Friday, 28 March 2014

PANTUN ANAK DAGANG DI PERANTAUAN


Gambar Di Copy dari FB Pateh Alam


Assalamualaikum and salam perantauan kat semua member-member Aki same ade yang stay kat Kampung halaman(Kg. Chepor) atau yang tengah mood perantauan..maksud Aki yang duduk di perantauan. Aki harap korang sihat sajer di samping family tersayang......

Photo
Kebun sayo Kak Mek Baeng
Kali ni Aki nak berkongsi citer or mood perantauan kat semua member2 walaupun Aki ketika ini dah stay dan menjadi Perantau sepenuh masa, kate orang nak imbas kembali kenangan sebagai anak perantau suatu ketika dulu. Aki tau pade ketika ini ape yang di fikirkan oleh kebanyakan anak-anak perantau, mesti akan teringat ngan kampung halaman setiap detik and ketika. Kekadang bile kite keseorangan, kat situlaaa wajah-wajah Ibu Bapa dan Kg halaman bermain di benak fikiran kite.Tapi oleh kerana desakan kerja and ingin mencapai cita-cita dalam hidup ini, kite terpaksa ketepikan semua kerinduan itu.
Photo
Dari jambatan Tay Kok
Hidup sebagai anak perantau memang banyak cabarannya,time Aki dulu memang agak mencabar teruatama soal kewangan. Aki dulu merantau kerana nak menuntut ilmu,tinggalkan Kg Chepor, dan kebetulan Ayah Aki buat keputusan demi untuk kebaikan family tersayang kami berpindah ke Kedah. Maka Aki tinggalkan sanak saudara dan kawan-kawan sepermainan dalam air mata bercucuran. Tiada indahnya membawa diri sebagai perantau. Hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri. Tekpaksa menyembunyikan penderitaan dan kekadang terpaksa menahan lapar dan dahaga kerana kewangan problem....masa ini menyambung pengajian di Sek. Men Dato Syed Omar di Alor Setar.
Photo: RINDU TAK SUDAH - Ayah....Mak...rumah di Sg. Limau dah nak roboh...maafkan anakanda kerana GAGAL menjaga amanah Ayahanda dan Bonda..maafkan anakanda........Al-Fathihah.
SEPERTI ANDA - Walau pun kini kita ada segala-galanya, tp Aki sudah tiada mereka lagi....
Disaat keseorangan, terutamanya di waktu senja ....adoyai...ketika ini kite akan terase sunyi dan ini akan menimbulkan rase kerinduan kat Kg halaman. Bagi Aki ,jika dikenang kembali kenangan dulu sebagai anak rantau......memang cukup perit dan pedih dan mengalir air mata berjurai di pipi tidak terasa....tapi ada juga yang menyeronokan dan banyak mengajar Aki menjadi seorang insan yang pasrah, berdikari dan redho dengan perjalan yang Allah telah tentukan dalam hidup ini. Di waktu inilah menjadi penulis tidak di dendang.......tapi pantun "Pantun Anak Dagang Di Perantauan" adalah hasil pencaian Aki dalam internet.....Aki sangat suka dengan pantun-pantun klasik.


Permatang rimba bersuluh terang,
Ranting bersilang taut pegaga,
Dagang hamba jauh di seberang,
Membanting tulang buat keluarga.

Ke Kuala Sedili mencari kerang
Kerang di bawa di dalam perahu
Sungguh jauh di rantau orang
Menangis di hati siapa yang tahu

Masam manis buah kuini
Jangan pula makan melampau
Walau berkurun aku disini
Tapi masih dipandang perantau

Air diangkut di dalam timba,
Menyiram bunga tanam merata;
Usah diikut rasanya hiba,
Rindu tak terubat dek airmata.

