Monday, 27 January 2014

AMPUN TUANKU.....TOLONGLAH MEMERINTAH DARI ISTANA SAHAJA.


Benarkah DUN Selangor Akan Dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Akan Diadakan?


Tepat jam 5:00 petang nanti, Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh akan mengadakan satu sidang media. Ramai yang menjangkakan, sidang media tersebut mempunyai kaitan dengan perletakan jawatan ADUN Pakatan Rakyat, sekaligus untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dan Menteri Besar baru akan dilantik menggantikan Khalid Ibrahim.

Kemelut perebutan jawatan Menteri Besar antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali masih lagi berterusan dan tidak menampakkan tanda-tanda akan surut. PAS dan DAP yang sebelum ini hanya mengambil sikap tunggu dan lihat pula, sudah tidak dapat menahan sabar dengan gelagat PKR yang tidak sedar diri.

Dalam penguasaan kerusi-kerusi DUN Selangor, PAS dan DAP berkongsi jumlah yang sama iaitu, 15 manakala PKR hanya mendapat 14 kerusi walaupun merupakan yang paling banyak meletakkan calon di DUN Selangor.

Speaker biasanya tidak membuat sidang media kosong sebaliknya pasti mempunyai kaitan dengan perjalanan DUN, sama ada untuk pembubaran mahupun untuk mengadakan mesyuarat Dewan. Hannah Yeoh yang merupakan Speaker paling mahal dibayar gajinya di Malaysia, tentu mempunyai sesuatu yang sangat penting untuk politik Pakatan Rakyat, sehingga memaksanya mengadakan sidang media dan mengumumkan sesuatu.

Persoalannya, apakah pengumuman penting yang hendak dibuat oleh Hannah Yeoh menerusi sidang media yang akan dibuat dalam tempoh beberapa minit sahaja lagi dari ketika artikel ini ditulis?

KENAPA ADUN KAJANG LETAK JAWATAN, AMANAH RAKYAT HANYA MAINAN

UPDATE-Hannah kata dia sendiri terkejut.Tak tau sebab Lee nak letak jawatan.Katanya Lee serah sendiri surat padanya.Sekarang kerusi DUN kosong.

Makanya benar la spekulasi yang mengatakan kerusi MB menjadi rebutan bukan AMANAH RAKYAT yang perlu di tanggung  dan menggantikan MB untuk orang lain pula mengaut duit Negeri.

Sejak dari semalam sudah kedengaran yang satu kerusi dun di Selangor akan dikosongkan dan katanya Anwar akan bertanding disana dan sekaligus selepas menang dia akan jadi MB.

Bila wartawan tanya apakah benar perkara ini? Anwar kata ini semua cakap-cakap saja. Mana pernah Anwar nak ngaku kan?

Kalau Hannah Yeoh pun boleh terkejut dengan perletakan jawatan ni, apatah lagi kita semua kan? Tahniah le Selangor! Bakal dapat seorang MB yang hebat dan menjemukan.

Lagipun Anwar ambik kawasan Cina dah tentu dia boleh menang dengan selamat punya. Tak berani berengkali nak di ambik kawasan melayu! Tapimengapalah......kalau jadi PM pun nak bekawan dengan siapa? 

Berita yang di terima sudah ada Negara yang menerimanya hanya sebagai pelawat biasa tiada istimewanya lagi. Di Indonesia pun dah duk kena maki dengan blogger di sana.


AMUKANMELAYU - Dah jemulah...dah nak termuntah dengan Gelagat Maharaja Lawak Politik ni.