Thursday, 17 July 2014

KEKEJAMAN ISRAEL - SIAPA PULA SELEPAS PLASTINE?


Kenyataan Biadap Timbalan Menteri Israel Terhadap Rakyat Palestin Dan MP Perempuannya mahu MEMBUNUH semua IBU di PLASTINE

 
 

A well-known Israeli politician and parliament member has branded  Palestinians as terrorists, saying mothers of all Palestinians should also be killed during the ongoing Israeli assault on the besieged Gaza Strip.
Ayelet Shaked of the ultra-nationalist Jewish Home party called for the slaughter of Palestinian mothers who give birth to "little snakes."

"They have to die and their houses should be demolished so that they cannot bear any more terrorists," Shaked said, adding, "They are all our enemies and their blood should be on our hands. This also applies to the mothers of the dead terrorists.”The remarks are considered as a call for genocide as she declared that all Palestinians are Israel's enemies and must be killed. 

The development comes as many officials from various countries have slammed Israel's  airstrikes on the Gaza Strip. The Turkish prime minister is the latest to condemn the offensive, accusing Israel of massacring the Palestinians.

Recep Tayyip Erdogan has lashed out at Israel, saying it is committing state terrorism against the Palestinians in the region. Speaking in parliament, he also questioned the world’s silence toward Tel Aviv’s ongoing atrocities.
Reacting to Shaked's remarks, the Turkish premier said Israel's policy in Gaza is no different than Hitler's mentality.

"An Israeli woman said Palestinian mothers should be killed, too. And she's a member of the Israeli parliament. What is the difference between this mentality and Hitler's?" Erdogan asked.
The developments come as the UN agency for Palestinian refugees has recently said women and children make up a sizeable number of Palestinian fatalities caused by Israeli attacks on the besieged region.
JR/AB

Kenyataan Biadap Timbalan Menteri Israel Terhadap Rakyat Palestin

 

The Wall Street Journal : Anwar Jamin Akan Lindungi Keselamatan Israe

Kenyataan Anwar dalam WSJ


AIDCNews – 27/10/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menyokong segala usaha untuk melindungi negara Israel walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik Malaysia dengan negara itu sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia.
“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, katanya seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan.

Lapor portal itu, Anwar bagaimanapun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel itu, sesuatu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin.
Malaysia sebelum ini di antara negara Islam yang secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tetapi dalam masa sama membuka hubungan diplomatik dengan Palestin.

Boleh Melawat Israel Jika Pembangkang Menang?



Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.

  Anda carilah sendiri video mengenai kisah ini dalam UTUBE;

Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’.

Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi. Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’ seolah-olah kemenangan pembangkang adalah sesuatu yang pasti.

Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’. Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya.  Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan.


Tentulah ini tidak masuk akal, tapi apa yang nak herankan.

Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap pembangkang, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh. Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar.  Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel. Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya ?

Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel. 

BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan pembangkang juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim. Namun, apa yang wajar diberi perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah daripada perutusan doa semata-mata.

Kenapa ?

Apakah sudah sah yang pembangkang akan menang ?


 
 

Maka dengan itu, janganlah sesiapa ada hati nak wat program lawatan ke Israel ya.Kalo nak buat misi kemanusiaan ke Palestin pon kena dapatkan kebenaran bertulis dari Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra.

Israel Pernah Pujuk Dr Mahathir Buka Hubungan Diplomatik

Dengan Israel tidak ada kompromi apatah lagi mengadakan hubungan diplomatik. Demikian hujah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mengenai permohonan Israel untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Dr.Mahathir (masa jadi PM) menerima surat daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak meminta Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.
“Saya ada terima surat tersebut. Saya telah jawab dan menolak permintaan tersebut dengan alasan Malaysia tidak akan mengubah prinsipnya untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selagi Israel tidak mengiktiraf kedudukan orang-orang Palestin.

“Malangnya surat itu tidak pernah disiarkan dimana-mana media. Saya sendiri tidak faham kenapa kerajaan tidak membenarkan surat tersebut disiarkan hingga ke hari ini. Saya harap kerajaan Malaysia akan benarkan saya siarkan surat itu,’’ katanya.

Beliau menambah Malaysia tidak mempunyai sebab “kenapa kita harus menyokong Israel.”
Isu Israel menarik perhatian rakyat apabila Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam satu temubual dengan sebuah akhbar di Amerika Syarikat bersetuju dengan “usaha melindungi keselamatan Israel.”
Sekelip mata ia mengundang padah dari rakyat sehingga Dewan Ulama PAS yang dilihat “memberanikan diri” mengadakan mesyuarat tergempar meminta penjelasan terbuka Anwar

PAS juga meminta Anwar menyaman akhbar tersebut jika kenyataannya itu tidak benar. Bagaimanapun pertemuan Nik Aziz Nik Mat,Murshidul Am PAS dengan Anwar baru-baru ini ibarat macam pertemuan dua sahabat untuk minum kopi. PAS tetap tidak mengiktiraf Israel tetapi pada masa sama “kekal dengan Anwar” walaupun Anwar juga secara terbuka tidak akan saman akhbar terbitan di AS itu.

Maka tidak hairanlah sidang media Dr.Mahathir selepas melancarkan Jelajah Keamanan Perak DR—Waqaf Water4 Gaza di Dewan Bankuet, Bangunan SUK di Ipoh hari in “hot” dengan isu ini. Program ini dianjur Perdana Global Peace Foundation bersama- sama kerajaan negeri dan ia turut dihadiri Menteri Besar Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir.

Mengenai konon beliau ada menghantar surat ke Tel Aviv dulu, Dr. Mahathir menjelaskan ““Malaysia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan diplomatik sama sekali dengan Israel. Kita tidak mempunyai apa-apa sebab kenapa harus menyokong Israel.”

Mengenai kenyataan Anwar Ibrahim tempoh hari, Dr.Mahathir berkata kenyataan bekas timbalannya itu bukan satu kejutan baginya. Bagaimanapun pada masa sama beliau berasa amat kecewa dengan kenyataan Anwar itu.

“Dia mempertahankan hak Israel kerana baginya segala tindakan Israel itu adalah untuk pertahankan keselamatan negaranya.

“Tapi tindakan yang diambil Israel nyata amat ganas, malah pegangan mereka adalah untuk menjadi lebih ganas daripada pengganas.

“Itu merupakan pendekatan Israel sebab itu mereka sanggup memusnahkan kampung dan bandar-bandar di Palestin, termasuk membunuh orang awam dan kanak-kanak,’’ katanya.
Katanya perbuatan rejim Israel itu merupakan satu kezaliman dan tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

“Tetapi inilah yang dipanggil oleh Israel sebagai cara menyelamatkan negara Israel – jadi nampaknya Anwar menyokong itu,’’ ujarnya lagi sambil menambah kenyataan Anwar bertentangan dengan usaha pelbagai pihak yang menyokong negara Palestin.

“Kita nak pertahankan orang yang diserang bukan orang yang menyerang, dia (Anwar) pula menyokong orang yang menyerang yang nyata amat zalim,’’ katanya.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat “ walaupun Nik Aziz tidak menyokong pendapat tersebut, namun dia tetap menyokong Anwar sebagai ketua pembangkang. Jadi jika kita sokong satu orang yang mempunyai pendapat tertentu bermakna kita sokong pendapat itu juga lah” – agendadaily



AMUKANMELAYU - Israel telah memerangkap PERGERAKAN politik Plastine sehinggakan tiada dalam peta Negara Plastine. Cina memerangkap Pemimpin Melayu sehingga Tanah Melayu di Cinakan......sama saja.