Sunday, 9 March 2014

PESAWAT MAS TEHEMPAS - Agensi risikan, CT, FBI siasat empat guna pasport palsu


180px-Italian_Passport

Hishamuddin: 4 Penumpang Guna Passport Palsu

SEPANG: Empat penumpang MH370 disahkan guna pasport palsu dan Unit Anti Pengganas dari negara terbabit serta FBI akan siasat secara bersama.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perkembangan lanjut mengenai empat penumpang itu akan didedahkan dari semasa ke semasa selepas siasatan dijalankan. – Sumber: Berita Harian

US-VIETNAM-MALAYSIA-AVIATION-ACCIDENT


(Reuters) - Malaysian authorities are investigating the identities of at least two other passengers on a missing Malaysia Airlines flight, in addition to two who were found to be using stolen passports, a security official said.

Investigators were verifying the identities with the
relevant embassies in Malaysia, said the official, who has knowledge of the investigation and declined to be identified.The passengers being checked had all bought their tickets through China Southern Airlines, the official said.

The flight carrying 227 passengers and 12 crew was presumed
to have crashed off the Vietnamese coast on Saturday, after losing contact with air traffic controllers off the eastern Malaysia coast.

Empat Individu Misteri Dalam Pesawat MH370 Disiasat

KANAN - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) managing director (MD) Tan Sri Bashir Ahmad

Pihak berkuasa sedang menyiasat mengenai empat individu misteri dalam pesawat MH370 berikutan terdapat laporan dua individu menggunakan pasport palsu milik warga Itali dan Austria menaiki pesawat itu.

Kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan semua pihak keselamatan dalam negara dan polis antarabangsa (Interpol) serta Biro Siasatan persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bagi menyiasat dengan lebih lanjut.

Sementara itu 40 kapal tentera laut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat. Antaranya 13 dari APMM, 3 kapal dari China dan Singapura, 5 dari Indonesia dan 1 dari tentera laut US

Daripada dua orang, kini empat penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang sejak hilang awal pagi Sabtu disahkan mengguna pasport palsu.
Sehubungan itu agensi-agensi perisikan, Unit Anti Pengganas (CT) dari semua negara terbabit serta Biro Penyiasatan Pusat (FBI) Amerika Syarikat (AS) kini akan melakukan siasatan secara bersama.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perkembangan lanjut mengenai empat penumpang terbabit akan didedahkan dari semasa ke semasa selepas siasatan dijalankan.

Kerajaan AS juga dilapor akan menghantar beberapa ejen dan pakar FBI negara itu untuk membantu siasatan misteri kehilangan pesawat MAS jenis Boeing 777-200 itu.
Menurut akhbar Los Angeles (LA) Times, ejen FBI berkenaan akan membantu meneliti rakaman imej setiap penumpang MH370 menerusi rakaman video di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan pangkalan data anti-keganasan.
Seorang pegawai kanan penguatkuasa undang-undang di Washington berkata, penumpang keempat yang digambarkan sebagai seorang bayi yang turut berada di dalam pesawat itu dipercayai warga negara AS.

“Senarai tersebut membolehkan kami terlibat dalam kes ini. Namun buat masa ini apa yang berlaku merupakan satu yang misteri.
“”Bagaimanapun dua penumpang yang menggunakan pasport curi belum cukup membuktikan kes kehilangan pesawat MH370 mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan,” kata pegawai itu.-bnbbc.my

Pesawat MAS mungkin “berpatah balik”, kata Hishamuddin

March 9, 2014
'"Air turn back' adalah prosedur pesawat berpatah balik ke lapangan terbang asal akibat pincang tugas
hisamuddin
Add caption

KUALA LUMPUR :Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata ada kemungkinan pesawat Malaysia
Airlines (MAS) yang dilapor hilang itu melakukan ‘air turn back’.

Sehubungan itu, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat diperluas bagi mengesan penerbangan MH370 yang dilapor hilang di perairan Laut China Selatan pada awal Sabtu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Menurut terminologi penerbangan, ‘air turn back’ adalah prosedur pesawat berpatah balik ke lapangan terbang asal akibat pincang tugas atau disyaki
pincang tugas sebarang peralatan pada pesawat.

Hishammuddin juga mengesahkan penemuan tumpahan minyak di perairan Vietnam dan pihak berkuasa negara berkenaan sedang berusaha mengesahkan sama ada tumpahan itu berpunca daripada pesawat.
“Saya sahkan memang ada tumpahan minyak tetapi tiada serpihan. Saya dimaklumkan pesawat Vietnam berada di lokasi sekarang bagi mengesahkan apa yang sebenarnya di permukaan air itu,” katanya dalam sidang media, di sini.

Hishammuddin juga berkata perbincangan lanjut akan diadakan melibatkan khususnya pegawai Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pakar penerbangan.
Penerbangan MAS MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu. Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Mengenai laporan bahawa empat penumpang menggunakan pasport palsu, Hishammuddin berkata: “Nama keempat-empat penumpang yang didakwa menggunakan pasport palsu itu sudah dihantar ke agensi perisikan kita dan juga antarabangsa”.
Beliau berkata agensi perisikan antarabangsa termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dari Amerika Syarikat bersetuju membantu negara dalam
melakukan siasatan.

Hishammuddin turut menegaskan bahawa belum dapat disahkan ada ancaman keselamatan dan pihak berkuasa menyiasat senarai seluruh penumpang, bukan hanya empat yang berkenaan.
Dalam sidang media sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya mengesahkan tidak ada sebarang komunikasi dilakukan oleh juruterbang MH370 sebelum pesawat itu hilang pada awal pagi Sabtu. – BERNAMA

Sepang: Siasatan terkini kehilangan pesawat MH370 mendedahkan bukti dan kemungkinan baru bahawa pesawat berkenaan cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas radar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan pergerakan pesawat itu.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, perkembangan terbaru itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang.
Beliau berkata, ada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan akan berpatah balik sekiranya ia tidak dapat meneruskan perjalanan.

