Tuesday, 28 January 2014

SESUMPAH - SETELAH BANYAK JANJI DI NODAI, ANWAR PERLU MENJADI MB UNTUK BEBAS DARI LIWAT ll



"Seperkara perlu diingatkan, mungkin Anwar lupa NAJIB menerima pertolungan "ALLAH" yang membantu BN memenangi PRU13. Jika Anwar Kembali Ke Sg. Buluh itu adalahTakdir dan kuasa ALLAH yang menentukan segala-galanya".

ANWAR MANUSIA  PELBAGAI WAJAH 

  

Semalam bloggers dah kata Anwar adalah calon DUN Kajang, pagi tadi sudah pun disahkan. Walau pun sebelum itu Anwar menafikannya. Ini style Anwar yang anak-anak muda tak ambil pot pasal perangai Anwar ni. Frankly speaking penyokong dia sendiri pun tahu siapa Anwar sebenarnya. Tapi takpa la cakap berbuih mulut pun, penyokong fanatik dia tetap puja dia.

So kita berbalik pada pemilihan Anwar sebagai calon PRK DUN Kajang, dia pilih tempat ramai cina sebab nak playsafe la tu. Apa motif Anwar untuk bertanding di dun kalau dia tak berniat untuk jatuhkan Khalid dan menggantikannya sebagai MB?

Masa PC pagi tadi Khalid Ibrahim, Kit Siang, Hatta dan Sallehudin Ayub ada sekali. Azmin pun ada, Macam biasa Anwar kata dia bertanding di DUN bukan untuk nak ganti Khalid! Apabila Anwar cakap macam ni, bermakna lepas dia menang dia akan pastikan diri dia jadi MB Selangor. Percayalah.......

Bila saja Anwar nafi maka itulah yang dia telah atau akan buat. Ini his world denial is the truth. Tapi biasa la ada sesetengah manusia yang tak berakal terus sokong dia demi kepentingan sendiri. So buat masa ni aku tengok depa semua berlakon. Apa niat sebenar mereka?

ADAKAH DENGAN STATUS MB ANWAR BOLEH BEBAS DARI LIWAT ll? 

PEGUAM yang di Geruni Anwar

Antara faktor-faktor yang dinyatakan oleh Pendakwaraya untuk memfailkan Rayuan untuk Kes Liwat II:
  • keraguan terhadap integriti sampel DNA yang diambil daripada Saiful
  • kecuaian Pegawai Penyiasat
  • LIWAT ll - Pendedahan oleh Yuktes Vijay
  • kenyataan hipotesis oleh 'expert witness' iaitu David Wells dan Brian MacdonaldDalam Petisyen yang difailkan, sebanyak 9 sebab telah dikemukakan oleh Pihak Pendakwaraya untuk pertimbangan semula Hakim-hakim di Mahkamah Rayuan daripada aspek undang-undang. Menurut Petisyen yang difailkan, Hakim Mahkamah Tinggi telah salah tafsir kes dan bukti-bukti yang dibentangkan berikutan kewujudan beberapa percanggahan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum itu dengan keputusan muktamadnya pada 9 Januari. 
Misalnya, jikalau integriti sampel diragui, ATAS DASAR APA Tuan Hakim menyuruh Anwar Ibrahim untuk 'enter defence'. 'Enter defence' bermaksud Pihak Pendakwaraya telah membuktikan ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim bersalah. 
 
Hakim Mahkamah Tinggi dalam alasan penghakimannya pada masa tersebut telah mengesyorkan integriti sampel DNA Saiful tidak dikompromi. Oleh itu, ada asas untuk menyuruh Anwar Ibrahim untuk menjawab tuduhan ke atasnya



..manusia dua alam..!!

Dr Mahathir : Anwar Sesumpah, Tukar Kulit Ikut Suasana..

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata “tidak ada apa” yang perlu didebat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan tokoh PKR itu sebagai “sesumpah”, Mahathir berkata semua pihak mengetahui pendirian tokoh PKR itu yang didakwanya sentiasa berubah.

