, Nabi Allah Ishak Alayhis Sallam telah merayu Ayahndanya Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (Kembayat Negara - Rujuk Syair Siti Zubaidah).

Akhirnya Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah: Zimran, Jokshan, Medan, Midian: (yakni Madian atau Medea atau Media), Ishbak dan Shuah.

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa MALA`yu. MALAyu (Malay) diambil dari perkataan ‘MALA’ (nama bangsa asas Keturah). Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah MALAyu: Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani).

Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi MALAyu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi MALAyu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi.

Kitab Yahudi Kuno tentang Keturah!
Riwayat Keturah IBU Orang MALAyu. Keturah bermaksud kemenyan dalam bahasa MALAyu. Lihat bahagian atas, sebelah kanan dalam khemah itu. Ada wanita dan anak-anaknya seramai 6 orang. Itulah Keturah dan anaknya.
Keturah ini adalah isteri yang ke-3 Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam petikan kitab Yahudi Kuno tentang Keturah.

Genesis 25:1-9
“Then again Abraham took a wife, and her name was Keturah. And she bare him Zimran, and Jokshan, Medan, Madian, Ishbak, Shuah. Joksan begat Sheba, Dedan. The son of Dedan were Asshurim, and Letushim, Leummim. And the sons of Madian; Ephah, Epher, Hanoch, Abidah, Eldaah. All these were children of Keturah. And braham gave all that he had unto Isaac. But unto the sons of the concubines, which Abraham had, Abraham gave gifts, and sent them away from Isaac his son, while he yet lived, eastward, unto the east country.

And these are the days of the years of Abraham’s life which he lived, an hundred threescore and 15 years. Then Abraham gave up the ghost, and died in a good old ade, an old man, and full of years; and was gathered to his people. And his sons Isaac and Ismael buried him in the cave of Machpelah”

Genesis 25:1-9
“Kemudian lagi Abraham mengambil isteri, dan namanya adalah Keturah. Dan dia melahirkan dia Zimran, Yoksan, Medan, Madian, Isybak Suah. Joksan memperanakkan Syeba Dedan. Anak Dedan ialah orang Asyur, orang Letush dan, orang Leum. Dan anak-anak Madian; Efa, Efer, Henokh, Abida, Eldaa.
Semua ini adalah anak-anak Keturah. Dan Braham bahawa telah memberikan semua dia kepada Ishak. Tetapi kepada anak-anak para gundiknya, yang Ibrahim mempunyai, Ibrahim memberikan hadiah, dan menghantar mereka dari Ishak, anaknya, semasa dia lagi hidup, ke arah timur, kepada negara timur.
Dan ini adalah hari-hari tahun hidup Abraham yang dia hidup, seratus enam puluh dan 15 tahun. Kemudian Abraham memberi sehingga menghantuinya, dan wafat pada usia tua yang baik, seorang lelaki tua, dan penuh tahun; dan telah dihimpunkan kepada kaumnya. Dan Ishak anak-anaknya dan Ismael mengkebumikan dia dalam gua Makhpela.

 Nabi Allah Ibrahim Alayhis Sallam hidup di masa Dinasty Hyksos berkuasa di Mesir Kuno (1730SM-1580SM).

PENGEMBARAAN NABI IBRAHIM SELEPAS MENINGGALKAN SITI HAJAR DI MEKAH MAKA LAHIRLAH Bani Jawi/Tha Mim

 Untuk renungan bersama :

Dicatat bahawa kisah ini berlaku kira-kira 4,000 tahun lampau. Pada ketika itu tamadun yang sedang berlangsung ialah Tamadun Mesir Kuno (bermula sekitar 1,000 tahun sebelum itu), Tamadun Lembah Indus (bermula sekitar 500 tahun sebelum itu) dan Tamaddun Akkadia (bermula sekitar 300 tahun sebelum itu):

Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail AS yang masih kecil di Makkah, Nabi Ibrahim Khalilullah meneruskan perjalanan hingga sampai ke satu tempat yang bernama Kembayat atau Kemboja (hari ini dikenali sebagai Kampuchea) dan berkahwin di sana. Di Kembayat, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Keturah atau Qatura dan mendapat enam orang anak. 

Menurut Ibnu Athir, Keturah isteri ketiga Ibrahim a.s. adalah ibu kepada Bani Jawi. Orang-orang Yahudi dan Nasrani sendiri memang tahu kisah Ibrahim memerintahkan anak-anak Keturah agar berpindah ke Timur kerana ia termaktub dalam Taurat iaitu Genesis 25:6 (timur ini mungkin bermaksud ke Yunan dari kawasan Kemboja), tetapi Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani (menyatakan) tidak tahu dari bangsa apakah dan di manakah Keturah ini menetap. 
Apakah kebetulan atau sememangnya realiti Syair Siti Zubaidah dalam Hikayat Melayu dari Negeri Kembayat Negara adalah KEMBAYAT yang melahirkan KETURAH Isteri Ketiga Nabi Ibrahim?

Syair Siti Zubaidah Perang Cina

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
 

Syair Siti Zubaidah Perang Cina atau juga dikenal hanya Syair Siti Zubaidah adalah syair Melayu abad ke-19 yang ditulis oleh penulis yang tidak dikenal. Syair ini berkisah tentang seorang wanita yang menyamar sebagai laki-laki dan menaklukkan negeri Tiongkok untuk menyelamatkan suaminya. Beberapa orang berpendapat bahwa syair ini didasarkan pada peristiwa-peristiwa dalam sejarah.

Sultan Darman Syah dari Kembayat Negara dan istrinya memiliki seorang putra, yang mereka beri nama Zainal Abidin. Mereka membesarkannya agar menjadi seorang Muslim yang saleh, dan pada usia enam, Zainal Abidin yang dikirim pergi untuk belajar membaca Al-Quran dan mempelajari seni bela diri. Di tempat lain di kerajaan itu, setelah sebuah kerusuhan di pasar menyebabkan dieksekusinya seorang pedagang Tiongkok, semua etnis Tionghoa mengungsi dari kerajaan itu dan kembali ke negeri Tiongkok. Permaisuri Tiongkok, marah pada perlakuan kerajaan tersebut pada rakyatnya, memerintahkan ketujuh putrinya untuk mempersiapkan perang terhadap Kembayat Negara.

