Wednesday, 23 July 2014

MH 17 - KEPETAHAN MEREKA BERPOLITIK TIDAK MENCERMINKAN MEREKA ADALAH ORANG YANG BIJAK



 

OLAK LEMPIT - 25 Ramadhan 1435, Hampir 6 tahun penulis mengikuti perjalanan politik MP pandan ni. Pada pendapat penulis ianya bukanlah seorang yang bijak...malah tidakm boleh di harapkan. Apa yang Pandan ada hari ini adalah hasil Kerja MP BN yang terdahulu. Kalau di lihatkan seakan sati tren....dimana kawasan yang mundur di biarkan pada BN untuk memerentahnya kecuali Kelantan. Dan apabila kawasan itu menjadi maju.....Pembangkang akan berusaha untuk megambil kawasan itu. Dan dalam beberapa penggal mereka hanya menghayun kaki dan tak payah buat apa-apa.

Tapi jangan lupa.....Rakyat Malaysia amatlah unik dan mereka cepat belajar dan bertindak. Mereka lihat, memerhati dan mereka menguji kamu. Banyak MP BN yang terperangkap dengan kebijaksaan pengundi muda. Bagi mereka yang sentiasa mahukan Kemajuan Politik mereka akan cepat jemu dengan apa yang di bawa oleh Pembangkang sekarang. Ini yang penulis nampak. Pengundi muda adalah mereka yang terpelajar dan mereka akan BERHADAPAN dengan kamu jika kamu membohongi mereka. Kecuali penyokong toktok atau yang dah taksub atau berkarat......

Sebagai MP, buatlah persediaan. Jangan membohongi mereka, jangan banyak berjanji tapi tidak di tunai dan jangan PERASAN lebih. Kadar hayat politik MP Pandan bagi pendapat penulis akan lari tak berhalau nanti. Melainkan mereka menukar tektik kempen.....dan dah di lihat sekarang mereka sudah lari dari matlamat asal sebagai seorang politik sebaliknya mereka takut kehilangan kuasa dan berusaha untuk mengekalkannya dan mereka tidak lagi menjadi MP untuk berkhidmat untuk Rakyat. Tahniah pada Orang Pandan.

Dalam TRAGEDI MH 17, dengan jelas dapat di lihat, pembangkang hanya ingain mencari PUBLISITI supaya mereka tidak di lupai. Mereka gagal untuk memainkan peranan mereka sebagai wakil rakyat. Sehinggalah mereka mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang nampak mereka kurang prihatin dan BODOH melampau. Jangan cakap pasal duit Rakyat.....semua MP makan duit Rakyat. Tapi apa yang di beri balik pada rakyat? Longkang tersumbat pun sampai sekarang tidak di baiki dan Tar di hadapan rumah Penulis dan masuk 5 tahun memohonnya......sampai sekarang tidak di ambil tindakkan. JKKK pun tak berani nak bertentang mata dengan penulis......sudah-sudahlah......

MP Pandan


pandan menang 01

PANDAN INDAH, 5 MEI: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dinobatkan selaku Ahli Parlimen Pandan dengan jumlah undi besar, 48,183 undi menewaskan dua lagi pencabarnya. Keputusan ini sekaligus merampas kemenangan PRU-12 BN melalui Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008. Rafizi yang ditemui selepas itu melahirkan rasa gembira berhubung kemenangan berkenaan.

“Dari dulu saya dah nyatakan kepada parti kita akan menang Pandan kerana pengundi di sini campurannya 48 peratus Cina 45 peratus Melayu dan 7 peratus India,” katanya.

Beliau menafikan bakal dilabelkan sebagai ‘Ajen Cina’ kerana menang hampir semua tempat mempunyai pengundi Melayu. Sebelum ini Rafizi termasuk di dalam radar ‘mesti ditumpaskan’ Umno-BN selain Nurul Izzah Anwar dan Tony Pua. Katanya taktik berkenaan nyata silap kerana pengundi kini lebih gemar kepada politik segar dan berjiwa muda.

Penyandang DUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad pula mengekalkan kemenangan dengan menewaskan Muhammad Faizal Sufar (Umno-BN) Iskandar memperolehi 23,117 undi sementara calon BN 13,509 undi.
Secara keseluruhan Iskandar menang dengan majoriti 9,608 undi sementara 432 undi rosak. Beliau yang ditemui melahirkan rasa gembira dan tidak menyangka menang dengan majoriti besar.
“Saya melihat kali ini adalah kebangkitan rakyat. Kita jangkakan majoriti adalah 5,000 tetapi hari ini hampir 10,000.
“Kebangkitan bukan dari orang Cina seperti yang dijangka tetapi keseluruhan rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor kerana terus memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat menerajui negeri.

Sementara itu, Adun baru DUN Teratai, Tiew Way Keng berharap beliau dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan selepas menang di sini. Way Keng menang dengan 23,578 undi sementara calon BN, Liew Pok Boon mendapat 9,932.

pandan menang 02

“Ini adalah permulaan. Masa hadapan saya kena bekerja kuat untuk memenuhi permintaan penduduk Teratai.
“Sesungguhnya saya percaya Teratai boleh jadi tempat yang mampan, hijau dan sesuai diduduki oleh semua pihak,” katanya.
Secara keseluruhan di Parlimen Pandan, Pakatan Rakyat menang semua kerusi termasuk dua kerusi DUN yang dipertandingkan.