“Tidak ada apa untuk berdebat dengan Anwar. Kita tahu, tentang pendiriannya. He is everything to everybody.
“Dia adalah sesumpah, dia tukar warna kulit setiap hari. Kalau dia dengan kaum Cina, dia condemn Dasar Ekonomi Baru.
“Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam,” katanya sinis.
Bercakap dalam sidang media selepas memberi taklimat khas kepada kira-kira 250 pemimpin PERKASA seluruh negara, Mahathir mendakwa apa yang diperjuangkan oleh penyokongnya adalah untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri 
29 December 2009 at 18:56
Add caption
16 tahun dahulu, Anwar bersungguh-sungguh mahu dikenali sebagai seorang pejuang melayu. Dikala itu, Anwar menonjolkan imej melayu Islamik dengan pemakaian kosmetik melayu/islam didalam ABIM dan juga PKPIM.

Tetapi hari ini Anwar mahu pula dikenali sebagai pejuang pelbagai kaum yang meliputi semua bangsa dan agama. Anwar juga mahu dikenali kini sebagai pejuang prinsip demokrasi dan hak asasi manusia. Sebab itulah parti berasaskan kaum yang telah berakar umbi sejak merdeka iaitu Umno digelar sebagai RASIS dan juga ortodoks.

Anwar sebelum ini giat mempergunakan semua institusi kerajaan didalam mempopularkan dirinya sebagai tokoh hebat semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Semua dilakukan oleh Anwar ketika itu hanya semata-mata untuk meraih populariti di mata masyarakat dan juga di persada dunia.

Malah, ketika Anwar di puncak kuasanya didalam kerajaan, universiti-universiti di negara ini dan juga badan-badan pemikir islam diluar negara khususnya Amerika diperkudakan untuk kepentingan dirinya. Semua elemen-elemen ini digabungkan oleh Anwar untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir.

Jika ada yang terfikir bahawa Anwar sudah berubah pada masa kini, telahan anda semua salah !

Anwar sebenarnya tak pernah berubah. Sikap Anwar yang mahu memonopoli semua perkara untuk dirinya masih kekal hingga kini. Sikap diktator Anwar kini semakin jelas mahukan semua perkara berada dibawah kawalannya.

Bagi mereka yang mengenali Anwar secara dekat, tentunya lebih arif dengan putar belit dan juga sikap lidah bercabangnya. Agenda yang diatur Anwar, penuh dengan tipudaya serta pembohongan secara terancang bagi mempengaruhi minda rakyat.

Anwar memang bijak berkata-kata. Anwar juga amat pintar memainkan persepsi. Tak hairanlah jika jutaan penduduk negara ini terpedaya dengan pembohongannya tentang penaklukan Putrajaya pada 16 September yang amat terkenal itu.

Kini dengan imej luaran serta prinsip dan parti yang serba baru, ramai rakyat terutamanya berada dipihak yang sering membangkang kerajaan, percaya bahawa Anwar mampu untuk meneraju negara di PRU13 nanti. Dengan imej serba baru Anwar juga mereka-mereka ini menyandarkan harapan untuk Anwar membawa kemenangan kepada mereka.

Tetapi, ingin dinasihatkan disini, mereka-mereka yang terlalu percaya bahawa Anwar merupakan penyelamat kepada Malaysia harus berfikir secara waras sebelum mengikrarkan ketaksuban kepadanya.

Jika tidak, mungkin ramai dikalangan pentaksub-pentaksub ini akan terpaksa berehat di rumah sakit jiwa akibat tidak dapat menerima hakikat yang sebenar.

Lihat sahaja bagaimana Anwar memanipulasi kehadiran ulama tersohor Syeikh Yusuf Qardhawi sempena Sambutan Maal Hijrah dinegara ini. Anwar tanpa segan silu dan juga tanpa perasaan malu memutarbelitkan kenyataan Syeikh Yusuf demi mempertahankan isu liwatnya yang bakal dibicarakan tak lama lagi.