Setelah tamat pengajian Zainal Abidin berangkat pulang ke Kembayat Negara untuk menemukan wanita cantik yang di temui dalam mimpinya. Setelah tiba di sebuah pulau ia mendengar suara yang indah membaca Al-Quran. Mengikuti suara itu dia menemukan bahwa suara itu milik Siti Zubaidah, putri pemimpin agama pulau itu dan mantan raja. Dia tak berdaya melihat kecantikannya dan mereka berdua pun menikah. Dalam perjalanan mereka kembali ke Kembayat Negara Zainal Abidin membantu Raja Yaman mengusir serangan musuh, dan ia pun diberikan Putri Sajarah untuk dinikahi. Bersama dengan istri-istrinya, Zainal Abidin kembali ke Kembayat Negara.

Kemudian, ketika tentara Tiongkok menyerang Kembayat Negara, Zainal Abidin dan Sajarah ditangkap. Namun Siti Zubaidah yang sedang hamil mampu melarikan diri ke hutan. Melahirkan di hutan, dia kemudian meninggalkan anaknya dan meneruskan perjalanannya, anak tersebut kemudian diambil oleh kakak Siti Zubaidah. Siti Zubaidah bergabung dengan Putri Rukiah dari Yunan, yang diasingkan dari kerajaannya oleh penjajah. Keduanya berlatih seni bela diri, menyamar sebagai laki-laki, dan mampu merebut kembali Yunan. Sebagai imbalannya, Rukiah setuju untuk membantu Siti Zubaidah dalam perang melawan Tiongkok.

PENERANGAN Menurut sejarawan sastra Melayu-Tionghoa Liaw Yock Fang, naskah paling awal Syair Siti Zubaidah berasal dari tahun 1840 (1256 Hijrah). Manuskrip yang bernomor MS 37083 tersebut disimpan di perpustakaan SOAS di London, Inggris. Ada beberapa manuskrip yang masih bertahan. Namun, syair ini kala itu populer dalam bentuk cetak, terutama di Singapura, Bombay (sekarang Mumbay), dan Kairo.
 
Bangsa Melayu adalah teras yang utuh bagi Bani Jawi yang berketurunan terus dari Nabi Ibrahim a.s.
 

Kisah Bani Jawi ini terdapat di dalam Kitab Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir, 

Hal ini karena menurut penelitian Bangsa Jawi adalah keturunan Keturah, istri ketiga dari Nabi Ibrahim di daerah yang disebut Kembayat. (Demikian keterangan Ibnu Athir, dalam الكامل في التاريخ dan perhatikan lihat Kejadian 25:1-6)


KISAH NABI IBRAHIM DAN ANAK-ANAKNYA BERSAMA KETURAH

BONDA KETURAH bersama anak-anaknya
Anak-anak nabi Ibrahim dari Siti Qanturah/Keturah(dialek Hebrew) datang kepada bapanya Ibrahim tadi dengan perasaan sedih dan berkata “Wahai bapa kami, tidak adakah dari kalangan kami seorang Rasul pun yang diutuskan? Kalau begitu darjat kedudukan kami jauh daripada darjat bapa kami, tidaklah seperti saudara-saudara kami dari nabi Ishak yang dijanjikan kemenangan ke atas mereka dengan diutuskan ramai rasul di kalangan mereka.”

Nabi Ibrahim mendiamkan diri kerana Jibril masih tidak menurunkan wahyu mengenai anak-anaknya di kalangan anak-anak Qanturah yang digelar Jawi itu. Perasaan sedih dan rendah diri anak-anak Jawi itu berlarutan begitu lama oleh kerana semua berita dari suhuf Ibrahim banyak mengisahkan tentang Ishak, Yaakub dan anak cucu mereka yang memiliki mertabat Rasul Pilihan. Begitu juga mengenai Ismail yang akan lahir dari keturunannya seorang Nabi dan Rasul Pilihan Allah, penutup segala Nabi dan Rasul yang teragung dan bangsanya yang dimuliakan.

Nabi Ibrahim sering berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka:


“Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”

Begitulah sayu doa nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran:

 “Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul.”

Perasaan gembira nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim:

“Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Plastine. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu ke serahkan tugasku ini.”
 
Apabila kembali Ke Mekah kerana diperintahkan oleh Allah baginda Nabi Ibrahim melihat anaknya sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki Nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam.

Kisah Bani Jawi tersebut jelas dikhabarkan di dalam Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir. Penyempurnaan agama Allah yang dipikul oleh Bani Jawi telah mengangkat mertabat mereka ke setinggi-tinggi mertabat Rasul di syurga Firdaus walau pun mereka bukan Rasul.
 Al-Qur’an surah Ali Imran 65-68 : “Wahai ahli-ahli kitab! mengapa kamu berani berbantah-bantahan tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim, apakah kamu tidak berfikir?”
 “Now the sons of Keturah, Abraham’s wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan.” (Genesis 1:32)


Amanah Wasiat Terahasia Nabi Ibrahim,
Dengarkanlah ! saat detik-detik Nabi Ibrahim akan menutup mata terakhir! Beliau mengumpulkan anak2 Keturah ……………………..

“Abraham took another wife, whose name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of Keturah.” (Genesis 25:1-4) 

Nabi Ibrahim pun memanggil anak2nya dari Keturah, zimra, jukshan, madyan, ishbak, medan dan shuah pun mengelilingi ayahnda yg sudah sepuh. Mereka semua sudah melewati usia remaja dan tumbuh sbg anak2 yg kuat dan cerdas menuruni kehebatan bapak mereka serta sifat tenang siti keturah wanita misteri dari timur. Nabi Ibrahim berpesan kpd mereka suatu PESAN YG TERAMAT PENTING. kelihatan satu persatu air mata mengalir ke pipi pada wajah anak2nya.

Nabi Ibrahim a.s. menjelang menunggu dijemput oleh malaikat maut, terkenang akan masa lalu yg telah ia lalui, dalam hati nb Ibrahim amat bersyukur kpd Allah swt karena memberikan anugrah yg berlimpah2 selepas kehamilan Sarah istri pertama yg sekian lama tidak melahirkan anak dan nyaris dianggap mandul (QS Hud :72). 
  
Disaat-saat ajal sudah dekat, Allah swt pun mewahyukan kpdnya untuk melaksanakan satu misi penting sebelum menutup mata di dunia fana ini. SATU MISI TERAHASIA yg hanya terungkap dalam munuskrip kuno yg dicari-cari, yang tersembunyi ………….

