Hahahah..ini bukan berita sebenar...
Tapi bayangkanlah kalau Najib umum benda macam gini dalam berita?
OLAK LEMPIT - 26 Ramadhan 1435, bayangkan apa akan jadi jika Najib Umumkan Rosmah menjadi MB Pahang. Penulis tidak dapat bayangkan NEPOTISMA, KRONI, Makan duit Rakyat, curi harta Negara dan Najib Takut Bini..... semuanya akan terhambur keluar dari mulut yang telah lama bersarang di hati. Amalan dengki, cemburu melampau dan Nafsu amarah yang di bina di dalam hati selama ini semuanya akan di keluarkan. Dalam kemelut MB Selangor ni, jelas "DULANG YANG DI KETUK, PAKU PULA YANG SERPIH"
MB Selangor: Khalid Digugurkan, Azmin Melopong, Wan Azizah Calon MB
Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 1:05 AM
"Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor...kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Nama itu ialah Datuk Seri Wan Azizah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di sini. Dengan keputusan ini berakhirlah sudah teka-teki dan riwayat politik Khalid selaku Menteri Besar Selangor. Beliau mungkin seorang menteri besar yang popular di kalangan rakyat tetapi jelas dan nyata sudah tidak di kalangan pemimpin-pemimpin partinya sendiri. Pengumuman itu sekaligus menafikan peluang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Abdul Khalid. Malah sebelum ini media turut melaporkan bahawa Azmin dikatakan sebagai individu disebalik gerakan untuk untuk menggulingkan Khalid di Selangor. Khalid dan Azmin masing-masing tidak hadir pada mesyuarat yang berlangsung sejak pukul 10 malam Jumaat dan berakhir selepas hampir tiga jam kemudiannya. Azmin kini sedang menunaikan umrah. Selain itu Anwar ketika ditanya mengenai tempoh masa akan berlakunya peralihan kuasa di Selangor berkata: "Secepat mungkin. Tapi kita akan bincang dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan Tan Sri Khalid dahulu. Tambah Anwar, cadangan nama Wan Azizah akan dibentangkan secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat
Jelas Anwar keputusan melantik isterinya sebagai calon Menteri Besar
yang baharu juga merupakan kesinambungan kepada 'langkah Kajang' yang
dirancang parti itu.Katanya, langkah itu perlu diteruskan bagi memberi ruang perubahan ke arah kebaikan di Selangor.
"Kita akui prestasi selangor membanggakan dan kita hargai jasa Tan Sri Khalid mentadbir...banyak rekod yang kita boleh banggakan. "Tapi kita juga berpendapat harus ada langkah tambahan bagi menyelesaikan beberapa isu panas dan yang menimbulkan kegelisahan rakyat. "Langkah ini juga untuk menarik keyakinan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat," katanya. Sebelum ini Abdul Khalid berkali-kali menegaskan bahawa beliau akan terus menguasai Selangor sehingga penggal pentadbirannya berakhir. Malangnya, kini ini segala teka-teki tersebut sudah berakhir dan terjawab. “Wan Azizah dipilih kerana jawatannya sebagai presiden parti, sebab itu Azmin tidak dipilih,” katanya sewaktu sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen, hari ini. - by Semut Hitam on 5:58 PG MB Selangor: PR Setuju Tukar, Umum Selepas Aidilfitri
Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 4:12 PM
KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Rabu menerima cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Namun,
PAS dan DAP masih belum mengumumkan pendirian mereka terhadap
pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai
menteri besar yang baharu.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua sekutu PKR itu
akan membincangkan perkara ini ke mesyuarat peringkat tertinggi parti
masing-masing dalam masa terdekat sebelum mengumumkan pendirian
mengenainya selepas Aidilfitri.
"Majlis
Pimpinan Pakatan Rakyat menerima cadangan daripada PKR untuk membuat
pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Wan Azizah.
"DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR," katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen pada Rabu.
Ketika ini, jawatan Menteri Besar Selangor masih disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilantik sejak 2008.
Anwar
berkata, perbincangan antara kepimpinan parti dan Abdul Khalid masih
diteruskan memandangkan beliau dilaporkan tidak mahu berundur daripada
jawatan itu.
"Perbincangan dengan Khalid sedang giat dilakukan. Kita akan selesaikan perkara ini secara baik," katanya.
Ketika
ditanya mengapa PKR tidak mencalonkan Azmin Ali, Anwar menegaskan
pencalonan isterinya itu dicapai melalui konsensus semasa mesyuarat
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat PKR malam Isnin lalu.
"Ramai
lagi calon yang lebih layak untuk gantikan jawatan MB termasuk Azmin
juga layak. Namun ini adalah keputusan yang dibuat secara konsensus,"
katanya.
Anwar
turut menjelaskan, beliau tidak akan meneruskan jawatan sebagai
Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya Dr Wan Azizah dimuktamadkan sebagai
Menteri Besar yang baharu.
"Saya tidak fikir saya akan berperanan sekiranya Azizah menjadi menteri besar," katanya.
Turut
hadir Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS, Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Sementara
itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata PAS akan
mengadakan mesyuarat untuk memutuskan calon bagi menggantikan Abdul
Khalid.
"Kami akan bermesyuarat secepat mungkin dan keputusan akan kami umumkan selepas Hari Raya," katanya. Ini Berita Yang Baru Di Masukkan untuk Melengkapkan Senerio "Issu Penukaran MB"
FACT: KALAU SEKALI ORANG PERCAYA LAH, KALAU DUA KALI? SIAPA NAK PERCAYA? INI NEPOTISME NAMANYA..
Menurut sumber dari WIKIPEDIA,
Nepotisme bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada
hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi
atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan. Contohnya, tawaran jawatan
kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang
lebih layak serta sanggup melaksanakan tugas sedemikian. Perkataan
nepotisme berasal daripada perkataan Latin 'nepos', yang bermaksud "anak saudara" atau "cucu".
Persoalanya ialah, kenapa perlu WARIS juga yang menjadi pengganti? Saya tahu, ramai dari PKR sendiri yang terkilan dengan keputusan ini, kerana terlalu ketara NEPOTISME yang diamalkan mereka sekeluarga. LEPAS PKR, KINI GILIRAN SELANGOR MENJADI HARTA KELUARGA ANWAR IBRAHIM
BERFIKIR SECARA WARAS - Inilah yang di katakan Orang Tua-Tua dahulukala. "BERAJA DI MATA, BERSULTAN DI HATI" Adakah anda setuju dengan apa yang sedang di lakukan Anwar Ibrahim di ketika ini? Ini adalah episod malang pada sebuah Parti yang di tubuhkan kerana pada mulanya di ingatkan Anwar terinaya di penjara. Tapi bila di lihat PERANGAI dan GELAGAT Anwar, tidak mustahilah MAHKAMAH menjatuhkan HUKUMAN PENJARA keatasnya dan lebih malang lagi, berapa banyak lagi Anak-Anak Muda yang di KORBANkan kerana nafsunya. Berapa banyak lagi anak-anak kita di jadikan balaci untuk memenuhi cita-cita politiknya dan berapa banyak lagi Mahasiswa-mahasiswa yang GAGAL atau tidak dapat menamatkan Pengajian hanya kerana terpengaruh dengan IDEOLOGINYA. Penulis tak kisah jika anda terus menyokongnya. Tapi BERFIKIRLAH DENGAN BIJAK.