"Buat masa ini, kami sudah periksa dengan khidmat radar daripada beberapa negara jiran berhubung penemuan pergerakan patah balik pesawat berkenaan.

Foto

"Pada masa sama, operasi mencari dan menyelamat turut dilakukan di kawasan darat," katanya pada sidang media sebentar tadi

"Sebenarnya tiada bukti kukuh pesawat terhempas lagik.... Tiada kesan minyak atau serpihan ditemui....Malahan ELT dan blackbox pun tak der signal.... Tower Hong Kong sahkan ada contact jam 1.20 pagi dalam kawasan pengawasan Hong Kong...

Kapal terbang ni ada 8 unit ELT atau Emergency Locator Transmitter.... ada dua jenis iaitu Manual dan Automatic... Automatic lak ada beberapa jenis antaranya G-Force ELT dan Automatic Hydrostatic Release Unit atau HRU... Apabila terhempas kat darat... G-Force automatic released dan hantar signal emergency.... 


HRU lak berfungsi automatik apabila kena air pada kedalaman tertentu... direleasekan dan terapung.... ada gak yg Marine Unit yang boleh berfungsi sehingga kedalaman beberapa km....
Selagi tiada bukti sah yang menyatakan Kapal Terbang ni terhempas.... Kerajaan tidak akan mengeluarkan sebarang pengesahan dan kenyataan....."

FAHAMI PROSUDER - Tiada Apa yang Kerajaan Malaysia rahsiakan daripada Kita

mh370
Add caption
Itu persoalan yang sedang fikirkan oleh semua rakyat Malaysia akan kehilangan Kapal MAS MH370. Saya sebagai seorang blogger yang bertanggungjawab, harus menyampaikan berita yang sahih akan status pesawat tersebut.
Juga saya mengambil kesempatan untuk menjawab beberapa soalan yang mungkin anda inginkan jawapan. Saya tulis berdasarkan input yang saya terima dan kebenaran. Harap semua dapat menerima.

Apa sebenarnya terjadi kepada pesawat MAS MH370?

Pesawat tersebut yang dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi semalam terputus hubungan dengan bilik Kawalan Udara lebih kurang pukul 2.40 tengah pagi. Bilik Kawalan udara telah menghubungi bilik Kawalan Vietnam untuk memeriksa status pesawat tersebut namun mereka tidak menerima sebarang jenis isyarat daripada kapal tersebut.

Kenapa lambat mengerahkan pasukan pencarian?

Tidak. Kerajaan Malaysia tidak lambat malah sejurus Kapal itu hilang dari radar segala prosuder yang sepatutnya diambil oleh Bilik Kawalan , Jabatan Penerbangan Awam dan Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan ke kawasan dimana pesawat tersebut hilang daripada radar. Malah Kerajaan telah meminta Kerajaan Vietnam untuk ke kawasan tersebut kerana pesawat tersebut hilang di kawasan perairan mereka.

Sudah ada kordinat kawasan hilangnya pesawat, kenapa masih tidak menjumpainya?

Betul, kita mempunyai kordinat kawasan hilangnya kapal tersebut, namun harus diingat bahawa ia adalah kapal terbang jauh diudara. Jika kapal itu terputus hubungan tidak bermakna kapal itu tidak mempunyai keupayaan untuk terbang jauh lagi. Kemungkinan besar kapal itu meneruskan perjalanan tanpa alat komunikasi dan radar. kemungkin kapal itu terhempas jauh dari kawasan kordinat terakhir.

Apa status sebenar pesawat  tersebut? dirampas? dibom? diculik? terhempas?

Baik soalan ini saya kena jawab dengan setelus hati saya, jika pesawat itu dirampas oleh pihak penganas, saya pasti pihak yang bertanggungjawab dalam rampasan tersebut sudah pasti mengistiharkan rampasan tersebut dan memberitahu permintaan mereka agar semua tahanan mereka dibebaskan. SEHINGGA KINI TIADA MANA – MANA PIHAK MENGUMUMKAN BERLAKUNYA RAMPASAN PESAWAT. Begitu juga jika pesawat tersebut dibom atau dirampas. Sudah 24 jam berlaku maka saya jangkakan pesawat tersebut terhempas di Lautan. Period. No More Questions.

Kenapa Kerajaan Malaysia asyik mengatakan “Pencarian dan Penyelamatan”, Kenapa tidak mengumumkan sahaja bahawa Kapal tersebut sudah terhempas?

Walaupun jauh dihati kita tahu kebenarnya, namun Kerajaan tidak boleh sewenang – wenangya mengumumkan pesawat itu terhempas tanpa bukti yang kukuh. Kerana sampai masa kini, Pasukan Pencarian tidak lagi menemui bangkai pesawat daripada kawasan pencarian tersebut. Sekiranya mereka berjaya mengjumpai sebarang jenis bahagian pesawat, ia akan dipastikan terlebih dahulu bahawa ia adalah milik pesawat MH 370 sebelum pengumuman rasmi dibuat. Maka saya rasa Kerajaan Malaysia memang mengikut SOP yang sepatutnya. Kita perlukan bukti sebelum mengumumkannya kerana ia melibatkan emosi pihak keluarga mangsa, rakyat Malaysia dan seluruh dunia. - Sekian.



AMUKANMELAYU - Doakan semoga mereka selamat.....biarkan PAKAR yang membuat kerja dan memberi kenyataan.......INGAT!!.....beribu orang sedang dalam cemas dan kesedihan kemungkinan kehilangan orang yang tersayang