“Jika itu yg Allah swt perintahkan kpd ayahanda, kami sanggup melaksanakan, semoga Allah swt memberkati kita semua dengan rahmat dan kasih sayangNya” 

Nabi Ibrahim tersentak dari lamunannya takkala mendengar seorang anaknya berkata demikian. Lega hati nb Ibrahim demi mendengar kata2 anak2nya, satu persatu menyatakan KESANGGUPANNYA melaksanakan perintah Allah swt, maka Nb Ibrahim pun bangkit dari tempat duduknya. Beliau kelihatan MENGAMBIL SESUATU …… anak2nya berpandangan satu sama lainnya. APA YG INGIN DILAKUKAN OLEH AYAHNDA MEREKA?

“Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east” (Genesis 25:5-6)
 

Nabi Ibrahim pun MEMBERIKAN SESUATU yg amat BERHARGA kepada anak2nya, SESUATU YG MENJADI RAHASIA KPD KETURUNAN KETURAH. KUNCI-KUNCI RAHASIA PERMATA-EMAS atau MEWARISKAN PUSAKA (KERIS) juga sebagai tanda menunjukan mrk adalah keturunan nb Ibrahim “patriach” bertaraf rasul yg bergelar kekasih Allah swt. RAHASIA YG DICARI-CARI DIBURU DAN DI IDAM2KAN KAWAN DAN LAWAN.

Musarar Jayabaya (asmarandana) no.10. Ecis wesi udharati, ing tembe ana maulana, pan cucu rasul jatine, alunga mring tanah jawa, nggawa ecis punika, kinarya dhuwung puniku, dadi punden bekel jawa”

(sejata pusaka keris berguna untuk mengatasi masalah, kelak kemudian hari ada maulana, masih cucu rasul yg mengembara sampai ke pulau jawa membawa pusaka tsb kelak menjadi cikal bakal tanah jawa)

“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version)

maka mereka anak2 Keturah bergerak ke arah timur … melintasi padang pasir dan kota-kota Akkadia-Babilon, di suatu tempat mereka pun berhenti dan membincangkan sesuatu, melaksanakan perintah Allah swt yg diwariskan oleh ayahnda mereka dibaca kembali satu persatu. mereka pun berdiskusi dan kelihatannya mereka berpencar menjadi dua.

Diatas adalah petikan dari kitab kejadian dan kitab injil yg merupakan penyimpanan rahasia terbesar berkenaan satu bangsa yg berkerak ke timur dunia bagi pengembangan keturunan manusia seperti yg diperintahkan Allah swt. Bangsa terahasia inilah yg merupakan PEMEGANG RAHASIA AKHIR JAMAN, SEKALIGUS YG MENJADI SUMBER ALTER TERAHASIA BANGSA MISTERI.


PEMUDA BANI THA MIM


KETURUNAN JAUH (Bani Jawi) dikenali sebagai bangsa yang berbudi pekerti tinggi. Bangsa ini memang tinggi adab sopannya dan tinggi pula sifat tolak-ansurnya (high tolerance). Mungkin mewarisi sifat luhur Keturah, yang menjadi Induk Melayu.



Hadith-hadith yang berkaitan dengan PBT:

Imam al-Suyuti telah mengarang satu buku berjudul al-Hawi li al-fatawi yang menukilkan beberapa hadith yang berkaitan dengan PBT yang dianggap sebagai pembantu Imam Mahdi. Sila lihat halaman 69-70:


Hadith Pertama:

 
Daripada Ammar bin Yasir berkata: Imam Mahdi dikepalai oleh Syu`aib bin Salih.

Hadith Kedua:

 
Daripada Abi Jaafar berkata: Seorang pemuda dari bani Hasyim keluar di sebelah kanan bapa saudara mereka dari bahagian Khurasan (Iran sekarang) membawa bendera hitam dikealai oleh Syu`aib bin Salih; dia memerangi pengikut-pengikut Sufiyani dan mengalahkan mereka.

Hadith Ketiga: 

 
Daripada Ali berkata: Telah keluar bendera hitam memerangi Sufiyani. Di tangan mereka seorang pemuda dari Bani Hashim yang di tangan kiri dan di hadapannya seorang lelaki dari bani Tamim dikenali sebagai Syu`aib bin Salih; dia dapat mengalahkan pengikut-pengikut Sufiyani.

Hadith Keempat:

 
Daripada Ammar bin Yasir berkata: Apabila Sufyani sampai ke Kufah dan telah membunuh pengikut-pengikut keluarga Muhammad, maka keluarlah al-Mahdi, yang membawa benderanya ialah Syuaib bin Salih.
Intisari dari hadith ini:


a. PBT bernama Syu’aib bin Salih.
b. PBT membawa bendera hitam dalam angkatan tentera Imam Mahdi.


Taraf hadith untuk dijadikan Hujah:


Setelah penulis merujuk kepada al-hawi li al-fatawi, karangan Imam al-Suyuti, beliau tidak mencatatkan daripada mana hadith itu diperolehi. Sanadnya juga tidak ada. Beliau hanya mencatatkan nama perawinya sahaja. 




CIRI-CIRI PUTRA BANI TAMIM



Di antara sifat dan watak Putra Bani Tamim itu seperti yang dinyatakan oleh beberapa buah hadist, cerita para sahabat, para tabiin, para tabiit tabiin, para ulama adalah seperti berikut.

A. Sifat-sifat Pribadinya

1. Namanya ialah Syuaib bin Saleh

Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Yaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada Bani bangsanya (Bani kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik. Persoalannya, kenapa nama Putra Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Saleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Saleh itu adalah nama sebenarnya Putra Bani Tamim itu? Atau apakah hadist Nabi SAW itu palsu atau jika benar kenapa namanya tidak benar-benar Syuaib bin Saleh?

Sesungguhnya hadis itu adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil Nabi SAW berdusta, karena setiap hadis dari Nabi SAW adalah datang dari Allah. Bagaimana Nabi SAW dapat berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan).

Dari segi bahasa Arab, kalimah Syu'bun berarti Bani bangsa atau puak dari suatu bangsa. Sedangkan kalimah Syu'aibun berarti suatu Bani kecil dari sebuah kabilah. Lagipula, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahwa Putra Bani Tamim itu benar-benar bernama Syuaib bin Saleh.

Kalimah Bin itu pula berasal dari Ibnun, artinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki. Maknanya pribadi Syuaib itu adalah:

· seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).

· Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai, berjambang dan berserban).

· Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berpikiran luas, senantiasa berhubungan dengan masyarakat dan jauh langkahnya).

· Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama sejati, ulama mujahid dan mujtahid.

Jika diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu merupakan suatu sebutan yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang Arab disebut dengan Bin, yakni disambung namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang Islam di Nusantara saja yang lazim berbuat demikian.

Kalimah Saleh pula bermaksud orang yang baik. Baik di sini bermaksud seperti berikut:

· Baik namanya, yaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari bahasa Sansekerta, nama setempat atau dari bangsa yang bukan Islam.

· Baik kepribadiannya yaitu dikenal sebagai seorang yang tetap teguh dengan pendiriannya.

· Baik akidahnya yaitu seorang yang benar-benar mengikuti akidah Islam yang sejati.

· Baik keturunannya yaitu keturunannya diketahui dari yang baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.

· Baik agamanya, yaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cinta agama.

· Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah melekat dengan dirinya sejak dari kecil.

· Baik pemikirannya yaitu seorang yang mempunyai ide yang baik untuk mengubah masyarakatnya untuk menghayati ajaran Islam sejati ketika mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.

· Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan hamba Allah pada masa itu.

Jika hadis-hadis berkenaan benar, kenapa namanya disebutkan sebagai Syuaib bin Saleh? Kenapa tidak disebutkan nama sebenarnya? Jawabannya:

· Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, beliau selamat dari diburu, dibunuh, dihalangi atau di'apa-apa'kan oleh musuh-musuh Islam yang memang mencoba menghalangi kebangkitan Islam kedua ini dengan segala daya upaya mereka.

· Supaya umat Islam berusaha mencari identitas sebenarnya Syuaib bin Saleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis berkenaan akan berusaha mencari siapakah pribadi yang dikatakan sebagai Putra Bani Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka. Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.

· Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan Putra Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak mudah percaya, apalagi saat itu memang orang banyak sudah tidak percaya lagi dengan hadis-hadis mengenai Putra Bani Tamim.

· Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada peringkat awalnya) siapa sebenarnya Putra Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak menyadari bahwa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan sebagai Syuaib bin Saleh. Beliau hanya menyadari tentang pribadi dirinya setelah jauh dan lama berjuang.

· Untuk menipu pihak musuh Islam. Karena tidak ada uraian lebih lanjut dari para ulama terhadap kepribadian Putra Bani Tamim ini, pihak musuh menyangka bahwa namanya menang benar-benar Syuaib bin Saleh seperti yang tersebut di dalam hadis. Karena itu, mereka sedaya upaya mencari nama berkenaan, bukan pribadi berkenaan.

Berdasarkan uraian yang diberi, jelaslah sebab-sebab sebenarnya Nabi SAW tidak menyebutkan nama sebenarnya Putra Bani Tamim itu. Diharapkan dengan penjelasan ini, umat Islam tidak akan mempersoalkan lagi mengenai nama sebenarnya Syuaib bin Saleh itu.

2. Dia berketurunan Bani Tamim atau Bani Tamim
Yaitu suatu Bani Arab Quraisy, dari keturunan Sayidina Ali, yang hari ini kebanyakan tinggal di Palestina dan Jordania. Tetapi dia lahir bukan di kedua tempat itu. Bani Tamim itu bukanlah merupakan suatu golongan atau kaum yang besar. Golongan ini hanyalah satu Bani yang kecil dan tidak ramai.

Perlu disebutkan di sini, Bani Tamim yang ini adalah sebagian dari Ahlul Bait karena Sayidina Ali adalah salah seorang anggota Ahlul Bait. Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Para ulama berbeda pendapat mengenai takrif Ahlul Bait itu sendiri.

Bani Tamim itu tidak lagi mendiami Hijaz karena telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud yang kini memerintah di Arab Saudi. Banyak pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka, yaitu Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri karena diburu oleh agen-agen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke selatan India dan banyak pula yang menetap di Nusantara, tapak awal berdirinya daulah kedua nanti.

Ada ulama yang menyatakan:
· Semua keturunan Abdul Muttalib adalah Ahlul Bait.

· Semua keturunan Nabi Muhammad SAW adalah Ahlul Bait, termasuk isteri-isteri Nabi SAW dan menantu-menantunya.

· Semua keturunan Abdul Muttalib yang Islam adalah Ahlul Bait.

· Semua keturunan Sayidina Ali dengan Fatimah al-Batul adalah Ahlul Bait. Pendapat ini terutama disokong oleh mazhab Syiah.

· Semua keturunan Abdu Manaf adalah Ahlul Bait.

Di kalangan bangsa Arab, memang ada satu kabilah yang bernama Tamim. Kabilah Tamim ini memang suatu kabilah dari bangsa Quraisy yang mendiami kawasan sekitar kota Makkah. Sahabat yang berasal dari kabilah Tamim di antaranya ialah sahabat setia baginda SAW, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Namun, kabilah Tamim ini bukanlah Bani Tamim, malah antara kedua-duanya memang tidak ada hubung kait.

Yang pertama disebut kabilah Tamim dan yang satu lagi Bani Tamim atau Bani Tamim. Kedua-duanya berbeda. Kabilah Tamim bertebaran di hampir seluruh Tanah Arab.

Perbedaan pandangan ini tidak menjadi persoalan yang terlalu besar atau sangat dipentingkan. Yang penting di sini ialah Putra Bani Tamim itu memang berasal dari keturunan Ahlul Bait juga atau diakui oleh Rasulullah SAW sebagai ahlul bait.

3. Dia memakai serban biru.
Ketika itu, hanya dia yang memakai serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekali saja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahwa hanya beliau yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutama ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apalagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau hijau.

Pernyataan ini bukan datang dari hadis Nabi SAW atau dari tabiin, tetapi datang dari ramalan Nostradamus, seorang peramal bangsa Perancis yang terkenal itu. Oleh itu, ramalan beliau ini boleh dijadikan sebagai sumber tambahan saja, bukan untuk dipercayai, apalagi untuk diyakini, walaupun mungkin benar.

Pernyataan dari Nostradamus tentang pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Putra Bani Tamim ini berkaitan dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah timur dan mula-mula mendapat baiah dari sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.