Dari menghimpunkan KELUARGANYA menjadi Penguasa dalam PKR, melantik dirinya sendiri sebagai Penasihat Ekonomi Negeri, kosong
kerusi DUN Kajang dengan sengaja untuk letak bininya sendiri,
sehinggalah sekarang apabila menamakan pula bininya sebagai Menteri
Besar yang baru. Tak cukup PKR itu jadi harta pusaka dia, sekarang
kerajaan Selangor pun terima nasib yang sama. Selain salah dari segi
moral, apa yang Anwar buat di Selangor hari ini membuktikan bahawa
perjuangan dia dalam politik selama hari ini adalah untuk kepentingan
peribadinya semata-mata, tidak ada kepentingan rakyat sama sekali.
Azizah ni,selain berkipas ke hulu ke hilir,apa yang dia tahu pasal
pentadbiran negeri,melainkan jadi boneka kepada Anwar sajalah.Tak
percaya kerr ??? Cuba tengok 4 janji manifesto Kajang dulu,dah berapa
banyak yang terlaksana ??? Sesak di Kajang,ada kurang ke sejak Azizah
jadi ADUN ???
Tapi pada tangan yang sibuk mengipas ini jugalah diuserahkan masa depan
Selangor untuk dia kendalikan.
Dalam pada dok sibuk sana Rosmah sini Rosmah....penyudahnya....bini dia pulak
yang dinamakan sebagai Menteri Besar. Haru betul dengan Anwar ni. Jangan silap, saya tak pertikai dari segi kelayakan, jantina, mahupun
undang-undang sebab perkara tu tak berbangkit sama sekali.Yang
dipertikaikan sekarang ialah,ada 44 ADUN Pakatan di Selangor, 11 darinya
perempuan, 5 darinya Melayu. Mana-mana satu ini boleh jadi Menteri Besar
ganti Khalid Ibrahim (jika betul Khalid tak perform).Kalau isunya 3
perkara itu (kelayakan, jantina, undang-undang),kenapa Azizah saja ?
Jawapannya mudah, Azizah dinamakan kerana dia bini Anwar Ibrahim, itu
saja, period, noktah,full stop !!!
Dan bila seorang bini dinamakan lakinya sendiri sebagai bakal ketua
kerajaan negeri ,ini bukan lagi soal merit atau kelayakan tapi nepotisme
dam kronisme – 2 isu yang Anwar sering tuduh BN melakukannya, dah
sekarang dia pulak yang buat.Betul kata orang, manusia yang moralnya
yilek macam Anwar ni, cakapnya tu memang takdak intergriti sama
sekali. Malah,dalam soal nak tukar Menteri Besara ini pun, dah beberapa
kali Anwar buat kenyataan nafi, tapi penyudahnya, macam yang kita semua
tahu sekarang.
Apa pun keputusan akhir di tangan DYMM Sultan Selangor,yang sebetulnya
sasaran sebenar Anwar kalau perlantikan Azizah tak diperkenan. Ingat NGO
nama Negara-ku? Kepada NGO inilah Anwar akan serahkan untuk buat
demo di sana sini dalam negeri Selangor kalau perlantikan Azizah tidak
diperkenan.
Dengan cara ini Anwar harap agenda peribadi dia apabila melantik Azizah
sebagai Menteri Besar akan teralih.Yang akan ambil alih ialah kemarahan
rakyat (terutama orang cina) kepada institusi beraja kerana tidak
perkenan perlantikan Azizah. Logiknya, Tuanku Sultan nak perkenan macam mana
kalau hanya satu nama yang dihantar, macam kurang sangat ADUN lain di
Selangor tu? Tapi ingat Anwar ada peduli ke semua ni?...............................
AMUKANMELAYU - Bukan semua PEMBANGKANG buat tidak betul,Banyak pemimpin PEMBANGKANG yang jujur. Tapi apa yang di lakukan oleh Anwar sejak akhir-akhir ini sudah sampai di TAHAP yang tidak boleh di ikuti lagi.....Negara akan hancur dengan dan Ekonomi akan musnah. Segala percaturan POLITIKnya banyak yang merugikan Rakyat dan Negara...... |