Thursday, 16 January 2014

LIFESTYLE - PEMIMPIN DAN ORGANISASI UMNO CEROI "TERLALU BAIK DENGAN TERLALU LEBIK"


APA KEUNTUNGAN DAN KEBAIKAN YANG "UMNO" DAPAT DARI " kes saman fitnah Tian Chua" SELESAI LUAR MAHKAMAH?

Memalukan dan merupakan satu tindakan bodoh yang telah dilakukan oleh peguam UMNO Dato Hafarizan Harun berhubung isu penarikan saman ke atas Tian Chua PKR dan Mustapha Ali PAS. Ini lah apabila peguam UMNO tidak peka dengan keadaan politik hari ini sebaliknya hanya memikirkan penyelesaian secara berhemah dan kerja senang.

PRU KE 14 - Bloggers Pro UMNO mula menjauhkan diri
 
Jawapan Mustapha Ali apabila penarikan saman dilakukan UMNO beliau menyalahkan Blogger UMNO dan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh media PAS Harakah Daily. Begitu juga dengan Tian Chua yang menafikan beliau memohon maaf kepada UMNO sedangkan peguam UMNO menyatakan Tian Chua memohon Maaf. 



LAWYER Syok sendiri


Peguam UMNO Dato Hafarizan Harun bertindak mengikut pemikiran beliau yang mana tidak meminta nasihat dari pemimpin pemimpin UMNO implikasi jika penarikan saman dibuat. Inilah yang dikatakan "SYOK SENDIRI" kerana sekarang ini pihak Tian Chua dan Mustapha Ali memperolehi keuntungan politik setelah UMNO menarik balik saman yang difailkan sebelum ini.


1,000 Repot Polis Kes Tian Chua Menjadi Sampah
Peguam UMNO Dato Hafarizan Harun perlu sedar bahawa beliau telah menjatuhkan maruah UMNO. Beliau juga disarankan untuk tidak mengambil apa apa tindakan ataupun keputusan selepas ini tanpa memaklumkan kepada pucuk pimpinan terutama Presiden parti Dato Sri Najib Tun Najib Razak . Implikasi sekarang Najib Razak sebagai Nakhoda UMNO di kritik walaupun beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenai penarikan saman yang difailkan itu.

Pengajaran untuk Dato Hafarizan Harun Peguam dan yang duk hidup dengan UMNO, adakah ini yang di katakan oleh YB KJ jangan duk "SYOK SENDIRI" dengan membelakangkan parti. - Azri Malay Rights
 

PEGUAM UMNO DI EJEK TIAN CHUA


Kata Peguam UMNO dalam kes saman fitnah Tian Chua, yang penting adalah permintaan maaf dan pengakuan bahawa dia telah menfitnah UMNO. Itu yang paling penting. UMNO katanya lagi, bukannya mengharapkan sangat duit saman. Malah UMNO tak cari untung dengan duit saman berjuta-juta macam Anwar Ibrahim.

Secara tak langsung, peguam UMNO itu berpendapat UMNO telah menang dari segi moral kerana Tian Chua sendiri 'membersihkan nama' UMNO daripada tuduhan merancang penjarahan lanun-lanun Sulu ke atas Lahad Datu dan Semporna serta membunuh 10 orang anggota keselamatan negara.

Konon-kononnya tak mahu UMNO dilihat sebagai pendendam. Tak macam Anwar Ibrahim dan PAS yang akan menghancur lumat UMNO atau sebarang entiti yang berkaitan dengan UMNO dengan seberapa daya mereka.

Cliche sungguh bunyi si peguam UMNO nih yang terlibat dalam rancangan menyelesaikan kes fitnah Tian Chua di luar mahkamah tanpa sebarang kos!

RAMBO T.CHUA MELOLOSKAN DIRI DARI KEPONGAN UMNO



Yang lawaknya, bila dia kata Tian Chua memohon maaf, Tian Chua yang sudah bebas daripada tuduhan fitnah dan terlepas daripada perbicaraan di mahkamah kerana tindakannya itu, serta-merta mengeluarkan kenyataan di TWITTER bahawa dia tidak meminta maaf pun. Dan dia tidak akan meminta maaf.