4. Dia senantiasa memakai celak mata.
Celak adalah amalan sunat. Setiap orang Islam baik lelaki atau perempuan disunatkan memakai celak mata. Ada hadis Nabi SAW yang menyatakan bahwa bercelak itu sunat hukumnya.

Para sahabat dahulu suka bercelak, karena mengikut amalan Nabi SAW. Para ulama dahulu (salaf dan khalaf) yang salihin adalah golongan yang suka memakai celak. Mereka memandang perbuatan memakai celak itu sebagai suatu sunnah yang penting dan besar, terutama dalam mendekatkan diri kepada Khaliq.

Para ulama dan cerdik pandai hari ini sudah tidak mau memakai celak walaupun tahu hukum memakai celak adalah sunat. Terdapat hadis dhaif yang menyebutkan bahwa para malaikat juga bercelak. Wallahu 'alam.

Terdapat juga hadis (walaupun kebanyakannya adalah hadis dhaif) yang menyatakan kelebihan bercelak. Di antaranya ialah dapat mencerahkan pandangan mata, mengelakkan terkena penyakit mata, menambah seri muka dan banyak lagi.

Para wali Allah memang diketahui umum oleh umat pada zaman dahulu sebagai golongan yang istiqamah memakai celak.

Beliau memakai celak ketika para ulama lain sudah tidak mau lagi memakai celak, ketika umat Islam sudah tidak tahu hukum memakai celak, ketika umat Islam sudah tidak tahu lagi cara untuk mengenakan celak ke mata mereka dan ketika para pemimpin menganggap celak sebagai suatu yang rendah dan memalukan jika dipakai. Ada juga pemimpin dan ulama hari ini yang menyatakan celak sebenarnya bukan dari amalan Islam.

Itulah perbedaan antara beliau dengan para ulama dan umat sezaman.

5. Dia senantiasa memakai tongkat.
Yaitu sunnah Rasulullah SAW, para Khulafaur Rasyidin, para wali dan ulama muktabar zaman dahulu. Walaupun badannya masih segar dan dapat berjalan tanpa menggunakan tongkat, beliau memakainya sebagai suatu sunnah Nabi SAW yang perlu dijaga. Ketika itu, para ulama dan orang alim sudah tidak mau menggunakan tongkat sebagai alat untuk membantunya berjalan. Para pemimpin di seluruh dunia juga sudah tidak ada yang memakai tongkat.

Pada hari ini, perbuatan memakai tongkat sudah ditinggalkan. Malah orang yang lebih tua juga tidak mau memakai tongkat. Pada anggapan orang banyak, memakai tongkat adalah suatu kekurangan dan penghinaan, di samping tongkat merupakan sesuatu yang melemahkan jiwa dan pikiran.

Jika dilihat pada hukum Islam, memakai tongkat adalah disunatkan kepada orang yang berumur 40 tahun ke atas. Orang yang berusia 40 tahun atau lebih, jika tidak memakai tongkat akan dikatakan sebagai orang yang sombong kepada Allah. Demikian maksud sebuah hadis qudsi.

Sebab itu, pada zaman Nabi SAW, sahabat dan setelah itu, mereka memakai tongkat sebagai suatu sunnah yang tidak dipersoalkan. Setiap orang yang mencapai usia 40 tahun, perkara pertama yang dilakukannya ialah memakai tongkat.

Perlu pula diketahui, para wali Allah itu senantiasa memakai tongkat ke mana pun mereka pergi. Tongkat itu kegunaannya bagi mereka, hanyalah sebagai suatu simbolik saja dan tidak mempunyai banyak keistimewaan lain. Mereka memakainya sebagai suatu sunnah yang perlu diikuti dengan hati yang ikhlas.

Orang yang mengamalkan sunnah Nabi SAW walaupun kecil, akan diberi pahala oleh Allah. Apalagi jika dibuat dengan hati yang ikhlas.

DALIL & PERAKUAN TERHADAP PUTRA BANI TAMIM


Dalil-Dalil Yang Berkaitan - Dalil & Perakuan Terhadap PBT

Bagi mana-mana pemimpin pun, perakuan terhadap dirinya, peribadinya, perjuangannya, jadual-jadual perjalanannya dan kepemimpinannya oleh Orang Allah amatlah penting dan bermakna, kerana dengan semikian, barulah dapat dipisahkan bahawa dia itu adalah orang pilihan Allah untuk zaman ini. Jika tidak ada perakuan yang demikian, maka terbatallah dakwaannya itu dan dia pun tidak layak untuk diikuti oleh umat Islam. Jika diikut pun, tidaklah sampai ketahap menjadi suatu sunnah atau “mazhab” akhir zaman. Bagi Sahibul Zaman yang terakhir ini, perakuan terhadap dirinya datang daripada beberapa banyak sumber. Berikut ini, kami senaraikan secara serba ringkas perakuan-perakuan tersebut, yang sempat kami kutip dan terima.

Jika dikumpulkan semua sekali hadis-hadis mengenai diri beliau, akan terdapat lebih daripada dua puluh buah hadis yang menceritakan mengenai beliau. Sebahagian daripadanya sudah kami sebutkan pada bahagian sebelum. Dan di sini kami ingin memasukkan (sebahagiannya mengulang semula) sebanyak 19 buah hadis sahaja. Dan kami tidak menyertakan sebarang huraian terhadap hadis-hadis yang kami masukkan ini.

1. Sabda Nabi SAW, “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibn Majah)

2. Sabda Nabi SAW, “Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”

3. Sabda Nabi SAW, “Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.”

4. Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.” (Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW. “Tiga ratus empat belas orang yang diantaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi”.

6. Sabda Nabi SAW “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”.

7. Sabda Nabi SAW “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk”. Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibn Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

8. Sabda Nabi SAW, “Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura’ iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullah, bagaimana kami dapat mengenalinya? “Nabi SAW menjawab, “Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya…….”

9. Sabda Nabi SAW “Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).”

10. Sabda Nabi SAW Dari Ibnu Mas”ud RA, katanya, “ketika kami berada di sisi Rasullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. 

Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.”(Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAWDaripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.” (Nuaim bin Hammad)

12. Sabda Nabi SAW “Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.” (Al-Hafiz Abu Naim)

13. Sabda Nabi SAW, “Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau banginada bersabda, “Wajib setiap orang mukmin menerimanya.” (Abu Daud, an-Nasa’I, al-Baihaqi & al-Husin)

14. Sabda Nabi SAW, “Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi.” (Abu Nuaim)

15. Sabda Nabi SAW, “Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, “Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khursan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikan dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah anatara pembantunya.”

