Thursday, 20 February 2014

CHEGU BARD DAH MULAKAN KEMPEN "MUNAFIK" MYANMAR PENGUNDI HANTU KAJANG



Wednesday, February 19, 2014

Cikgu Bad mengimport 50,000 Myanmar mengundi di Kajang, rupanya saya BERMIMPI

Sehingga sekarang, teori popular, pengundi hantu dari kalangan warga asing, terus popular di kalangan Pakatan Rakyat. Sekalipun, mereka sendiri tidak ada bukti, malah dalam petisyen pilihanraya yang dibuat di mahkamah pun, haram tak sekali bentang kes dengan bukti pengundi hantu, sebaliknya sekadar mempertikaikan dakwat kekal yang tak kekal tetapi gagal membuktikan ketidakkekalan dakwat tersebut membolehkan pengundi mengundi lebih dari sekali, namun cerita tentang pengundi hantu dari kalangan warga asing, terus dipopularkan.

Anehnya, sekalipun semua teori tersebut hanyalah satu pembohongan, tohmahan dan fitnah semata-mata, tetapi para penyokong Pakatan Rakyat cukup percaya.

Pada PRU13 lalu, Pakatan Rakyat terutama sekali DAP banyak bercakap tentang pengundi hantu dan kemudian blackout. Walaupun telah diterangkan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas tetapi para penyokong Pakatan Rakyat tetap juga menyebarkan tohmahan dan fitnah tersebut sehinggalah mereka mengadakan demonstrasi demi demonstrasi.

Namun akhirnya, mereka senyap sunyi apabila KESEMUA PETISYEN yang dibuat, langsung tidak menyebut tentang pengundi hantu dari kalangan warga asing.

Nampaknya Chegu Bard yang masih tidak serik setelah berulang kali terkantoi menipu, meneruskan semula fantasi pengundi hantunya. Dalam kenyataan terbarunya, entah dari mana gambar dikutip, Chegu Bard cuba menimbulkan keraguan berhubung kehadiran sejumlah warga asing yang dipercayai dari Myanmar di Kajang. Chegu Bard turut cuba mengaitkan tempoh yang agak panjang untuk PRK DUN Kajang tanpa sedikit pun dia berusaha untuk menceritakan bagaimana Anwar Ibrahim terlalu mendesak agar PRK dijalankan seberapa segera bagi memberikannya alasan untuk menghindar daripada perbicaraan di Mahkamah Rayuan berhubung kes liwat bekas pembantu peribadinya.

Ternyata, pembohongan dan fitnah berterusan dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PKR tanpa rasa bersalah sedikit pun. Mereka tetap juga menipu dan memperdayakan sekalipun mereka telah terkantoi dan tiada sebarang bukti yang ditunjukkan.

Mujur jugalah, para penyokong Pakatan Rakyat kebanyakannya bodoh-bodoh belaka dan mudah diperbodohkan sehingga cerita bongok seperti yang dituturkan oleh Chegu Bard pun mudah untuk mereka percaya!!!






Nabi SAW bersabda maksudnya : 

“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik :

1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.


2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.


3. Bila diberi kepercayaan / amanah maka dia akan mengkhianatinya.


Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pemungkir janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi sudah ada ciri-ciri munafik dalam dirinya.



Kenyataan medianya Cikgu Bad:

Kenyataan Media
19 Februari 2014

Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Harus Minimakan Ruang Manipulasi

Satu perkembangan yang pelik telah berlaku di sekitar Kajang apabila pasukan pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.

Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.

Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal?

SAMM tidak menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.

SAMM turut menggesa supaya SPR meminimakan ruang-ruang manipulasi antaranya dalam soal jumlah pengundi awal yang begitu ramai.

Menjadi persoalan, mengapa SPR menggunakan petugas dari pengundi DUN Kajang? Mengapa tidak SPR memanggil petugas dari sekitar Bangi, Semenyih dan Cheras untuk menjadi petugas pilihanraya?

Jika SPR memanggil pengundi Kajang sebagai petugas maka ia membuka ruang manipulasi dengan peningkatan besar jumlah pengundi awal. Ini sepatutnya boleh dielakkan.

Sebagai sebuah badan yang tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai. Namun pemerhatian SAMM setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan. SPR terus diperkudakan pemerintah.

Sebelum ini SAMM telah mendesak pihak SPR memperinci anggaran perbelanjaan RM1.6 juta untuk PRK Kajang yang disifatkan agak tinggi. Ia ekoran operasi SPR yang kerap menggunakan orang tengah dalam pelbagai urusan secara tidak langsung berlaku ketirisan dan pembaziran.

Akhir sekali, SAMM menyeru kepada orang ramai dan semua aktivis demokrasi agar turun ke Kajang untuk memastikan pilihanraya kecil kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Harus diingat, Inilah 'turning point' bagi pihak Barisan Nasional maka tidak mustahil penipuan terbesar dalam sejarah bakal berlaku di Kajang.

Sekian,

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 


40,000 Pengundi Hantu Diseludup JPM - ANWAR

Thursday, May 02, 2013

 

PETALING JAYA 2 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.

Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.
“Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.


“Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.


