Tuesday, 7 January 2014

KENAPA KAMU MEMULIAKAN POPE, SEDANGKAN DIA JUGA PENGIKUT NABI ISA SEPERTI KAMU?


Daripada - Amukanmelayu
Kepada - Saudara-saudaraku dari Penganut Kristian.

Saudara,
Kebaikankan adalah impian semua orang yang beriman. Adakah anda orang yang beriman? Saya percaya yang anda adalah seorang yang beriman dengan AL-KITAB. Membuat KEBAIKAN adalah impian semua orang. Tapi kenapa masih ada orang yang jahat? Kita menjadi jahat adalah kerana kita di beri panduan oleh orang yang jahat.

Yang membezakan antara orang yang jahat dengan orang yang baik adalah amalannya. Siapakah yang perlu kita ikuti untuk menjadi idola kita dalam melakukan perkara-perkara yang baik ini? Sudah semestinyalah PEMBAWA KITAB-KITAB yang di utuskan ALLAH kepada mereka sebagai panduan untuk menjadi manusia yang baik dan beriman. Siapakah utusan Allah ini?

Mereka ini adalah Nabi-Nabi yang mendapat wahyu dari Allah dan di perintah Allah untuk menyampaikan tatahidup berugama. Kelompok yang paling ramai yang hidup berugama adalah di Barat, Asia Barat dan Asia Tenggara. Barat dan eropah di menopoli oleh Ugama Kristian, Asia barat adalah Islam dan Asia Tenggara(Nusantara) juga di monopoli oleh Islam. Bagaimana Kristian sampai di Barat sedangkan ianya berasal dari Asia Barat? Bagaimana Islam sampai ke Asia Tenggara sedang ianya bermula di Asia Barat?

Jawapan mudah kepada soalan ini adalah: PENDAKWAH. Adakah mereka ini jujur dengan dakwah mereka? Disinilah bermulanya persoalan ini.  Tidakkah mereka ini menggunakan kesempatan berdakwah ini untuk kepentingan peribadi?

Inilah yang nak Amukanmelayu ketengahkan. Jawapan kepada semua masalah ini hanya mampu di jawab dengan kejujuran dan kajian. Anda perlu mencari sendiri jawapannya. Langkah pertama adalah dengan mengkaji sendiri AL-KITAB yang menjadi pegangan anda itu. Pernahkah anda bertanya adakah ianya berasal dari salinan yang asal atau telah di ubahsuai atau di pinda. Ada berapa kitab yang asalnya? Jawapannya ada disini. Amukanmelayu membantu anda untuk mencari kebenaran. Jangan sesekali emosi dalam mencari kebenaran berugama.

Lihatlah dari asas untuk mencari kebenaran ini. Mereka cuba menyembunyikan beberapa perkara dan mengubahnya untuk kesesuaian dengan kepentingan mereka dan anda terperangkap dengan arahan mereka sedangkan dalam KITAB yang asal dari Utusan Allah itu amat jauh sifatnya dari mereka yang kononnya dapat mengampunkan dosa anda sedangkan PADERI itu juga makluk atau manusia macam anda. Lihat dalam kes babi, kenapa mereka mengubahnya dari KITAB yang asal? Lihat KAJIAN dan SEMAKAN Keatas KITAB INJIL yang di lakukan di dalam Bahasa Indonesia ini.

1. Menurut Alkitab Kuno tahun 1928, khususnya Kitab Ulangan 14:7, melarang makan "kelinci", tetapi menurut Alkitab Kristen tahun 1991 dan 2001, Kitab Ulangan 14:7, diubah menjadi "kelinci hutan". Selanjutnya, menurut Alkitab Kuno tahun 1928, khususnya Ulangan 14:8, haram makan "babi", tetapi menurut Alkitab tahun 1991 dan 2001, hanya "babi hutan" yang diharamkan.

