Monday, 10 March 2014

PESAWAT MAS MH 370 HILANG - Pentagon Sahkan Pesawat MH370 Tidak Meletup





26 soalan yang timbul dalam kalangan rakyat

Tadi saya mendapat whatsapp dari rakan setugas yang berkongsi 26 soalan yang disebarkan melalui media sosial. Saya sebagai soerang individu yang bertanggungjawab dan mempunyai sedikit sebanyak maklumat ingin menjawab semua soalan tersebut. Penerimaan terpulang kepada masing – masing. Saya hanya melaporkan yang SAHIH dan BENAR

(1) Kenapa Malaysia hantar ahli keluarga mangsa ke Beijing sedangkan China tidak menghantar ahli keluarga mangsa ke Malaysia walhal kawasan pesawat hilang lebih dekat kepada Malaysia. 
Jawapan : Malaysia masih belum menghantar Ahli keluarga (waris) ke Beijing kerana Kerajaan masih menunggu keputusan pencarian pesawat tersebut. Waris keluarga tersebut ditempatkan di hotel yang berdekatan dengan KLIA.

(2) Mengapa ahli keluarga dihubungi dan diarahkan menyediakan passport untuk ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kemudian. Kalau korg kerja dengan syarikat penerbangan tu, lokasi korang tak tahu tapi logik tak korang call ahli keluarga mangsa dan cakap akan dibawa ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kelak. 
Jawapan : Ini adalah prosuder biasa apabila pesawat itu dikenapasti sudah terhempas dan jika ada yang terkorban, ia lebih memudahkan bagi Ahli Keluarga untuk membuat pengenalpastian mayat dan urusan membawa balik jenazah lebih senang. 

(3) Media Malaysia dan China kedua-duanya dihalang daripada menemuramah ahli keluarga mangsa. 
Jawapan : Betul kerana atas permintaan waris mangsa yang lebih mementingkan ahli keluarga mereka daripada memberi temuramah. Namun ada ahli keluarga yang memberi temuramah kepada Astro Awani untuk menceritakan apa yang berlaku. Tambahan bukan di Malaysia sahaja, malah di China juga tiada keluarga yang tamil kehadapan untuk membuat temuramah. Satu dua sahaja itu pun saudara yang terdekat bukanya waris.

(4) Media terlalu kerap mengungkap jangan percaya kepada spekulasi malah seorang menteri cakap dalam temubual telefon agar rakyat rely on RTM sahaja kerana RTM ada saluran rasmi untuk dapatkan maklumat terkini, tapi RTM pun tidak dibenarkan interview ahli keluarga mangsa.
Jawapan: Emosi keluarga mangsa harus kita hormati. Kita yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mangsa berkobar – kobar untuk tahu status terkini akan pesawat MH370. Bayangkan Perasaan Keluarga Mereka. Sila hormati perasaan mereka.

(5) Hampir kesemua ahli keluarga mangsa tak nak di temuramah, ini pelik. 
Jawapan: Soalan yang sama telah pun saya jawab diatas.

(6) Gambar yang ditayangkan media pun gambar yang sama (beberapa orang). Gambar lain macam takde pula. 
Jawapan: Gambar apa yang kamu hendak? Gambar mereka gelak ketawa? atau gambar mereka menangis di kaca tv nasional? Jangan berfikiran tidak berhati perut.

(7) Dalam sidang media terakhir kalau korang tengok la, ada seorang reporter tanya kalau boleh mereka dapatkan rakaman cctv, tapi seorang panel cakap tak boleh atas sebab keselamatan (security policy). 
Jawapan: Betul, rakaman CCTV tidak boleh diedarkan sehingga tamat siasatkan pihak Polis dan kerajaan. tambahan Rakaman CCTV kini dibawah seliaan FBI untuk disaringkan dengan pangkalan data Interpol. Makan tidak patut diminta Rakaman CCTV tanpa ada asasnya.

(8) Beberapa jam selepas sidang media terakhir itu, The Guardian melaporkan 2 penumpang (warga Austria dan Itali) sebenarnya tidak menaiki pesawat dan mereka telah kehilangan passport di Thailand. 
Jawapan: Betul, Warga Itali telah kehilangan Passport di Thailand Ogos lepas dan Warga Austria telah hilang passportnya di Thailand 2 tahun lepas. Passport yang digunakan ialah passport yang dicuri dan asal. Laporan susulan mendapati pemilik kedua – dua passport curi tersebut membeli tiket pada hari yang sama dengan matawang Thailand. 