Menurut Anwar, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.


“Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak),” kata Anwar.


Beliau menambah, kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.

Tambah Anwar, beliau turut mendapat maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.


“Jumlah kemasukan mereka pada nasa kritikal ini membimbangkan, sama ada memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional,” kata Anwar.


Justeru, beliau menuntut penjelasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM tentang jaminan dan sikap profesionalisme dan neutral yang kini menjadi dalang BN untuk mengekalkan kuasa.

“Kenapa JPM terlibat dalam hari-hari terakhir yang kritikal. Kenapa benarkan guna kem tentera? Bolehkah Ketua Pengarah Imigresen terangkan peranan depoh di Lenggeng, Sepang dan Semenyih untuk menempatkan pengundi asing ini?” soal Anwar.

Beliau turut mempersoal sama ada Ketua Pengarah Jabatan Peguam Negara terlibat memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing di Sirkit F1 Sepang dan di KLIA.

“Sebab kita ada bukti dokumentari bergambar dan video yang dirakam dengan kerjasama dari PAS. Yang nyata ialah penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara.
“Seandainya Pakatan Rakyat menang, kita akan mendakwa sesiapa sahaja yang bertanggungjawab. 

Pelanggaran peraturan tidak akan dimaafkan.
“Biar rakyat yang putuskan sendiri pilihan mereka. Kepentingan rakyat dan Perlembagaan mesti dipatuhi,” kata Anwar.


mengungkapkan 'Bukti Najib Terlibat Angkut Pengundi Hantu Terbarai.'. 



Ini adalah maklumat baru yang diterima. Beberapa buah emel antara kakitangan penerbangan Air Asia dan pegawai tertinggi syarikat penerbangan tambang murah itu terbongkar!  Projek menerbangkan pengundi hantu untuk didaratkan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Selangor sudah pun bermula sebaik BEKAS perdana menteri, Najib Razak membubarkan parlimen 3 April lalu.


Antara emel yang bocor menunjukkan beberapa penerbangan sewa khas (chartered flight) antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju LCCT sudah dirancang antara 4 Mei hingga 7 Mei.

Paling mengejutkan didapati sembilan penerbangan serupa turut akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor yang jelas membuktikan negeri di selatan Semenanjung itu juga sudah tidak selamat buat Barisan Nasional (BN).


Kesemua penerbangan tersebut dijangka akan tiba pada bila-bila masa tidak termasuk penerbangan serupa yang dikendalikan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Emel itu juga mendedahkan setiap satu penerbangan itu boleh membawa seramai 180 penumpang yang dipercayai pengundi hantu warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar.
Kesemua emel tersebut turut membabitkan ketua pegawai eksekutif syarikat (CEO) itu, Tony Fernandes dengan CEO di Malaysia, Aireen Omar dengan pengurusan tertinggi supaya cuba meminimumkan gangguan penerbangan biasa apabila penerbangan sewa khas itu mula membawa pengundi hantu tersebut.




Pegawai dan kakitangan yang namanya tertera di dalam kandungan emel tersebut diminta tampil menafikan bahawa emel di atas adalah palsu atau berdepan dengan tindakan tegas apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
Inilah bukti bagaimana Najib mengotakan kata-katanya iaitu Putrajaya mesti dipertahankan dengan air mata darah sekalipun.~mpr


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang penting bagaimana mengatasinya? Tentu parti-parti ada cara mengatasinya dengan segala cara. Perlukah aksi bersungguh-sungguh mujahid-mujahid Islam dalam menegakkan kebenaran dan keadilan? (Dari IH) 

Anwar Nafi Tuduh Kerajaan Bawa 40,000 Pengundi Bangla
Anwar Ibrahim
Mr. Putaq
Anwar Ibrahim
Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)

KUALA LUMPURKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau pernah menuduh kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh sebagai pengundi haram pada Pilihan Raya Umum (PRU13), 5 Mei lalu.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan berkenaan sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal.

“Kenyataan saya selepas undi awal dengan bukti nama kad pengenalan dan kewarganegaraan termasuk India, Bangladesh, Indonesia dan Filipina.
“Soalan saya bagaimana orang dalam kategori kewarganegaraan ini boleh masuk sebagai pengundi awal di bawah tentera dan polis” katanya di lobi Parlimen.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan pihaknya mempunyai bukti ada aktiviti seumpama itu berlaku pada PRU13.

“Kenyataan kita memang ada pengundi luar. Dan kita buktikan dengan nama dan kewarganegaraan dalam senarai pemilih dan kita rujuk kenyataan SPR. Ini disahkan sekarang dalam Suruhanjaya Diraja RCI,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh. Ini menolak dakwaan PR kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina dalam lawatan 3 hari ke negera terbabit baru-baru ini, Hasina turut tidak percaya dengan dakwaan terbabit.



AMUKANMELAYU - Se eloknya Cikgu Bad memantau "Berapa Banyak ADUN PKR" Selangor yang akan bersama MB buat Network dengan Putrajaya dan ada berapa ramai lagi DUN PKR akan meletak Jawatan.....mungkin Cikgu Bad boleh jadi calonnya