2. Menurut Alkitab Kuno tahun 1928, khususnya Kitab Imamat 11:7, haram makan "babi", tetapi menurut Alkitab tahun 1991 dan 2001, Kitab Imamat 11:7, yang haram "babi hutan", sedangkan babi kampung, kota, ngepet dan babi bule, 


# PERHATIAN - Jika haram di awalnya atau di KITAB ASAL, HARAMLAH hingga ke akhir zaman. Ini kerana WAHYU dari ALLAH. Persoalannya, adakah Nabi Isa utusan Allah mengtakannya HALAL? Atau adakah Nabi Isa pernah makan daging babi tak kiralah babi hutan atau babi Bandar atau babi peliharaan. Mengubah apa jua dari kitab yang asal walau pun satu huruf maka ianya akan menjadikan sesiapa yang mengubahnya itu berdosa. Untuk itu, anda carilah SALINAN KITAB yang ASAL yang di gunakan oleh Nabi Isa Alaihissalam untuk mencari kebenaran. Jadilah seorang yang pintar dan jujur sebagai se orang yang berpegang kepada AJARAN NABI ISA.

POPE EMERITUS BENEDICT MENYEMBUNYIKAN DAN MENGKHIANATI KEBENARAN KITAB INJIL UMAT TERDAHULU, SEDANGKAN NABI ISA MINTA DI SAMPAIKAN KEPADA UMATNYA

POPE EMERITUS BENEDICT TIDAK JUJUR DAN MENGKHIANATI NABI ISA

Pandangan Sejarah :
Jika dikaji fakta sejarah, bahasa sebenarnya yang digunakan dalam Taurat  adalah Hebrew dan Injil adalah Greek. Perkataan "God" dalam bahasa Hebrew adalah "El, Eloh, Elohi dan Yahweh". 
Boleh dibuktikan menerusi :  
New Testament, in chapter 27, verse 46 of the Gospel of St. Matthew which states: 


At about three o'clock Jesus cried with a loud voice: "Eli, Eli, lama sabachthani?

 

Dalam bahasa Greek yang digunakan dalam Injil, "God" bermaksud Theos. Kesimpulannya, KALIMAH ALLAH bukanlah terjemahan sebenar bagi God dalam Taurat dan Injil.

 JELAS, POPE Berbohong lagi kepada Penganut Kristian dan melanggar amanah Nabi Isa untuk menyampaikan INJIL dengan sebenar-benarnya.

POPE EMERITUS BENEDICT MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN KITAB INJIL UMAT TERDAHULU, SEDANGKAN NABI ISA MINTA DI SAMPAIKAN KEPADA UMATNYA



Kitab Perjanjian Lama

Tidaklah dapat disangkalkan apabila Nabi Muhammad saw disebut di dalam Kitab Perjanjian Lama yang merupakan Kitab Suci bagi kaum Yahudi, secara tidak langsung ia juga menjadi bukti terhadap kaum Nasrani (Kristian) kerana mereka juga beriman dengannya dan menganggapnya sebahagian daripada kitab suci mereka. Apa yang telah dipaparkan mengenai perkhabaran-perkhabaran tentang Nabi Muhammad saw di dalam Perjanjian Lama telah cukup untuk menjadi hujah ke atas Yahudi dan Nasrani dengan serentak kerana mereka semua mempercayai bahawa ianya wahyu daripada Allah swt, kecuali mereka berusaha memalingkan maksudnya kepada sebaliknya.
Kitab Perjanjian Baru
Jika sebenar-benarnya Kamu Ikhlas sebagai Ahli Kitab(Al-Kitab) kamu tiada alasan untuk menyangkalkan yang Nabi Muhammad saw disebut banyak kali di dalam Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru(Yang Origenal) yang merupakan Kitab Suci bagi kaum Yahudi, secara tidak langsung ia juga menjadi bukti terhadap kaum Nasrani (Kristian) kerana kamu juga beriman dengannya dan menganggapnya sebahagian daripada kitab suci kamu. 

