Saturday, 17 May 2014

HATI ISLAMELAYU - Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni


ISMA TERUS BALUN MELAYU BUTA KAYU..EH BUTA SEJARAH ! SYABAS ISMA..


1. Ada beberapa orang kawan bagi saya artikel yang ditulis oleh Rozhan Othman – Mereka-reka ‘sejarah’, tahyul dan menjaja kebencian. Difahamkan ini respon beliau hasil dari tulisan Presiden ISMA tentang kedatangan Cina ke Malaysia di zaman British yang disifatkannya sebagai penceroboh. Saya pun bacalah, tapi tak minat nak balas. Dia kata Presiden ISMA tidak tahu sejarah. Saya tak minat nak balas sebab saya tengok dia pun taklah pandai sejarah juga.
2. Dia kata ISMA naikkan nama Panglima Awang Hitam hasil dari bacaan novel tahun 1958. Huhu …. dia tahu tak saya yang menjadi Pengarah program tu? Saya pun tak pernah baca novel tu. Saya jemput Prof Khazin yang bertanggungjawab dalam kajian sejarah Panglima Awang untuk memberikan syarahan di hadapan lebih 1000 orang peserta. Prof Khazin ini seorang sejarawan la. Kajian tu bukan fiksyen …. itu fakta sejarah.
3. Dia (Rozhan) gambarkan Panglima Awang sebagai hamba Magellan yang bantu Magellan dalam mengkristiankan Raja Hamubon. Ceritalah sampai habis kalau tahu betul sejarah. Raja Hamubon selepas itu, pecahkan segala hadiah Magellan dan simbol kristian tak nak cerita? Panglima Awang pakat dengan Raja Hamubon bunuh pengikut-pengikut Magellan dalam satu majlis, itu tak nak cerita? Satu lagi kalau Panglima Awang tu hanya sekadar hamba, kenapa gajinya tinggi? Dan kenapa ada wasiat untuk berikan satu jumlah harta yang banyak bila Magellan mati? Tahu tak cerita tu? Kalau tahu, ceritalah juga. Barulah ilmiah namanya. Cerita sekerat sekerat apa kelas?
4. Cina dah ada awal di Tanah Melayu? Itu betul. Tahun 1600, lebih 50% penduduk Kuala Terengganu orang Cina? Menarik fakta tu. Nak juga tahu sumber mana fakta tu. Nak tahu juga apa yang berlaku sepanjang sejarah sampai tak ramai Cina di Terangganu sekarang ni.
5. Cina cuma gaduh sesama Cina dan tak pernah kacau Melayu? Tu pun macam best juga bunyinya. Baik betul kan? Saudara Rozhan pernah pernah Muzium Lukut? Pernah baca sejarah Lukut? Cina tak pernah bergaduh dan macam berperang dengan Melayu dalam merebut lombong timah di sana? Saya tersilap dapat sumber ke atau saudara Rozhan?
6. British tak bawa Cina ke Tanah Melayu dan Cina datang sendiri tanpa pakat dengan British? Macam mana pula dengan cerita yang dicatat oleh orang-orang Melayu Singapura dalam Syair Dagang Berjual Beli pertengahan kurun ke 19 dulu? Macam mana banci peratusan Cina di Singapura pada tahun 1819 dan 1853 boleh begitu jauh berbeza peningkatannya? Apa faktor? Orang Bugis lari ke pulau-pulau, kenapa?
7. Sultan Melayu yang restui kedatangan Cina? Tak nafi ada kes macam tu. Kes Sultan kena tipu dengan British jangan tak sebut. Nak marah Sultan sebab kena tipu, marahlah sekali British yang tipu. Penipu lagi hina dari yang kena tipu. Sultan Husain di Singapura …. sejarawan mesti tahu apa cerita macam mana British naikkan dia sebagai sultan dan macam mana British guna dia untuk perdagangan British dan Cina. Saudara Rozhan patut boleh jawab persoalan tu sebab dia kata dia pandai sejarah dan seorang tokoh akademik.
8. Yap Ah Loy menubuhkan pasukan polis pertama di Kuala Lumpur. Yang ni memang kelakar la. Saya nak pesan ni, harapnya saudara Rozhan tak cerita hasil kajian ni pada orang Bukit Aman. Yap Ah Loy pada sebahagian mereka ni adalah ketua kongsi gelap. Ke saudara Rozhan tak pernah dengar Yap Ah Loy ni sebagai samseng? Padan puji semacam.
9. Takpelah. Saya pun tak mahu panjangkan cerita. Sejarah ni intepretasi dari sumber primer. Ada sumber, cakaplah apa pun. Saya rasa saya nak jumpalah saudara Rozhan ni untuk berbincang tentang sumber-sumber beliau. Boleh? Siapa ada nombor beliau, boleh bagi kat saya? Saya nak minta pejabat ISMA usahakan satu forum terbuka tentang sejarah kedatangan Cina ke Tanah Melayu. Panel, saya dan saudara Rozhan. Moga dapat diusahakan.
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Naib Presiden ISMA
 
 
AMUKANMELAYU - Lama dah tak dengaq suara yang BERHATI ISLAMELAYU.