Monday, 3 March 2014

Dia Pernah ‘jilat’ Anwar, Saya Tak Pernah - Kata Pengarah Umcedel


AWAS - Jangan JILAT.....KOTOR.
 
Saya tidak pernah seangkatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Abim, kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Februari, 2014.Datuk Zaid Ibrahim tidak memberikan fakta yang betul dalam menafikan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata pengarahnya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Redzuan berkata, kenyataan Zaid yang mengatakan beliau seangkatan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) adalah tidak benar kerana semasa beliau bersama pertubuhan itu pada 1982, Anwar sudah pun menyertai Umno.
“Beza saya dengan Zaid, dia pernah `jilat’ Anwar dulu, saya tak pernah.
Semalam, Zaid mempertikaikan kajian Umcedel dengan mengatakan Anwar mempunyai pengaruh dalam kajian badan itu berkaitan PRK DUN Kajang yang menghasilkan dapatan positif kepadanya.
Dalam kajian Umcedel yang dibentangkan minggu lalu, 59% daripada 576 responden ditinjau mengatakan “ya” apabila ditanya sama ada munasabah mengadakan pilihan raya untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

Saya tidak pernah seangkatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Abim, kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Februari, 2014.
Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
“Beza saya dengan orang lain, saya bersangka baik dengan semua orang tidak kira Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahupun Anwar.
“Saya tidak pernah hina Anwar, kalau saya hina mungkin sudah jadi timbalan menteri sekarang,” kata Redzuan sambil tertawa.
PRK Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini manakala penamaan calonnya dijadualkan pada 11 Mac selepas penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kawasan itu.

Peletakan Anwar sebagai calon DUN Kajang dikatakan untuk meredakan ketegangan di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Dalam kajian yang dibentangkan minggu lalu, Redzuan berkata, pengundi di Kajang berpendapat PRK pada 23 Mac ini bukan pembaziran apabila majoriti responden iaitu 53% berpendapat sedemikian dengan kaum India mewakili 60%, Cina (54%) dan Melayu (50%).
Katanya, pengundi di Kajang juga melihat tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengahkan hari pengundian mencalarkan reputasi suruhanjaya itu apabila 48% responden mengakuinya dengan sokongan pecahan Cina (57%), India (42%) dan Melayu 41%.
Dalam tulisan di blognya semalam, Zaid yang juga bekas ahli PKR berkata, Anwar dan Redzuan seangkatan dalam Abim.

"Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Abim,” kata Zaid dalam blognya.
Mengulas kenyataan menteri besar Selangor yang tidak bersetuju dengan kajian Umcedel berhubung sokongan pengundi Kajang terhadap Anwar sebagai menteri besar Selangor, Redzuan berkata: “Khalid mungkin tidak faham metodologi kajian, 59% bukanlah angka yang besar, lainlah 80%.” – OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA 25 Februari, 2014.

PROF. UNIVERSITI MALAYA : SAYA TIDAK PERNAH JILAT 

Add caption
Saya merujuk kepada kenyataan Profesor Redzuan Othman dari UMCEDEL dalam The Malaysian Insider beberapa hari lalu yang berkata saya pernah menjilat Anwar, sedangkan dia tidak. Sebagai seorang Profesor yang sepatutnya tebal dengan integriti akademik dan profesionalisme, Profesor Redzuan tidak sepatutnya menunjukkan emosi dan kemarahan yang keterlaluan kepada saya semata-mata kerana tulisan saya. Malu nanti pelajar pelajar diuniversiti Malaya.
 