Begitu jugalah Anwar mempergunakan lebai-lebai didalam Pas. Anwar secara total mahu memastikan setiap bangsa dan agama di negara ini dipergunakan sehabis mungkin didalam mempertahankan dirinya daripada salah laku moral yang telah dilakukan.

Justeru itu, Anwar takkan teragak-agak untuk memanipulasi siapapun didalam memenuhi agendanya.

Bagi Anwar, biarpun terpaksa menggadaikan maruah bangsa serta negara sekalipun, sanggup dilakukannya asalkan segala impiannya dapat direalisasikan. Sebab itulah Anwar sanggup berkompromi dengan bangsa yahudi Eropah didalam usaha mencemarkan imej negara di mata dunia.

Anwar merupakan manusia yang mempunyai seribu topeng penipuan. Setiap satunya akan digunakan didalam kegiatan bermuka-muka dihadapan rakyat untuk kepentingan peribadinya. Niatnya hanya satu iaitu untuk menjuarai isu.

Tak hairan lah jika Anwar di labelkan sebagai Chameleon (sesumpah) oleh media barat jika segala kebobrokan penipuan didalam negara yang dilakukan olehnya di ambil kira.

Pembebasan Anwar Satu Malapetaka Pada Malaysia?


Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan senario dan lanskap politik negara bertukar sama sekali. Perubahan ini berpusat daripada dua faktor iaitu faktor Anwar dan faktor yang menentukan pembebasan Anwar.

Pendedahan saudara Ezam Mohd Noor mengenai usaha pembebasan Datuk seri Anwar membabitkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantu beliau, Khairy Jamaluddin membawa satu lagi persoalan baru kepada orang ramai khususnya pemimpin politik UMNO. Saya biarkanlah ia menjadi tanda tanya kita semua.

Saya juga akui kenyataan Ezam mengenai perjumpaan beliau dengan saya adalah benar dan memang ketika itu saya mencadangkan supaya Ezam kembali kepada UMNO.

Ini kerana saya melihat hubungan beliau dengan Anwar tidak akan kekal. Dan ternyata perkara tersebut berlaku. Sungguhpun begitu kembalinya Ezam agak terlewat dan penuh kontroversi kerana ia dibuat berdekatan dengan pemilihan UMNO.

Namun faktor Anwar sendiri perlu diberi perhatian.

Anwar sudah diketahui umum sebagai ahli politik yang licik dan mempunyai banyak helah, bertopengkan pelbagai wajah, namun menyembunyikan agenda sebenarnya.

“Cuti sabatikal” Anwar selama enam tahun di Sungai Buloh turut memberi beliau ruang dan peluang untuk memikir dan merangka strategi politiknya.

Ramai pemimpin UMNO tersalah baca gerak politik Anwar Ibrahim. Saya mula menyedari kelicikan beliau apabila berdepan secara terbuka dalam pilihan raya kecil DUN Ijok lalu.

Saya melihat kekuatan Anwar ialah mengenai keupayaan beliau memanipulasi isu dan melakukan character assassination. Anwar juga mempunyai kebolehan menukar “wajah-wajahnya” mengikut kaum yang menghadiri ceramahnya.

Bagi Anwar nilai sebuah perjuangan adalah kemenangan peribadi. Sebab itu saya melihat pergerakan politik Anwar sejak sebelum pilihan raya lalu telah dirancang dengan teliti untuk meletakkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu negara.

Landasan Kedua Menuju Puncak
Anwar hampir di puncak sebelum jatuh kerana tersalah perancangan. Anwar kali kedua menuju puncak sudah mempelajari pelajaran dan pengajaran sejarah lalu.

Juteru untuk kembali mengepalai landasan menuju puncak. Anwar perlu melakukan beberapa perancangan dan manipulasi dalam politik.

