Monday, 5 May 2014

UMNO SUDAH HILANG DARI INGATAN - Budaya Pemikiran “Comrade Bala” Sedang Di Tanam Dalam Pemikiran MELAYU


Mimpi yang indah tidak semestinya tertunai segala janji

OLAK LEMPIT - Isnin  5 Saaban 1433, penulis amat sedih dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Perhimpunan demi perhimpunan dan yang terbaru ini adalah "Perimpunan Bantah GST" tapi bila di tanya hampir 90% tidak faham GST dan yang turun BERDEMO pula mungkin langsung tiada No. Fail CUKAI PENDAPATAN atau bukannya pembayar cukai. Bagi penulis mereka ini ada agendanya tersendiri, sama ada pemimpin mereka kumpulan dan Pendemo itu sendiri.

Jika di perhatikan mereka ini terdiri dari kumpulan songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), kumpulan turun, Anarki, SAMM, ABU, dan mereka ini semuanya disokong oleh PAS dan PAKATAN RAKYAT. "Yang sedihnya ada pula kumpulan LGBT yang turut terlibat, berpekik-pekik bersebelahan dengan wanita-wanita PAS yang berpurdah hitam ala wanita Iran.

Mendengar ucapan Pemimpin-Pemimpin pula yang mungkin satu hari nanti akan MEMIMPIN MALAYSIA, dalam kepala penulis hanya terbayang "BAGAIMANA NAK MEMULIHKANNYA" selepas mereka ini meninggalkan PUTRAJAYA. Penulis bukan Ahli Politik tapi penulis tahu tentang POLITIK dan EKONOMI Negara. Dari seorang ke seorang pembesar suara di pindahkan dan yang terpacul di mulut mereka adalah "MELALUT" dengan tiada tujuan dan ada pula yang menggunakan peluang ini untuk mempertahankan diri dari di penjarakan.

Sementara SLOGAN POPULAR seperti Takbir, Lawan Tetap Lawan, Turun. Tukar, Reformasi dll sudah menjadi DOA harian kepada mereka ini. Bagi penulis mungkin ini adalah perhimpunan terakhir untuk PR. Sudah ada suara -suara sumbang yang mengatakan "Kita Membuang Masa"......maka semakin jelas disini, walau sejauh mana Pengajian dan berpuluh sarjana yang di Gantungkan di Belakang Pejabat atau di ruang tamu rumah, tidak akan membantu untuk kita berfikir seperti "SE ORANG CENDIAKAWAN"  kerana kita telah di "ASUH UNTUK MEMNJANDI PEMBANGKANG" dan kita tidak pernah bersedia untuk menjadi PEMERINTAH.......pendapat penulis jika kita menjadikan mereka ini PEMIMPIN, maka kita telah membawa Rakyat dan Negara ini ke Lembah Ke Hancuran dan mungkin juga berlaku Perangan Saudara dan bersedialah untuk kita hidup seperti Tahun-tahun 70an.

GST hanyalah alasan untuk membawa rakyat turun ke jalan raya selepas mereka berjaya menghalang rakyat yang terinaya ini dari mendapat INFO dari mana-mana INFO yang di keluarkan oleh pihak KERAJAAN atu suber yang sah atau penerangan secara jelas maksud dan tujuan sesuatu dasar kerajaan. Dengan menolak semua maklumat dan "MEMAKSA" pengikut mereka mengambil maklumat dari satu sumber sahaja, ini sebenarnya telah mencabul Hak individu dan "MENGHALANG PROSES DEMOKRAS ITU SENDIRI" dan samalah dengan KES Siti Aishah yang menjadi hamba di London

Kisah Siti Aishah yang menjadi hamba di London

Wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London bernama Siti Aishah Abdul Wahab

Wanita itu merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.

Polis Britian masih belum mendedahkan identiti ketiga-tiga wanita tersebut tetapi memaklumkan bahawa sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.

