MH17: Adakah ini pelancar roket yang menembak jatuh MH17?
Menurut sumber risikan Ukraine, mereka telah melihat sebuat lori
mengangkut pelancar roket BUK bersama 4 buah peluru berpandu di sebuah
kawasan perumahan berdekatan Torez,Ukraine berdekatan dengan sempadan
Rusia dua jam sebelum MH17 ditembak jatuh. Selepas MH17 dilaporkan
terhempas ianya dilihat bergerak menuju ke sempadan Rusia tanpa dua buah
peluru berpandu.Menurut sumber risikan itu lagi pelancar roket BUK itu
tidak akan dijumpai lagi kerana telah diseludup masuk ke Rusia dan
berkemungkinan besar telah dilupuskan.
Kenderaan yang mengangkut pelancar roket diletakkan berhampiran kawasan perumahan di bandar Torez.
Dalam perjalanan ke sempadan Rusia selepas MH17 dilaporkan ditembak jatuh.
Sumber Dailymail Uk
Artikal asal di petik dari Nurhafizah Tan July 18, 2014
Belum lagi reda kes misteri
kehilangan pesawat MH 370, rakyat Malaysia sekali lagi mendapat tamparan
hebat tengah malam tadi apabila pesawat MH17 didakwa terhempas kerana
ditembak jatuh di Ukraine .Masih lagi belum ada kenyataan rasmi yang sah
tentang punca tragedi ini, namun kes pesawat penumpang ditembak oleh
pihak ketenteraan bukanlah pertama kali berlaku dalam sejarah dunia.
Kami kongsikan 8 kes seumpamanya yang telah terjadi sebelum ini.
1. 23 Julai 1954- Cathay Pacific Airways Douglas DC- 4
Sebuah pesawat Hong Kong yang dibawah
kawalan British yang sedang terbang dari Bangkok ke Hong Kong , Cathay
Pacific Airways telah ditembak oleh Pejuang Tentera Pembebasan Rakyat
China. Kerajaan China menyatakan bahawa mereka telah menyangka pesawat
itu adalah sebuah pesawat tentera dari Republik China (Taiwan) dalam
misi serangan terhadap Pulau Hainan. Kejadian tersebut telah membunuh 10
daripada 19 penumpang pesawat tersebut.
Add caption |
2. 27 Julai 1955- El Al flight 402
Sebuah penerbangan penumpang dari
London ke Tel Aviv yang melalui Vienna dan Istanbul telah menyimpang
ke ruang udara Bulgaria pada Julai 1955. Pesawat ini kemudiannya
terbang dalam blok Timur, dan ditemabak oleh dua pejuang Bulgaria.
Penerbangan ini, pesawat Lockeheed L-049
Constellation itu ditembak jatuh oleh dua pesawat pejuang MiG-15 milik
tentera udara Bulgaria dan jatuh terhempas dekat Petrich, Bulgaria.
Semua 58 penumpang dan anak kapal terbunuh. Nahas ini berlaku ketika
hubungan tegang antara blok timur dan barat semasa era Perang Dingin. Ia juga nahas terburuk melibatkan Lockheed L-049
Constellation pada ketika itu. Bulgaria kemudian memohon maaf dan
mengatakan juruterbangnya telah "tergesa-gesa."
Add caption |
3. 21 Februari 1973 – Libyan Arab Airlines 114
Pada tahun 1973, sebuah pesawat
penumpang menuju ke Kaherah dari ibu negara Libya Tripoli hilang
kawalan akibat cuaca buruk (ribut pasir) akhirnya gagal berfungsi dan
hanyut ke dalam ruang udara Israel di semenanjung Senai. Ia kemudiannya
ditembak oleh dua jet pejuang Phantom Israel yang menyangka pesawat
tersebut adalah MIG Mesir. . Hanya lima daripada 113 orang di atas kapal
terselamat.
4. 20 April 1978- Korean Airlines KAL902 Akibat mengalami kerosakan
4. 1978: Korean Airlines KAL902
Pesawat yang dalam penerbangan dari Paris ke Seoul ini mengalami gangguan peralatan.
Juruterbangnya tersilap membuat perkiraan dan terbang masuk
ke ruang udara Kesatuan Soviet (ketika itu) di Garisan Artik. Tentera
udara Soviet yang menyangkakannya pesawat pengintip melepaskan tembakan.
Pesawat Boeing 707 itu kemudian membuat pendaratan kecemasan dekat
sempadan Finland. Dua daripada 109 penumpang dan anak kapalnya terbunuh.
