Friday, 4 April 2014

HUDUD - PAS, UMNO DAN ORANG MELAYU BAGAIKAN PUNGGUK RINDUKAN BULAN


 

Ketua Publisiti MCA, Chai Kim Sen mengesahkan MCA akan meminta bantuan daripada DAP untuk menghalang perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan. Ini adalah kerana menurutnya, sewaktu perbincangan undang-undang hudud usul di Kelantan dan Terengganu, UMNO langsung tidak membantah.

Justeru katanya, MCA akan meminta bantuan daripada DAP untuk menghalang pembentangan usul undang-undang hudud di Dewan Rakyat.

UMNO telah memberi komitmen kepada PAS bahawa wakil-wakil rakyatnya akan menyokong usul tersebut. Jumlah keanggotaan UMNO di Dewan Rakyat adalah seramai 88 orang, manakala PAS pula adalah seramai 21 orang.

PAS mempunyai kerusi majoriti dua pertiga di Kelantan, paling banyak di Selangor dan campuran kerusi majoriti dua pertiga dengan UMNO di Kedah dan Terengganu.

Cabaran agar wakil PAS membentangkan usul hudud terlebih dahulu di Parlimen telah dibuat oleh beberapa orang Ahli Parlimen dan pemimpin UMNO. PAS sebelum ini telah menjadikan hudud sebagai modal mereka untuk berpolitik dan cuba membuktikan bahawa UMNO menolak hudud sekaligus menolak Islam kerana deraf Undang-Undang Syariah (II) Kelantan gagal diimplementasikan waluapun sebenarnya tidak pernah dibentangkan di DUN Kelantan untuk diberikan kelulusan perlaksanaannya.

DAP merupakan penentang tegar undang-undang hudud. Manakala MCA pula menjadi penyokong DAP dengan memberi amaran kepada UMNO, hubungan dan kerjasama dari tahun 1955, mungkin akan berakhir dengan perlaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

MCA mengalami kekalahan teruk pada tahun 2008 dan 2013 menerusi dua pilihanraya. Kawasan-kawasan tradisi MCA terutama sekali di kawasan campuran dengan majoritinya adalah Cina, telah dirampas oleh DAP semenjak dua pilihanraya umum lalu. Walaupun terdapat peningkatan undi kepada calon MCA di PRK DUN Kajang beberapa minggu lepas, PDM-PDM yang totok dengan pengundi Cina, kekal menjadi penyumbang utama untuk kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Amaran yang diberikan kepada UMNO tidak lebih daripada umpan MCA untuk mengambil hati para penyokong dan pengundinya daripada masyarakat Cina. Namun pada masa yang sama, akan mengorbankan wakil-wakil rakyat MCA di Parlimen sekarang ini yang menang dengan undi daripada masyarakat Melayu seperti Wee Ka Siong.

Masakan Ketua Publisiti MCA tidak sedar hal itu, atau sebenarnya secara tidak sengaja telah terbuka tembelang yang MCA 'MEMANG ADA KERJASAMA DENGAN DAP' sebelum ini untuk mewujudkan tekanan kepada UMNO terutama sekali yang membabitkan permainan desak, tuntut dan ugut?

Jamil Khir lambung PAS sambut, Siapa yang gabra?


Tempoh hari, Jamil Khir berkata supaya jika PAS mahu jalankan hudud, kerajaan persekutuan tidak menghalanag. Kenyataan itu telah disambut oleh MB Kelantan:

Kenyataan Media

Yang Amat Berhormat Ustaz Dato Ahmad bin Yakob,
Menteri Besar Kelantan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Berikutan keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini, 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M, saya ingin mengumumkan beberapa pendirian yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud. Ianya adalah seperti berikut :

1. Kerajaan Kelantan menyambut baik kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada mana-mana kerajaan negeri termasuklah Kelantan untuk menguatkuasakan undang-undang hudud sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.

2. Kerajaan Kelanan dengan ini akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) yang akan dibawa ke mana-mana sidang Parlimen yang terdekat oleh salah seorang Ahli Parlimen Bukan Kerajaan bagi mendapat kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana sebahagian besar dari kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code), begitu juga agensi-agensi pelaksana seperti polis dan penjara.

3. Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Shariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukkan dalam Enakmen Hudud.

4. Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakman Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015.

Sekian, salam hormat.

(Ustaz Dato Ahmad bin Yakob)
Menteri Besar Kelantan.

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 2 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 2 April 2014M

------------------------------

Ianya kelihatan seperti PAS serius tapi disebaliknya PAS mahu pulang balik tanggungjawab itu kepada kerajaan Pusat melalui cadangan pindaan undang-undang. Macam tak mahu ambik tanggungjawab saje ...

Hal ini dijawab balik oleh Che Alwi ADUN Ketereh:

Duli Tuanku Sultan Brunei

Perkara 76A Perlembagaan tidak memerlukan pindaan. Kelantan tak usah nak tangguh-tangguh, teruskan saja.

Malah Che Alwai Ketereh kata PAS dan UMNO patut lobbi wakil rakyat Islam.

DAP akan jawablah ... standard. Yang cina masih takut-takut nak jawab. Ada ke hantar Karpal SIngh yang bakal digugurkan jawatan ahli Parlimen dan sudah letak jawatan Pengerusi?


Sudah tidak mengaum.

Perkasa beri sokongan:


NGO ISlam yang pro PKR seperti ABIM dan Ikram ... bila nak sokong?

Bila Perkasa bersuara, MCA pun bersuara juga ...




Ada dua mesej ini, kenapa cina DAP diam ....? Kalau DAP wakil kaum cina, nyatakan pendirian dengan kuat dan nyata!

Mesej kedua mungkin juga MCA pun risau. Suatu masa dulu, Unspinners pernah laporkan kerisauan Cina terpelajar jika UMNO dan PAS bergabung kerana hudud. Lama dulu ... baca SINI

PKR diam dan Anwar yang pernah kata langah mayatnya dulu sebelum hudud dijalankan. NGO liberal sokong main bontit termasuk Sister in Sesat masih tak kedengaran lagi.

Cina DAP ... apa lu diam? Apa guna baiyi jaga pulak????  Kalau lu diam, baik kasi MCA jadi suara cina!!!


AMUKANMELAYU - HUDUD.......episod panjang sendirwara UMNO dan PAS hingga akhir zaman.......