Saturday, 5 April 2014

ANTARA DUA PERMINTAAN MAAF, DI MANA SILAPNYA KEDUA INSAN INI?


The perfect way for the good of malay,islam & Malaysia. Hidup #MelayuIslam
Adakah Datuk Nik Aziz dan Najib memohon maaf kerana gagal membawa Ahli PAS dan UMNO kembali bertaut saudara Kerana Islam?

Adakah Datuk Nik Aziz memohon maaf atas kesalahan menyatakan tidak perlu sambut Mauliddrosul kerana kononnya kelahiran Nabi Muhammad saw sama macam Mat-Mat kampung?
Adakah Datuk Nik Aziz memohon maaf atas segala kesalahan dilakukan terhadap Tun Mahathir?

Adakah Datuk Nik Aziz meminta maaf kerana mendoakan supaya Dato' Sri Najib pecah perut?
Adakah Datuk Nik Aziz meminta maaf kerana melabel pemberi &penerima bantuan BR1M sebagai haiwan?
Adakah Datuk Nik Aziz memohon maaf kerana lebih bersedia mengadakan kerjasama dengan cauvinis DAP dan syaitan daripada bersatu dengan umat Melayu-Islam, menyebabkan umat Melayu-Islam menghadapi krisis aqidah, syariat, akhlak, ukhwah, kesatuan dan perpaduan yang serius?
Salam 2 all.

Dunia politik Melayu Malaysia dikejutkan dengan lapuran media mengenai Datuk Nik Aziz Nik Mat, mantan MB Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapan selama memerintah Kelantan.
Media melapurkan permohonan maaf itu dibuat didalam satu kuliah suboh di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu yang terletak bersebelahan rumah beliau pada hari Jumaat 26 Jamadil Awal 1435 bersamaan 28 Mac 2014

Saya melihat betapa besarnya jiwa dan akhlak umat Melayu-Islam yang dengan segera dan tanpa sebarang soal menerima permohonan maaf Datuk Nik Aziz tersebut, termasuk akhbar Utusan Malaysia yang pernah dilabel pembangkang sebagai suratkhabar syaitan turut memberi lapuran penuh berserta dengan ruangan Editorial menerima permohonan maaf itu.
Let's forgive and forget - kata editorial Utusan Melayu. Begitu besar jiwa dan akhlak mereka.
Saya sendiri tidak ada masalah dengan konsep memaafkan orang yang mengaku membuat kesilapan. Cuma kita perlu bertanya diri kita dengan ikhlas, permohonan maaf apa yang sebenarnya diminta oleh Datuk Nik Aziz?

Berikut saya siarkan lapuran yang memetik permohonan maaf itu:
Bekas MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan bergenang airmata hari ini memohon maaf atas segala kesilapannya sepanjang 23 tahun mentadbir negeri Kelantan. Malah beliau yang juga Mursyidul Am PAS menganggap sakit yang dialaminya sekarang adalah kifarat atas dosa yang dilakukan selama memimpin negeri ini. 'Maafkan segala kesilapan saya sealam saya memimpin Kelantan'. 'Ini sakit mungkin Allah nak kifarahkan saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan'. Nik Aziz mendedahkan bahawa dia kini menghadapi masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menyalurkan air kencing dan bateri bagi menguatkan jantungnya - sila rujuk Facebook Datuk Nik Aziz untuk kenyataan penuh.

Apa yang jelas ialah Datuk Nik Aziz yang sedang sakit sehingga terpaksa menghurong air najis beliau sendiri didalam beg plastik, dan terpaksa menggunakan bateri untuk jantungnya meminta maaf atas kesalahan selama memimpin (atau menjadi menteri Besar) Kelantan selama 23 tahun!

Datuk Nik Aziz tidak spesifik tentang kemaafan untuk kesalahan apa yang dilakukan selama memerintah Kelantan, tetapi merangkumkannya secara am.
Adakah ia masalah bekalan air yang tidak pernah dilaksanakan, atau masalah tidak melaksanakan hudud walaupun sudah dijanjikan ratusan atau mungkin ribuan kali; atau masalah perampasan tanah penerokaan rakyat; atau masalah pembalakan haram di Kelantan; atau masalah perlantikan menantunya sebagai CEO , atau banyak lagi masalah negeri Kelantan yang lain. 

Dan yang lebih penting, Datuk Nik Aziz tidak meminta maaf atas kesalahan lain yang telah dia lakukan selama ini samada sebagai ahli PAS, pemimpin PAS, Mursyidul Am PAS, sebagai Ahli Parlimen PAS, sebagai ADUN PAS; dan yang paling penting, sebagai seorang Melayu-Islam!
Juga Datuk Nik Aziz tidak menyatakan kekesalan dan mengakui segala kesalahan dan kesilapan yang dia lakukan; cuma dia memohon maaf kerana dia sakit; dan menganggap sakit itu sebagai kifarah dosa dia di Kelantan!

Datuk Nik Aziz juga tidak menyatakan dia berjanji tidak akan mengulangi lagi segala kesalahan dan kesilapan itu.
Dan yang maha penting, Datuk Nik Aziz tidak berjanji akan memperbetulkan segala kesalahan dan kesilapan itu.

