Thursday, 13 February 2014

PUTAR BELIT ANWAR MEMBUATKAN TUN M MAHU PAS JADI MB SELANGOR


TIBA-TIBA MAHDEY KUTTY MINAT PAS JADI MB SELANGOR? KELAKAR GILA!!

Kenapa Anwar hendak mendakwa Mahathir?
PRK Dun Kajang masih jauh lagi.  Namun bagi Mahdey Kutty walaupun ianya jauh, tetapi amat menyiksa batin beliau.  Beliau tidak hairan langsung Kerusi Dun Kajang itu dimenangi oleh PKR ke atau Bn kerana beliau pun tahu standard Bn waktu ini, tetapi apa yang beliau sakit sangat adalah kerana seorang individu bernama "Anwar Ibrahim' berada di situ.

Beliau memang tidak boleh dengar nama Anwar Ibrahim.  Nama ini selalu membuatkan beliau terbangun di tengah malam dan terus ke toilet untuk terkencing.  Ketakutan beliau pada insan Anwar ini bukan baru, semenjak Anwar berada di dalam parti Keris telanjang tak bersarung lagi beliau sudah takut dengan tokoh ini.

Hebatnya Anwar di dalam partinya dulu membuatkan Tun Ghafar menyerah diri sebelum bertanding.  Sebab itulah sewaktu beliau ada kuasa, beliau gunakan kuasanya untuk menghapuskan anak Cherok To'Kun ini pergi jauh dari parti baru yang beliau sendiri tubuhkan.  Jangan lupa, parti Keris telanjang tak bersarung sekarang ini parti baru bukan parti warisan Onn Jaafar.

Parti yang diasaskan oleh Onn Jaafar sudah lama dikuburkan oleh Mahdey Kutty melalui proses mahkamah.  Beliau puja dan seru balik parti ini dan menipu para pencacainya agar menyembah parti yang dipujanya itu kononnya ini lah parti asal.  Orang tua-tua kata, yang sudah mati tetapi hidup semula berwajah yang sama, itu adalah hantu raya.  Sebab itu, jangan pelik.  Mana ada hantu raya yang baik?  Jadi betullah kata Mahdey Kutty bahawa ini lah "syaitan yang dikenali".

Apabila Anwar mahu bertanding di PRK Dun Kajang, secara tiba-tiba Mahdey Kutty mencadangkan jawatan MB Selangor diberi kepada PAS.  Di sini jelas kepada kita Mahdey Kutty sudah membayangkan siapa bakal MB Selangor walaupun kita tidak fokus ke situ pun lagi.  Mengapa Mahdey Kutty beriya sangat mahu PAS jadi MB?  Bukankah beliau ini orang paling banyak melafazkan kata-kata bahawa PAS itu sesat?  Mengapa Mahdey Kutty mahu parti yang dia anggap sesat itu menjadi MB Selangor?  Kita jangan lupa, MB Kedah sebelum ini adalah dari PAS juga iaitu Almarhum Us Azizan Razak.  Ketika PAS perintah Kedah, ada pernah Mahdey Kutty puji Almarhum Us Azizan atau PAS di Kedah?

Lebih 20 tahun Kelantan diperintah oleh PAS.  Apa yang Mahdey Kutty tidak pernah katakanb pada Kerajaan PAS Kelantan, terutamanya sewaktu era Tok Guru Nik Aziz jadi MB?  Sehingga ke jubah, serban dan janggut Tok Guru pun insan dari Karala ini dok perlekehkan.  Ertinya apa?  Ertinya Mahdey Kutty bukan berminat sangat pada PAS.  Tetapi mengapa sekarang galak sangat dia menyebut elok jawatan MB Selangor itu diberi kepada PAS?  Jawapannya, Mahdey Kutty tahu siapa akan duduk di Kerusi itu nanti dan insan itu adalah insan yang paling beliau takuti.

Hakikatnya, bukan Mahdey Kutty tidak tahu proses perlantikan MB Selangor itu bukan boleh main letak-letak sahaja.  Adakah Anwar itu Ketua Pembangkang maka dengan mudah Anwar berada di Kerusi MB Selangor?  Tidak.  Sebagaimana Anwar sendiri sebut dan pimpinan PR lain juga sebut bahawa kedudukan Kerusi MB Selangor adalah hasil dari persetujuan dan persepakatan bersama.  Seandainya PAS dipersetujui menjadi MB Selangor, itu bukanlah kerana mengikut telunjuk orang tua nyanyuk ini.  Ini adalah hasil muafakat bersama.  Begitu juga sebaliknya, jika ditakdirkan Anwar menjadi MB Selangor itu juga adalah kerana persetujuan bersama di dalam PR, bukannya kerana ingin melihat Mahdey Kutty ini mati terkejut apabila mendengar Anwar jadi MB Selangor.  Tidak samasekali.

Aku rasa eloklah Mahdey Kutty ini balik merepek di Kedah, nasihatkan anaknya yang sekarang ini menjadi MB di sana.  Nanti di dalam PRU 14, Kedah hilang dan balik semula kepada PAS, InsyaAllah, kita bimbang penyakit nyanyuk Mahdey kutty bertambah teruk.


