Saturday, 1 February 2014

Rawatan psikotropik - ANWAR PERLU DI BANTU BUKAN MENGIKUTNYA

 

RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL 
Olak Lempit, 01hb. Feb. 2014 - Penyakit mental perlu di rawat. Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu. 

Rawatan-rawatan Utama Yang Selalu Digunakan
Psikoterapi dan kaunseling 

Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. 

Rawatan psikotropik 

Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis. 

Rawatan tingkahlaku

Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini. 

Rawatan elektrokonvulsif 

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius. 

 Adakah Anwar Mengalami Sakit Mental? 


Apabila cadangan Anwar  yang kononnya mencadangkan pelan perdamaian dan disambut secara positif oleh Najib boleh baca di sini maka terjelir jelir lidah orang yang merasakan dirinya hebat menyatakan sokongannya…

Datuk Saifuddin Abdullah mengalu-alukan pengumuman rekonsiliasi nasional oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam, dan membayangkan Malaysia menuju ke arah demokrasi yang lebih progresif. Perdamaian ini nampaknya adalah menarik dan baik dan berperangsaka baik itu adalah di tuntut. Tapi bagaimana kita hendak menghulurkan tangan pada mereka yang telah merosakkan hampir keseluruhan akartunjang KEHARMONIAN NEGARA?
Hampir setiap tindakan dan strateginya adalah untuk merosakan apa yang ada. Bagaikan se orang tukang rumah yang sering mendabik dada mengatakan dia tukang yang hebat. Untuk membuktikan dia hebat maka dia datang kepada anda dan mengatakan dia boleh membuat rumah yang cantik lebih dari rumah yang anda duduki sekarang ini. Anda tertarik dan dengan selamba dia meruntuhkan rumah anda.

Tunggu saya akan membuat rumah lain sedangkan dia gagal atau tiada hasil atau contoh yang boleh di tunjukkan yang mengatakandia hebat. Soalnya dimanakah anda hendak tinggal sedang tukang ini hilang entah kemana. Bagaimana dengan bahan yang telah anda beli?

Jelas disini anda rugi dua kali, Pertaman tiada tempat tingggal dan yang kedua, bahan binaan yang anda beli rosak dan tiada siapa pun hendak membuatnya. Inilah yang penulis dapat GAMBARKAN tentang angan-angan Anwar. Ia ingin mencipta sejarah baru dengan meruntuhkan apa yang ada dan janji-janjinya semuanya belum pasti.
Yang menghairankan penulis bagaimana Mantan Menteri UMNO yang kini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Pengerusi Yayasan Kesederhanaan Global (GMM) itu berkata, pengumuman tersebut tepat pada masanya.
"Mewakili Yayasan Kesederhanaan Global, saya mengalu-alukan dan menyokong penuh kenyataan perdana menteri ke arah rekonsiliasi nasional," katanya.
Siapa yang mencetuskan FONOMINA GILA ini?
Apa makna rekonsiliasi? Dalam kamus disebut memulihkan hubungan kepada keadaan sedia ada atau asal..! perdamaian, perbaikan, pembaikan semula..!
Soalnya sejak bila UMNO mempunyai hubungan baik dengan puak pembangkang ini? Bila pernah UMNO bersatu sebelum ini yang mahu kan perdamaian semula?
Apakah pemimpin Kerajaan tidak sedar bahawa kewujudan Anwar dan sekutu pembangkangnya lah yang telah mencipta dan mencetus segala ketegangan dan ketidaktentuan hidup rakyat hari ini?


Seharusnya Anwar dan puak pembangkang bukan diajak berdamai dengan segala kekurangajaran yang telah mereka perbuat malah seharusnya mereka ini semua diambil tindakan tegas sesuai dengan  lunas undang undang yang termaktub didalam perlembagaan negara selama ini?
Apakah segala bentuk kebiadapan dan pencemaran adab serta budaya yang dibawa oleh Anwar boleh kita terima hingga mengiktiraf mereka sebgai rakan yang boleh kita harap untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan bermaruah?
Hanya hiasan
Gila apa kita yang tiba tiba mengiktiraf puak yang mencemar kesucian agama dan Kalimah? Gila apa kita yang bersetuju mahu mengiktiraf mereka yang menerima seks sonsang dan liberalisasi agama? Gila apa kita menaruhkan harapan kepada manusia yang hancur akhlak dan budaya serta mencetus segala macam keburukan kepada agama, bangsa dan negara?
Cukup la kita membenarkan kegilaan ini berlegar disekeliling kita selama ini..! sepatutnya kita bertegas dalam memulihkan negara dari sebarang kegilaan yang dibawa oleh Anwar ini..! cukup la dunia tahu Anwar sahaja yang gila dan jangan sesekali kita pula yang menuruti Anwar untuk menjadi gila..!!!

Merawat Sakit Gila


Assalammualaikum wbk.
Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.
Dengan izin moderator budiman. Berikut saya sisipkan beberapa panduan berguna di dalam usaha kita cuba merawat sakit-sakit yang dikaitkan dengan mental. Diharap membantu sahabat semua, insyaallah.
Cara Pertama
Antara lain fadhilat ayat Kursi adalah dapat menyembuh penyakit gila jika kita yakin dan dengan izin Allah swt. Bacalah ayat Kursi sebanyak 11 kali pada ubun-ubun kepala orang yang sakit akalnya (gila / meroyan). Kemudian tiupkan pada ubun-ubunnya. Lakukannya sehingga beberapa kali dengan penuh sabar dan tenang. Sambil itu, jangan lupa berdoa ke hadrat Illahi setiap kali selepas solat. Insyaallah, secara beransur-ansur anda akan dapat melihat perubahannya.

[255] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Cara Kedua
Sediakan satu baldi air bersih. Kemudian bacalah surah Yunus ayat 80 sehingga ayat 81 pada air tersebut. Kemudian gunakan air tersebut sebagai air mandian pada pesakit (gila / meroyan / terkena sihir) setiap hari sehingga pesakit tersebut pulih dengan izinNYA. Lagi satu, pesakit perlu dimandkan di luar rumah yang bersih (jangan mandi di bilik air atau tandas sebab air itu telah dibaca surah).

[80] Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka:" Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (diri benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)! [81] Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan

Cara Ketiga
Cara ketiga ini lebih kepada petua tradisional masyarakat kita. Ambil daun belimbing buluh dan kemudian direbus bersama daun sisik puyu dan daun ribu-ribu, ditambah dengan sedikit santan lalu diminum sebagai ubat gila meroyan. Rawatan ini sesuai kepada ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan juga pesakit gila meroyan. - Wassalam. (Shamsul Kamal bin Main)


AMUKANMELAYU - Sakit mental ini perlu di rawat bukannya di ikut apa kemahuannya.