Yang berlaku menurut Tian Chua ialah dia dan UMNO telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dengan saman ke atasnya dan Keadilan Daily ditarik balik. "Penarikan balik saman fitnah itu hanya bersandarkan kepada penarikan keluar artikel dalam Keadilan Daily, bukannya kekesalan serta persetujuan mengatakan dia melakukan fitnah".


Adoi....Nah kau, ambik sebijik!

Betul-betul macam taik lembu bertepek ke muka sendiri!

Apakah penganut fahaman #LifeStyle berasakan tindakan peguam UMNO itu akan menyebabkan UMNO lebih dihormati dan tiada lagi fitnah dikaitkan dengan UMNO? Apakah para pemuja Pakatan Rakyat akan terkagum dengan sifat murah hati UMNO dan seterusnya memeluk UMNO kejap-kejap atau menggetap UMNO dengan gigi geraham mereka?

Jangan haraplah. Manusia seperti Tian Chua tidak akan senyap. Selepas isu Lahad Datu selesai dengan UMNO, akan ada isu lain yang akan digunakannya untuk menfitnah UMNO.

Wajarkah kalau kita katakan bahawa peguam UMNO ini sebenarnya cari jalan mudah untuk mengendalikan kes ini. Selesai di luar mahkamah, bermakna dia ada banyak masa untuk buat kerja lain!

Lahad Datu: Antara Realiti Dan Sandiwara

SEJAK menjadi wartawan profesional (sepenuh masa) lebih 24 tahun lalu, saya terlalu banyak bergelumang dengan politik. Saya dikelilingi oleh orang politik yang berbagai warna dan corak.
Maka itu kami sudah tidak hairan dengan permainan sepak-terajang, auta, silap mata dan sandiwara politik.

Berikut ialah petikan berita Tian Chua yang ditulis oleh lidah rasmi PKR, Keadilan Daily.


RAMBO  T.CHUA
KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO.

"Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.
"Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya," kata Tian kepada Keadilan Daily.

Namun peliknya, sepanjang tempoh tragedi Lahad Datu itu tiada siapa pun daripada kalangan PKR mahupun Pas yang berkunjung ke Sabah mahupun Sarawak untuk menunjukkan rasa simpati mereka. Yang dilaporkan pergi hanya Lim Kit Siang ke Sabah iaitu dua hari selepas kejadian dan tokoh kerdil PKR, CheguBard hujung minggu lalu. Selain daripada itu tiada.

Tapi yang hairannya, sebelum tragedi Lahad Datu itu Anwar dan konco-konconya sering berulang-alik ke Sabah. Anwar ke Sabah pada Disember 2012 lalu bersama-sama Azmin Ali dan beberapa yang lain, sambil bergembira menyanyi dan menari lagu 'Sabah Akan Hilang'.
Benarkah beberapa ketika sebelum itu, Anwar difaham dan dikatakan beberapa kali ke Filipina. Tidak diketahui untuk tujuan apa?

Selepas daripada itu Anwar mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Januari lalu, sebelum meletusnya tragedi di Lahad Datu baru-baru ini.

Semuanya berlaku secara kebetulan. Pihak pembangkang terus menerus mengatakan bahawa BN akan kehilangan simpanan tetapnya (fixed deposit) di Sabah. Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen.
Tiba-tiba, nak jadikan cerita lebih kalut. Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) balik dari tempat persembunyiannya di luar negara. Setibanya dalam negara, dia dibawa mengadakan ceramah di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur untuk mengaitkan PM dengan kes Altantuya. Malah semasa tiba di lapangan terbang dia secara terus terang mengatakan "pulang untuk membantu pembangkang".

Namun, ceramah itu dikatakan tidak mencapai matlamat yang dikehendaki. Apa yang dia cakap sebelum ini dan pada ceramah itu tidak konsisten. Tahu-tahu PI Bala dikatakan diserang sakit jantung pula semasa berceramah di Bachok, Kelantan. Dia kini berada di hospital.

