Sunday, 25 May 2014

TEKTIK DAP "Tikam Diri Sendiri" Untuk Raih Simpati Dan Menipu Pengundi Melayu Masih Menjadi






Cerita tentang Dyana Sofya bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya di Taman Melawati telah disebarkan, juga menerusi Whatsapp pada minggu lepas. Begitu juga dengan kesedudukannya bersama teman lelaki berbangsa Cina yang juga merupakan pegawai khas Lim Kit Siang di Johor, turut dibuat menerusi Whatsapp. Manakala pengakuan palsu daripada ibunya, Yammy Daud yang Dyana Sofya telah terlanjur dengan teman lelaki serta kuat minum arak, dibuat menerusi Facebook. Begitu juga dengan pendedahan 'seorang DAP' bernama Lee Lai Yin tentang Dyana Sofya, juga dibuat menerusi Facebook.





Kesemua pendedahan berkenaan dibuat dengan harapan pihak Barisan Nasional akan termakan umpan yang ditabur. Bagaimanapun, di luar jangkaan DAP, ia tidak menjadi sepertimana yang diharapkan. Tembelang mereka melakukan fitnah terhadap Dyana Sofya, telah pun diketahui dan dijangka lebih awal memandangkan modus operandi yang digunakan oleh DAP adalah sama semenjak tahun 2008.

Terdesak untuk membuktikan yang kerja-kerja berkenaan dibuat oleh UMNO-BN, Zairil telah ditugaskan oleh DAP untuk membuat laporan polis dan menuduh UMNO yang melakukannya walaupun sebenarnya tuduhan palsu tersebut tidak disokong oleh bukti, sebaliknya bukti yang ada pula, terutama sekali Whatsapp, menunjukkan yang Zairil Khir Johari telah membuat laporan palsu bagi meraih sokongan.

Menariknya, Dyana Sofya yang mungkin tahu tentang perancangan DAP itu, turut berkempen dan berceramah kononnya untuk 'menjawab' segala tohmahan terhadap dirinya dengan harapan pengundi-pengundi Melayu akan tertipu kononnya kerja-kerja menfitnah itu datangnya dari UMNO.


Kejadian bekas Presiden Taiwan, Chen Shui Bian yang ditembak sehari sebelum pilihanraya ketika berkempen di Tainan adalah satu contoh yang baik yang kini di gunakan oleh DAP dan PR.  Dalam kejadian tersebut, Presiden Chen and Naib Presiden Annette Lu sedang melalui kawasan sesak apabila peluru menembusi cermin kenderaan mereka dan menusuki perutnya.  Satu lagi peluru menengenai lutut Naib Presiden Lu namun tidak menyebabkan kecedaraan parah kerana lututnya telah sedia berbalut akibat kecederaan lain sebelumnya.  Kedua mereka tidak mengalami kecederaan serius di mana Presiden Chen hanya menerima jahitan sepanjang 4.3 inci.
Aktiviti kempen dihentikan tetapi parti mereka berjaya memenangi pilihanraya dengan majoriti 29,500 undi.  Para penentang mereka menuduh kejadian itu sebagai ‘lakonan’ bagi mendapat undi simpati.  Siasatan forensik awal yang dijalankan tidak dapat menentukan sama ada ia hanya lakonan atau tidak.  Akhirnya, polis mengenalpasti seorang suspek iaitu Chen Yi-Hsun, yang mana telah dijumpai membunuh diri sejurus selepas kejadian tersebut.
Berikutan itu, persepsi bahawa kejadian tersebut adalah dirancang oleh Presiden Chen sendiri tidak dapat dihapuskan.  Walaupun memenangi pilihanraya itu, beliau kemudiannya ditumbangkan dalam pergolakan pada tahun 2008 dan dipenjara selama 19 bulan atas kesalahan rasuah. 

Perlu diingatkan bahawa matlamat utama kejadian ini ialah, ‘simpati’.