Sunday, 6 April 2014

KELUARGA PM MALAYSIA YANG PALING TERUK DI FITNAH DENGAN CERITA REKAKARYA


POLITIK dan FITNAH BERPISAH TIADA

1 - Hadis daripada Ibn Abbas R.A  bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya mereka berdua diazab dan tidaklah mereka berdua diazab disebabkan dosa-dosa besar yang mereka lakukan tetapi disebabkan salah seorang mereka tidak dapat mengetuskan air kencingnya dan seorang lagi memecah belahkan masyarakat dengan berjalan menabur fitnah".          (Riwayat Imam Al-Bukhari)

2 - Hadis daripada Huzaifah R.A  bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah".                                   
 (Riwayat Imam Al-Bukhari)

 KELEBIHAN ROSMAH YANG TIADA PADA "PEMBENCINYA"

sally salehMarch 4, 2014 at 10:27 PM
biasalah bila org busuk hati mcm mana baik rosmah buat ade je x kena...ape yg rosmah cakap semua salah x pernah nak diangap baik kn....ade je cerita yg akn diputar belit...walau mcm mana dicaci dihina rosmah tetap memaafkn org yg mintak die mati kt blh menilai org dgn sikap die sendiri....entah ape lg yg akn di spin pasal nie....

SEMUA FITNAH KE ATAS NAJIB DAN KELUARGANYA BERMULA DARI SINI

"Saya Cipta Gambar Itu" - Tian Chua




KANTOI - Tian Chua Fitnah Najib bersama Al-Tantunya! Foto superimposed!
Najib Razak difitnah dalam Konspirasi mengenali dan membunuh Altantuya sampaikan habis pelusuk kampung heboh menceritakan penglibatan Najib Razak. Ada yang percaya ada yang tidak tetapi ianya telah mencemarkan nama Najib Razak.

Wednesday, July 04 by greenboc
TIAN CHUA - Foto superimposed Najib bersama Al-Tantunya 
Ketua Penerangan PKR Tian Chua mengaku bahawa beliau telah mencipta gambar altantuya dengan Najib.
Menurut Tian, gambar itu dicipta semalam dan ianya bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang isu gambar Najib dan Altantuya yang dibangkitkan dalam mahkamah baru-baru ini lapor klpost.



"Gambar itu hanyalah imaginasi saya sahaja, apabila saya membayangkan gambar sebenar," kata Tian Chua.
Menurutnya, gambar tersebut berlatarbelakangkan suasana restoran Perancis yang beliau perolehi dari internet.

"Gambar sebenar wujud, tetapi gambar yang disiarkan di dalam blog saya ini hanya rekaan sahaja, saya yang reka," katanya.Mengikut klpost, menjelas lanjut, kata Tian, blog peribadinya berkonsep santai dan tidak serius, oleh yang demikian beliau fikir sesuai untuk meletakkan gambar tersebut. "Lagipun kebanyakkan akhbar berbahasa Melayu tidak menyiarkan berita mengenai kewujudan gambar yang disebut salah seorang saksi di mahkamah, saya berhasrat mengingatkan orang ramai," kata beliau.

Tian Chua diingati sebagai pemimpin politik yang berani termasuk aksi beliau duduk di hadapan trak FRU ketika demonstrasi beberapa tahun lalu.
Selain itu, gambar beliau cuba melanggar seorang pekerja bagi menyelamatkan penduduk kampung Berembang juga tersiar di dada-dada akhbar baru-baru ini. Tian Chua direman polis berhubung kejadian tersebut.
Namun tidak ada sebarang tindakan diambil, kerana kata Tian Chua, beliau tidak langgar pekerja terbabit, sebaliknya pekerja terbabit cuba menghalang keretanya

Tuduh Rosmah Bunuh Altantuya



FITNAH - Gambaran pelukis semasa Altantuya di bunuh

Demikianlah tuduhan yang dibuat oleh Raja Petra yang digambarkan oleh blog-blog pembangkang. Datin Seri Rosmah telah nafikan dan mereka pula tiada bukti tapi masih diteruskan juga fitnah tersebut

Akhirnya kebenaran terserlah apabila Raja Petra menjelaskan dalam satu pengakuan pada bulan April 2011:

SHAH ALAM 14 APRIL : Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin berkata wawancara beliau dengan TV3, menafikan beliau percaya Rosmah Mansor hadir di tempat kejadian Altantuya Sharibuu dibunuh, hanya bertujuan untuk menarik perhatian supaya polis menyiasat kandungan keterangan bersumpah yang dibuatnya.

