Saturday, 4 January 2014

PEMIMPIN MELAYU BONEKA KEPADA KAFIRUN MALAYSIA


Olak Lempit, Sabtu 02 Rabi'ul Awwal 1435 bersamaan 04hb. Jan 2014.  Suhu Politik Malaysia agak suam-suam kuku ketika ini. Sejak 2008 Malaysia bagi pihak Melayu rasanya tidak pernah tenang. Bermula tahun 2008 juga dah bermulalah "Cubit-cubitan" kaum Pendatang dengan Hak Istimewa Orang Melayu yang sebenarnya sudah tidak istimewa lagi. 

Dengan simpanan Melayu, tulisan jawi, Keris yang di cabut Hishamuddin, Azan di perlahankan, Silat nak di hapuskan, Bendera nak di tukar, Raja nak di tukar kepada Presiden(Negara Republik), KALIMAH ALLAH dan yang terbaru Projek GULING KERAJAAN. Dalam semua issu ni, issu KALIMAH ALLAH seperti satu kunci kepada KELEMAHAN Orang Melayu. KAFIRUN ini sedar yang Islam dan Bangsa adalah KEKUATAN Melayu. Melayu sanggup mati kerana dua eleman ini. Jika dua perkara ini sudah dapat di robekkan, bererti Melayu itu akan mati dengan sendirinya.

 

Kafirun telah lama melihat kegagalan Islamelayu ini. PECAH dan TAWAN adalah strategi yang terbaik. Mereka mencubanya, dan mereka berjaya kerana kita sudah jelas tidak BERSATU lagi walau pun kalimah ALLAH di persenda, SULTAN di hina, Islam di keji, masjid di nodai dan Negara telah lama kita berkongsi. Sultan adalah kata pemutus dan dengan tidak mengendahkan PERINTAH TUANKU pun mereka masih selamat kerana istilah DERHAKA kepada Sultan tiada dalam perundangan Malaysia. Adakah INGKAR arahan Tuanku boleh di hukum DERHAKA? Jika derhaka mana seksyennya untuk hukuman ini? Semua itu hanya GIMIK sahaja dan semua mengharapkan perkara ini akan mati dengan sendirinya. Sebenarnya kita telah di JAJAH lagi.

Kenyataan Nazri

 

Penulis melihat perkara ni tidak akan selesai. Ini kerana, semua benda di Malaysia ini di politikan. Cuba lihat, siapakah yang memenuhi dada-dada akhbar? Sebelum itu segala mak komen keluar di FB, Twitter, TV, Blog dan UTUBE. Ini akan melonjakan beberapa nama-nama Besar dalam politik dan ia akan terus di ingati kerana GLEMOUR dengan issu tersebut.

Sebelum ini jarang kita dengar "Orang Gereja" campur urusan politik, tapi tidak lagi kini. Seperti ada sesuatu yang sukar untuk kita ungkap. Melihat kepada senerio Politik sekarang ini, semua KAFIRUN di Malaysia telah bersatu. NGO, GEREJA, PARTI POLITIK dan Orang perseorangan. Mereka bersatu di bawah satu tuntutan.......KESAMARATAAN. Lebih parah lagi, KESAMARATAAN ini termasuk HAK KEATAS UGAMA. Mereka semakin galak dan berani kerana sebahagian dari "KITA" juga menyokongnya.

Jika di lihat, mereka amat menentang sekiranya KELUARGA MEREKA di ISLAMkan dan dalam masa yang sama mereka menghalang kepada kita untuk "MENGEMBALIKAN" mereka yang murtad atau mereka menghalang kita dari menghalang Orang Melayu yang cuba di murtadkan. Mereka menggunakan HAK ASASi MANUSIA untuk menghalang usaha-usaha kita. Ini lebih malang lagi setelah Kita sesama Kita bercanggah pendapat dan berpecah kepada beberapa Kumpulan dan sehingga kita sanggup bersekongkol dengan kafirun hanya kerana untuk "MENJAGA" kuasa politik yang ada dan yang gila nak ke Putrajaya.

Najib Ketawa Bersama LGE di saat Islamelayu sedang MENANGIS

 

Lihat apa yang berlaku sejak beberapa tahun yang lalu yang penulis salin terus dari AIDCNews yang di petik dari beberapa sumber.

AIDCNews – 28/12/12 – Ketua Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa semua kompenan PR termasuk PAS telah bersetuju memberikan kalimah Allah kepada penganut Kristian dalam mesyuarat khas pada tahun 2010.

“Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi membahaskan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran.
“Kini ia telah ditimbulkan semula, ia akan memerlukan mesyuarat segera,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Portal itu turut mendakwa pada mesyuarat khas 2010, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut bersetuju membenarkan kalimah Allah kepada Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut laporan Agendadaily, pada malam Isnin, 4 Januari 2010, Lajnah Politik PAS Pusat telah bermesyuarat lebih dua jam di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur untuk membincangkan satu agenda sahaja iaitu ‘Penggunaan nama Allah’.

Mesyuarat itu disertai oleh 25 orang pemimpin termasuk Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad.
Hadir sama mempengerusikan mesyuarat tersebut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama Timbalan Presiden PAS Nasharruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan dua orang Naib Presiden, Salahuddin Ayub serta Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :

Pas sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Pas memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

”Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah”.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Sementara itu pada tahun sama, blog drhalimahali turut melaporkan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.


