Thursday, 6 March 2014

Timbalan Ketua Polis Selar Adun Seberang Jaya


KUCHING: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin pada Khamis menyelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang mengeluarkan kenyataan disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.
Dr Afif dalam status Facebooknya mencatatkan “penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah…”
“Kenyataan seperti itu tidak seharusnya dibuat oleh seorang wakil rakyat,” kata Mohd Bakri pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian BalaiPolis Tabuan Jaya di sini, Khamis.
Mohd Bakri berkata, dengan membangkitkan isu seperti itu seolah-olah khidmat anggota polis tidak dihargai.

Kenyataan Dr Afif itu dipercayai berhubung kematian Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohet, 54, dan kecederaan seorang rakan setugas beliau dari unit kereta peronda akibat diserang dua lelaki, dipercayai warga Indonesia dalam kejadian di Taman Sentosa, Klang awal pagi Selasa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, dua anggota polis berkenaan dipercayai diserang ketika mereka membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa.
Kedua-dua anggota polis itu terserempak dengan lima individu disyaki warga Indonesia sebelum berlaku pergelutan ketika membuat pemeriksaan.

Raja Aizam meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sementara rakan setugasnya yang turut cedera masih dirawat di hospital sama. Dua suspek berjaya ditembak mati.
Sementara itu, kenyataan Dr Afif itu turut dibidas Kelab Penyokong Polis dan meminta beliau segera memohon maaf secara terbuka.
Pada Rabu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tidak berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) polis dalam kejadian itu. – BERNAMA


 

 


 


Bersama kita melihat setinggi manakah keegoan Afif dalam hal ini. Adakah dia ADUN PKR berjiwa rakyat dan sanggup memohon maaf berikutan kenyataan tidak sensitif dikeluarkan? Atau akan mencari pelbagai alasan sebagai simbol keangkuhan?

Setakat ini majoriti mengecam kenyataan doktor terbabit namun dia tidak memberikan sebarang respon di laman sosialnya.
 
 

Dah terkantoi perlecehkan arwah Polis yang kena bunuh dengan penjenayah Indon hari tu, Dr. Pkr ni salahkan Umno diatas sikap kurang ajar dirinya sendiri.. Memang cap ayam punya Adun puak-puak cacai Pakatan di Penang ni kann.. Dah la salahkan Umno.., lepas tu suruh pulak rakyat menilai dirinya mengikut lunas-lunas Islam dan juga Kitab.. Rungutan masyarakat Dun Seberang Jaya sendiri pasal sikap makan gaji buta Afif yang kononnya baik sangat tu..


Rungutan diatas tu menunjukkan Adun Pkr Seberang Jaya ni hanya tau makan gaji buta sambil membodek serta menjilat Guan Eng setiap hari.. Melayu macam ni lah dikategorikan sebagai macai penjilat bontot kafir..

KENYATAAN MEDIA : MENJAWAB DAKWAAN UMNO YANG MENUDUH SAYA MENGHINA POLIS  

 
ADUN PKR - Dr. Afif Bahardin
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd yang telah terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat. Saya sekeluarga memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan semoga Allahyarham mendapat ganjaran syahid. Keberanian Allahyarham dan mereka yang lain yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara.

Saya difahamkan bahawa tweet saya tempoh hari telah disalah erti sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam. Saya merasa sedih kerana tweet tersebut telah dipintal secara jahat oleh pihak UMNO-Barisan Nasional untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak Polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa.

Sebagai seorang ADUN Seberang Jaya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tanggungjawab saya untuk bekerjasama dengan pihak Polis demi kesejahteraan para penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang. Saya tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak Polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan saya demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.

Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadikan keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya. Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan negara.

Manakala itu saya tidak akan berganjak dari prinsip saya bahawa Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa yang lainnya mesti memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan. Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sementara itu, sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang. Saya tegas berpendirian semua ini harus dihentikan. Suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat. Saya dengan rendah hati memohon seluruh rakyat Malaysia untuk menjunjung semangat Karamah Insaniah, melewati batas kaum dan agama selari dengan Quran, Surah An-Nisaa ayat 58:

"Dan apabila kamu ingin menghukum di kalangan manusia, hukumlah dengan seadil-adilnya."

Dr Afif Bahardin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

ADUN Seberang Jaya



AMUKANMELAYU - Bagaimana semua kesalahan dan tuduhan di letakkan kepada UMNO? Adilkah itu? Menghina mangsa bunuh.....adilkah itu? Menjadi ADUN tapi pengundi di kawasan sendiri melahirkan rasa tak puas hati dan mengatakan ADUN makan gaji buta, salahkah Rakyat menuntut janji mereka? Adilkah ADUN pada pengundi sendiri?