Polis Britian masih belum mendedahkan identiti ketiga-tiga wanita tersebut tetapi memaklumkan bahawa sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.
Gambar Aishah sewaktu muda yang disimpan ahli keluarganya. Gambar ihsan The Telegraph, UK.Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu
Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.

Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".

Polis Britain berkawal di depan hartanah di Lambeth, selatan London, rumah dipercayai lokasi perhambaan tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia. Gambar Reuters.
Polis Britain berkawal di depan hartanah di Lambeth, selatan London, rumah dipercayai lokasi perhambaan tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia. Gambar Reuters.Polis Britain berkawal di depan hartanah di Lambeth, selatan London, rumah dipercayai lokasi perhambaan tiga wanita termasuk seorang rakyat Malaysia. Gambar Reuters.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai “Comrade Bala” dan isterinya Chanda dari Tanzania,lelaki itu turut dikenali sebagai “Chairman Ara” dan berasal dari Singapura.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.

Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.
Kamar Mautum semasa ditemui media selepas mendapat berita mengenai penghambaan wanita itu adalah Aishah, adiknya yang telah lama menghilangkan diri. Gambar ihsan The Telegraph, UK.
Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada “perhambaan” selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.

Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa.

Polis menghabiskan masa 12 jam untuk mencari lokasi perhambaan berkenaan dan mengumpul 55 beg bahan bukti dan 2,500 eksibit.

Budaya Pemikiran “Comrade Bala” Sedang Di Tanam Dalam Pemikiran Orang Melayu.

Satu hakikat yang amat menyedihkan apabila rakyat Malaysia sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh mereka. Ketua Gerakan Pemuda, Tan Keng Liang Menyindir Anak-Anak Muda Melayu Yang Hadir Ke Perhimpunan Anti GST Di Dataran Merdeka Dengan Berkata Mereka Mudah Diperalat Oleh Pembangkang. 

Menurutnya, hanya orang Melayu 'merangkak' di jalan raya kerana mereka mudah dimanipulasi oleh pemimpin PKR dan PAS. Semalam, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang secara sinis berkata mereka yang turun ke himpunan semalam sebahagian besarnya adalah Melayu kerana orang Cina sibuk menonton filem Spiderman di pawagam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat untuk berfikir secara rasional tentang tujuan kerajaan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST). "Kalau kita fikir secara rasional.. Kita faham setiap dasar kerajaan bertujuan untuk kebaikan rakyat. Jangan tengok sehari dua. Hari ini tanam benih, esok nak buah," katanya



ak cakap macam mana lagi?? Ni lah hasilnya akibat boikot media arus perdana di malaysia ni. Tengok berita pun tidak peserta-peserta taik kucing ni. Jadi mana nak paham apa itu GST, dengar dari Raspussy je la.. itupun dengar separuh masak... sepatah haram pun tak paham sebenarnya...
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2014/05/video-pendemo-bantahgst-tidak-faham-apa.html#yuXw18zMj6TZsS4f.99
OLEH MD IZWAN
May 02, 2014
Utusan Malaysia menyifatkan peserta himpunan anti-GST semalam celaru dalam pemikiran. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Mei, 2014.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menyifatkan peserta berbangsa Melayu dalam himpunan bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semalam sebagai berpemikiran celaru.
Kolumnis Awang Selamat mendakwa peserta yang hadir dalam perhimpunan sempena Hari Buruh sedunia semalam diperalatkan oleh parti pembangkang.

"Awang cukup kasihan melihat gambar-gambar orang Melayu di jalanan semalam yang semakin celaru pemikiran mereka," katanya dalam Utusan Malaysia hari ini


Awang Selamat juga mendakwa himpunan semalam turut disertai oleh kumpulan songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan disokong oleh PAS.
"Yang sedihnya ada pula kumpulan LGBT yang turut terlibat, berpekik-pekik bersebelahan dengan wanita-wanita PAS yang berpurdah hitam ala wanita Iran.
"Awang - Geleng kepala," kata Awang Selamat lagi.

