Monday 23 June 2014

HANYA PADA NAMA - Negara Islam, mak bapak Islam Penganut Islam, Orang Islam

LOFA - Ngko memang cantik....

MAHATHIR MAHU KERAJAAN LINDUNGI PROTON.

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Kebanjiran jenama kereta asing tanpa sekatan oleh kerajaan ke pasaran negara ini kini mula memberi impak dan mula merencatkan pertumbuhan pasaran bagi syarikat automotif nasional negara iaitu Proton.

Perkara ini diluahkan oleh pengerusi baharu syarikat tersebut, Tun Dr Mahathir yang juga merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia.

Tun dalam satu wawancara bersama media menegaskan sudah sampainya pihak kerajaan memandang serius perkara ini dan memberi perlindungan kepada syarikat automotif negara dari terus ketinggalan dengan jenama yang lain di dalam negara sendiri.

Dalam kenyataannya itu, Tun turut memberitahu bahawa pasaran bagi jenama Proton di negara ini kini sudah mengecil dari 80 peratus kepada hanya 20 peratus sehingga akhir tahun 2013 yang lalu.

"Itu dasar kerajaan sekarang. Setelah saya berhenti, dasar kerajaan berubah. Dulu saya bagi perlindungan sebab saya sedar industri kita masih baharu lagi. Sekarang dasar bertukar. Segala kereta nak masuk ke sini. Jadi daripada menguasai 80 peratus pasaran di Malaysia, Proton kini hanya menguasai 20 peratus," ujar Tun Mahathir kepada media.

Tun turut memberitahu bahawa polisi yang diamalkan oleh pihak kerajaan sekarang hanya menguntungkan sebelah pihak tanpa memberikan sebarang manfaat kepada Proton kerana jenama luar bebas memasarkan produk di dalam negara ini tetapi jenama kita tidak boleh masuk ke negara luar kerana pelbagai kekangan dari kerajaan mereka.

"Kita pula mempunyai polisi sebaliknya, seolah-olah menggalakkan kereta asing masuk ke Malaysia. Kita nak masuk sana tak boleh kerana mereka melindungi industri kereta mereka. Tetapi dia orang boleh eksport ke Malaysia kerana kita buka pasaran kita dan tak ada sekatan. Jadi tidak ada timbal balas," tambah Tun lagi.

Ketika diminta mengulas tentang penguasaan jenama Perodua di pasaran luar seperti Jepun, Tun memberitahu bahawa Perodua mempunyai peluang yang lebih baik berbanding Proton kerana syarikat itu separuh milik Jepun dan separuh lagi milik Malaysia.

"Kita (PROTON) tak boleh masuk ke pasaran mereka langsung (Jepun). Kita tak boleh jual kereta di Jepun dan tak boleh nak bersaing dengan syarikat di sana kerana mereka besar dan kita kecil. "Mereka mendapat economies of scale (pengurangan kos hasil peningkatan jumlah produk) dan kita tak ada kelebihan ini," ujarnya lagi.

Tun Mahathir berkata bahawa sudah sampai masanya kini kerajaan memberikan geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada PROTON agar dapat menghasilkan produk yang lebih canggih dan menyaingi jenama antarabangsa sekaligus menembusi pasaran luar.

"Macam di Eropah dia ada piawaian pengeluaran asap Euro 5. Ini semua memerlukan kita mengeluarkan enjin lebih canggih dan ini melibatkan perbelanjaan besar. Kita memang dapat geran untuk R&D kereta hibrid dan kenderaan cekap tenaga (EEV), tetapi duit ini tak sampai lagi." ujar Tun lagi sebelum menamatkan wawancara bersama media tersebut.-UtaraNews.com
- See more at: http://www.utaranews.com/2014/06/mahathir-mahu-kerajaan-lindungi-proton.html#sthash.8KU6lQNV.dpuf

Mangsa rogol digantung

PAKISTAN. Seorang mangsa rogol dibunuh kejam apabila mayatnya digantung pada sebatang pokok di sebuah perkampungan miskin di Layyah, wilayah Punjab, Pakistan, kelmarin.
Pegawai polis kanan Sadaqat Ali Chohan berkata, Muzammil Bibi, 20, diserang tiga lelaki berhampiran rumahnya sebelum diheret ke kawasan semak untuk dirogol secara bergilir-gilir.
“Ini adalah serangan rogol paling kejam di Pakistan. Ketika ditemui, mangsa pengsan dan pakaiannya koyak-rabak,” katanya pada laporan Dailymail.
Menurutnya, melalui siasatan awal, mangsa dicekik di leher dan dipukul beberapa kali berdasarkan kesan lebam pada anggotanya.
Difahamkan, ibu bapa mangsa meminta bantuan penduduk kampung untuk mencari mangsa sejurus mengetahui kehilangannya.
Keesokan harinya, penduduk kampung menemui mangsa tergantung pada sebatang pokok berhampiran rumahnya dalam keadaan tidak bermaya dan berlumuran darah.
Bulan lalu, kes sama turut berlaku apabila penduduk kampung menemui dua mayat adik-beradik mangsa rogol tergantung pada sebatang pokok di sebuah perkampungan di Uttar Prakash, India.

ALASAN SEBAB HIDUP SUSAH ANAK OKU DIABAIKAN.

Apa sekali alasan nya... Bagi aku dia kejam!!! Jgn bagi alasan. Kenapa tak hantar tempat asuhan, rumah kebajikan, kat rumah anak-anak kurang upaya... Banyak lagi yg boleh diusahakan... 
Kerajaan dah buat dan adakan dalam pelbagai bentuk bantuan dan asuhan... Bulan-bulan jabatan kebajikan dan lain boleh menyalur bantuan terus... Jangan bagi ALASAN!!!
Ini kerajaan yg akur janji lah... Bukan kera jagaan yg perjuangan untuk kroni dan membela nasib bukan utk rakyat tetapi balas dendam sebab mata lebam...

