RAHSIA BUSANA MELAYU YANG PERLU BANGSA MELAYU TAHU
RAHSIA BUSANA MELAYU YANG PERLU BANGSA MELAYU TAHU
1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) –
Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.. Beliau telah
mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai
cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China
& Khmer)..
Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki
pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap
bertanjak dengan wangian kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki
Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja..
2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3
suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar
Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara
Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya
Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah
mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke
pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).. Semua buatan
baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak..
3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan
Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi
gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang
boleh memakai baju sikap ini..
4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan
mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan
sehingga cara ikatan dan lipatan.. puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’
pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan
(atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja..
Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam
bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja
(termasuk ahli keluarga) dan Laksamana.. Pucuk ini adalah lambang kuasa
yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’
lipatan.. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan
tanjaknya..
5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘ teluk belanga
’.. Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja..
6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam
Melayu.. golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan
seluar dari gaya ‘Gunting Aceh’ yang mempunyai buatan kekek yang amat
besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain
termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘Gunting
Cina’..
7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam
istana.. di luar istana pula adalah ‘optional’.. Bagi penduduk asal
kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan
cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam
style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan
pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara
‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di
selit ke dalam kain)..
Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala
dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal
sesuatu tempat.. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara
mengikut pangkat dan darjat iaitu:
a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)
Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana
kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya
melihat cara ia berpakaian.
-Hangpcdua Malaya-
AMUKANMELAYU - Suka sangat berkain pelikat....