(9) Bukan ke sepatutnya kumpulan keselamatan di Malaysia investigate rakaman cctv di KLIA terlebih awal, dan verify setiap penumpang (list inspection) sewaktu menghubungi ahli keluarga (well boleh call embassies juga untuk verify). Kenapa The Guardian yang dapat tahu dulu ye? Ke memang kita tak buat security check yang teliti? 
Jawapan: Bagi pengetahuan saudara, Passport itu passport curi dimana passport itu adalah Asli yang masih SAH untuk perjalanan. Sepatutnya Negara AUSTRIA dan ITALI harus mematikan passport tersebut selepas mendapat laporan passport hilang dari pemiliknya. Malaysia telah pun verify maklumat yang tertera daripada passport dan adalah betul untuk membenarkan mana – mana individu yang memilik passport asli dan visa yang sah. Untuk makluman tambahan anda. Duta China di Thailand telah meluluskan Visa untuk kedua dua pemilik Passport palsu tersebut.

(10) Since rakyat dah tahu ada dua penumpang pakai passport curi, sekarang takde pula update berita terbaru tentang isu ni. Selalunya kalau emergency, sampai esok pun berita ada update tak berhenti. At least keluarkan rakaman cctv dua suspek yang menggunakan passport curi itu. Tak tahu la kalau KLIA takde cctv atau pasukan keselamatan kita tidak cekap untuk investigate bab cctv ni. Footage rakaman cctv kapal terbang berlepas pun tak boleh tunjuk? Hmmm entah. 
Jawapan : Seperti yang tertera diatas. Rakaman CCTV ini masih dalam siasatan dan ia akan dilepaskan kepada pihak media apabila selesai siasatan. Tujuan berbuat demikian adalan untuk mengelakkan tambah spekulasi umum.

(11) Sepanjang berita pasal MH370 ni, kita banyak tengok footage media dalam bilik berita, sidang media dan kat airport je. Korang tak perasan ke kalau kes bencana macam ni media akan ikut pasukan keselamatan ambil footage atas helikopter ke, kapal laut ke, interview ketua pasukan pencari dan penyelamat atas kapal ke, kat jeti ke. 
Jawapan: Macam mana nak hantar media ke lokasi kalau kita tidak tahu kawasan sebenar beradanya kapal terbang tersebut? Dan Footage dan gambar telah pun dikeluarkan oleh Berita Harian, Harian Metro , CNN dan BBC. Mungkin saudara terlepas pandang. Jangan bergantung kepada maklumat web sosial sahaja, rajin rajin baca website portal berita.

(12) Dalam salah satu sidang media juga panel ade jawab bahawa Malaysia mencari di perairan Malaysia dan Vietnam mencari di perairan Vietnam, tapi kalau korang tengok laut di selatan Ca Mao itu juga bersempadan dengan Thailand. Jadi perairan Thailand Gulf siapa yang cari? Thailand tak umumkan pun nak join aktiviti mencari. 
Jawapan: Thailand sudah mengumumkan untuk turut serta dalam pencarian. Mengikut koordinat sebenar sewaktu hilangnya pesawat tersebut, ia berada dalam kordinat Malaysia dan Vietnam sahaja. Pesawat tersebut tidak masuk dalam kawasan perairan Thailand oleh itu Thailand tidak perlu membuat sebarang carian tanpa arahan daripada Kerajaan Malaysia.

(13) Awalnya angkatan tentera Vietnam bagi laporan pada media kapal terhempas di laut selatan Ca Mao, tapi Malaysia nafikan dan panel sidang media sendiri cakap authoriti Vietnam (means Kerajaan Vietnam) tidak mengesahkan berita itu. Kerajaan Vietnam dengan Tentera Vietnam ni ade krisis ke? Pelik kan. 
Jawapan : Kerajaan Vietnam telah menyangkal berita yang diumumkan oleh salah satu laman portal berita mereka. Malah kerajaan vietnam telah mengumumkan bahawa Berita itu palsu dan tidak benar. 

(14) Kemudian pasukan tentera Vietnam cakap jumpa dua tompok tumpahan minyak di laut selatan Ca Mao, tapi peliknya takde footage video rakaman tumpahan minyak itu juga. Yang ada hanya gambar itupun bukan gambar rasmi daripada media Vietnam. Dalam hal kecemasan begini selalunya media mesti sibuk ikut pasukan keselamatan rakam video kerana merekalah mata rakyat agar menjadi bukti betapa realnya bencana yang menimpa. 
Jawapan: Footage rakaman itu telah keluar dalam berita, mohon saudara rajin rajin bukan berita kalau tidak pun cari kat youtube atau tonton Astro Awani di Saluran 501. Footage tumpahan minyak ditayangkan besar – besar.