16. Sabda Nabi SAW. “Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.” (Iman Muslim)

17. Sabda Nabi SAW, “Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun anatara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum.” Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, “apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi.” (Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW, “akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya.” (Ibnu Majah)

19. Sabda Nabi SAW, “Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.” (At-Tarmizi)

Demikianlah antara beberapa buah hadis yang sudah sedia masyhur di kalangan kita yang menceritakan tentang Pemuda Bani Tamim. Hadis-hadis itu adalah datang dari beberapa tingkatan, ada yang sahih lizatih, ada yang sahih lighairih, ada yang hasan, ada yang dhaif dan ada pula yang dikatakan sebagai maudhuk oleh sebahagian pengkaji hadis. Bagaimana pun, ingin kami jelaskan di sini bahawa hadis-hadis yang menceritakan mengenai beliau adalah banyak dan sumber yang pelbagai, itu menjadikan hadis-hadis ini sebagai hadis yang bertaraf mutawatir, ia itu mutawatir maknawi.

Kerana banyak sanad dan banyak matan yang berbeza, di samping banyak rawi yang terlibat dalam periwayatannya, maka kami mengambil kira semua factor ini sebagai alasan utama untuk kami mengistiharkan bahawa PEMUDA BANI TAMIM itu ada, hadis-hadis mengenainya banyak dan pelbagai tingkatan, selain cerita-cerita daripada para ulama sejak zaman-berzaman tentang beliau. Semua ini menjadikan kami bertambah yakin tentang kesahihan berita bahawa beliau akan muncul pada suatu hari nanti, ia itu pada akhir zaman. Dan zaman yang dimaksudkan itu adalah zaman kita ini.
Apa yang paling penting bagi kami, mesej yang disampaikan oleh Rasulullah SAW ini sudah amat jelas, ia itu menunjukkan betapa berat perhatian yang diberikan oleh Islam terhadapnya.


Demikianlah antara beberapa buah hadis yang sudah sedia masyhur di kalangan kita yang menceritakan tentang Pemuda Bani Tamim. Hadis-hadis itu adalah datang dari beberapa tingkatan, ada yang sahih lizatih, ada yang sahih lighairih, ada yang hasan, ada yang dhaif dan ada pula yang dikatakan sebagai maudhuk oleh sebahagian pengkaji hadis. Bagaimana pun, ingin kami jelaskan di sini bahawa hadis-hadis yang menceritakan mengenai beliau adalah banyak dan sumber yang pelbagai, itu menjadikan hadis-hadis ini sebagai hadis yang bertaraf mutawatir, ia itu mutawatir maknawi. Kerana banyak sanad dan banyak matan yang berbeza, di samping banyak rawi yang terlibat dalam periwayatannya, maka kami mengambil kira semua factor ini sebagai alasan utama untuk kami mengistiharkan bahawa PEMUDA BANI TAMIM itu ada, hadis-hadis mengenainya banyak dan pelbagai tingkatan, selain cerita-cerita daripada para ulama sejak zaman-berzaman tentang beliau. 


Jews and Malays Are The Same?



Malay and Jew share the same blood? Is it true? Scroll down and read...

1. Jews are a race that was oppressed for thousands of years under the rule of different nations and tribes, but until now did not have a valid state. Malay is a race that has oppressed nearly 500 years under colonial Portuguese, Dutch, English and Japanese.

2. According to the study of DNA, randomly Malays have similarities of 25% of the Jewish people and the Malays with the DNA of other races that still exist in the world showed negative results (need proof).

3. In all the races of the world that still exists, Malay is the race with the most mystical history of mystic and scary ghost.The Jewish people who having skill in black magic(kabalah), are still practiced it, especially by the parties of the rich and modern artists.

4. Jews were oppressed for so long after, come and establish their country. They are also known as a brilliant but cruel race. The Malays in Malaya were invaded and oppressed for nearly 500 years, managed to set up Malaysia and only spend 50 years to become a developed country. This race is a smart(if hardworking), courtesy of high character and generous.

5. Alter hidden Jews is their wisdom, that when oppressed ages, finally they can use and alter the results, they come across time. Alter the Malays are still hidden secret and is only a matter of time. Alter secret was used by the Malays of yore when many eminent warrior-hero to appear in the legend.

6. The only people who opposed the Jewish Zionist violence is the Malays. This is evidenced by the volume leader of the country and contribute to boycott Israeli products. Meanwhile, for other countries that oppose Israel, they state otherwise accept criticism and sanctions by the United States.

7. According to the life history of the U.S. Abraham, Abraham had three wives, namely Sarah, Hagar and Keturah (Other sources say there is 4 wives, which Hajun). Sarah gave birth to Isaac, Hagar gave birth to Ishmael, Keturah while producing six children of Zimran, Jokshan, Medan, Median, and Shuah Ishbak. (Hajun will produce five children, Kisan, Sauraj, Amim, Luthan, and Nafis.) Sarah Haran society is Princess (Princess Royal Chazan), while Hagar is the princess of the King of Egypt who supposedly waiting.

Keturah is the royal family Sargon. Malay origins came from Keturah said when his son was ruled to the Promised Land of which are located in the east end of the world and given gifts creese.

Malaya or Malaysia is fortunate to not suffer a disaster such as earthquake earth, tornado and volcano. This reinforces the theory of Malaya as The Land of Promised.

8. To conclude, the Malays are not Jewish, but the Malays have ties with the Jewish and Arab. Anything, more accurately, if interpreted Malays relative to all the people love the U.S. of Adam and Eve.

Fact: Malay is the only nation in the world capable of defeating the communists in their own country, unlike Vietnam, which even has the support of the United States, losing to the communists.

Malay Translation :

1. Yahudi merupakan bangsa yang pernah ditindas beribu-ribu tahun dibawah pemerintahan pelbagai bangsa dan puak, namun sehingga kini belum mempunyai negara yang sah.

Melayu juga merupakan bangsa yang pernah ditindas hampir 500 tahun dibawah penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

2. Mengikut kajian DNA secara rawak bangsa Melayu mempunyai similarities sebanyak 25% dengan bangsa Yahudi dan DNA bangsa Melayu dengan bangsa lain yang masih wujud di dunia menunjukkan keputusan negative (perlu bukti)

3. Dalam banyak-banyak bangsa di dunia yang masih wujud, Melayu merupakan bangsa yang paling mistik dengan memiliki sejarah mistik dan hantu yang menakutkan. Diikuti dengan bangsa Yahudi yang mahir dengan amalan sihir kabalah yang masih diamalkan oleh golongan-golongan kaya dan modern termasuk artis.