Aktivis PKR, CheguBard dalam blognya kelmarin mendakwa PI Bala mungkin menjadi mangsa sihir(?!) Berikut petikan CheguBard dalam Kedailan Daily kelmarin: Katanya, terdapat dakwaan mengatakan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena ilmu sihir.

"Ada kawan-kawan sebut, angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Bala) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal kepada Maha Pencipta," kata Badrul.
Secara kebetulan atau sengaja mahu mengalihkan perhatian penduduk Malaysia daripada isu Lahad Datu, PKR tiba-tiba mengadakan sidang akhbar bapa Saiful, Azlan Bukhari.

Melihatkan tiada impak besar pendedahan Azlan berbanding pendirian anaknya Saiful yang terus mendakwa dia diliwat oleh Anwar, Azlan membuat satu lagi sidang akhbar di pejabat PKR kelmarin.
Itu juga tidak berjaya untuk menutup pendirian Saiful yang terus menuduh Anwar meliwatnya. Saiful pernah bersumpah laknat di dalam masjid diiringi oleh bapanya, Azlan.
Selagi saya berada dalam lingkungan kewartawanan Malaysia dan politik Malaysia maka sandiwara demi sandiwara ini akan terus berlaku.

REALITINYA: Tragedi pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna serta kawasan sekitarnya telah mengorbankan lapan nyawa anggota pasukan keselamatan kita. Ia bukan main-main. Kita tidak tahu mengapa ada orang yang bermain sandiwara dalam hal ini? (Berita terbaru pagi semalam melaporkan seorang lagi anggota perajurit kita terkorban).

Anggota-anggota polis itu dibunuh, juga dengan penuh tipu muslihat melalui serangan gerila. Pengganas ini dikatakan cukup ganas dan kejam sehingga sanggup mencederaparahkan anggota badan anggota-anggota keselamatan yang dibunuh dan semasa mereka masih nazak. Tak perlulah saya perincikan keadaan jenazah para syuhada itu, terlalu sedih. Hasil daripada tragedi pencerobohan itu, rakyat Malaysia telah bersatu. Soal keselamatan negara dianggap tidak boleh dikompromi.

Keselamatan berada di paras tertinggi keperluan hidup rakyat, mengatasi politik dan ekonomi.
Rakyat pelbagai bangsa termasuk kaum Cina yang menguasai ekonomi negara, mula menunjukkan sokongan secara semula jadi kepada peristiwa pencerobohan tersebut. Security First, kata mereka.
Tian Chua yang cuba mengalihkan perhatian daripada isu Lahad Datu itu ditolak rakyat. Lebih 1,000 repot polis dibuat di seluruh negara. Tian Chua dikutuk di sini-sana.

DAP nampaknya cuba pejam mata dengan isu ini. Jika isu-isu lain, termasuk kes ahlinya terjun bangunan di Shah Alam dulu mereka mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja, isu Lahad Datu mereka hanya meminta supaya ditubuhkan Jawatankuasa Parlimen. DAP senyap sunyi dalam isu kedaulatan negara yang dicerobohi ini.

Dalam PKR sendiri berlaku krisis antara ahli Melayu dan Cina. Ada sesetengah pemimpin Melayu mendesak Tian Chua dikenakan tindakan disiplin di atas keceluparannya. Ahli-ahli Cina hanya berdiam diri.

Semoga Malaysia yang indah dan kaya ini, terus aman dan damai. - Utusan Melayu (M) Bhd




AMUKANMELAYU - Najib....jika hang nak MALAYSIA TERUS AMAN dan KADAR HAYAT POLITIK ORANG MELAYU PANJANG.....Hang kene perbetulkan semua ORGANISASI dalam UMNO terutamanya dari sudut perundangan dan Keupayaan. Kabinet yan kukuh dan "BELASAH PENGKHIANAT" hingga ke akarnya sekali......Banyakkan rundingan dengan KETUA-KETUA kumpulan Melayu dan NGO Melayu, UGAMAWAN MELAYU dan SISTEM PERTAHANAN Melayu.