Friday, 17 January 2014

RUMAH MELAYU NUSANTARA 11


RUMAH MELAYU PERAK

Semasa dlm perjalanan dari Ipoh ke Teluk Intan 2 minggu yang lalu, saje teman ikut jalan melalui Kampung Gajah. Tiba di Bota, banyak tempat yg teman fikir menarik untuk dirakam dan di antaranya makam Sultan Perak ke 10 dan ke 13. Di Bota pada masa lampau adalah pusat pentadbiran dan aktiviti ekonomi di mana Sultan bersemayam di sini. Sehingga kini terdapat banyak rumah2 Melayu Perak yg masih cantik. Sesetengahnya sudah tiada penghuni. Berikut adalah salah satu rumah Melayu Perak yg senibinanya amat menarik utk dirakam.


































Lihatlah ciri-ciri rumah kutai yang terdapat Perak terutamanya di Sayung, Talang dan Kotala Kiri dan Kanan



Almari Antik Tempat Menyimpan Barang Perhiasan dan
 Pinggan Mangkuk

Seni ukiran kayu di bahagian atas tingkat bermotifkan bunga-bungaan dan corak geometri.
Berfungsi sebagai lubang udara dan kemasukan cahaya matahari

Seni ukiran di bahagian atas dinding antara ruang tamu dan bilik

Seni ukiran di bahagian atas dinding dan pembahagi ruang.
Kelihatan kayu yang diukir dengan corak geometri dan dipaku secara selang seli 

Almari antik lama yang berusia lebih 70 tahun yang diperbuat
daripada kayu cengal. Berfungsi sebagai tempat menyimpan barang
 seperti pinggan mangkuk, periuk dan keperluan harian.


Almari antik lama

Kelihatan setiap ruang bahagian rumah di pisahkan dengan
pintu gerbang yang diukir dengan indah


Kelihatan selak pintu yang hanya dapat dibuka
oleh penghuninya sahaja dari dalam

Seni ukiran kayu yang terdapat di bahagian tepi pintu gerbang
 yang memisahkan setiap bahagian rumah

Kelihatan bahagian dinding dan tiang rumah yang juga memiliki
 seni ukiran yang halus. Pada masa dahulu, penghuni rumah sering
menggunakan bahagian dinding rumah untuk menggantung
koleksi foto mereka

Almari yang digunakan untuk menyimpan tudung saji
daripada saiz kecil hingga saiz besar
Katil antik keluaran British yang berusia lebih 70 tahun.
Diperbuat daripada kombinasi besi dan tembaga


Peti besi buatan British yang digunakan oleh masyarakat zaman
tradisional untuk menyimpan wang, barangan berharga serta geran tanah.
Dianggarkan berusia melebihi 80 tahun.
Almari menyimpan pinggan mangkuk dan
pelbagai barangan memasak
Ciri istimewa yang masih kekal dalam rumah Kutai ini ialah tempat
menyimpan tikar atau permaidani yang diperbuat daripada buluh betong.
Terletak di atas loteng bumbung.
Berusia lebih 80 tahun.

Pemandangan dari bahagian kedua rumah menghala ke ruang tamu utama.
 Kelihatan daun tingkat yang cukup unik seni binanya

 
Bahagian dapur rumah Kutai
 
Kukur kelapa yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional


Almari antik yang digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis barangan



Bahagian dapur rumah Kutai


Bahagian sisi rumah Kutai
 
Bahagian sisi hadapan termasuk anjung rumah Kutai yang
masih dalam proses pemuliharaan
 
Bahagian hadapan rumah Kutai


Pemandangan rumah Kutai dan halaman bahagian hadapan rumah

Pandangan rumah Kutai dari jauh

Seni ukiran di bahagian anjung luar rumah Kutai

Pandangan sisi rumah Kutai