Tuesday, 25 February 2014

AWANG....AYAH NAK PESAN



AWANG....AYAH NAK PESAN

Awang.......
Dengo mmolek Ayah nak pesan ni.
Jika ayah gi dulu ini amanatnya,
Jika hidup ini pesanannya 
Sunge Perak tak membataskan kita
Seriak di hati dapat di baca
Walau pun mulut tak berbicara
Niat di hati penyampai kata

Awang........
Seloka pantun khazanah kita
Gelanggang di buka tiada tutupnya
Menepis menari kene dengan gendangnya
Maksud terkandung dapat di duga
Sejak berzaman kita berlapik kata
Walau pun terpisah Labit dan Chepor
Sungai Perak penyambungnya
Sekilas di air dah tahu jantan betinanya.
 
Awang.......
Jangan ditunggu nyiur yang condong
Tidaknya jatuh jika tak di panjat
Taknya gugur kalu beruk tak naik
Jika dah masak gugur setandan
Puteknya jatuh di buang orang
Bumi dipijak langit dijunjung
Tegak berdiri geruh di badan
Jangan sampai di ambil orang 

Awang.....
Hidup kita ada induknya
Bak bagai  serai serumpun
Bak bagai pinang semayang
Bak bagai kunyit sejambak
Bak bagai sireh sejunjung
Bak bagai  padi segemal

Awang........
Induk kuat kerana pawangnya
Induk kuat kerana bidannya
Induk kuat kerana Imamnya
Induk hidup dengan mudimnya

Awang........
Tok Goleng pawangnya
Pek Anjang bidannya
Pak Teh Guru Qurannya
Di Labit Tok Aji Nasir dah lamo pulangnya
Di Paya Tok Mat Parang dah balek juga.....
Hilang muncung, Tebouk kepala Awang

Awang........
Takkan menjadi induknya jika satu sahaja anaknya
Takkan menjadi induknya kalu dua KALIMAH di buat lupo
Tak di tanya orang apa hartanya
Kalu bersalam di tanyo dah berapa anak miko
Kalu limo, itu baru nak mulo
Kalu enam, itu Imannya
Kalu tigo belas itu rukun solatnyo

Awang......
Jika lesung ada antannya
Jika beras ada antahnya
Jika padi ada hampanya
Jika melukut ada gantangnya
Jika nasi di tanak, dah tentu ada keraknya
Jika daki dah tentu di badan, bukan di belakang telinga.

Awang......
Itulah kita anak Lenggong di seberang sana
Sungai menyusul bukit dan lurah tak putus alirannya
Nyor condong melambai-melambai
Sungai Perak takkan kering kemarau setahun
Bisikan salam di tinggalkan pesan
Orang di sana tak luput dari ingatan
Awang....Hang Anak Lenggong.
Keliklah..........

Tok Aki Aji
28hb. Ogos 2013
Tangga Batu Melaka.