Semua nama calon yang menang diumumkan Pegawai Pengurus SPR, Abdul Halim Hussain. Dianggarkan hampir 2,500 orang penyokong hadir pada bagi mendengar pengumuman rasmi yang berlangsung di Dewan Perbandaran Ampang Jaya.

Berikut adalah keputusan rasmi PRU-13:
1) Parlimen Pandan
Rafizi Ramli (PKR) – 48,183
Gary Lim (BN) – 21,454
Allan Tan (Bebas) – 2,415
Majoriti – 26,729
Undi Rosak – 1,022

SEMUANYA PEMBANGKANG - MEMALUKAN ! PENGHINAAN MELAMPAU TERHADAP MH17 & NEGARA MALAYSIA 

Di dalam kesedihan rakyat Malaysia mengenangkan tragedy MH17, mash ada pihak-pihak yang tidak sensitif, mulut jahat dan sengaja menimbulkan marah kita semua.




Acap kali kepimpinan tertinggi kerajaan Malaysia dan pihak media yang menjelaskan dengan fakta kronologi tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh tentera Ukraine atau puak pemisah pro-Russia atau Russia atau agen Israel.

Tetapi masih ada lagi kedengaran suara-suara sumbang yang memperbodohkan diri dan tidak sensitif kepada tragedi yang menyayatkan hati ini.

Di luar negeri, selain daripada media-media Barat yang memutarbelitkan dan cuba menyalahkan pilot dan MAS, Singapore Airlines adalah satu salahnya apabila mengeluarkan kenyataan di dalam Facebook mereka yang dianggap tidak sensitif dan mendatangkan marah dan kritkan di dalam Facebook mereka.

Tanpa perlu berdolak-dalik, SIA akhirnya meminta maaf di atas kenyataan tidak sensitif mereka itu.



Begitu juga yang berlaku di dalam negara Malaysia ini.
Yuki Tan, isteri Ng Wei Aik, Ahli Parlimen DAP Kawasan Tanjung, Pulau Pinang tidak langsung menunjukkan perasaan sedih setelah apa yang berlaku sebaliknya mengambil kesempatan ini untuk menanam perasaan benci pada rakyat terhadap negara kita..
Menerusi laman Facebooknya, Yuki Tan telah menulis "Malaysia begitu menggerunkan, apakah jenis negara yg tak berguna ini" selepas menerimakan berita tentang Tragedi pesawat MH17 yg ditembak jatuh di Ukraine- seterusnya
Ng Wei Aik juga merupakan orang kanan Lim Guan Eng DAP, Setiausaha Agung DAP yang jatuh tergolek ke tangga 5 dan mendapat undi popular yang merosot. Tetapi Guan Eng dengan tanpa malu dan kulit tebalnya telah menjawat jawatan tertinggi dalam DAP.

Ng Wei Aik DAP juga terkenal dengan aksi beliau yang pernah mengejar dan menangkap seorang gelandangan semasa operasi besar-besaran menangkap pengemis dan gelandangan di Pulau Pinang semasa pemerintahn kerajaan DAP.

Kini giliran isterinya pula bermulut celupar dan memburuk-burukkan negara sendiri.

Dan dimanakah portal SorosKini MalaysiaKini ?

Bukankah portal itu begitu ghairah sangat melaporkan berita tentang isteri pemimpin seperti Rosmah mansor?

Selain daripada Ng Wei Aik DAP, seorang lagi pemimpin DAP menjadi sasaran warga maya kerana dilihat tidak peka dengan perkembangan semasa tragedi MH17.



Baca artikel ini :

Nga Kor Ming dengan sengaja cuba menyalahkan MAS kerana menggunakan laluan yang menyebabkan MH17 ditembak. Nga Kor Ming menyalahkan pengurusan MAS kerana menggunakan laluan tersebut dan bertanya, bagaimana MAS mahu menerangkannya kepada rakyat Malaysia. 
Apabila para pembaca termasuklah para penyokong DAP memberikan reaksi mengejutkan Nga Kor Ming, dia kembali kepada perangai lamanya iaitu menggelarkan sesiapa sahaja yang mempertikaikannya sebagai BN-Fan atau BN Coating Powder selain membodoh-bodohkan penyanggah-penyanggahnya yang mereka tidak faham Bahasa Inggeris. 
Pada masa yang sama, Nga Kor Ming langsung tidak dapat menjawab persoalan yang dilontarkan kepadanya kembali. seterusnya
Ketidaksensitifan ahli politik DAP, rakan Lim Guan Eng DAP itu telah dikritik hebat oleh salah seorang keluarga yang terlibat dalam nahas MH17 itu. 

Anda baca printscreen di bawah :


Sumber : KLIK SINI

Realitinya, pilot, co-pilot dan pihak MAS telah melakukan segala protokol penerbangan yang telah ditetapkan oleh aviation controller dan tidak mungkin akan mengadu nasib untuk ditembak di Ukraine.



Dan dalam saat dan ketika ini, seluruh rakyat Malaysia termasuk pihak media sama ada konventional atau digital sepatutnya bersama-sama memberi mesej yang sama iaitu inginkan keadilan kepada MH17.

Pihak yang tidak berhati perut dan berjiwa binatang itu mesti dikutuk sekeras-kerasnya dan dibawa ke pengadilan. 

Ini yang lebih penting.

MiM ingin berkongsi dengan anda satu kenyataan daripada seorang warga Belanda tentang negara kita ini. Semoga kita semua sedar dan bersama-sama inginkan keadilan kepada MH17.




AMUKANMELAYU - Kalau di ikut hati......depan rumah pun tak hingin penulis nak beri mereka (ahli politik) ini lalu........