Dalam sinar harian hari nie penjaga bagi alasan kerana kehidupan beliau yg susah, alasan nie la kononnya membuat rakyat yg mengetahui dan mengikuti isu anak yg dikurung sehingga kurus kering. Ini kerajaan dah lebih 50 tahun memberi perhatian dan membantu nasib rakyat. Ini bukan kera jagaan yg dibina hasil mesyuarat baling bangku dan tengkerap meja...

Ibu Abaikan Anak OKU Menderita

Ibu Remaja Itu Yang Kini Isteri Kedua Dan Mahu Dikenali Sebagai Lola, 40, Berkata, Dia Bukan Meninggalkan Anak Sulungnya Yang Menghidap Penyakit Celebral Palsy Itu Tanpa

Ibu kepada Muhammad Firdaus Dullah

Seremban : “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.

Pengkhianat Islam Di Akhir Zaman

Desakan empat Ahli Parlimen Pas supaya kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dikurangkan merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan rakyat negeri berkenaan.
    
   Isu MAIS ini di bawah Sultan Selangor jadi kalau mempertikai kuasa MAIS bermakna mempersoal kuasa baginda. Memang betul mereka ada dua pertiga suara dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan boleh pinda Perlembagaan tetapi kena ingat bahawa MAIS di bawah baginda kalau mahu kurangkan kuasa itu maka kuranglah juga kuasa baginda.
Empat pemimpin Pas Selangor kelmarin mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.
    
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilaporkan menjadi ketua pembela kepada Agama Kristian dan mahu MAIS dikenakan tindakan berat kerana enggan memulangkan bible berbahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia(BSM).

Khalid kata inilah masa yang sesuai penghapusan kuasa MAIS itu boleh dilakukan kerana Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mempunyai suara majoriti dua pertiga DUN Selangor untuk memberi sokongan terhadap sebarang pindaan pada enakmen berkaitan.

Turut bersama menyokong kafir laknatullah ialah tiga Ahli Parlimen Pas iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Ini adalah 4 orang Wakil Rakyat dari PAS dan mereka adalah MP yang tinggal di SELANGOR. Sebenarnya apa yang mereka ini perjuangkan?

Jika selama ini kita di momokkan dengan "AMANAT HAJI HADI" seolah-olah menyokong PAS di jamin Syurga dan menyokong UMNO pula adalah Kafir, bagaimana pula dengan mereka yang menjadi "LIDAH" kepada Kristian atau jurucakap kepada Kristian atau seperti ungkapan Sultan Selangor yang

Keputusan 4:3: Satu Hakim Islam Menyokong Bersama Hakim Kafir

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Gereja Katholik tidak dibenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan 'The Herald' daripada menggunakan kalimah 'Allah', dalam versi bahasa Melayu terbitannya.

Keputusan itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim, di dalam mahkamah yang penuh sesak pagi ini.

Beliau berkata itu adalah keputusan majoriti yang dipersetujui oleh empat hakim termasuk dirinya.

Ini bermakna, keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam The Herald, terpakai dan gereja itu tidak boleh lagi mengemukakan rayuan.

Hakim-hakim yang bersidang:

  • Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria
  • Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif
  • Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin
  • Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum
  • Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar
  • Datuk Zainun Ali 
  • Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Datuk Zainun Ali dikatakan menyokong supaya Kalimah Allah digunakan oleh Gereja Katholik dalam akhbarnya The Herald.

Selamatkan Melayu sebelum terlambat

Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah...

Sebagai salah seorang umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus melayu. Melayu tidak sehebat bangsa lain yang datang berhijrah. Melayu lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, dalam bidang pekerjaan, Melayu sudah tidak mahu lagi menceburkann diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar, tukang cuci dan sebagainya. Semua itu tidak glamour. Buruh asing sudah lebih 3 juta mengambilalih tugas Melayu.

Kedua, dalam bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur dari program realiti bintang kecil sampai bintang tua. Tidak berhenti-henti menyanyi walaupun sudah tidak bergigi. Semua program realiti akan berakhir pada bulan Ramadhan, kerana pada kefahaman kita, bulan ramadhan bulan ibadat, bulan lain bulan berjahat. Kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, dalam bidang politik, kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Kita tidak sedar atau mungkin sedar, kita hanya ada 50%. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah. Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU 14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas, sumbang mahram dan sebagainya. Bukan bermakna bukan Islam tidak  melakukannya. Merekapun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 38 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, kita lemah dalam bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70% dikuasai oleh bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di lamam sosial, cap masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Kenapa kita benarkan ultra kiasu menggunakan cap atau jenama masjid atau nama-nama ‘Islamik’ yang lain. Ini baru bihun, belum yang lain.

Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak. Begitu juga pendedahan aurat yang sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta. Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan. Ini tidak, terbelah (tertonjol) sana (dada), terbelah sini (singkat). Lebih menjengkelkan bila orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?

Ketujuh, kebanyakan stesen tv tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Kenapa terlalu banyak rancangan hiburan? Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya? Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Red carpet dibuat pada waktu maghrib, make-up atau solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis-artis ini bersolat zohor, asar dan maghrib?

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandaraya kita hidup 24 jam? Di negara barat, boleh dikatakan bandaraya mereka senyap sepi apabila menjelang malam. Bandaraya kita hidup 24 jam tanpa henti. Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini? 

Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini.  Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr. Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.
Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjamaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu. Namun, jika kita asyik tuduh Cina dan India. Kita tambah dengan Kadazan dan Iban. Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.