(15) Laporan berita akhir tengah malam tadi, pastu sampai sekarang 4.50 pagi tiada update, well selalunya kalau bencana macam ini bilik berita tidak akan berehat. 
Jawapan : Tidak Benar. Sememangnya Bilik Berita itu dibuka 24 jam dan PC akan dibuat serta merta jika ada apa – apa isu penting.

(16) Temuramah dengan seorang pakar penerbangan (bekas juruterbang MAS) yang juga merupakan kawan kepada juruterbang senior dalam pesawat yang terlibat nampak cool, begitu juga seorang panel dalam sidang media petang semalam (siap makan gula-gula).
Jawapan : So apa masalahnya? Apakah salah mereka bersikap COOL? Tidak logik sama sekali.

(18) Kita duk dengar negara itu hantar kapal, negara ini hantar jet, tapi footage media (video) kapal-kapal tu takde pon. Dan lebih pelik Thailand dan Brunei tidak turut serta dalam usaha mencari pesawat. Singapore, Vietnam, US dan Filipina yang lebih jauh join.
Jawapan: Thailand sudah mengumumkan mereka akan menyertai dalam pencarian pesawat MH307 ini. Kenapa Brunei nak turut serta sedangkan Malaysia sekarang sudah cukup mempunyai tenaga untuk melakukan misi pencarian?

 (19) Sampel tumpahan minyak di Vietnam dikatakan sedang diuji, sampai sekarang takde news update. Hmm macam tak emergency. 
Jawapan: Minyak pesawat adalah berlainan dengan tumpahan minyak dari boat besar. Maka kajian terperinci adalah penting kerana ia akan memberi impak yang besar jika tersalah beri info.

(20) Cerita di laut Vietnam belum habis tapi Malaysia dah umumkan usaha mencari diperluas ke Selat Melaka. Wow. Thailand Gulf yang dekat dengan Selatan Ca Mao tu tak nak carik ke? 
Jawapan: Carian sememangnya dibuat dalam Thailand Gulf oleh pihak ketenteran Thailand. Radius pencarian dibesarkan sehingga Selat Melaka jika pesawat itu tersasar di Selatan Melaka sewaktu membuat pusing balik ke KLIA.

(21) Go watch more news on airplane crashes worldwide then try to compare. Our news mostly kat bilik berita, sidang media dan airport. 
Jawapan: Telah dijawab diatas.

(22) Media keep repeating (emphasizing) from late afternoon to night two things which are mereka tidak dibernarkan masuk ke dalam bilik ahli keluarga menunggu dan jangan percayakan spekulasi. I also wonder kenapa susah sangat nak dapat rakaman interview ahli keluarga mangsa sedangkan ia dianggap risiko bencana.
Jawapan: Telah pun dijawab diatas.

(23) Ahli keluarga co-pilot pun tak nak ditemuramah. Kenapa semua orang tutup mulut eh? Selalu anak hilang dalam hutan beberapa jam mak ayah gerenti dah nangis-nangis keluar media kan?
Jawapan : Masuk hutan dan Hilangnya satu kapal terbang yang penuh dengan penumpang adalah berbeza sama sekali. Berikan Privasi kepada keluarga mangsa, mereka memerlukan masa untuk menenangkan ahli keluarga mereka.

(24) You try la analyse all the news. The subjects, the contents, the presentations, the faces on the news, etc. 
Jawapan: I have gave you the fact and figures about whats going in with MH370. So do analyze with my content too and think broader. 

(25) I just want to share with you that all these questions are bewildering and they make “sel-sel otak tidak dapat berhubung”. Some can be relevant and some can be not, and it depends how different our “sel-sel otak berhubung”. 
Jawapan : Most of your question are more to speculation and keep in your mind speculations is not good because it makes situation from better to worst. Wonder will you Spread this news if your familiar member was on board?

(26) Don’t get me wrong, I didn’t say it is a conspiracy or what not, I just wonder about all these weird news because I watched them all and still waiting the updates because I do care like all of you do.
Jawapan: Well I wish your question have some sense of respect to the victims family. Doesn’t mean government is plotting conspiracy just because the family members did not gave any press statement. Well you may ask them now, even gold is worthless to them compared your TV interview


Harap Maklum


AMUKANMELAYU - Teruskan berdo'a......