4. Bangsa Yahudi setelah ditindas begitu lama, bangkit dan menubuhkan negara mereka. Mereka juga dikenali sebagai bangsa yang bijak tetapi kejam.

Bangsa Melayu di Tanah Melayu yang dijajah selama hampir 500 tahun, berjaya menubuhkan negara Malaysia dan hanya menggunakan masa selama 50 tahun untuk menjadi negara yang membangun. Bangsa ini dikenali dengan bijak jika berusaha, sifat berbudi bahasa yang tinggi dan murah hati.

5. Alter tersembunyi bangsa Yahudi adalah kebijaksaan mereka, yakni setelah ditindas berzaman-zaman, akhirnya mereka mampu menggunakan alter tersebut dan hasilnya, mereka bangkit merentas masa.

Alter tersembunyi bangsa Melayu masih tersembunyi dan hanya menunggu masa. Alter tersembunyi ini pernah digunakan oleh bangsa Melayu dahulu kala apabila banyak pahlawan-pahlawan tersohor sehingga tercatat dalam lagenda.
Najib di Plastine

6. Satu-satunya bangsa yang berani menentang kekejaman Yahudi Zionist ialah bangsa Melayu. Ini dibuktikan dengan kelantangan pemimpin2 negara dan pemboikotan produk yang menyumbang kepada Israel. Manakala, bagi negara lain yang menentang Israel, negara mereka sebaliknya menerima kecaman dan sekatan oleh Amerika Syarikat dan KEBERANIAN AYAHANDA TUN M menghantar bantuan Ke Plastine dengan Kapal Rachel Corrie and Mavi Marmara menjadikan US kaku seketika.

7. Mengikut sejarah kehidupan Nabi Ibrahim A.S, Nabi Ibrahim mempunyai 3 orang isteri iaitu Sarah, Hajar dan Keturah (Sumber lain mengatakan ada 4 isteri, iaitu Hajun). Sarah melahirkan Nabi Ishak, Hajar melahirkan Nabi Ismail manakala Keturah melahirkan 6 orang anak iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Median, Ishbak dan Shuah. (Hajun pula melahirkan 5 orang anak iaitu Kisan, Sauraj, Amim, Luthan, dan Nafis.)

Sarah merupakan Puteri masyarakat Haran (Puteri Raja Chazan), manakala Hajar ialah Puteri kepada Raja Mesir yang disangkakan dayang. Keturah pula ialah kerabat diraja Sargon.

Asal-usul Melayu dikatakan datang dari Keturah apabila anaknya diperintah menuju ke Land Of Promised yang terletak di timur hujung dunia dan diberikan hadiah sebilah keris.
"Rachel Corrie and Mavi Marmara have shown the way" - Dr Mahathir

Tanah Melayu atau Malaysia merupakan tanah yang bertuah kerana tidak mengalami bencana besar seperti gempa bumi, puting beliung dan gunung berapi. Ini menguatkan lagi teori Tanah Melayu sebagai The Land of Promised.

8. Kesimpulannya, Melayu bukanlah Yahudi, namun Melayu ada tali persaudaraan dengan Yahudi dan Arab. Apa-apa pun, lebih tepat kalau ditafsirkan Melayu saudara kepada semua bangsa atas cinta Nabi Adam A.S dan Hawa.

Fakta : Melayu merupakan satu-satunya bangsa didunia yang mampu menumpaskan komunis di negara sendiri, tidak seperti Vietnam yang walaupun mempunyai sokongan Amerika Syarikat, tewas kepada komunis.



KESINAMBUNGAN AYYUTHIA
Antara bangsa asing yang dianggap paling awal dan paling ramai di ayuthia pada awal kurun itu adalah bangsa Melayu. Menurut sumber-sumber dari perancis, belanda mahupun siam sendiri bangsa Melayu yang tinggal di ayuthia pada peringkat awal berjumlah lebih daripada 5000 orang. Sekitar tahun 1658-1659 Raja Narai telah membenarkan sejumlah 773 orang minangkabau yang melarikan diri dari tanah air mereka akibat perang saudara untuk menetap di ayuthia.

Selain itu pada tahun 1664 pula baginda telah membenarkan seramai 250 orang Makassar untuk membina penempatan atau kampong mereka bersebelahan dengan perkampungan orang-orang Melayu samaada dari keturunan Minang atau Melayu pattani yang dianggarkan ketika itu mencapai kemuncak bilanngannya seramai 26 ribu orang penduduk. 
Duta Ayuthia yang mengadap raja Perancis juga memakai Keris di pinggang mereka. Berkemungkinan mereka adalah pembesar berbangsa Melayu. Orang Melayu memang terkenal  dalam Istana ayuthia sebagai bangsa yang pandai berlayar, berdiplomasi dan gagah berani.


Catatan daripada seorang pengembara perancis mengesahkan lagi dakwaan bahawa keris yang digunakan dalam istana ayuthia adalah berasal daripada pengaruh Melayu. Disini saya lampirkan catatan tersebut yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris:

"I have often said that the city of Campeng Pet is famous for its mines of excellent iron. Local people forge weapons according to their usage, such as swords, daggers and knifes. The knife, which they call pen is used by everybody and is not considered as a weapon, although it may be used as such; the blade is three to four fingers wide and a foot long. The king gives the sword and the dagger. 

They wear the dagger on their left side, slightly on front. Portuguese call it "christ", a deviation from the word crid, which Siamese use. This word comes from the Malay language and is famous in the Oriental world, and the crids made in Achem, in the island of Sumatra, are considered as the best of all. As for the sword, it is always carried by a slave in front of his master, on the right shoulder, like we hold or muskets on the left side."

sumber: Simon de La Loubère "Du royaume de Siam" 1691

ZURIATNYA DI KEMBOJAS.
Apa yang menariknya dalam lagenda masyarakat Saka atau Scytia ada menyebut tentang seorang pengembara yang berkahwin dengan seorang puteri Nagi atau Naga sama seperti yang tercatat dalam inskripsi Khmer dan Champa! Hal ini mennjukkan bahawa memang benar suatu masa dahulu ada seorang pengembara berkemungkinan Nabi Allah Ibrahim berkahwin dengan seorang wanita berketurunan Naga dan mewujudkan suku bangsa Kambojas dan Scytian.