Raja Petra sekali lagi menegaskan kenyataan bersumpah yang dibuat oleh beliau adalah berasaskan maklumat bahawa perisikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai sebuah laporan mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera apabila Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.

Penjelasan Raja Petra menerusi laman blognya, sekali gus menempelak laporan TV3 dan media arus perdana lain yang cuba memberi gambaran kononnya beliau di tekan untuk membuat kenyataan bersumpah itu oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja Petra berkata pada Jun 2008, beliau dimaklumkan oleh seorang bernama Nik Nazmi Nik Daud, bahawa laporan mengaitkan Rosmah dan dua pegawai tentera kepada pembunuhan Altantuya ada dalam milik Lt Kol Kol Azmi Zainal Abidin, orang nombor dua dalam perisikan Angkatan Tentera Malaysia.

Nik Nazmi ketika itu bekerja dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, kata Raja Petra .

Raja Petra berkata Nik Nazmi memujuk beliau untuk membuat kenyataan bersumpah itu dan berjanji untuk membekalkan laporan perisikan ATM berkenaan apabila tiba masanya.

Raja Petra berkata beliau kemudian meminta seorang bernama John Pang untuk mendapatkan pengesahan mengenai kewujudan laporan itu daripada Tengku Razaleigh.

Raja Petra mendakwa John, seperti Nik Nazmi, turut bekerja dengan Tengku Razaleigh. John mengesahkan bahawa Tengku Razaleigh mengenali rapat Lt Kol Azmi dan tahu mengenai laporan perisikan itu, kata Raja Petra.

Raja Petra berkata seorang lagi kenalannya bernama Din Merican yang bekerja di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengesahkan bahawa Lt.Kol Azmi sering ke pejabat Anwar dan Anwar mempercayai pegawai risik itu.

“Dengan keyakinan yang diberikan itu, saya menandatangani kenyataan bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” kata Raja Petra.

“Apa yang saya nyatakan dalam kenyataan bersumpah saya adalah saya di maklumkan mengenai (laporan perisikan) itu. Saya tidak pernah mengatakan ketiga-tiga individu memang hadir di tempat kejadian. Di dalam kenyataan bersumpah, saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat perkata itu bagi menegakkan kebenaran,” kata Raja Petra.

Justeru Raja Petra berkata laporan yang disiarkan oleh TV3 tidak membawa sebarang pendedahan baru dan beliau sedar kemungkinan wawancaranya akan diputarbelitkan.

“Selama tiga tahun saya menjelaskan latar belakang mengenai kenyataan bersumpah saya bahawa namun penjelasan itu ditolak dan mereka masih bertegas bahawa saya yang mendakwa Rosmah dan dua pegawai tentera hadir di tempat kejadian pada malam Altantuya dibunuh,” kata Raja Petra.

Beliau berkata semua maklumat mengenai kenyataan bersumpahnya telah diberikan kepada polis namun tidak ada siasatan dilakukan terhadap individu-individu terbabit khususnya Lt Kol Azmi.

Raja Petra berkata beliau setuju diwawancara oleh TV3 kerana mahu menarik perhatian atas keperluan pihak berkuasa untuk menyiasat kesahihan kenyataan bersumpah yang dibuatnya.

“Saya tahu wawancara saya dengan TV3 akan disensasikan. Mungkin sensasi ini diperlukan supaya versi saya mengenai kenyataan bersumpah diberikan fokus yang sepatutnya. Saya membuat tuduhan terhadap Lt Kol Azmi Zainal Abidin, orang kedua dalam perisikan ATM, “kata Raja Petra.

Beliau berkata Nik Nazmi, orang yang mendedahkan kewujudan laporan perisikan ATM itu, kini berpaling tadah dan menjadi penyokong Datuk Seri Najib Razak, manakala John Pang kini bertugas dengan bank CIMB di Indonesia. CIMB adalah milik Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri.

Pembangkang tetap fitnah walaupun sudah dijelaskan Rosmah berada dalam majlis di malam Altantuya terbunuh pada lingkungan waktu 10 malam ke 1 pagi dengan di saksikan oleh AJK yang menganjurkan Majlis tersebut..




Ada yang masih nak beriya-iya kata Rosmah juga walaupun dijelaskan Rosmah berada dalam Majlis ini sampai lebih kurang pukul 11. Takkan dia pergi terus ke situ untuk bunuh Altantuya?

Semudah itu ke isteri Timbalan PM untuk kesana kemari dan dalam tergegas-gegas tanpa meninggalkan saksi dan bukti? Dengan sentiasa di kelilingi pengawal, bodyguard, dll.?