Fasa pertamanya ialah pilihan raya ke 12. Beliau menggunakan menggunakan segala kelicikannya melakukan manipulasi politik melalui penawaran jawatan dan kedudukan bagi menyatukan parti-parti politik yang bukan sahaja berbeza ideologi tetapi bertentangan sama sekali.

Retorikal dan manipulasi politik Anwar telah berjaya menanggap imaginasi pengundi-pengundi di kawasan bandar sehinggalah gabungan longgar ini mampu mengambil alih lima negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) .

Beliau berjaya meyakinkan Dap dan Pas untuk mengadakan satu kerjasama longgar. Yang untung pastinya Dap kerana hari ini mereka sudah boleh berhujah bahawa ada orang Melayu yang menyokong perjuangan “cauvinis” mereka. Malah mereka juga dilihat menguasai dua buah negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Melayu.

Pas yang terjebak dengan imej parti Islam telah cuba untuk mengurangkan persepsi tersebut dengan tema-tema perjuangan baru seperti kesamarataan dan menjadi parti kebajikan. Melalui kerjasama longgar ini, pas diberi kerusi Menteri Besar di Perak biarpun merupakan parti paling sedikit memenangi kerusi.

Penampilan yang charming dan kekuatan orator telah memberikan kelebihan kepada Anwar dalam keadaan negara sedang membuat penilaian gaya kepimpinan baru Datuk Seri Abdullah berbanding gaya Tun Dr. Mahathir. Penampilan Pak Lah yang bersahaja telah membolehkan Anwar mengambil kesempatan menonjolkan diri.

Fasa kedua manipulasi politik Anwar sedang berlangsung sekarang ini. Anwar menyerang kredebiliti kepimpinan bagi memarakkan lagi krisis keyakinan itu. Anwar mengadakan pelbagai rundingan bagi dan melakukan tawar-menawar dengan Ahli Parlimen BN bagi menarik orang tertentu lompat parti.

Serangan manipulasi kedua yang sedang dilancar ialah untuk menjatuhkan kredebiliti Datuk Seri Najib Tun Razak. Serangan ini ternampak jelas melalui salah seorang blogger, yang sememangnya pendokong setia Anwar Ibrahim. Tujuan Anwar ialah untuk menunjukkan Barisan Nasional tidak lagi mempunyai pemimpin yang credible.

Kenyataan lompat parti ahli-ahli parlimen merupakan dendangan lanjutan manipulasi tersebut.

Sehinggakan hari ini kepimpinan negara dan rakyat tidak berfikir untuk maju ke hadapan tetapi merasa hidup dalam resah gelisah mencari kepastian sama ada kerajaan ini akan kekal atau sebaliknya.

Taktik Anwar bukan sangat mahu menubuhkan kerajaan secara segera. Buat masa ini beliau hanya mahu mengukuhkan imejnya sebagai pemimpin berkarisma yang lebih dominan dan perancang kepada rentak politik tanah air.

Dendangan lompat parti ini telah dialunkan oleh pemimpin PKR sahaja bukan DAP dan Pas. Parti seperti SAPP adalah parti opportunis, pasti gembira untuk libatkan diri dalam manipulasi Anwar Ibrahim ini.

Berdasarkan respon di blog saya dan laman-laman web lain, UMNO harus sedar bahawa manipulasi Anwar pada tahap kedua sudah berjaya. Ramai yang melihat bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin harapan negara, manakala pemimpin UMNO dilihat sebagai pemimpin yang tidak berupaya.

UMNO wajar mencari formula untuk melumpuhkan manipulasi Anwar Ibrahim. Kaedah terbaik ialah UMNO perlu kuat dan bersatu supaya peralihan kuasa berlaku dalam UMNO dahulu, bukan di Parlimen.

Semua tindakan peralihan itu perlu dirangka dan dikongsi bersama oleh seluruh kepimpinan UMNO setiap peringkat, dan keputusan itu akan menjadi tangkal untuk UMNO terus kuat dan menghancurkan manipulasi Anwar Ibrahim.