Bayang redup si pohon kelapa
Tempat berteduh si anak rusa
Dagang tidak membawa apa
Mengapa pergi menanggung dosa

Naik sampan nak ke seberang
Pergi bersama dengan di dara
Hamba dagang di negeri orang
Jauh dari sanak saudara

Puas saya menanam ubi
Nenas juga ditanam orang
Puas sudah kutanam budi
Emas juga dipandang orang

Lebat pinang di pinggir Kampung
Masak setangkai letak di peti
Sedih hati mengenang untung
Jauh merantau mencari rezeki

Anak puyuh patah lah kaki
Memagut selasih dipinggir kali
Susah payah dagang mencari rezeki
Rahmat kasih Allah luas sekali

Girangnya hati sang teruna
Bertemu dara di hujung bendang
Apalah ada pada hamba
Rupa tiada harta pun kurang

Burung ketitir membuat sarang
Sarang dibuat dirumah tamu
Hamba ini seorang pedagang
Dagang untuk mencari ilmu

Baik-baik meniti bendang
Tanah yang lecak licin sekali
Rupa tiada harta pun kurang
Hanya ilmu penyuluh diri

Burung terbang diatas perigi
Sampan kolek penuh kelapa
Mencari ilmu di tempat tinggi
Namun asal ku tidak ku lupa

Buah delima tingalnya satu
Tempat bersarang semut dan kerengga
Sunguhpun jauh beribu batu
Namun yang tercinta dikenang juga

Daun gelenggang pengubat santau
Pohonnya condong tumbuh berjejeran
Anak dagang asing di rantau
Jangan lupakan desa kelahiran.

Silau persada berjejal bintang,
Indah purnama di Kuala Rusa,
Kalau tiada aral melintang,
Pulanglah jua hamba ke desa.

Halia ini tanam tanaman
Uratnya tumbuh di hujung halaman
Dunia ini pinjam pinjaman
Akherat sungguh tuju pedoman

Anak ikan dimakan ikan
Tulang di mana hendak longgokkan
Pandai makan pandai bersimpan
Rahsia jangan awak tunjukkan.

Puyu puyu konon namanya
Di dalam kolam konon tempatnya
cantik manis barang lakunya
serta dengan budi bahasanya

Penggaga di dalam timba
Mari di goreng di dakam kuali
Seekor naga di Lautan Cina
Digonggong kumbang dibawanya lari

Patah ranting di tengah rimba
Patah di titi Malim Sidi
Sungguhpun gajah binatang besar
Sudahlah rezeki si ular lidi
(Hikayat Abdullah)

Pulau tinggi terendak cina
Nampak dari Pasir Sibu
Tuan pergi janganlah lama
tidak kuasa menanggung rindu

Pinjam saya pisau raut
Hendak meraut bingkai tudung
Gila apakah ikan di laut
Melihat umpan di kaki gunung

Terang bulan di pintu kurung
Cahayanya sampai ke daun kayu
Kalau Allah hendak menolong
Air pasang kapal pun lalu.

Alang di sebelah alang
Anak ikan kena lukah
Jangan tuan alang kepalang
Jangan diduga Laut Mekah

Buah jering di atas para
Diambil budak sambil berlari
Keringlah laut tanah Melaka
Barulah saya mungkirkan janji

Orang menembak di Pulau Hantu
Asapnya ada timbun menimbun
Seumpama bunga di naung batu
Taruknya kaca, tangkainya embun

Orang mengail di Lubuk Bulang
Apa umpannya? Kulit duku
Orang bermain kekasih orang
Nyawa bergantung di hujung kuku
(Pelayaran Abdullah)


Buah embacang masak serangkai
burung dekut meniti batang
Saya dagang tidak terpakai
Macam melukut di tepi gantang

Tikar pucuk, tikar mengkuang
Alas nikah raja melayu
Ikan busuk jangan dibuang
Buat perencah si daun kayu

Tebang gelam tebang kenanga
Batangnya tumbang menimpa gedung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung

Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu

Tumbuk lada di atas para
Ada kasut simpan di peti
Tepuk dada tanya selera
Apa maksud di dalam hati ?

Limau Bentan di tepi tingkap
Budak budak melempar burung
Harimau di hutan lagi ku tangkap
Kononlah pulak cicak mengkarung

Air surut, memungut bayam
Sayur di isi ke dalam kantung
Jangan diikut resmi ayam
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Anak punai, anak merebah
Hinggap di tonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hatinya orang

Rotan siput rotan berlengkar
Anak itik patah kakinya
Hujan ribut gunung terbakar
Embun setitik padam apinya

Dari Arab turun ke Aceh
Naik Jawa berkebun serai
Apa diharap hati yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai


AMUKANMELAYU - Rindu aku hendak kesana