Kol Norhayati dan Kol Aziz Buyong yang dikatakan berada di situ pun turut nafi, maka bagaimana mereka boleh terus menuduh?

Ini satu konspirasi yang ramai lagi mungkin terlibat.

Raja Petra pernah ceritakan bertemu Syed Abdul Rahman dalam Malaysia Today sini yang mana sedutan ada seperti berikut:

---------------

When I first met Syed Rahman it was during a meeting I was having with Zahid Md Arip and Datuk Kamal Amir at The Dome in the Bangsar Shopping Centre. I had known Zahid, the grandson of Tun Ghafar Baba, since 1998. I know his uncle, Tamrin, even longer, probably since the 1980s. But that was the first time I met Datuk Kamal.

As we were talking, Syed Rahman passed by and Datuk Kamal invited him to join us, which he did. It was then that I realised who he was. Okay, he is not a dashing-looking sort of fellow and it is not quite like his face stands out in the crowd. So I did not recognise him at first until I was told who he is.

What Syed Rahman told us was no different from what Bala said is his Statutory Declaration. The long and short of it all, what Syed Rahman revealed was that Najib and Rosmah are involved in Altantuya’s murder and that Najib was in fact having an affair with the now dead Mongolian beauty.

I met Syed Rahman once or twice after that at the Mahbol Mamak restaurant in Taman Tun Dr Ismail, this time with a larger crowd that included Jadawi Datuk Ghazali and his wife, Salleh Yassin, a military intelligence chap called Major Salleh, Aspan Alias (an Umno stalwart), Naqib, and about a dozen or so others. It was one huge party of people.

Syed Rahman has the habit of shooting his mouth off. He would tell all and sundry and every man and his dog the story of Najib and Altantuya, if they cared to give him their ears. He was Malaysia’s one and only tukang karut (storyteller).


------------

Banyak nama-nama yang disebut Raja Petra mungkin terlibat merancang fitnah ini terhadap Rosmah. Agak-agak mahukah mereka jumpa Rosmah dan mintak maaf dalam bukan baik ini?

Syed rahman pula bermuka-muka. Konon bersama Najib semasa bersumpah di Masjid di Permatang Pauh? Tapi dia yang berikan gambar kepada Asia Sentinel walau pun butiran gambar tidak lengkap dan mungkin juga palsu.

Ramai nama-nama di dalam kisah dia di atas kini bersama pembangkang ... Tamrin, Aspan Alias, Yassin Salleh (bukan Salleh Yassin), Kamal Amir (yang anak bekerja di pejabat Wan Azizah), Naqib yang selalu mengiringi Tamrin dan Osu Sukam, dll.

FITNAH CINCIN

Thursday, 4 April 2013


Fitnah Rosmah Mansor...Bertaubatlah CheguBard....



Pintu BERTAUBAT Masih Terbuka Luas Untuk BADRUL HISHAM SHAHARIN Dan Memohon Maaf  Kepada Datin Seri Rosmah Mansor.


Klik RBF ONLINE untuk artikel penuh.


Fitnah Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) ini perlu ditamatkan sekaligus ... 
Fitnah ini cukup hebat memandangkan MASIH RAMAI rakyat marhaen di luar sana mempercayai dengan gambaran kononnya media Utusan Malaysia menerbitkan akhbar di atas.
Yang nyata, akhbar di atas telah DIPALSUKAN oleh Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) demi MENGHALALKAN FITNAH terhadap Datin Seri Rosmah Mansor. Fitnah ini turut menyebabkan Jabatan Pengarang Utusan Malaysia MEMBUAT LAPORAN POLIS berhubung penyiaran artikel fitnah yang menggunakan kepala akhbar (masthead) Utusan Malaysia palsu bagi mengelirukan pembaca.


Begitu juga dengan FITNAH kononnya Datin Seri Rosmah Mansor TELAH MEMBELI cincin tersebut. Malah Datin Seri Rosmah Mansor telah MENAFIKAN beliau membeli cincin tersebut melalui ikrar SUMPAH yang dilakukan.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga MENGESAHKAN tiada sebarang pembelian cincin bernilai RM24 juta oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.



Persoalannya, mengapa MASIH RAMAI mempercayai FITNAH dahsyat ini ...
Cincin RM 24 juta ini dibawa masuk ke Malaysia dan dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya (Maira Nazarbayev) yang pada ketika itu berada kediaman PM untuk beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira Nazarbayev adalah 'regular customer' kepada Jewellry Jacob & Co New York.

Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd.


EKSKLUSIF! ROSMAH MANSOR MAAFKAN CINA KETUA PENERANGAN DAN PUBLISITI DAP YANG KURANG AJAR! 

