Monday 21 July 2014

Bersabarlah Sayang


Bersabarlah Sayang - Sanisah Huri



Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

( ulang dari korus )


Selepas pulang dari masjid jam kurang lebih 630 pagi....suasana damai dan hening di sekitar rumah ku......padi di petak sekangkang kere sedang menguning......sayur Kubis bulat sedang membesar didalam pasu.....suhu dingin dan sedikit bayu pagi yang berhembus terasa bagaikan berada di nun jauh di Kampung Halamanku di Perak......

Hati mana yang tak sedih jika lihat rumah ayah dah hampir roboh begini.


Kampung Chepor bermain dalam ingatan. Semuanya terbayang di ruang mata ....Mak ...Ayah ...adek-adek dan Abang. Pintu pagar yang tak berminyak itu, bising di buatnya semasa Aku menolaknya. Semasa Aku masuk semula kedalam kereta....perrrr... memang siullah Radio ni. Pepagi lagi di mainnya lagu ini......

Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

( ulang dari korus )



Aku tersandar di kusyen kereta.....semua Wajah Kesayangan Hamba menyelinap di semua penjuru pandangan ku. Dari Paya sampai Ke Hulu.....semuanya nampak....getah sekerap di kedai Tok Aji Wali
pun Aku nampak. Pak Teh Haya duk halau kambing masuk kandang pun nampak.... Timun huma yang bersepah di atas tunggul kayu menjadi rinduanku.

Radio ni tak acilah buat Aku lagu ni. Hari ni hari kedua puluh tiga puasa. Lagi seminggu dah nak raya. Dalam minggu ni jugak dah mula masuk hutan cari buluh lemang atau daun palas nak buat ketupat. Aku pun duk heranlah dengan lagu raya ni. Raya orang nak seronok, tapi lagu Raya edisi Melayu ni semuanya kalu dengo...bersebe air mato.
Melihat gambar ini, lagilah merunton jiwa.....

Tak caya mari Aku nak ulas lagu ni yea...

Kalau kita perhatikan betul-betul, banyak lagu raya lebih kepada bernada sedih kerana mendukung cerita duka dalam menyambut suasana hari raya. Walaupun nabi kita menyarankan agar kita berbahagia pada hari raya, episod hidup kita berlainan.

Lihat lirik lagu Aisyah `Pulanglah' , `Dari jauh kupohon maaf'' oleh Sudir, atau lirik lagu Tan Sri P Ramlee yang bertajuk `Dendang Perantau'. Nak luruh bulu hidung kita bila mendengarnya, sayu, pilu, syahdu...kan?

Kali ini Aku nak bawak miko semua ke era 30 atau 40 tahun yang lalu iaitu ketika lagu `Bersabarlah Sayang' oleh Sanisah Huri meletup. Lagu ini ramai yang tak tahu tajuknya tetapi `kenal' dengan lagunya. lagunya selalu dikompilasikan dengan lagu-lagu pop raya yang klasikal.

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Perenggang pertama lirik di atas menceritakan ketika semua orang sedang bergembira berhari raya seorang insan masih berada di alam duka. Mungkin pukul 10 pagi baru dia bangun kerana baginya tak ada apa-apa yang perlu diraikan lagi. Kepemergian orang tersayang meragut segala ceria dan harapan hidup. Ini keseh betoi....masa kerja kat Penang, mana dapat cuti raya...baru kerja masa tu.
Lepas semayang Raya di Masjid Bayan Lepas....Aku balek rumah sewa, Aku bantai tido sampai tengahari pas tu gi kerja Syiff Petang, malam tadi kerja ganti orang yang balek Raya.


Perlu diingatkan bahawa lagu ini bukan kisah Aku....tapi mungkin kesah jiran macam aku kot. Ia kisah kawan kepada si penyanyi atau kisah keluarga kepad asi penyanyi. Sebab kita dapati ada perkataan `marilah bersama berhari raya'. Ia menunjukan nada seruan kepada yang sedang berduka. Aaaaa... Kena faham betul-betul, duka yang terjadi bukan pada hidup si penyanyi.