Menurut Awang Selamat, perhimpunan semalam digunakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan perhatian bagi mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri.
"Tetapi itulah perangai Anwar. Dia akan terus mempengaruhi pengikutnya, rakyat jelata waima kerajaan Amerika Syarikat sekalipun untuk mempercayai permainan politiknya. Cita-citanya hanyalah untuk menjadi perdana menteri," katanya.

Awang Selamat berkata himpunan semalam sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.
"Isu GST hanyalah sampingan. Pokoknya ialah untuk menjatuhkan kerajaan. Itu pasal temanya ialah Bantai Sampai Tumbang," kata Awang Selamat.

Menurutnya, jika pihak anggota keselamatan mengambil tindakan semalam, ia pasti mengundang kontroversi dan pembangkang pasti menyukainya kerana ia akan memberi kesan lebih hebat.
"Dia (Anwar) juga amat gembira jika tunjuk perasaan yang dilakukannya itu mendapat tindak balas polis.
"Jika ada tembakan bom asap lagi dia suka, kerana impaknya itu lebih hebat," kata beliau.
Semalam, kira-kira 20,000 peserta demonstrasi GST yang turut dihadiri pemimpin politik Pakatan Rakyat, antaranya Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan ramai lagi.

Orang ramai berkumpul di empat lokasi utama iaitu KLCC, Sogo, Dataran Maybank, Masjid Negara dan Jalan Raja Laut, sebelum berarak menuju perkarangan Dataran Merdeka kira-kira 2 petang.
Demontrasi 1 Mei dianjurkan gabungan bersama 95 badan bukan kerajaan (NGO).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Bajet 2014 di Parlimen Oktober tahun lalu berkata, GST akan mula berkuatkuasa pada April 2015. Ramai menjangkakan harga barang akan meningkat jika GST dilaksanakan dan menyebabkan beban tanggungan isi rumah. – 2 Mei, 2014.
 
AHAD, 4 MAY 2014

SHAH ALAM - Kini bukan sahaja petugas media 'penat' untuk mengikuti perkembangan politik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahkan pemerhati politik turut merasakan perkara yang sama, ujar Profesor Datuk Dr Ramlah Adam.Tambah penganalisis politik itu, politik melampau yang dibawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mula mencetuskan rasa menyampah banyak pihak termasuk golongan cendekiawan sendiri. "Saya rasa memang penat, penat pemberita nak bercakap, mengulas benda yang sama, yang tak masuk akal dan lepas itu pemberita pun tak tahu nak cakap apa dah. Lepas itu pemberita pun kena main jugaklah bukan saja pengikutnya, pengikutnya sudah tentulah memang dah kena cucuk hidung tapi pemberita, "Dulu pemberita hampir 90 peratuslah sokong Anwar, saya percaya sekarang pun pemberita dah letih, dah mula menyampah dan tak percaya pada Anwar dan sebagainya.

Menurut Ramlah, mungkin dulu pemberita belum dapat membaca apakah agenda pemimpin pakatan pembangkang itu, namun lama-kelamaan gerak geri Anwar bagai boleh dijangka golongan itu. "Saya fikir itulah cara Tuhan nak membalas sesuatu perkara, benda-benda ini sebenarnya baru-baru memang orang suka tapi bila dah lama-kelamaan bila perkara itu sendiri  menunjukkan dia punya kelemahan dan tembelang sudahnya orang ramai sudah tidak perlu diberitahu kerana sudah boleh agak sendiri lepas ini dia buat begini dan begitu. "Akhirnya surat khabar Malaysia pun malas nak lapor sebab banyak sangat pasal hal politik dia,"ujarnya.
  
Ujar Ramlah, disebabkan percaturan politik Anwar itu, semakin banyak pihak terutama di kalangan ahlinya sendiri mula mempersoal apakah matlamat perjuangan sebenar PKR? Akhir-akhir ini PKR dilihat lebih mempertahankan Anwar berbanding membawa isu-isu rakyat ke hadapan. Terbaru, Himpunan Bantah GST yang di adakan di Ibunegara Khamis lalu. Himpunan yang turut di sertai kanak-kanak dan bayi itu ternyata sia-sia apabila pemimpin pembangkang pada kemuncaknya hanya memberi amaran kepada kerajaan agar 'jangan sentuh Anwar'. Anwar kini berdepan dengan hukuman penjara 5 tahun selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Sekitar Februari lalu, rakyat Selangor dikejutkan dengan percaturan politik PKR yang secara sengaja mahu mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang hanya semata-mata untuk menobatkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Perkara itu disahkan sendiri oleh timbalan presidennya, Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan beberapa lagi pemimpin akar umbi parti itu. Namun usaha itu gagal lantaran Anwar disabit sebagai bersalah berhubung kes liwatnya itu. Bingkas Anwar dan pemimpinnya yang lain menuding jari kepada kerajaan Persekutuan di atas kegagalannya itu. Malah Anwar pantas memanfaatkan peluang memburukkan imej negara di mata dunia tatkala isu kehilangan pesawat penerbangan Malaysia MH370 tercetus.

Menggunakan platform media asing, Anwar mengutuk kerajaan Malaysia sebagai lembab dan tidak berupaya menangani kes itu. Anwar turut mendakwa mampu menguruskan hal itu sebaik mungkin jika beliau mempunyai kuasa Perdana Menteri. Beliau juga mengutuk Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua negara yang takut untuk berdepan dengan media asing dalam mengulas isu kehilangan pesawat itu. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pula mengulas kenyataan banyak pihak bahawa isu kehilangan MH370 adalah misteri paling sukar dalam sejarah penerbangan dunia. Sehingga kini usaha mencari dan menyelamat MH370 dan 239 anak kapal serta penumpangnya masih dijalankan].

Kalau korang petugas media penat dan menyampah dengan kerenah Anwar Brahim, apatah lagi rakyat. Rata-rata rakyat juga bersependapat dengan para media di negara ini. Memang mereka betul-betul meluat kerana dah bertahun-tahun cerita politik Nuar Brahim ini tak pernah habis. Sampai dia masuk penjara dan keluar penjara pun ada je cerita dan kerenah si Nuar Brahim yang mana akan mencari salah orang seolah-olah dia sahaja yang betul.

Begitu jugalah dengan orang-orang dan pengikut kuatnya, seorang demi seorang meninggalkan Nuar Brahim kerana mereka sudah mengetahui cara Anwar Brahim berpolitik, bukan untuk kepentingan rakyat dan negara, tapi lebih kepada diri dan keluarga dan rakan (kroni) terdekatnya. Jadi, tak hairanlah sekarang ini, desas-desus mengatakan bahawa Pakatan Rakyat berkemungkinan akan pecah dan hancur. Hanya yang tinggal sekarang, orang-orang kanannya yang masih bergantung harapan dan nasib menanti dan menanti kota-kota Nuar Brahim akan menjadi Perdana Mentei satu hari ini.

Tapi, kita semua tahu bahawa harapa Nuar Brahim yang tinggi mengunung itu tidak akan kesampian. Ini bukan kerana apa, perjuangan Nuar tidak jujur, beliau ingin berkuasa semata-mata hendak membalas dendam terhadap orang-orang yang telah menghumban beliau ke penjara dan sekali gus menamatkan krier politik Anwar.  Maka, kesimpulannya politik Anwar semakin pudar dan IBM percaya petugas media tidak lagi begitu ghairah untuk mencari bahan cerita prihal Anwar Brahim untuk di paparkan ke surat khabar mereka. Menyampah!!  APA KOMEN ANDA? ~ IBM 
AMUKANMELAYU - POLITIK cara Anwar dan PAKATAN RAKYAT menjemukan dan meletihkan. Bersama mereka kini hanyalah untuk bersantai dan membuang masa, bagaikan menonton RAJA LAWAK kelas OTAI MASIH BERBISA........