Kalimah Allah : Bishop Jesuit Gereja Lega Sokongan PAS

 

AIDCNews – 05/01/13 – Bishop Jesuit Gereja terlatih, Dr Paul Tan Chee Ing melahirkan rasa kelegaan dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang membenarkan penganut bukan Islam khususnya Kristian menggunakan kalimah Allah menggantikan Tuhan.
“Jaminan Timbalan Presiden PAS (bahawa partinya masih) kekal dengan pendiriannya tiga tahun lalu (2010) sungguh melegakan.

Kami menghormati pendiriannya yang konsisten dan mengagumi keberaniannya serta mengalu-alukan beliau sebagai rakan kebenaran yang ikhlas,” katanya seperti dilapor portal Malaysiakini hari ini.

Kelegaan Bishop Paul kerana kenyataan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS telah membidas hujah rakan sejawat parti yang lebih rendah kedudukan, Tuan Man Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS.

“Jaminan Mohamad Sabu bahawa PAS masih mengekalkan pendirian tiga tahun lalu adalah bantuan yang besar,” kata Bishop Tan.

Bishop Tan yang juga Ketua gereja Katolik di Melaka-Johor, konsensus Pakatan Rakyat (PR) yang membenarkan kalimah ‘Allah’ digunakan oleh penganut Kristian adalah satu langkah progresif yang “menyalakan lampu pengetahuan untuk menghapuskan mitos dan tahyul.”

Mohamad Sabu dalam kenyataannya kepada Malaysian Insider semalam menegaskan PAS masih kekal dengan keputusan menyokong penggunaan kalimah Allah untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010.

“Presiden Pas pernah mengeluarkan kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang penganut selain Islam menggunakan kalimah Allah. Pas masih kekal dengan pendirian itu,” katanya.

JAIS Di Bawah Kuasa Sultan, Bukan MB Selangor – Aziz Bari


AIDCNews – 3/1/14 – Tindakan meminta Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) adalah tidak kena pada tempatnya, kata Pofesor Abdul Aziz Bari.
Ini kerana, kata Abdul Aziz, JAIS di bawah bidang kuasa Sultan Selangor dan bukannya kerajaan negeri.
Abdul Aziz dilaporkan Malaysiakini berkata JAIS adalah badan pelaksana MAIS (Majlis Agama Islam Selangor), satu institusi yang berada di bawah bidang kuasa Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam peringkat negeri.

Mereka … perlu faham bahawa perlembagaan , Islam adalah satu perkara yang di bawah kuasa Sultan dan dia boleh bertindak dengan atau tanpa nasihat MB.
“Jika Sultan memutuskan untuk tidak berbuat apa-apa, MB atau majlis exconya boleh berbuat sesuatu. Walau bagaimanapun, sekiranya Sultan bertitah, arahan MB perlu diabaikan,” katanya.


Selain menafikan penglibatan kerajaan negeri, Abdul Aziz Bari cuba menimbulkan persepsi kononnya kerajaan persekutuan berlindung di belakang kerajaan negeri Selangor dalam serbuan JAIS itu. Abdul Aziz mengaitkan kehadiran dua orang anggota polis yang ‘membuktikan’ bahawa kerajaan persekutuan turut terlibat di dalam serbuan tersebut.

“Jika begitu persoalan Abdul Aziz, adakah setiap serbuan mencegah khalwat oleh semua jabatan agama di negara ini yang juga dihadiri pegawai polis juga ada wujud kerajaan persekutuan sebagai dalangnya? Jangan dilupa, Sultan merupakan ketua agama bagi kerajaan negeri tetapi Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Agama Islam Bagi Persekutuan.

“Jadi tidak timbul persoalan kehadiran dua pegawai polis berkenaan sebagai bukti wujud campurtangan kerajaan persekutuan,” ulas mynewshub.

Bishop Jesuit, Dr Paul Tan Chee Ing sedang PSIKO Najib


Sementara itu, Paderi Jesuit, Dr Paul Tan Chee Ing dilaporkan Malaysiakini berkata hanya Perdana Menteri Malaysia sahaja yang dapat menyelesaikan perkara ini. “Hanya seorang yang mampu menghentikan kegilaan ini dan beliau ialah Perdana Menteri.

“Tetapi, saya takut beliau (Najib) terlalu pengecut untuk melakukan apa-apa dan ia bermakna hubungan Muslim dan Kristian yang telah pun mula meruncing sejak tiga tahun lalu ini bakal menjadi lebih teruk,” katanya yang juga ketua Gereja Katolik keuskupan Melaka-Johor itu hari ini.



AMUKANMELAYU - POLITIK adalah satu GAME yang kotor dan JIJIK. Ulamak dan mereka yang JUJUR sering terperangkap dengannya. SESUAIKAH jika seorang ULAMAK yang baik dan se orang yang jujur bersekongkol bersama mereka ini dan menggunakan HUJAH ugama untuk mempertahankan sesuatu yang jelas menampakkan ISLAM itu akan kalah jika BERPOLITIK cara mereka?