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Rangkap kedua barulah jelas rayuan lagu ini adalah untuk insan yang berhati patah atau tak nak beraya atau yang jelas tak dapat cuti raya. Insan tersebut mungkin tak beli baju raya kecuali kepada anak-anak saudaranya. Si penyanyi menasihatkan kawannya supaya barang yang lepas tak usah dikenang, dan bangkit untuk mulakan hidup baru. Cerita lama kena tipu, kena aniaya tu janganlah dikesalkan, jangan ditagisi lagi. Semuanya kehendak tuhan (kita libatkan tuhan biar tenang sikit). Mungkin kawan si penyanyi yang berduka itu bertembung dengan manusia yang muka syurga, hati neraka. Tapi ingat, tak ada sekuman pun terhindar dari keadilan allah di kemudian hari! Tuhan akan melaknat orang yang merosakan jiwa hambanya.. Maaf saya emo pulak dalam memprosakan lirik ni...

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Rangkap ke tiga menerangkan yang si penyanyi tersebut meluahkan perasaannya yang dia akan tetap bersama kawannya walaupun banyak tuduhan yang dibuat ke atas kawannya tersebut. Sebab dia percaya kawannya yang bersedih di hari raya tersebut tidaklah bersalah, rujuk ayat `Di jurang kesalahan sahaja'.

Dan sebenarnya si penyanyi tak sampai hati membiarkan kawannya tergolek atas tilam pada hari raya. Atau keseorangan dok temenung di jambe mpang tempat duk berhika atau di atas gertak Tok Sahak duk tunggu nak terjun air dalam sekit sebab hujan semalam.......

Tapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Dan rangkap terakhir tersebut si penyanyi menyakinkan temannya yang dia dan kawan-kawan yang tahu kisah sebenarnya akan selalu memberi sokongan dan talian hayat. Sebab dia dan teman-teman rapat tahu benar kisahnya `dikencing' dengan cinta monyek masa di kampung dulu. Ada adek-adek yang jadi posmen atau surat di letak di bawah pasu bunga.

Dan akhir sekali is penyanyi menasihatkan temannya supaya banyak-banyak bersabar dan bawa bertenang. Rujuk ayat `dan luka di dada hanya kuharapkan kau harus bersabar dan bertenang selalu".

Sekian sahaja. Sebenarnya ruang lingkup nak mencipta lagu raya tak besar mana. Lirik hanya berkisarkan kepada suasana hari raya. Contohnya, minta maaf, balik kampung, makan kueh, main mercun dan sewaktu dengannya. Namun lirik di atas yang bertajuk `Bersabarlah sayang' lari sedikit daripada kebiasaan. Malah saya memilih lirik ini kerana ianya ada mengenai semangat persahabatan dan menolong antara satu sama lain.

Pendek kata nilai mencara hal (mengambil tahu hidup orang lain) orang ni ada juga yang positif. Sanggup ke kita tengok kawan kita tergolek bernyawa tapi tak bermaya sedangkan kita beraya sakan?


AMUKANMELAYU - Sedih sungguh  lirik lagu ini...hanya tuhan saja tahu.


 

Lirik Lagu Raya Sanisah Huri Bersabarlah Sayang

Lirik Lagu Raya Sanisah Huri Bersabarlah Sayang
http://liriksemualagu.blogspot.com/

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri
http://liriksemualagu.blogspot.com/

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu
- See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/08/lirik-lagu-raya-sanisah-huri.html#.U8xXKUAwA0g

Lirik Lagu Raya Sanisah Huri Bersabarlah Sayang

Lirik Lagu Raya Sanisah Huri Bersabarlah Sayang
http://liriksemualagu.blogspot.com/

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri
http://liriksemualagu.blogspot.com/

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu
- See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/08/lirik-lagu-raya-sanisah-huri.html#.U8xXKUAwA0g

Lirik Lagu Raya Sanisah Huri Bersabarlah Sayang

Lirik Lagu Raya Sanisah Huri Bersabarlah Sayang
http://liriksemualagu.blogspot.com/

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

( korus )
Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri
http://liriksemualagu.blogspot.com/

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu
- See more at: http://liriksemualagu.blogspot.com/2009/08/lirik-lagu-raya-sanisah-huri.html#.U8xXKUAwA0g