Bermakna kesemua ciri taubat tidak ada dalam permohanan maaf Datuk Nik Aziz!
Dan bagaimana dengan segala kesalahan dan kesilapan Datuk Nik Aziz yang menyebabkan umat Melayu-Islam menghadapi krisis aqidah, syariat, ukhwah, persaudaraan, perpaduan dan akhlak yang serius sehingga hari ini; sehingga boleh menyebabkan umat Melayu-Islam hancur merempat dalam negara sendiri?

Adakah Datuk Nik Aziz juga memohon maaf, mengakui kesilapan, berjanji tidak akan mengulanginya dan berjanji akan memperbetulkannya?
Saya khuatir Datuk Nik Aziz kelak nanti bila sihat, dan ditanya tentang permohonan maaf ini akan membuat kenyataan lain pula.

Dan saya juga khuatir kerana Datuk Nik Aziz dalam membuat permohonan maaf atas kesilapan selama memerintah Kelantan menyatakan mungkin Allah sudah kifarahkan kesalahan-kesalahan itu! 

Kifarah bermakna penebusan dosa; iaitu kesalahan dan kesilapan itu dikira setel dengan sakit yang ditimpakan. Adakah ini bermakna Datuk Nik Aziz merasakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan selama memerintah Kelantan sudah dikira setel dengan kifarah yang diturunkan?

Saya berharap bukan itu yang dimaksudkan oleh Datuk Nik Aziz.

Apa pun bak kata rakan sejawat Datuk Nik Aziz iaitu Mursyidul Am Angkatan TIBAI Sheikh Zahid Al-Ghafari bahawa Nik Aziz ni seorang politikus, dan dia terkenal sebagai seorang politikus yang bertindak seperti ramalan cuaca. Kita tidak pernah boleh meramal apa yang boleh beliau lakukan. Kalau hari ini dia bercakap A, mungkin esok dia tukar menjadi B!

Pada saya, apa yang penting untuk Datuk Nik Aziz lakukan hari ini sebagai bukti beliau benar-benar ikhlas mengakui kesilapan dan memohon maaf ialah dengan segera membuat perkara-perkara berikut:

1. mengakui kesalahan dan kesilapan kenyataan-kenyataan, tindakan dan perbuatan beliau yang selama ini menyebabkan umat Melayu-Islam menghadapi krisis aqidah, syariat, akhlak, ukhwah, keasatuan dan perpaduan yang serius;

2. menarik balik semua kenyataan-kenyataan itu dengan penuh kekesalan;

3. berjanji tidak akan mengulanginya lagi;

4. mengambil tindakan segera memperbetulkan segala kesalahan dan kesilapan tersebut, termasuk berjumpa dengan semua individu yang mana dirasakan pernah dilakukan kesalahan dan kesilapan;

5. sebagai Mursyidul Am PAS, beliau wajib membawa PAS supaya kembali kepangkal jalan dengan berpolitik benar-benar mengikut Al-Quran dan Sunnah dan kembali kepada perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas & takzir;

6. sebagai Mursyidul Am PAS, beliau wajib menasihatkan Datuk Seri Hadi Awang supaya menarik balik apa yang dikenali sebagai Amanat Hadi Awang 1981 dan sekaligus menasihatkan semua ahli dan penyokong PAS yang masih berpegang kepada ideologi mengkafirkan orang Melayu-Islam lain yang tidak sealiran pandangan politik dengan PAS supaya menarik balik tuduhan kafir-mengkafir ini;

7. sebagai Mursyidul Am, beliau wajib menasihatkan PAS supaya bermufaraqah dengan Anwar Ibrahim dan PKR;

8. sebagai Mursyidul Am PAS, beliau wajib menasihatkan membatalkan semua kerjasama dan pakatan politik dalam apa bentuk sekalipun dengan DAP samada peringkat parti mahupun peribadi;

9. sebagai Mursyidul Am PAS, segera mengadakan kerjasama politik dengan UMNO dan mengujudkan ukhwah, kesatuan dan perpaduan dengan UMNO dan semua NGO dan gerakan Melayu-Islam lain.

Buat masa ini, saya tiada apa-apa komen dengan permohonan maaf Datuk Nik Aziz, kerana dia memohon maaf atas kesilapan dia selama memerintah Kelantan; dan saya tidak pernah menjadi dan bukan seorang rakyat Kelantan, walaupun saya cukup suka dengan orang Kelantan dan punya ramai kerabat, sahabat, rakan dan taulan di Kelantan!
Apa pun, saya mendoakan semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan sempurna kepada Datuk Nik Aziz, menyembohkan beliau dengan segera, dan memberi kekuatan iman dan jiwa kepada beliau untuk memperbetulkan apa yang perlu diperbetulkan!

Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
03 Jamadil Akhir 1435
03 Apr 2014

 PERMINTAAN MAAF NAJIB YANG DI NEGETIFKAN

 





Tahun 2012 dalam satu majlis bersama rakyat, Datuk Seri Najib secara terbuka telah memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapan-kesilapan yang dilakukan BN dan akan bertindak memperbetulkan keadaan. Baca selanjutnya di sini
Saya masih ingat lagi bagaimana sepantas kilat puak-puak Pas menghina dan memperleceh permohonan maaf Datuk Najib pada masa itu. Lihat di bawah sebahagian daripada bukti yang saya sempat cari bagaimana Pas memperlecehkan permohonan maaf Datuk Najib. Kedua-dua makhluk yang bercakap itu berkopiah atas kepala. Kononnya alim dan waruk lah….


Minggu lepas tiba-tiba Nik Aziz pula meminta maaf diatas kesilapan dia sewaktu menjadi Menteri Besar Kelantan. 
Seperti yang sering saya tulis dalam blog ini, Allah Maha Besar, Allah Maha Kaya. Setiap perbuatan yang kau lakukan pada orang maka satu hari nanti kau akan terima balasannya. Apatah lagi orang yang seperti mereka yang menjual agama Allah untuk kepentingan politik. Berkopiah dan berjubah ke sana sini, tetapi mulut tak habis-habis memfitnah, mencerca, menghina dan memaki hamun orang lain.

Seperti yang kita tahu permohonan maaf Nik Aziz dipandang sinis oleh pelbagai pihak. Daripada dalam internet hinggalah ke warung kopi orang memandang sinis permohonan maafnya itu. Ya lah…selama ini dia dan orang-orangnya menggambarkan Nik Aziz itu sebagai seorang ulama yang suci, bersih dan maksum.  Tiba-tiba ulama maksum minta maaf. Itu yang membuat orang ramai ketawa dan pandang sinis.

Selepas ini puak-puak Pas akan kata, Nabi dan para sahabat pun mengaku salah dan minta maaf. Ya betul ! Saya setuju. Tapi cara puak-puak kamu meletakkan pemimpin kamu mengatasi Nabi. Sehinggakan apabila Nik Aziz kata Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW mamat kampung biasa sahaja, tiada seorang pun orang Pas yang berani lawan atau tegur Nik Aziz.  Seseorang peliwat jangan kata nak berkawan atau bersahabat, sebaliknya Nabi langsung tak mengaku sebagai umatnya. Tapi Pas selamba sahaja berkawan dan menjulang seorang peliwat yang Nabi tak mengaku umatnya. 
Berbalik kepada kisah permohonan maaf Nik Aziz, semalam Nik Aziz melahirkan rasa kesal atau kecewa kerana permohonan maafnya minggu lepas disalah tafsir atau dipandang sinis oleh kebanyakkan orang.

Apa kata Nik Aziz ?
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa apabila niat baiknya meminta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini disalah tafsirkan pihak tertentu. 
Menurutnya, masyarakat tidak sepatutnya membuat tanggapan negatif dan pelbagai andaian tanpa usul periksa sehingga menimbulkan spekulasi kerana selagi individu yang melafazkan maaf tersebut masih hidup, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

“Orang tafsir macam-macam, selagi orang itu hidup, jangan tafsir bukan-bukan. Kita mesti tanya sendiri, jangan pandai-pandai tafsir pula, kalau dia dah meninggal bolehlah nak tafsir. 

“Kalu perkara (yang ditafsir) itu betul, tidak mengapa, kalau salah, ia sudah dikategorikan sebagai mengumpat, sedangkan maksud yang disampaikan adalah bukan seperti yang ditafsirkan,” katanya ketika ceramah kuliah mingguan di Medan Ilmu, semalam. 
Sinar Harian
Apabila kita mengajar semua perkara di pandang negatif, ianya akan berbalik kepada siapa yang mengajarnya. Begitulah juga dengan permohonan maaf Nik Aziz telah  dipandang negatif,... kenapa berlaku perkara seperti ini? Maka dia pun berpesan-pesanlah dengan kebenaran sepertimana tulisan yang dihitamkan di atas. Tetapi dimana suara dia sewaktu Penyokong Pas memperlecehkan permohonan maaf Datuk Najib?

Jika benar dia seorang ulama, seorang tok guru dan seorang yang alim yang meletakkan kepentingan islam lebih dari kepentingan politik, sepatutnya dia membuat perkara yang sama seperti yang dia buat semalam sewaktu puak-puak Pas memperlecehkan permohonan maaf Datuk Najib dulu ? 
Masyarakat tidak sepatutnya membuat tanggapan negatif dan pelbagai andaian tanpa usul periksa sehingga menimbulkan spekulasi, dan kalau perkara (yang ditafsir) itu betul, tidak mengapa, kalau salah, ia sudah dikategorikan sebagai mengumpat. 

Betul apa yang di katakan Nik Aziz ini tapi penulis lebih melihat kepada KIFARAH ALLAH. Ini bererti bila ULAMAK sudah mula tidak di hormati, maka jangan terlalu cepat mengatakan ini adalah tanda akhir zaman, tapi periksa dulu dan bermuhasabah diri, kenapa sudah ada orang yang menyanggah sesuatu yang di kira baik atau sebaliknya ke atas Ulamak? 



AMUKANMELAYU - Kita akan menuai dengan apa yang kita tanam