Apa yang telah dipaparkan mengenai perkhabaran-perkhabaran tentang Nabi Muhammad saw di dalam Perjanjian Lama dan Baru telah cukup untuk menjadi hujah ke atas Paderi kamu(Yahudi dan Nasrani) dengan serentak kerana Anda semua mempercayai bahawa ianya wahyu daripada Allah swt, kecuali mereka berusaha memalingkan maksudnya kepada sebaliknya(Ingkar arahan Allah).
1 - Di dalam Yuhana (15/26) berkata Isa Al-Masih mengenai Nabi Muhammad saw, ujarnya: “Sekiranya datang ‘Munhamana’ dialah orang yang Allah swt utuskan kepada sekalian kamu.”
Daku (Isa Al-Masih) membawa khabar gembira berkenaan rasul yang akan datang selepasku bernama Ahmad (As-Shaf:5)
 
Perkataan ‘Munhamana’ yang merupakan bahasa Siryani secara lafaznya bererti ‘Muhammad’. Perlu diambil perhatian bahawanya perkhabaran Nabi Isa as ini telah digugurkan daripada cetakan-cetakan baru bagi kitab Injil, tetapi ianya masih terdapat di dalam cetakan-cetakan yang lama bagi Kitab Injil.

2 - Di dalam Yuhana (4/19,20,21) perbualan seorang perempuan dengan Isa Al-Masih di mana perempuan itu berkata kepada Al-Masih: “Wahai penghuluku, aku meyakini bahawa engkau seorang nabi. Sesungguhnya datuk moyang kami telah bersujud (sembahyang) pada bukit ini, dan engkau sentiasa berkata: Sesungguhnya pada Urasyalem merupakan tempat yang mesti dilakukan sujud padanya”. Lalu Al-Masih berkata kepadanya:

 
“Wahai perempuan, percayalah kepadaku sesungguhnya akan tiba suatu masa yang mana kamu tidak lagi bersujud padanya, tidak pada bukit ini dan tidak pada Urasyalem”.

Ini merupakan isyarat Nabi Isa as berkenaan pemalingan kiblat dan ianya bertepatan dengan apa yang difirmankan oleh Allah swt yang berbunyi:
Akan berkata orang-orang bodoh dari kalangan manusia apakah yang memalingkan mereka (orang-orang yang beriman) daripada kiblat yang telah mereka berhadap ke arahnya (al-Baqarah;142)

Perkhabaran di dalam Kitab Injil Barnabas

Apa yang telah lalu merupakan isyarat-isyarat dan perkhabaran-perkhabaran yang terdapat di dalam 4 buah kitab Injil yang rasmi dan diakui di sisi kebanyakkan golongan-golongan Nasrani (Kristian). Kita tidak terdedah sehingga sekarang kepada Injil-injil yang tidak diakui oleh pihak gereja yang mana bilangannya lebih banyak, di antaranya adalah Kitab ‘Injil Barhaba’ yang terdapat di dalamnya khabar-khabar gembira mengenai Nabi Muhammad saw secara terang dan jelas. 
Kitab Injil Barnabas berusia lebih 1500 tahun yang ditemui baru-baru ini

Sesungguhnya telah didapati naskhah yang lain di Spanyol pada awal kurun ke-18 di dalam 220 muka surat yang mengandungi 222 fasal. Naskhah ini telah sampai ke tangan seorang orientalis bernama Sale, kemudiannya berpindah ke tangan Doktor Mancius yang merupakan salah seorang anggota sebuah fakulti di Oxford. Beliau lalu menterjemahkannya ke bahasa Inggeris.
Perkhabaran-perkhabaran di dalam Kitab Injil Barnaba yang menyebut tentang Nabi saw adalah seperti berikut:
  1. Di dalam Barnabas (17/22-23) Isa Al-Masih berkata: “Akan datang selepasku kemegahan sekelian nabi-nabi dan wali-wali, dia akan keluar sebagai cahaya yang menerangi kegelapan-kegelapan yang menyulubungi perkataan para anbiya’, kerana dia adalah Rasulullah (utusan Allah).
  2. Di dalam Barnabas (36/6) Isa Al-Masih berkata: “Sesungguhnya telah datang segala anbiya’ kecuali Rasulullah yang akan datang selepasku, kerana bahawasanya Allah mengkehendaki berlakunya demikian sehinggalah aku yang akan menyediakan jalannya.”
  3. Di dalam Barnaba (42/13) ketika Isa Al-Masih di tanya adakah beliau rasul yang ditunggu-tunggukan itu? Beliau menjawab dengan katanya: “Sesunguhnya mukjizat-mukjizat yang Allah lakukan ke atas dua tanganku menunjukkan bahawa aku berkata-kata mengikut apa yang dikehendaki Allah. Tidaklah sekali-kali aku mengira diriku sebanding dengan orang yang kamu tanya mengenainya, kerana bahawasanya aku tidak layak untuk menghurai ikatan-ikatan kasut atau tali-tali sepatu Rasulullah yang kamu namakannya sebagai Mesiyyah (Utusan) itu. Dia dicipta sebelumku dan akan datang selepasku, dia akan membawa kata-kata kebenaran dan tidak ada bagi ugamanya itu kesudahan.”
Kebanyakan teks-teks di atas dan juga kesemua teks-teks Injil Barnabas menerangkan bahawa nabi yang ditunggu itu adalah Nabi Muhammad saw yang lahir daripada keturunan Nabi Ismail as dan ugamanya akan tersebar luas lagi diikuti, sedangkan kita tidak pernah mendengar tentang ugama yang tersebar serata dunia setelah Nabi Isa as melainkan ugama Islam.

