Sunday, 2 February 2014

ANTARA TERESSA DAN HARGA BARANG - Ada telur atau tidak?! Atau itu telur siapa pegang?!




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPebQ-f76p2CLi5FXqQ-Z0Rbvl4c_MrMtdhOxtMuGTERJ-vsQUCpetmTNK0y-GLEAuQ5vwnWltWVYMTZxp2JX2y88qkqZMXNiHsESKADSfDrs-l_nKM1-JKxxtkh8cbHcGA4_c2iJHatA/s1600/1012559_487416924695997_530997888_n.jpg
Inilah yang kita dapat dari SISTEM KHALIFAH kepada SISTEM DEMOKRASI

Mak Lamper Cina ni Perlu Di Tarik Kerakyatan

.
Semalam ketika mengunjungi pasar satok, Kuching membeli ikan terubok masin untuk dikirim kepada rakan karib,  terkejut dengan harga yang murah; harga yang tertera pada label jualan adalah RM25 seekor, akan tetapi pemuda yang dikenali dengan nama Man, salah seorang pengusaha ikan terubok masin, memberi harga istimewa sempena tahun baru cina katanya iaitu cuma RM10 seekor!
Balik dari pasar satok, duduk lepak minum petang bersama rakan. Apabila dimaklum mengenai harga ikan terubuk yang murah, maka salah seorang rakan sempat bercerita mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang amat mendadak di Kuching!
Cuci kereta yang biasanya RM15, tiba-tiba naik jadi RM30. Pergi gunting rambut dan cuci sekali di salun biasanya RM12, boleh pulak harga naik ke RM30! Sejak bila pula harga tiba-tiba naik ni?
Sebenarnya inilah senario yang 'normal, berlaku di Sarawak setiap kali Tahun Baru Cina. Peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan perkhidmatan sesuka hati! Jika anda perasan, dari tahun ke tahun harga tetap naik tanpa apa-apa pengumuman dari kerajaan. Alasan peniaga tersebut ialah ianya harga "istimewa' sempena tahun baru cina sebab mereka nak tutup kedai selama 3 hari. Atas sebab itulah mereka terpaksa menaikkan harga barang atau perkhidmatan untuk 'cover' kerugian selama 3 hari. Akan tetapi, ada kedai tu petang raya cina dah mula beroperasi; ada yang mula berniaga seperti biasa pada hari kedua! "Kami mau tutup 3 hali, manyak rugi ooo!!". Tapi tak sampai 3 hari pun?!
Pernahkah sesiapa bising pasal kenaikan harga ini? Sedangkan ianya berlaku setiap tahun setiap kali tahun baru cina. Selepas perayaan tahun baru cina, peniaga sememangnya menurunkan semula harga, tetapi bukan kepada harga asal. Contohnya, harga biasa gunting rambut dan cuci ialah RM12. Bila tiba TBC, harga naik jadi RM20. Selepas TBC, turun ke RM14. Maknanya, dalam tidak sedar harga telah dinaikkan sendiri oleh peniaga! Agak terlampau baru-baru ini terdapat peniaga mengatakan kerajaan yang naikkan harga barang, mereka cuma ikut saja!
Apabila kerajaan tarik subsidi 20sen, golongan peniaga inilah yang bising macam nak gila kutuk kerajaan; sedangkan didalam hati mereka amat gembira! Walhal mereka terlebih dahulu menaikkan harga 10sen lebih awal sebelum kerajaan umumkan penarikan subsidi 20sen! Ramai yang mengambil kesempatan ini dengan menaikkan harga sesuka hati tetapi memberi alasan kepada pelanggan, itu adalah saranan kerajaan. What a bullshit? Katanya gula naik, tetapi belum lagi sempat untuk apa-apa perbincangan,

maka semua barang yang ada kaitan dengan gula dinaikkan harga; air minuman di restoran dinaikkan harganya 20sen segelas, sedangkan subsidi gula ditarik 20sen sekilo, seolah-olah dia letak gula sekilo dalam segelas minuman kita!
Jadi, siapa sebenarnya yang jadi 'raja' naikkan harga barang ni semua? Bila ditanya betul-betul kepada peniaga, mereka kata ini adalah keputusan PERSATUAN PENIAGA!! Sememangnya di setiap tempat, terdapat 'persatuan' peniaga yang akan datang atau 'jemput' peniaga ke mesyuarat penetapan harga barang setempat dan semasa. Jika tak ikut harga "ketua persatuan", bisnes kena kacau!!
Jadi saya pun berkata kepada peniaga berkenaan, " aiyaa tauke!! Kalau itu ketua persatuan sudah naikkan harga, apasal lu cakap sama orang ini kerajaan naikkan harga? Lu punya ayat, lu punya 'ketua persatuan' suruh sebut itu macam ka?", tauke cuma senyum dan cakap, "jangan itu macam la kawan, tiada untung maaaa!!". Pergh!! Dengan selamba tauke cakap tak ada untung walhal untung berlipat ganda, lepas tu skrip salahkan kerajaan memang sudah diajar kepada peniaga ini untuk disampaikan kepada semua pembeli!!
Takpa, bukan ada orang pantau pon!!! Dengar cerita penguatkuasa pon takot dengan 'ketua persatuan'! Ada pula yang 'kenyang kawtim'?! Kalau macam tu, rasanya tak perlulah pemimpin kerajaan nak memecah otak fikir macam mana nak turunkan harga barang dan buat jelajah turun harga ke seluruh negara, kerana apa yang bakal dihadapi nanti adalah lakonan dari peniaga dan harga cuma turun semasa lawatan PM, TPM atau Menteri. Lepas tu, harga pasti kembali ke "asal" !! Kalau harga TELUR pun tak boleh control, macam mana nak adjust barang lain?!-



AMUKANMELAYU - Tiada lagi dasar berlembut....Tuanku sudah semestinyalah menarik KERAKYATAN nyonya tua ini.