Saturday, 11 January 2014

PAS DAN UMNO MENDUSTAI AMANAT PROF. DATO DR ZULKIFLI MUHAMMAD


Petikan [TMI, 4 Jan 2014]


"Ustaz" yang akan membantu pendirian GEREJA MELAYU
“Bagi pemimpin PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar), tindakan Jais ketika membuat serbuan itu merosakkan nama baik Islam di kalangan bukan Islam.
“Melainkan Jais memberikan bukti yang jelas bahawa agama Kristian telah disebarkan kepada umat Islam, keseluruhan serbuan ini melambangkan kebodohan dan tidak tahu apa-apa. Dan daripada membuat promosi tentang Islam yang sebenar, pihak berkuasa yang sepatutnya mengawal kepercayaan, telah menyebabkan kekeliruan lebih besar di kalangan umat Islam sendiri. Bila berlaku salah faham, pihak pelampau akan mengambil kesempatan,” kata Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar itu.
Ketika komuniti Kristian terkejut, umat Islam seperti Azmi, Mujahid dan pendakwah terkenal Dr Mohd Asri menggelengkan kepala mereka kerana tidak percaya perkara ini boleh berlaku.

Salman al-Farisi, Maka aku berkata: Mohon dijauhkan perkara tersebut! Dan aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Umatku akan mengikut sunnah Bani Isra’il sepenuhnya sehingga jika mereka memasuki lubang biawak sekalipun, mereka akan memasukinya bersama mereka,[15] kerana sesungguhnya Taurat dan al-Qur’an telah ditulis oleh Malaikat dalam satu lembaran dengan satu penulisan. Lantaran itu, contoh-contoh dan sunnah-sunnah adalah sama”.


Pas akui slogan, logo Pas For All hampir sama Israel 4 All
KUALA LUMPUR 22 April - Pas mengakui slogan dan logo Pas For All yang diperkenalkan pada 2007 sebagai platform politik kepada semua rakyat Malaysia hampir menyamai slogan dan lambang Israel 4 All. -Friday, April 23, 2010 - utusanonline-

“Allah for all” – The Herald

 Twitter - mparitbuntar- Just made my point on the issue ... 2013-10-16 10-59-58 
Mujahid shows how a leader befitting of Islam reaches out to Christians  
 

 isu-kalimah-kerja-umno

  SEBAHAGIAN DARI HELAIAN BIBLE BAHASA MELAYU"GOD" TELAH DI TUKAR KEPADA ALLAH

Ini adalah keratan bible bahasa melayu yang telah diserahkan semula kepada pihak gereja diatas arahan Menteri Besar Selangor. Jangan la politikkan semua perkara wahai puak pakatan sekalian.

Ini adalah akidah kita. Pertahankanlah tanpa mengira latar belakang politik.
 
INI ADALAH SURAT YANG DI KELUARKAN DALAM SATU FB DENGAN MENGGUNAKAN NAMA MANTAN MB KELANTAN

 

INI ADALAH JAWAPAN KEPADA FB DI ATAS - Surat Kelulusan Bible Bahasa Melayu Oleh Najib Adalah Palsu!!

Cukup mudah untuk memfitnah… Cukup sekadar reka satu surat mengatakan Bible dalam Bahasa Melayu diluluskan oleh Datuk Seri Najib letak kepala surat yang cukup simple… Berserta tandatangan Datuk Seri Najib, sudah cukup membuatkan orang yang melihatnya terus percaya…

Tetapi ada beberapa kecacatan pada surat tersebut yang akan eXception dedahkan. Kecacatan yang cukup mudah membuktikan surat ini adalah surat palsu…
Pertama, rujukan surat adalah merujuk kepada unit PEMANDU… Apakah unit PEMANDU itu… Apakah sebenarnya tugas unit PEMANDU ni??
Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dengan rasminya telah ditubuhkan pada 16 September, 2009 dan merupakan satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri.
Pengerusi bagi PEMANDU ialah YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio Perpaduan Kebangsaan dan Pengurusan Prestasi. Jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif pula disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato’ Sri Idris Jala.
Sementara tanggungjawab penyampaian menyeluruh untuk keberhasilan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bergantung kepada Menteri yang berkaitan, dan kejayaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bergantung kepada sektor swasta, PEMANDU telah diberi mandat untuk menjadi pemangkin perubahan dalam penyampaian sektor awam dan swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian dan menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri.
Melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam NKEA, PEMANDU telah ditugaskan untuk memudahcara pelaksanaan Projek Permulaan (EPP) dan Peluang Perniagaan (BO) yang telah dikenalpasti untuk memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Untuk membolehkan PEMANDU menjalankan tugasnya dengan lebih efektif, sumber manusianya menggabungkan kepakaran yang terbaik dari sektor swasta dan juga perkhidmatan awam.
Tengoklah… Satu kecacatan dah terdedah… Fungsi PEMANDU tidak ada kena mengena langsung dengan isu bible Bahasa Melayu ni… Jelas ianya satu fitnah…
Kemudian kepala surat juga terlalu ringkas, hanya mempunyai jata negara dan perkataan Prime Minister Malaysia… Sepatutnya kepala surat rasmi kerajaan selain mempunyai jata negara, ianya juga memaparkan alamat pejabat yang mengeluarkan surat tersebut.
Satu lagi kecacatan ialah tulisan tangan ‘Dear Bishop Ng,’, seolah-olah ianya tertinggal dan tergesa-gesa membetulkan dengan menulisnya dengan tulisan tangan. Beginikah rupa surat rasmi seorang Perdana Menteri?? Sudah tentu tidak… Ditambah lagi, dengan perkataan ‘Dear Bishop Ng,’ yang jarang digunakan dalam surat rasmi… Sepatutnya digunakan ‘Attn: Bishop Ng’. Malah di atas tandatangan Datuk Seri Najib juga terdapat perkataan ‘Yours sincerely,’ ataupun ‘Yours truly.’ juga jarang digunakan dalam surat rasmi kerana biasa digunakan dalam surat tidak rasmi. Biasanya dalam surat rasmi Jabatan Kerajaan akan meletakkan motto sebagai contoh, ‘Majulah Sukan Untuk Negara’, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’, ‘Berkhidmat Untuk Negara’ dan diikuti dengan ‘Saya Yang Menurut Perintah’ yang menandakan semua kakitangan awam menurut titah perintah SPB YDP Agong dalam menjalankan tugas.
Lihat salah satu contoh surat rasmi di bawah…
Jelas sekali surat yang didakwa dari Datuk Seri Najib, adalah satu rekaan fitnah semata-mata… Tujuannya cuma satu, untuk membuat korner baring atas isu penggunaan kalimah Allah dalam bible… Ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kelemahan pemimpin parti tersebut. Maka dengan cara ini, rakyat akan mengalihkan perhatian dari isu penggunaan kalimah Allah dalam bible oleh oleh Pakatan Rakyat.
 



AMUKANMELAYU - BETUL ATAU SALAH, PALSU ATAU ORI, FITNAH ATAU SEBENARNYA......yang berpengentahuan dalam Ugama dan yang BIJAK dalam pentadbiran, kedua-dua JENIS MELAYU POLITIK ini sudah tidak boleh di pakai jika mereka tidak berubah......ISLAMELAYU perlukan WADAH perjuangan baru.