Dalam bidang psikologi ada disebutkan tentang istilah defense mechanisme bernama “projection” iaitu kita meletakkan pada orang lain sifat yang ada pada kita bagi mengelak orang tahu kita ada sifat itu.
Saya hairan kenapa Profesor Redzuan terlalu obsess dengan Anwar. Hampir semua kajian utama UMCEDEL akan difokus kepada Anwar seolah-olah politik Malaysia ini berkait dengan Anwar semata-mata.
Mengapa kajian UMCEDEL tidak focus sama kepada Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi, Tun Mahathir Mohamad atau Lim Kit Siang?
Mari kita ambil contoh kajian UMCEDEL ini:
Kajian UMCEDEL dari 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 mendapati 44 peratus responden yang percaya Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding hanya 31 peratus responden yang percaya Najib lebih layak menjadi Perdana Menteri.
Kajian UMCEDEL dari 3 April 2013 hingga 20 April 2013 mendapati hanya 18 peratus responden yang percaya video seks lelaki mirip Anwar adalah tulen dan 62 peratus responden tidak terpengaruh dengan video seks lelaki mirip Anwar.
Kajian UMCEDEL dari 15 Ogos 2013 hingga 10 September 2013 mendapati hanya 28 peratus responden yang bersetuju Anwar melepaskan jawatan kerana PR gagal menerajui Putrajaya berbanding 55 peratus responden yang tidak bersetuju.
Tidakkah jelas perkaitan Anwar dan UMCEDEL dalam semua kajian ini? Sebelum PRU 13, kajian UMCEDEL cuba menggilap Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Bila Anwar kalah dalam PRU 13, kajian UMCEDEL cuba baik pulih imej Anwar yang telah berjanji letak jawatan jika kalah dengan kata pula rakyat tidak setuju Anwar letak jawatan.
Saya menulis dalam blog tentang kajian UMCEDEL sama ada orang Kajang boleh terima Anwar sebagai Menteri Besar atau tidak. Saya merasa pelik bagaimana satu kajian dibuat begitu cepat tentang perkara yang orang ramai tidak pun mengetahui semasa kajian itu dibuat. Saya bayangkan kajian itu adalah memihak kepada Anwar dan bertujuan memberi justifikasi mengapa pilihan raya diperlukan, dan supaya orang terima Anwar sebagai Menteri Besar.
Profesor Redzuan berkata Anwar sendiri tidak tahu kajiannya mengenai Kajang; Anwar tahu tak tahu itu suatu yang tidak relevan. Soalan yang relevan ialah apakah Profesor Redzuan tahu hasrat Anwar mahu jadi Menteri Besar sebelum kajian dibuat? Sudah tentu Profesor Redzuan tahu, kalau tidak mengapa soalan survey itu bertanya tentang penerimaan orang ramai mengenai pilihan raya kecil dan sambutan orang ramai kepada Anwar sebagai Menteri Besar?
Kalau Profesor Redzuan tahu hasrat Anwar, ini bererti Profesor orang dalam (inner circle) Anwar; kerana waktu itu orang ramai termasuk PAS tidak mengetahui rancangan untuk menukar Menteri Besar ini.
Saya mengemukakan pendapat saya berasaskan pengetahuan saya. Kalau kajian itu dibuat mengikut lunas dan metodologi yang biasa digunakan dalam survey lain maka saya akur dengan keputusan survey itu. Tetapi bukan saya sahaja sangsi dengan keputusan survey; Tan Sri Khalid, Menteri Besar juga turut pertikai keputusan survey itu. Ramai yang anggap terlalu “coincidental” keputusan survey disiapkan sebaik sahaja Anwar umum untuk bertanding di Kajang.
Bagaimana Profesor Redzuan boleh kata Tan Sri Khalid tidak faham metodologi kajian UMCEDEL sedangkan Tan Sri Khalid pakar dalam aspek kuantitatif? Lagi pula, Profesor Redzuan sendiri pakarkah dalam aspek kuantitatif sebab PhD-nya guna metodologi kualitatif saja? Profesor Redzuan bercakap tentang politik Malaysia berdegar-degar ini, beliau pakarkah tentang politik Malaysia sedangkan PhD-nya adalah tentang politik Timur Tengah yang tak ada orang tahu pun apa tajuknya dan tak ada orang jadikan rujukan pun?
Profesor Redzuan kata dia tidak bersama-sama Anwar dalam ABIM kerana pada tahun 1982 Anwar sudah masuk UMNO. Tuduhan saya ialah Profesor ini kawan rapat Anwar melalui perkaitan dalam ABIM. Tak usahlah Profesor Redzuan nafikan. Bila Anwar ditahan ISA tahun 1998 dia sebagai Naib Presiden ABIM antara perancang utama gerakan membela Anwar, cuma hairannya dia tidak ditahan ISA seperti rakan-rakan ABIM-nya. Rumah Profesor Redzuan di Sungai Ramal Dalam, Kajang, lubuk bekas pemimpin ABIM. Profesor Redzuan adalah Pengerusi SYURA, iaitu badan induk yang mengawasi, memandu dan menasihati aktiviti semua bekas pemimpin ABIM. Profesor Redzuan sering dijemput menjadi penasihat kepada aktiviti PKR. Dalam Rapat Temu Pemimpin PKR di Kajang 16 dan 17 Februari lalu pun Profesor Redzuan adalah salah seorang penceramah utamanya.
Tentang perkataan jilat yang digunakan oleh Profesor Redzuan, saya anggap itu adalah kesilapan besar. Dalam konteks Anwar, perkataan jilat ini ada macam-macam konotasi. Saya tidak tahu maksud Profesor; sebagai seorang kenalan rapat Anwar konteks mana perkataan jilat ini dimaksudkan oleh Profesor ini perlu diperjelaskan. Kalau tidak, malulah pelajar-pelajar university terkenal bila Profesor mereka menggunakan perkatan jilat ini sewenang-wenangnya. Malulah Profesor-Profesor lain di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dan di Universiti Malaya seluruhnya bila Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya guna perkataan bodoh begitu.
Saya memang masuk PKR dalam tahun 2009. Masa itu saya ingatkan khidmat saya diperlukan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat sebagai kuasa politik di negara ini. Malangnya saya tidak kekal dalam parti itu setelah saya dapati PKR ini hanya indah khabar dari rupa. Kerana saya masuk PKR setahun, tidaklah kena tempatnya Profesor Redzuan menuduh saya jilat Anwar; kecuali Profesor kira saya ini seorang homoseksual yang mungkin suka kapada kegiatan demikian. Saya ingin jelaskan kepada Profesor bahawa saya bukan seorang homoseksual dan tidak pernah dalam hidup saya saya menjilat Anwar atau mana-mana lelaki lain.
Saya ingin sarankan kapada semua Professor dalam Negara kita; jaga lah nama baik academia; jangan keterlaluan sokongan mereka kapada orang politik kerana ini akan membuat mereka hilang objectivity. Mereka tidak akan dihormati jika mereka diperalatkan oleh politik partisan yang keterlaluan. Jaga nama baik pelajar dan istitusi pendidIkan negara.- Zaid Ibrahim.
 
AMUKANMELAYU - Gelilah.........tolonglah cari benda lain kalu nak bincang pun...