Jika UMNO tidak berupaya memulihkan keyakinan terhadap kepimpinan, kesempatan ini akan diambil oleh Anwar Ibrahim melakukan manipulasi fasa ketiga. Beliau akan cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin alternatif negara dengan menggunakan empat negeri Pakatan Rakyat sebagai landasan untuk meyakinkan rakyat bahawa beliaulah pemimpin terbaik untuk didokong dan disokong walaupun penuh helah.

Pengajaran Kepada Kita
MEREKA SUDAH! ANDA BILA LAGI???
Yang Berakal telah lama mennggalkan Anwar

Kita harus belajar daripada sahabat-sahabat rapat Anwar Ibrahim yang dulunya sanggup tenggelam timbul bersama, akhirnya mengambil keputusan meninggalkan beliau. Kita juga harus sedar manipulasi ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada rakyat. Bagi saya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah opportunist yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa.

Janganlah kita membenarkan perjuangan politik yang berasaskan resam si Kitol, Mendeliar, atau menjadi si Tanggang yang merosakkan perjuangan sebuah bangsa kerana kepentingan diri.
Tulisan asal : http://www.drkhir. com/

JANJI Kabinet  Pakatan Rakyat YANG TIDAK TERTUNAI



STAYLO

Kabinet JANJI ANWAR pada Pakatan Rakyat
1) Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)

2) Timbalan Perdana Menteri: Lim Kit Siang (DAP, MP Ipoh Timur)

senarai
Add caption
  • Abdul Hadi Awang (PAS, MP Marang)
  • Satu kerusi telah pun disediakan samada dari Sarawak ataupun Sabah bagi menjaga hal ehwal di Borneo. ( Walaubagaimanapun senarai nama calon tidak boleh didedahkan buat masa ini)
3) Kementerian Kewangan:
  • Tony Pua (DAP, MP Petaling Jaya Utara)
  • Rafizi Ramli (PKR, bukan MP lagi buat masa ini, tetapi dijangka akan bertanding pada pemilihan akan datang)
  • Nizar Jamaluddin (PAS, MP Bukit Gantang)
4) Kementerian Pelajaran:
  • Dzulkefly Ahmad (PAS, MP Kuala Selangor)
  • S Kulasegaran (DAP, Mp, Ipoh Barat)
  • Chong Eng (DAP, MP Bukit Mertajam)
5) Kementerian Dalam Negeri:
  • Azmin Ali (PKR, MP Gombak)
  • Mahfuz Omar (PAS, MP Pokok Sena)
  • M Manogaran (DAP, MP Teluk Intan)
(Mereka-mereka ini dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang telah pun menyertai PAS selepas bersara dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. Beliau merupakan bekas orang nombor tiga terpenting dalam organisasi PDRM )

6) Kementerian Pertahanan:
  • Dr Hatta Ramli (PAS, MP Kuala Krai)
  • Liew Chin Tong (DAP, MP Bukit Bendera)
  • Tian Chua (PKR, MP Batu)
(Mereka-mereka ini juga dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid yang telah menyertai PAS selepas bersara.)
7) Undang-undang Kementerian:
  • Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor MP)
  • Gobind Singh (DAP, Ahli Parlimen Puchong)
  • William Leong (PKR, MP Selayang)
  • R Sivarasa (PKR, MP Subang)
  • Hanipa Maidin (PAS, bukan MP yang bertindak bagi PAS di dalam pelbagai hal undang-undang)
8) Kementerian Kesihatan:
  • Dr Lee Boon Chye (PKR, MP Gopeng)
  • Dr Tan Seng Giaw (DAP, MP Kepong)
  • Dr Siti Mariah Mahmood (PAS Kota Raja MP)
  • Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sungai Siput MP)
9) Kementerian Pengangkutan:
  • Khalid Samad (PAS Shah Alam MP)
  • Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)
  • Baru Bian (Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan)
(Baru Bian dijangka akan memfokuskan kepada usaha meningkatkan jaringan pengangkutan ke kawasan pedalaman Sabah & Sarawak)
10) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri :
  • Khalid Ibrahim (PKR, Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, Menteri Besar Selangor)
  • Teresa Kok (DAP, MP Seputeh MP)
  • Husam Musa (PAS, DUN Salor)
11) Kementerian Pertanian:
  • Salahuddin Ayub (PAS, MP Kubang Kerian MP tetapi untuk PRU Ke 13 akan meninggalkan Kelantan untuk bertanding di Johor)
  • Ng Suee Lim (DAP, ADUN Sekinchan, beliau menjuarai isu penanam padi)
(Untuk isu-isu Felda, Mazlan Aliman PAS dijangka akan membantu di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak peneroka dan mengetengahkan isu-isu Felda.)