Selain itu tradisi dalam masyarakat Tamil zaman Pallava juga ada menyebut bahawa raja-raja mereka adalah keturunan daripada seorang pengembara dari luar dengan seorang wanita keturunan Naga. Nampaknya adalah benar bahawa raja-raja Tamil zaman empayar Pallava juga adalah dari keturunan Kambojas kerana dalam perjalanan untuk sampai ke tanah nenek moyang, orang-orang Kambojas ini telah meninggalkan wakilnya di Selatan India untuk membina sebuah kerajaan dan mentamadunkan bangsa-bangsa Dravidian atau Tamil di Selatan India. Sungguh besar jasa suku kaum Kambujas keturunan Nabi Allah ini kepada tamadun-tamadun dunia.

Di dalam sebuah kitab usang di dalam arkib Istana Topkapi,terdapat halaman-halaman yang menceritakan sebuah kerajaan besar di Timur.Kitab itu bertajuk Ajā’ib al-makhlūqāt wa gharā’ib al-mawjūdāt karangan Abu Yahya Zakariya’ ibn Muhammad al-Qazwini.Di dalam satu halaman tertulis nama Zabag,sebuah kerajaan yang menakjubkan di dunia Timur.Kerajaan ini mempunyai kekayaan emas yang banyak dan menguasai perdagangan rempah-ratus.Rajanya duduk di atas takhta yang diperbuat dari emas padu serta memakai mahkota yang juga diperbuat dari emas.

Di dalam sebuah arkib rahsia di The Vatican Library,terdapat sebuah surat yang ditulis oleh seorang raja besar dari Timur;yang digelar oleh raja-raja Eropah sebagai Prester John.Raja ini mendakwa telah memiliki ‘tiga tanah India’.Tiga tanah India itu ialah dari Malabar ke Asia Tenggara,dari Malabar ke Sind dan pantai timur Afrika (termasuk Madagaskar).

Di sana ada satu bangsa yang terlupakan sejarah silam mereka yang penuh gilang-gemilang.Masyarakat Austronesia mengenang kegemilangan ini dengan menjadikan bahasa bangsa itu sebagai lingua-franca;bahasa pemersatuan,sebagaimana raja-raja mereka menyatukan kesemua pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara pada masa lalu.

Walaupun bukti bertulis dan kukuh berselerak di seluruh dunia;batu bersurat,manuskrip dan rekod dari luar cuba menyakinkan anak-anak bangsa itu pada hari ini,namun disebabkan beberapa individu yang korup seperti pemimpin politik dan ahli sejarah yang pemalas…rahsia penting dari khazanah sejarah mereka semakin lama semakin hilang. 
********      XXX       ********* 
Di runtuhan sebuah kuil purba Khmer di satu lokasi di Thailand,kelihatan seorang sami sedang bertafakur di dalam satu ruangan.Mulutnya terkumat-kamit mengalunkan doa: 
“Om Sriwichay…”
“Om Sriwichay…..”


Beribu-ribu tahun dahulu terdapat seorang raja besar yang harum namanya dari Chiang Mai hingga ke Chaiya.Raja ini telah meninggalkan takhtanya dan menjadi seorang petapa;mencari erti hidup dan jalan mencapai kebebasan nafsu.Raja ini telah meninggalkan kerajaannya kepada anaknya,yang nantinya akan menjadi seorang pengasas kepada sebuah empayar maritim yang amat berkuasa di seluruh daratan dan air.Dari keturunannya inilah munculnya raja-raja di Bukit Seguntang dan sultan-sultan Melaka.
Persoalannya,siapakah sebenarnya ‘Sriwichay’? 

                               “The Srivijayan”

…Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-raja Melayu dengan istia¬datnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; Syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya.”
(Sulalatus Salatin,Malaysia) 

Cik Siti Wan Kembang dan Tanah Serendah Sekebun Bunga!!
Pada Abad 14 pula Ibnu Battuta (pengembara Arab yang terkenal)telah singgah di satu tempat yang bernama "Kilu Krai" (Kuala Kerai di Ulu Kelantan sekarang) dan bertemu dengan seorang raja perempuan yang bernama Urduja. Raja perempuan ini digambarkan oleh Ibnu Battuta sebagai seorang yang gagah perkasa di sebalik wajahnya yang cantik jelita.

Siapa Urduja?Sebab itu amat penting untuk saya sebagai penyelidik mempelajari sistem nama-nama monarki Melayu purbakala.Raja-raja Melayu pada era pra-Islam dahulu memakai gelaran Sanskrit untuk urusan rasmi atau dokumentasi dan gelaran tempatan di kalangan rakyat.INILAH RAHSIA YANG AMAT MENGELIRUKAN RAMAI PENGKAJI SEJARAH.
Tetapi saya mahu tahu dahulu siapakah Nang Gwak sebenarnya? Apa kaitan Nang Che Yam dengan Nang Gwak??? Prasasti Grahi yang telah dijumpai di Kemboja adalah dalam bahasa Khmer. Namun ia menceritakan tentang keagungan raja-raja Melayu Sriwijaya. Pelik? Memahami sejarah SRIWIJAYA dan anda akan dapat tahu rahsia kerajaan Grahi yang hilang dan anda akan tahu rahsia Grahi, juga anda akan tahu apa yang berlaku 500 tahun sebelum Masehi.

Memahami riwayat 500 tahun sebelum Masehi...sebelum Dapunta Hyang Jayanasa mendarat di Muara Tamwan dengan balatentaranya sebagaimana yang tercatat di prasasti Kedukan Bukit,anda akan dapat memahami mengapa Valmiki menuliskan nama 'Malayadvipa' (Kepulauan Melayu) dalam Ramayana juga Vyasa dalam kompilasi Purana, beratus tahun sebelum kemunculan Gautama Buddha. Tahukah anda Mengapa para rishi menuliskan nama Kepulauan Melayu di dalam kitab-kitab suci mereka sebagai watak misteri 'Maat Heru' (Mata Hari) seperti yang tercantum di dalam The Egyptian Book of The Dead??


والله اعلم
AMUKANMELAYU - Himpunan artikal ini adalah KAJIAN Amukanmelayu, ini semua adalah untuk Amukanmelayu mencari diriku sendiri.