Tuesday, March 4, 2014

"Assalamualaikum wrb wth. dan Selamat Sejahtera. Saya mendengar dan mengetahui bahawa Sdra Hew Kuan Yew ada mendoakan agar saya diserang sakit jantung dan segera menemui ajal. Saya memaafkan tindakan beliau dan percaya ia dilakukan dibawah sedar. Bagi saya, saya akan sentiasa mendoakan Sdra Hew Kuan Yew sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kerahmatan hidup agar beliau dapat terus menikmati kesejahteraan hidup aman dan damai di bumi bertuah Malaysia." 
Salam - Rosmah Mansor

 


Baru-baru ini, portal berita Malaysiakini jelas dilihat mempunyai niat jahat apabila memutar belitkan kenyataan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor apabila hanya menggunakan beberapa keratan dalam teks ucapan beliau untuk menggambarkan satu persepsi yang negatif pada pembaca.

Rosmah hanya mengatakan demi mahu mendekati rakyat, beliau rela mengorbankan hobi2 yang disukai selama ini antaranya bermain badminton. Artikel Malaysiakini pula menulis seolah-olah Rosmah mengatakan rakyat merampas segala-galanya dari beliau, jelas tajuk dan tulisan seperti itu bertujuan menimbulkan kebencian.

Ucapan beliau itu dijadikan bahan sindiran oleh penyokong2 & beberapa pemimpin pembangkang. Malah golongan yang berada di atas pagar juga termakan dengan hanya membaca tajuk di Malaysiakini, sedangkan apa yang cuba disampaikan oleh Rosmah ialah beliau sanggup mengorbankan masa demi rakyat, iaitu rakyat lebih utama dari hobi2 beliau.

Penulis tidak nampak kesalahan pada ucapan Rosmah, beliau berusaha untuk menangkis persepsi buruk terhadap beliau selama ini dengan cuba mendekati rakyat melalui pogram2 kebajikan. Tidak semua program2 bantuan dan kebajikan boleh dihadiri oleh PM dek kekangan masa.

Apa salahnya sekiranya Rosmah sebagai isteri menjadi wakil ? Mungkin dengan cara itu jugalah segala keluh kesah rakyat boleh disampaikan terus kepada PM melalui isteri yang menjadi wakil menghadiri majlis2 seperti ini.

Walaupun dihujani pelbagai tohmahan, fitnah dan hasutan, penulis tengok Rosmah tak mudah melatah, ada kalanya beliau mendiamkan diri adakalanya melalui respon2 sinikal yang kena tepat pada batang hidung mereka yang membuat tohmahan ada beliau. Seorang ahli DAP, Hew Kuan Yew yang digelar "Superman" di kalangan rakan2 chauvanis telah membuat kenyataan yang agak kurang ajar apabila seolah olah mendoakan supaya Rosmah mati dengan merujuk kepada artikel 'spin' Malaysiakini di atas. Namun respon 'bersahaja' yang ditunjukkan Rosmah menunjukkan betapa cara pemikiran beliau mengatasi pemikiran hasad dengki Hew Kuan Yew itu.

Datin Seri Rosmah Maafkan Facebooker Budak Nakal




Biadab dan keterlaluan! Itulah yang dapat dilabelkan pada seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Syed Saifullah. Tindakan yang melampau melangkaui batas kemanusiaan dengan membuat fitnah dan menghina isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur.

Datin Seri sedar dirinya dibenci oleh segelintir manusia yang hanya menjadikan dirinya sebagai bahan untuk mencemarkan imej suaminya sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Tetapi jika sampai mendakwa dirinya telah mati, ini pastinya menyedihkannya.Entah apa yang bermain di benak pemikiran Syed Saifullah. Entah apa salah dan silap Datin Seri terhadap dirinya.
Inilah masalah masyarakat negara kita bila sudah terlalu taksub dengan politik kepartian, sampai sanggup menghina memfitnah orang yang tidak berdosa.Harap PDRM dan SKMM akan mengambil tindakan tegas terhadap lelaki berkenaan.

DS ROSMAHMANSOR KEPADA SYEDSAIFULLAH BERKENAAN GAMBAR Pray4Rosmah


Komen Datin Seri yang admin terima dari sumber :
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada apa yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Salam - Rosmah Mansor




AMUKANMELAYU - Penulis bukan Ahli mana-mana Parti Politik tapi penulis faham dan tahu tentang politik. Apa yang penulis rumuskan ketika ini di Malaysia, POLITIK telah merosakan pemikiran, Kemerdekaan dan peradaban Bangsa yang telah di bena beribu tahun dahulu.