KHALID IBRAHIM JUMPA NIK AZIZ
Cakaplah apa pun tentang PAS mahupun Nik Abdul Aziz Nik Mat, selagi orang tua itu tidak diminta pandangannya atau menyatakan pandangannya, selagi itulah pelbagai masalah boleh timbul. Suka atau tidak, Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS adalah kata pemutus di dalam PAS.
Sokongan yang diberikan oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Khalid Ibrahim merupakan ulangan kepada kisah 1977 di Kelantan. Nik Abdul Aziz yang sudah faham sepak terajang politik di Kelantan sehingga menyebabkan PAS pada waktu itu berpecah belah sehingga menyaksikan penyingkiran dan pemecatan Presidennya, Allahyarham Asri Muda, sedang menggunakan kaedah yang sama digunakan oleh UMNO dalam krisis kepimpinan di Kelantan pada tahun berkenaan.
Selangor berterabur kesan daripada perangai hodoh Anwar Ibrahim yang sangat mementingkan diri dan tidak pernah bermuhasabah serta sentiasa beranggapan perbuatan jahatnya dapat dilindungi oleh manusia-manusia taksub yang ada di sekelilingnya. Di sebalik pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO dan Barisan Nasional, hakikatnya Anwar Ibrahimlah yang melakukan perbuatan tersebut.
Dia kononnya menentang kronisma dan nepotisme, tetapi dalam amalan, dialah yang paling kuat melakukannya. Sekarang, dia sibuk mahu menaikkan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor, tidak sahaja kerana kuasa dan kaedah untuk mengelak daripada penjara, tetapi juga untuk kemewahan dan timbunan wang ringgit hasil daripada penyelewengan harta dan aset Kerajaan Negeri Selangor.
Khalid Ibrahim telah didesak agar meletakkan jawatan untuk digantikan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor, tetapi pada masa yang sama, juga Khalid Ibrahim diarahkan meletak jawatan selaku ADUN Pelabuhan Kelang untuk memberi laluan kepada anaknya, Nurul Izzah yang sekarang ini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk bertanding, menang dan kemudian menjadi pembantu kepada Wan Azizah yang berjawatan Menteri Besar. Anwar Ibrahim sendiri bertindak sebagai tok dalang yang mengeluarkan segala arahan dan mengatur segala perancangan jahat demi nafsu serakahnya.
Sokongan yang diberikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kepada Khalid Ibrahim, sepatutnya sudah menjadi mutlak dan titik kepada kemelut sokongan PAS Selangor yang berbelah bahagi. Namun Hadi Awang kemudiannya ditentang dan disanggah oleh beberapa orang pemimpin PAS yang bersifat telunjuk mencucuk mata dan melebihkan Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng berbanding kepentingan parti sendiri.
Nik Abdul Aziz kemudiannya bersuara, menyokong Abdul Hadi Awang. Kumpulan Parasit PAS kemudiannya cuba membuat kesimpulan kononnya bukan Nik Aziz yang mengeluarkan kenyataan, sebaliknya orang lain yang mengatasnamakan Nik Aziz.
Dan seperti biasa, golongan berkenaan cuba menafikan segala bukti yang menunjukkan memang benar Nik Aziz yang mengeluarkan kenyataan yang menyanggah sama sekali pendirian kumpulan Parasit dalam PAS yang diketuai oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar.
Khalid Ibrahim telah mengambil langkah yang betul dengan bertemu Nik Abdul Aziz. Untuk mendapatkan sokongan mutlak daripada PAS, hanya berbaik-baik dengan Nik Abdul Aziz sahaja yang jadi penyelesaiannya. Sebarang usaha menentang Nik Abdul Aziz hanyalah menambahkan kekusutan.
Itulah hakikat yang perlu ditelan, sama seperti kedudukan Tun Dr. Mahathir dalam UMNO biarpun ramai pemimpin UMNO yang cuba menyingkirkan pengaruh dan menidakkan kewujudan Tun Mahathir dalam parti pemerintah itu!
Kerajaan Gabungan PAS & UMNO Dibentuk Di Selangor
New post on Karim's Blog |
|
Orang Melayu Tidak Lagi Memerlukan UMNO
1- Anwar Ibrahim sebagai PM dan
2- DAP mendominan
Jika dua perkara ini dapat diurus dan diselesaikan oleh mana-mana pihak termasuk DAP, jika hari ini selesai esok juga UMNO akan dibungkuskan !!!
Sudah pasti orang cina hatta MCA juga sudah lama menolak UMNO - tidak ada keistimewaannya lagi UMNO di kacamata rakyat malaysia dan dunia jika melayu dan islam pun menolak umno.
DAP dipandang tinggi oleh musuh dan kawan bukan kerana orang melayu suka atau tidak tetapi kerana 79% orang cina sokong DAP di PRU13
#Kata-kata itu tidak perlu datang dari mana-mana pemimpin... memadai ianya datang dari setiap suara hati orang Melayu...
##Isu MB Selangor dan kebocoran whatsaap dr zuhdi serta sikap ugutan DAP mewajarkan PAS mengambil peluang keluar dari pakatan haram dan sekaligus mengambilalih peranan umno yang gagal memimpin Islam dan melayu.
AMUKANMELAYU - Kami GEMBIRA dengan berita ini, demi UGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR