Sandiwara Cinta – Melayu Kita
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes
Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati
HADI AWANG DI ICU HOSPITAL ISTANBUL
Di
atas adalah gambar terbaru Hadi Awang di unit ICU Medipol Universiteisi
Hastanesi, Istanbul. Dikatakan beliau semakin pulih dari sakit dan
sesak nafas yang beliau hadapi tempohari.
PM Arahkan Kedutaan Beri Bantuan Kepada Abdul Hadi
Susulan kejadian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikejarkan ke
sebuah hospital di Istanbul, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mengarahkan pihak kedutaan memberikan bantuan sepenuhnya kepada beliau. Najib melalui akaun twitternya @NajibRazak memaklumkan beliau sudah pun
menghubungi pihak kedutaan pagi tadi bagi memaklumkan perkara itu.
“Dimaklum Datuk Seri Hadi Awan diwadkan di hospital Istanbul. Pagi tadi
saya hubungi kedutaan untuk pastikan Datuk Seri diberi sokongan
sepatutnya,” katanya.
Sementara itu dalam laporan awal Mynewshub.my, Timbalan Ketua Dewan
Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas
berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.
“Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden di Istanbul, Turki
“Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat,” katanya.
Difahamkan Abdul Hadi berada di Istanbul untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Esam anjuran Gerakan Islam Turki. Beliau dilaporkan berangkat ke Instanbul Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke Malaysia pada 3 atau 4 Jun depan.
Sumber: Twitter Najib / Mynewshub
Najib ziarah Haron Din di IJN
KUALA LUMPUR 12 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din di
Institut Jantung Negara (IJN) di sini.
Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira
30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.
Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr. Huda Haron dan menantu, Dr. Azlin Azzuddin. Turut serta pakar perunding kardiologi IJN Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin. - BERNAMA
Tun Mahathir Ziarah Haron Din Di IJN
Bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa menziarahi
Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung
Negara (IJN).
Berdasarkan
laporan, keadaan Haron Din yang sebelum ini kritikal, kini semakin
stabil dan dijangkan akan terus menjalani rawatan dan berehat di
hospital tersebut. Haron
kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Komprehensif (CCU) IJN dan
dimasukkan ke wad tersebut sejak petang Khamis lalu.
Meskipun
kedua-dua pemimpin itu pernah berselisih pendapat, namun ia tidak
menghalang mereka untuk saling menziarahi serta memupuk ikatan
persaudaraan seperti yang dituntut oleh Islam. Dalam
perkembangan isu kalimah Allah pula, Dr Mahathir dan Haron didapati
sependapat dalam mempertahankan kalimah itu agar digunakan secara
eksklusif oleh umat Islam. - Astro Awani
Najib ziarah Nik Aziz
NajibRazak tetap Ziarah Saudara Seislam Nik Aziz Biarpun Didoakan Bala untuknya...
Kasihnya
DS Najib Razak kepada Nik Aziz..biarpun Beliau sedar, Nik Aziz pernah
mendoakan bala kepada Beliau..tetapi kasih dan sayang dia kepada rakyat
tetap di diutamakan...Inilah contoh tauladan yang harus kita
ikut..biarpun dilempar taik..tapi tetap memaafkan dan menziarahi saudara
seislam kita ketika dia nazak...- Sumber :
GEORGE TOWN 11 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
melawat bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di wad
unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP). Beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 1.30
tengah hari dan meluangkan masa bersama Azizan dan anggota keluarganya
kira-kira 15 minit.
"Saya baru melawat Azizan dan Alhamdulillah pembedahan sudah
berlangsung.Beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan
terbaik," katanya kepada pemberita di sini.
Najib berdoa agar Azizan yang melalui pembedahan yang agak serius supaya cepat sembuh dan pulih.
"Sebagai pemimpin, walaupun Azizan dalam parti yang lain, saya hormati
beliau sebagai sahabat. Terima kasih kepada ahli keluarganya kerana
terima kedatangan saya dengan baik," katanya.
Najib berkata bantuan yang sepatutnya akan dihulurkan kepada Azizan
untuk memastikan tidak ada masalah daripada segi perbelanjaan. Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut
melawat Azizan pada kira-kira 11.20 pagi tadi bersama-sama isterinya Tun
Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz yang juga Menteri
Besar Kedah yang baru.
Sementara itu, setiausaha akhbar kepada Azizan, Mohd Helmi Khalid
meminta jasa baik kepada orang ramai yang ingin melawat Pesuruhjaya Pas
Kedah itu tidak berbuat demikian bermula esok bagi memberi ruang kepada
beliau untuk berehat.
"Saya mewakili ahli keluarga beliau (Azizan) meminta orang ramai memberi
kerjasama kerana kita ingin memberi keselesaan kepada pesakit atas
nasihat pihak hospital," katanya.
Beliau berkata keadaan kesihatan Azizan menunjukkan pekembangan positif
dan beliau telah membuka mata sebanyak empat kali dari pukul 6.30 pagi
hingga 8.30 pagi ini. Mohd Helmi turut melahirkan rasa kesal terhadap segelintir pengunjung
yang memuat naik gambar Azizan dalam keadaan sakit di laman sosial dan
berharap kejadian itu tidak berulang lagi bagi menghormati anggota
keluarga beliau.
Azizan, 69, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau,
menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi
penyakit kencing manis pada Khamis lepas. Beliau dipindahkan ke HPP pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre
selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin lalu.
Datuk Muhkriz menziarah bekas MB Azizan
MENTERI
Besar Kedah, Datuk Muhkriz Mahathir telah diiringi Naib Presiden PAS,
Datuk Mahfuz Omar selepas melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri
Azizan Abdul Razak yang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU)
Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini.
Sebelum ini juga, Dato’ Mukhriz sempat ziarah Ustaz Azizan ketika
mendapat tahu bahawa Ustaz Azizan dimasukkan ke KMC (Kedah Medical
Center).
Beberapa pesanan dan nasihat Ustaz Azizan kepada Mukhriz sempat
diberikan ketika Mukhriz melawat beliau disana. Keprihatinan beliau
sebagai seorang MB kepada Ustaz Azizan sangatlah mulia walaupun
kedua-duanya berbeza fahaman politik,ianya tidak membataskan beliau
untuk menziarahi bekas MB Kedah tersebut.
Sikap sebeginilah yang perlu ada pada semua pemimpin politik
terutamannya pemimpin politik Melayu untuk menyemai semangat
persaudaraan dan persahabatan yang seagama dan sebangsa dengan kita.
Mungkin ini antara pesanan yang dititipkan ayahandanya Tun Dr. Mahathir
supaya bersikap baik kepada semua walaupun seteru politik sendiri kerana
semua orang tahu bahawa Ustaz Azizan bersahabat baik dengan Tun dan
Dato’ Seri Najib cuma mereka berlainan parti sahaja.
Politik Islam yang sebenar ialah politik merentasi ruang lingkup sempadan parti.
AMUKANMELAYU -
Kita tidak bersengketa......kita hanya meluah rasa.....