# PERHATIAN - Umur Ayahanda Tun M lebih tua dari Bapa kita....jadi berbahasalah dengan sopan sepertimana kita mahu Orang Menghormati Ibubapa kita....hanya peringatan.

Anwar Ibrahim's new strategy for Malaysia's top job

Updated Fri 7 Feb 2014
Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim has revealed his latest strategy to make it to his country's top office. Mr Anwar has told Australia Network's Newsline program he is in talks to take over the post of chief minister of the state of Selangor. He says his plan is to use Selangor as a model to prove that his leadership and policies would work for all of Malaysia.

"This is our launch pad," he said.
"This is the richest state, the most effective state, the most popular state and we will showcase how we run through good governance and transparent governance."

The current chief minister of Selangor is the People's Justice Party's (PKR) Abdul Khalid Ibrahim.
The PKR is led by Mr Anwar. Mr Anwar says discussions about a change in leadership have begun.

"There is that possibility being considered now," he said.
"We do not discount the possibility of a change of guard."

Mr Anwar says one option would be for Mr Khalid to shift into a role as an economic adviser.
Mr Anwar led the opposition to Malaysia's general election in May last year and told Newsline in the lead-up that he would step down from politics if his coalition lost.
Despite a strong showing, his coalition was defeated.

Change of plans

But Mr Anwar now says changing circumstances in Malaysia, including economic and racial problems, have forced him to act.

"I think that compels us to take some drastic measures, including to fortify the state of Selangor as a base for us to challenge the regime," he said.
"We need to put a stop to this race card.
"(But) the thrust of our campaign is still economic policies."

Mr Anwar is contesting the state seat of Kajang in Selangor, where a by-election will be held on March 23. It's the first step ahead of Mr Anwar's expected bid for the Selangor chief minister post.
The next general election in Malaysia is due in the first half 2018 at the latest.


Dalam wawancaranya dengan Austrlia Network's Newsline seperti di atas, Anwar mendedahkan strateginya untuk menjadi Menteri Besar Selangor bagi membolehkan beliau menjadikan negeri itu sebagai model kepimpinannya. 




Menurut Anwar, Selangor adalah negeri paling kaya..., paling berkesan dan paling popular dan beliau akan menggunakannya untuk menunjukkan bagaimana cara memerintah yang baik dan telus. Jelaslah bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh ini memang berniat dan merancang untuk menjadi Menteri Besar sejak dari awal. 

Sikap lidah bercabang Anwar membuatkan kenyataannya dipandang sinis oleh rakyat yang peka dengan permainan politik Raja Putar Alam Anugerah Tuhan ini.  

Selama perjuangannya, kita lihat beliau sering memilih jalan belakang, gemar menafi tetapi kemudian membuat U-turn, sentiasa bercakap lain di hadapan satu pihak dan perkara yang bertentangan pula di hadapan pihak lain. 

Anwar boleh menjadi pro-Zionis dan pro-Islam sekali gus, beliau juag boleh menjadi pejuang Islam dan pejuang hak LGBT dalam masa yang sama, atau pejuang Melayu dan pejuang penghapusan hak Bumiputera mengikut masa dan tempat di mana beliau berada. 

Anwar boleh berkata yang beliau tidak ingin menjadi Menteri Besar pada satu ketika, dan kemudiannya berkata yang beliau akan menjadi Menteri Besar dua tiga hari selepas itu. 

Justeru, apa jaminan yang beliau mampu menunaikan janji untuk menjadikan Selangor sebagai model pemerintahan yang baik dan telus sekiranya beliau berjaya menjadi MB...? Apakah jaminan yang beliau tidak akan melakukan sebaliknya, iaitu menjadi pemerintah yang kejam dan korup...? 

Sifat menipu dan korupsi tidak mungkin dapat dipisahkan.  Orang yang tidak telus dalam urusannya akan terpaksa hidup dalam penipuan bagi menutup kegiatannya.

Memandangkan menipu dan Anwar juga tidak dapat dipisahkan, maka tidak salah rasanya jika kita mempersetankan saja janji beliau untuk memerintah dengan baik dan telus itu. 

Anwar punya peluang untuk membuktikan beliau seorang pemerintah yang baik dan telus pada suatu ketika dahulu. Namun, peluang itu telah digunakannya untuk menjadikan dirinya dan sanak-saudaranya kaya dalam sekelip mata.  Beliau juga hampir membankrapkan dan menjahanmkan negara kerana terlalu taksub kepada dasar-dasar IMF dan tunduk kepada Amerika....!

Hari ini Anwar ingin meminta peluang lagi untuk menjadi Menteri Besar dan peluang itu pula "dicipta" dengan cara yang tersangat kotor....

Jika niatnya kotor, caranya juga kotor, maka bagaimana kita boleh percaya yang Anwar mampu menjadi pemerintah yang bersih...? 

Persoalan kini ialah, apakah Sultan dan Rakyat Selangor benar-benar sanggup mengangkat Anwar ini sebagai Menteri Besar...?


AMUKANMELAYU - Mengangkat Anwar menjadi KETUA....adakah ianya menepati kehendak UGAMA dan NEGARABANGSA?