12) Kementerian Luar:
  • Kamarudin Jaffar (PAS, Ahli Parlimen Tumpat)
  • Lim Guan Eng (DAP, ADUN Ayer Puteh, Ketua Menteri Pulau Pinang)
  • Elizabeth Wong (PKR, ADUN Bukit Lanjan)
13) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar:
  • Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)
  • Nurul Izzah Anwar (PKR, MPLembah Pantai)
14) Kemterian Alam Sekitar :
  • Fuziah Salleh (PKR, MP Kuantan)
  • Che Rosli Che Mat (PAS, MP Hulu Langat)
  • Nga Kor Ming (DAP, MP Taiping)
15) Kementerian Wanita:
  • Zuraida Kamaruddin (PKR, MP Ampang)
  • Fong Po Kuan (DAP, MP Batu Gajah)
  • Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, MP Rantau Panjang)
16) Kementerian Perhubungan Bangsa & Kementerian Dialog Antara Agama:
  • Nik Aziz Nik Mat (PAS, ADUN Chempaka, Menteri Besar Kelantan)
  • Mujahid Yusof Rawa (PAS, MP Parit Buntar)
  • Mohd Nur Manuty, (PKR, pada masa ini beliau bukan bergelar MP)
  • Ngeh Koo Ham (DAP, Ahli Parlimen Beruas)
  • V Sivakumar (DAP, ADUN Tronoh)
Sumber - Portal rasmi Pakatan Rakyat

Apa lagi yang Anwar Ibrahim mahu? 

by Abdul Rahman Dahlan

16 JUN 2013 — Satu fenomena menarik yang saya amati sejak kebelakangan ini ialah suara suara `lantang’ yang berkumandang dari lubuk Pembangkang. Boleh dikatakan saban hari, ada saja yang tidak kena. Apa lagi yang Pakatan Rakyat mahu agaknya? Pilihanraya sudah lama berakhir. Kerajaan sudah ditubuhkan, dan Parlimen sudah hampir bersidang.

Tidak sampai seminggu selepas pilihan raya umum lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memulakan `kecoh’ nya. Bermula dengan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, dia kemudiannya merantau ke setiap pelusuk negara di bawah sepanduk `Black 505’, menyuarakan ketidakpuasan hatinya atas keputusan pilihan raya umum yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat.
Anwar menganggap kekalahan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional, walaupun Pembangkang secara keseluruhannya menerima undi popular yang lebih besar, adalah tidak mencerminkan demokrasi sebenar. Dia mendakwa keputusan pilihanraya telah di `curi’ oleh Barisan Nasional menerusi penipuan dan manipulasi.

Bagaimanapun, saya kira semua ini hanyalah `smokescreen’ Anwar untuk menarik perhatian umum daripada hakikat sebenar, bahawa kekalaha Pakatan Rakyat itu adalah disebabkan oleh kelemahan strategi beliau di Sabah. Anwar Ibrahim sebenarnya gagal memahami suasana politik di Sabah, dan ini menyumbang kepada kegagalan Pakatan memenangi kerusikerusi Parlimen penting yang boleh membantu mewujudkan kerajaan Pusat.