Eropah - Mereka Telah Menemui Kebenaran Islam, Akhlak Mulia Umat Islam Menjadi Faktor 




السلام عليكم



SELEPAS tragedi runtuhan World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001, sentimen dan fenomena Islamofobia masyarakat barat menghantui umat Islam. Laporan berita negatif selain memomokkan Islam sebagai ‘pengganas’ menyebabkan imej Islam tercalar teruk.  Beberapa serangan dan peperangan dilancarkan terutama ke atas Iraq dan Afghanistan, kononnya mahu mengembalikan keamanan dunia. 

Namun, Islamofobia terutama di Eropah sudah berubah kerana seruan serta syiar Islam bersinar di mana-mana. Jangan terkejut, jika ramai penganut Kristian dan agama lain memeluk Islam di seluruh Eropah setiap hari. Kebanyakan Muslim di Eropah bertumpu di bandar besar seperti London, Bradford di United Kingdom, Rotterdam, Amsterdam di Belanda, Paris, Perancis dan Copenhagen, Jerman.  Benarlah, jika usaha dakwah dilakukan dengan penuh ikhlas lambat laun pasti akan membuka pintu hidayah golongan yang dipilih Allah itu menjadikan Islam sebagai cara hidup.

Alhamdulillah, siapa sangka, dalam keadaan Islam di Eropah yang ditekan dan laporan berita negatif, Islam terus berkembang seperti cendawan selepas hujan. Malah, nilai sosial masyarakat tempatan mulai berubah. Fenomena penerimaan Islam di Eropah menjadi bukti kukuh Kristian semakin terancam.  Di England, beberapa gereja diambil alih pengurusannya dan dijadikan masjid. Ada kalangan masyarakatnya yang memeluk Islam kuat jihadnya berusaha mencari dana membeli tapak gereja untuk dijadikan masjid.

GEREJA TUKAR MASJID...Masjid Didsbury di Manchester antara gereja yang dijadikan masjid. 

Walaupun kerajaan Britain mengharamkan pembelian gereja kerana sedar rumah ibadat Kristian kian hilang fungsinya, ia terus memberi semangat kepada mujahid baru di Eropah. Kini, kubah masjid menenggelamkan menara gereja yang menjadi petunjuk keyakinan baru umat Islam manakala gereja semakin terbiar. Jika dulu umat Islam terpaksa menunaikan solat secara rahsia di bilik gelap di bawah bangunan kerana bimbang dicemuh dan dihalang, kini mereka bebas sembahyang di mana-mana saja tanpa gangguan.

Itu antara catatan kembara Pengarah Bahagian Dakwah, Professional Islamic Support And Nurture Group (Pisang), Ustaz Halim Din mengenai kesuburan Islam di Eropah termasuk England, Perancis, Jerman, Switzerland, Itali dan Belanda. Beliau berkata, Pisang adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di Bicester, England bagi misi dakwah di Eropah.