5. 27 Jun, 1980- Itavia Airlines flight 780
Pada 27 Jun, 1980, sebuah pesawat
penumpang meninggalkan bandar Itali utara Bologna untuk ke Palermo, di
Sicily. Bangkai pesawat itu ditemui di Laut Tyrrhenian. Tiada yang
terselamat di antara 81 yang menaiki peswat tersebut . Kemalangan kapal
terbang masih menjadi subjek kontroversi dan perdebatan. Teori-teori
awal mencadangkan telah berlaku letupan bom pengganas di atas kapal dan
juga dakwaan konspirasi oleh kerajaan Itali . tetapi siasatan seterusnya
membuat kesimpulan pesawat itu mungkin terperangkap di tengah-tengah
satu persengketaan antara jet pejuang NATO dan MIG Libya.
6. 1 September 1983 - 007 Korean Air Lines
Penerbangan 007 Korean Air Lines, dengan
269 penumpang dan anak kapal, ditembak jatuh oleh jet pejuang Russia di
barat Pulau Sakhalin yang terletak Laut Timur ketika ia terbang di
ruang udara larangan Soviet.Pesawat itu sedang dalam penerbangan dari
New York ke Seoul pada 1 September 1983, dengan mengikuti laluan Alaska
sebelum menyeberangi Lautan Pasifik.
Semua dalam pesawat berkenaan telah
terkorban. Soviet Union pada mulanya menafikan mengetahui tentang
kejadian itu namun kemudian menegaskan bahawa pesawat itu sedang
melakukan intipan.Pemimpin Soviet enggan mengumumkan data penerbangan
pesawat itu sehingga beberapa tahun kemudian.
Add caption |
7. 3 Julai 1988 - Penerbangan 655 Iran Air
Penerbangan 655 Iran Air dengan 290
orang di dalam pesawat, ditembak jatuh di Teluk Parsi oleh peluru
berpandu USS Vincennes ketika pesawat itu masih berada di ruang udara
Iran. Pegawai Amerika Syarikat kemudian menyatakan Vincennes tersalah
anggap pesawat Airbus A330 itu sebagai jet pejuang . Pesawat itu sedang
dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai. Tiada mangsa terselamat.
Kerajaan Amerika Syarikat akhirnya membuat penyelesaian dengan memberi
pampasan kepada anggota keluarga mangsa.
Add caption |
8. 29 September 1998 – Penerbangan Lionair 602
Pada tahun 1998, penerbangan dari
kawasan tengah utara Tamil yang bergolak di Sri Lanka ke ibu negara
Colombo hilang bersama 48 penumpang. Bangkai pesawat itu ditemui hanya
14 tahun kemudian, pada tahun 2012, oleh sebuah kapal tentera laut Sri
Lanka. Tidak dapat dipastikan bagaimana pesawat tersebut terhempas,
tetapi laporan awal mendakwa pesawat itu ditembak jatuh oleh bateri
MANPAD yang kini mengalahkan pemberontak Tamil Tiger.
9. 4 Oktober 2001 – Siberia Airlines 1812
Sebuah pesawat yang membawa penumpang
dari Tel Aviv ke bandar Siberia Novosibirsk menjunam ke dalam Laut Hitam
pada 4 Oktober , 2001 Seramai 78 orang di atas kapal meninggal dunia.
Misteri masih mengelilingi kemalangan kapal terbang tersebut ,
namun kemungkinan besar pesawat tersebut relah ditembak oleh peluru
berpandu yang tidak bertanggungjawab dari Ukraine. Walaubagaimanaoun
pihak berkuasa di Kiev tegas menafikan sebarang penglibatan dari pihak
mereka.
10. 17 July 2014 - MAS MH 17
Melihat kenyataan Obama di bawah ini, nampaknya jelas MH 17 adalah mangsa keadaan dan US nampaknya cuba meletakkan Russia dalam keadaan bersalah dan US pada pendapat Penulis tidak mustahil US dan Zionis memainkan peranan yang besar dalam kejadian MH 17 untuk US memperkukuhkan kedudukan mereka di Ukraine.
Obama’s statement is likely to ratchet up pressure on Russia and President Vladimir Putin. In a late-night statement on Thursday, White House press secretary Josh Earnest said the shooting down of the plane happened in the “context” of Russia fueling support for pro-Russian separatists in eastern regions of Ukraine. And Friday morning, U.S. Ambassador to the U.N. Samantha Power said Russia “must end this war.”
The Obama administration believes the plane was shot down by a surface-to-air missile that was fired from separatist-held territory. Power said Friday that if pro-Russian separatists are responsible for shooting down the plane, the U.S. could not rule out that Russian personnel offered technical assistance.
Obama briefly addressed the crash on Thursday during remarks on infrastructure in Wilmington, Delaware, saying it looked like it “may be a terrible tragedy.”
AMUKANMELAYU - Adakah Pesawat yang ke sebelas adalah pesawat yang di naiki oleh ANDA?