Friday, 14 February 2014

KES LIWAT TANGGUH LAGI - RAJA DRAMA DAH MULAKAN PENGENMBARAAN EPISOD SETERUSNYA



Taktik biasa.Bicara rayuan liwat ditangguh ke 28 Feb setelah Karpal nak rayu hakim tolak dia mohon nak panggil Supt polis Jude Pereira-Agendanews

Tak habis habis drama Anwar dan barisan peguam dia ni. Dah mula dah drama penangguhan. Aku pun tak tau nak cakap apa lagi dah. 

Jawabnya panjang ceritalah.Patutnya bicara kes hari ni dan esok.Jude Pereira ialah bekas pegawai polis yg handle sampel air mani Anwar. Alasan! Alasan! Alasan!

PROJEKTORI IMEJ TERBARU - DRAMA "TANGGUH" BERSAMBUNG

Kredit foto agendadaily

Dah mula drama buat-buat muka longlai...bab acting Anwar memang lejen lah..lihat pelakon ini cuba menunjukkan kepada masyarakat.....dia keletihan.....dia kepenatan
sampai longlai projektori wajah dibuatnya bagi menagih simpati..

Mungkin esok atau lusa silap haribulan dia datang Mahkamah atau pergi berceramah atau beri taskirah dengan berpapah pulak......kemudian pakai pendekap leher...... tak boleh naik tangga atau duduk atas Willchair dan di sorong oleh HAMBA ABDInya.......jika dulu Raja-Raja duduk di atas TANDU kerana KUASANYA sebagai SULTAN, tapi Anwar akan gunakan tipudaya dan LAKONANnya untuk di usung di atas tandu(Willchair). Melayu tertipu lagi.....jelas inilah orang yang telah menjadi pemecah belah umat !

Anwar Memang Bijak dan Pintar Untuk Kenakan PAS dan Melayu Liberal!

Beberapa minggu lepas, ketika tengah hangat para pecacai PKR cuba membela perbuatan Anwar Ibrahim memaksa Lee Chin Cheh meletakkan jawatan dengan wang RM5 juta sebagai balasan, bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Hj Mohd Taib atau Mat Taib telah dijadikan bahan cerita.

Sekitar pertengahan 1990-an atau lebih tepat lagi sekitar 1996-97, Mat Taib yang pada ketika itu merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO yang sedang menyinar serta merupakan ancaman utama kepada Anwar Ibrahim bersama-sama Rahim Thamby Chik, telah ditahan oleh pihak berkuasa Australia kerana cubaan menyeludup keluar wang dari negara tersebut.

Mat Taib, Rahim Thamby Chik dan Muhyiddin Yassin merupakan tiga Naib Presiden yang menang untuk jawatan tersebut dan mereka merupakan sebahagian daripada TEAM WAWASAN yang berkepalakan Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Mat Taib telah menimbulkan kekecohan sensasi apabila perkahwinannya dengan salah seorang puteri Sultan Selangor mendapat perhatian daripada Almarhum Tuanku. Tindakan Mat Taib menyebabkan hubungannya dengan istana Selangor agar tegang.

Akhirnya Perdana Menteri pada waktu itu mengambil keputusan untuk melantik seorang Menteri Besar Selangor memandangkan terlalu banyak imej buruk tentang Mat Taib. Memandangkan pemimpin UMNO yang boleh diterima oleh istana Selangor adalah Abu Hasan Omar, maka Abu Hasan Omar yang pada waktu itu merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor telah bertanding di DUN Permatang yang telah dikosongkan oleh Datuk Jamaluddin Adnan.

Kesnya langsung tidak sama dengan Anwar Ibrahim yang cuba mengelak daripada perbicaraannya di Mahkamah Rayuan bagi kes meliwat bekas pembantu peribadinya. Namun para penyokong Anwar Ibrahim tidak berfikir ke arah itu. Mereka hanya berfikir untuk menghalalkan Anwar Ibrahim.

Dalam janjinya semalam, Anwar Ibrahim akan membawa Mat Taib ke dalam pentadbiran Selangor sekiranya dia menang dan menjadi Menteri Besar Selangor. Mat Taib pula baru sahaja menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan dilihat sudah tidak berkuku terutama sekali, dia hanya menyertai PAS setelah gagal mendapat pencalonan selayaknya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO beberapa bulan sebelum itu.

PAS Selangor sepatutnya sudah mula sedar bahawa mereka sebenarnya tidak ada kedudukan langsung di mata Anwar Ibrahim. Anwar tidak percayakan kebolehan Iskandar Samad. Anwar juga tidak percayakan Dr. Rani Osman. Anwar Ibrahim tidak percayakan Dr. Mariah dan Anwar Ibrahim tidak percayakan Shaari Sungib yang pernah bersungguh-sungguh bersama-samanya ketika zaman Reformasi, bahkan sehingga kini membantunya dalam segala hal. Lebih daripada itu, Anwar Ibrahim terlupa kepada Dr. Shafie Abu Bakar, 'giant killer' pada tahun 1999 di DUN Kajang dan kini merupakan ADUN Bangi yang terletak bersebelahan dengan Kajang.

Mat Taib lebih dipercayi oleh Anwar Ibrahim kerana Anwar percaya, Melayu-Melayu di Kajang amat mengkagumi Mat Taib dan akan memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya kerana unsur Mat Taib. Anwar Ibrahim telah diberitahu oleh PKR dan PSM serta DAP bahawa Melayu di Kajang adalah penyokong PKR tanpa mereka sedar, PAS sebenarnya yang berkubu kuat di Kajang terutama selepas kemenangan Dr. Shafie Abu Bakar pada tahun 1999. Biarpun pada tahun 2004, PAS tidak menang di Bangi (selepas dipecahkan dari DUN Kajang), namun peningkatan sokongan kepada PAS terus berlaku dan ini dibuktikan menerusi kemenangan pada tahun 2008 dan 2013.

Begitu juga dengan PKR yang menang pada tahun 2008 dan 2013, mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada Melayu-Melayu PAS sehinggakan majoriti yang diperolehi sangat selesa.

Ternyata penguasaan 15 kerusi DUN oleh PAS, langsung tidak dipandang oleh seorang yang kononnya tokoh antarabangsa dan tokoh dunia. Lebih menarik lagi ialah bagaimana Anwar Ibrahim langsung tidak sedar tentang kekuatan PAS di Kajang sendiri sehingga terpaksa mengumpan Mat Taib yang sebenarnya diterima masuk PAS bukan kerana pengaruhnya tetapi sekadar untuk memadankan muka UMNO.

Begitulah Anwar Ibrahim. Bodohnya sukar dicari ganti tetapi sentiasa berlagak seolah-olah dia pandai kerana ramai penyokongnya berkata dia pintar dan bijak!- by selangorkronik
 
 
AMUKANMELAYU - Teringatkan pada peringkat pertama Singapura  selepas berpisah dari Malaysia. Presiden pertamanya adalah Melayu dan selepas itu....Melayu hanyalah tukang cuci di bangunan-bangunan pencakarlangitnya. Materplannya adalah OSMAN WOK. Dan kini kita sedang melaluinya di mana jika tidak di halang, Anwar akan menjadi PM dan selepas itu jangan haraplah TGHH atau Hisshamuddin atau Zahid atau sesiapa sahaja Melayu yang ada untuk menjadi PM. Nasib kita akan lebih teruk dari Melayu Singapura dan Pattani.