Sebagai contoh, pemimpin PKR Sabah tidak memahami apakah keuntungan strategi Anwar dalam membawa masuk Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, dan membenarkan kedua-duanya mempengaruhi senarai calon pilihanraya di negeri itu. Ini kerana PKR Sabah sudah pun mempunyai senarai calon tersendiri yang sudah lama membanting tulang untuk parti sejak ditubuhkan 15 tahun lalu. Mereka ini diketepikan begitu saja.
Jelas sekali, Anwar terlalu yakin bahawa Sabah boleh membantu `menghadiahkan’ kerusi-kerusi Parlimen yang diperlukan, sehingga beliau mengabaikan negeri itu apabila pilihan raya menjelang tiba dan memberi tumpuan hebat kepada kerusi-kerusi panas di Semenanjung.
Kerana kegagalan percaturan itu, Pakatan kehilangan Sabah, dan sekaligus tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Masanya sudah tiba bagi Pakatan Rakyat untuk meletakkan pilihan raya sebagai sejarah silam, dan merintis jalan untuk membina negara. Dalam konteks ini, biarlah saya menjadi orang pertama yang membuka jalan kerjasama. Sebagai Menteri, saya sendiri sudah menjemput Anwar untuk menamakan pemimpin Pakatan untuk bersemuka dan berbincang mengenai isu semasa berhubung kementerian saya. Sehingga kini, pelawaan saya masih tidak berjawab. Saya kira rakyat berhak bertanya, kenapa?
Anwar juga mengembar-gemburkan isu undi popular dalam ucapannya. Jika dikaji, kelebihan undi popular Pakatan Rakyat adalah kira-kira 380,000 undi. Bagaimanapun, undi popular itu sebenarnya adalah ihsan DAP kepada Anwar, yang boleh dilihat menerusi kawasan bandar seperti Seputeh yang mencatatkan majoriti 51,000 undi, PJ Utara (45,000), Cheras (37,000),Serdang (42,000), Puchong (32,000) dan Bukit Gelugor (41,000). Jelas sekali, majority itu datang dari kawasan DAP.
Seperkara lagi yang perlu diingatkan, ialah mungkin Anwar lupa walaupun secara statistiknya Pakatan Rakyat memenangi undi popular, tetapi Barisan Nasional menerima sokongan `takdir’ yang membantu gagasan itu memenangi PRU13 baru-baru ini. Pendek kata, takdir dan kuasa Tuhan menentukan segala-galanya.



AMUKANMELAYU - Parlimen telah menjadi tempak longgokkan sampah......

Pendedahan Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah #TolakPR


Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan "wajah" dalam banyak situasi. Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu, dia akan kata,"saya Melayu, Islam, takkan saya nak hancurkan Melayu."

Namun bila berjumpa dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan mengembalikan hak rakyat termasuk Cina, India, Melayu bila kita tawan Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang Melayu.

Suatu ketika dahulu semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, tapi sokong Lina Joy murtad. Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR memerintah Malaysia.

Anwar dengan jelas mengatakan: "Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.” (Dipetik WSJ)

("Sesetengah orang enggan mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas - melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi kepentingan rakyat Palestin.")

Namun bila ditanya Anwar kata dia tidak kata mempertahankan Israel, dasar talam dua muka. Pernah dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh dengan lebam-lebam satu muka, dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya, tapi sekarang sihat walafiat, siap boleh bejoget atas pentas ceramah.

Semakin hampir dengan PRU13, semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya.

Ramai orang bertanya siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya? Apakah dia seorang pejuang Islam atau sememangnya seorang yang munafik? Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya?

Atau apakah dia sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa asing, semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya?

Pada hakikatnya, makhluk bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya dari dekat. Disebabkan terlalu banyak topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT, kini dia sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang dilakukannya itu.

Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/03/pendedahan-anwar-ibrahim-manusia.html#z7I1KfyJrE0YxSot.99