“Sejak ditubuhkan pada 2008, kami menawarkan serta menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa saja tanpa mengira agama, usia, jantina atau bangsa. “Perkembangan dan penerimaan Islam cukup memberangsangkan. Buktinya, semakin banyak masjid dibina dan setiap hari ada mengucap dua kalimah syahadah. “Di Perancis, ada 10 juta umat Islam dari 65 juta penduduknya. Lebih 2,000 masjid dibina, malah di Paris ada 300 masjid,” katanya.

Halim berkata, pelbagai pendekatan dakwah dijalankan di Perancis salah satunya ialah melalui dakwah di penjara. “Hasil dakwah bersama Presiden Pusat Tauhid Perancis, 65 peratus daripada banduan memeluk Islam. “Jika mengambil kira perkembangan positif itu, tidak mustahil sasaran menjadikan Perancis negara Islam pada 2050 akan menjadi realiti,” katanya.

Menurutnya di Belanda pertubuhan Islamnya terbukti kuat, berkesan dan lebih diyakini.

“Buktinya, pertubuhan Islam itu pernah mengutuskan surat jemputan majlis berbuka puasa ke pejabat kerajaan. Hasilnya lebih lebih 3,000 jemputan hadir. “Akhlak umat Islam yang ramah dan pekerti terpuji menambat mereka untuk mendekati dan memeluk Islam,” katanya.

Halim juga dimaklumkan pensyarah di Universiti Islam Eropah bahawa setiap minggu ramai anak gadis datang berjumpa pensyarah itu untuk berkongsi masalah. “Ramai ingin tahu rahsia keharmonian rumah tangga. Dan, di pertemuan itu, kalimah syahadah diungkapkan dan dihuraikan maknanya sehingga mereka menitiskan air mata. “Kaedah dakwah seperti menjalankan kerja amal perlu dipertingkat dan diperkemaskan lagi dalam usaha mendekati masyarakat kepada Islam,” katanya.

Malah katanya Presiden Pisang, Hamidi Abdul Rahman pernah dijemput dan ditemuramah stesen televisyen satelit Manchester, DM Digital TV pada 2008 melalui saluran Islamnya menghurai isu keganasan, pendidikan dan masyarakat. 

“Program selama setengah jam itu disertai dua wakil dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Pengarah Institut Tamadun Islam, Prof Datuk Dr Yusof Othman dan Profesor Dr Abdul Latif Samian,” katanya. 

Menurutnya, Pisang turut mengadakan klinik bergerak bagi menjalankan pemeriksaan dan rawatan sihir dan gangguan jin di Manchester, Birmingham dan Aberdeen. “Objektif utama kami ialah menggalakkan kaedah terapi al-Quran kerana ada penyakit berpunca daripada jin. “Kami turut mengadakan khidmat kaunseling kepada masyarakat yang bermastautin di United Kingdom selain mengurus soal perkahwinan, penderaan kanak-kanak, tekanan perasaan, kemurungan, homoseksual dan lesbian,” katanya.

Katanya, Pisang turut membimbing serta menyelamatkan genius Matematik dan bekas penuntut di Universiti Oxford, Sufiah Yusof yang pernah melalui detik hitam kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran. 

“Alhamdulillah, Sufiah kini pulih dan insaf sepenuhnya dan kini memberi motivasi kepada mereka yang datang ke Rumah Pisang,” katanya. 

Beliau berkata, sepanjang tahun ini, Pisang merancang beberapa aktiviti dakwah di Eropah, antaranya Himpunan Belia Islam SeEropah pada 2 hingga 11 Mei ini. “Kami menjangka lebih 200 peserta dari seluruh Eropah akan hadir ke program itu yang dimeriahkan dengan ceramah dan qiamullail,” katanya - rujukan: http://www.hmetro.com.my/articles/AkhlakmuliatarikandekatiIslam/Article


AMUKANMELAYU - Wahai saudaraku dari pengamal AL-KITAB....Jom kita bersaudara dalam ISLAM, anda tiada rugi apa-apa pun.........