Monday 21 July 2014

PLASTINE & NUSANTARA - BIAR MATI BERLAWAN DARI MATI MEMINTA EHSAN


ZIONIS AKUI, TENTERANYA RAMAI MATI KERANA SERANGAN AL-QASSAM DAN LARI KETAKUTAN!!!




Perang Gaza vs Israel hari ke-13: Media Zionis Israel melaporkan:

Kalaulah pihak tentera Israel membenarkan penyebaran bilangan rakyat dan askar Israel yang terkorban, akan berlaku revolusi di Israel.

Media Zionis Israel sedang menghebahkan tentang hujanan roket dari Gaza ke atas mereka dan siren kecemasan sedang berbunyi dari Beersheba hingga ke Tel Aviv.

Akhbar Israel pada muka surat depan menyiarkan gambar 6 orang tenteranya yang terbunuh dalam operasi menyelinap tentera Briged Izzuddin Al-Qassam masuk ke bahagian Ain Saalisah semalam (Sabtu).

Terkini:

Briged Izzudin Al-Qassam mengesahkan bahawa pejuang Palestin semalam berjaya menghalang kemaraan tentera Israel untuk memasuki Gaza dan berjaya membunuh 15 orang tentera Israel dalam pelbagai pertempuran di sekitar sempadan Gaza dan operasi ketenteraan lain.


Manakala pada pagi ini 2 jam yang lalu di Hayyu Tuffah, Al-Qassam mengesahkan berjaya meletupkan sekumpulan skuad Israel dengan bom jerangkap samar yang membunuh kesemua tentera yang sedang berkumpul di situ; disyaki 14 orang tentera penjajah terbunuh manakala menurut sumber Al-Jazeera 8 orang.

Hingga kini sekurangnya 6 buah kereta kebal Israel telah berjaya dimusnahkan pejuang Palestin. Pasukan penembak tepat Palestin pula berjaya membunuh beberapa askar Israel.

Askar Israel masih belum dapat memasuk Gaza kerana digempur pejuang Palestin. Israel hanya mampu menyerang dengan kapal terbang dan tembakan meriam dari jauh.

Media Israel berusaha menutup kerugian yang dialami askarnya di medan perang. Media zionis itu bukan saja cuba menipu dunia malah rakyatnya sendiri.

Keangkuhan Zionis Israel akan ditundukkan pejuang Palestin…Allahu Akhbar…

Sumber: Aman Palestin.

Berikut pula kenyataan dari CAKNA PALESTIN:

SABTU : 21 Ramadhan 1435 / 19 Julai 2014
1. 11 orang tentera Zionis terbunuh ketika tercetusnya peperangan darat. 6 orang di Khan Younis, 2 orang di Beit Hanoun, 3 orang di Safad.

2. Kereta kebal tentera Zionis dihancurkan sepenuhnya di Beit Hanoun. Terdapat 4 orang tentera Zionis di kuliah pertanian.

- Pengeboman kereta kebal berlaku di Beit Lahia ( Briged Al-Qassam tidak merakam gambar dalam operasi ini).

- Juga peluru al-Qassam telah jatuh di beberapa pusat tentera Zionis Israel, berlaku kematian tetapi dinafikan oleh pihak mereka. Zionis menyifatkan hari sabtu (kelmarin) sebagai hari hitam.

AHAD : 22 Ramadhan 1435 / 20 Julai 2014
1. Awal pagi ini kematian meningkat seramai 14 orang, tetapi jumlah sebenar lebih daripada itu. 23 tentera Zionis cedera dalam pertembungan denga Briged Al-Qassam kelmarin. Sebentar lagi Briged Al-Qassam akan mengumumkan kematian dan jumlah tentera zionis yang terbunuh setiap hari.

2. Khaled Mashal (pemimpin Hamas) menolak secara rasmi jemputan As-Sisi ke Mesir.

3. Israel umum secara rasmi bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) membantu Israel dalam peperangan ke atas Gaza.

4. Israel mengumumkan secara rasmi Briged Al-Qassam membunuh 8 orang tenteranya di perbatasan Gaza Timur di Shujaiah.

Allahu Akbar!!!
Teruskan berdoa
Akhukum
Wan Mohd Sharafi
Presiden Cakna Palestin
22 Ramadhan 1435 / 20 Julai2014


Indonesia terancam... Malaysia sedang bocor...

Selepas dunia arab keseluruhannya telah dimusnahkan kesatuan dalaman mereka kini Malaysia antara yang jadi sasaran kerana kekuatan Islam yang masih menguasai negara dan menjadi kerajaan.

Kelantangan sejak dari dahulu terutama era mahathir telah mendedahkan niat buruk barat dan yahudi sesuatu yang mereka rasa terancam dan tidak boleh diterima.
Kita jangan lupa Malaysia adalah negara yang paling berani melebihi keberanian mana mana negara di dunia dan PBB menamakan Presiden Amerika dan Britain untuk diheret ke mahkamah antarabangsa atas jenayah di Iraq danmpaling lantang dan vokal mengutuk Israel.

oleh itu jika Malaysia diserang dan diburukkan dalam pelbagai cara bertubi tubi mutakhir ini bukanlah sesuatu yang pelik terutama ketika negara dipimpin secara lemah dan penyatuan orang melayu dan Islam sedang longgar.

Adalah tidak mustahil malaysia akan jadi palestine dan akan diserang sekaligus di utara dan selatan oleh negara jiran yang dipengaruhi barat atas pelbagai alasan. Malah kedudukan pantai barat dan pantai timor juga terdedah kepada serangan.

apa yang berlaku di lahad datu adalah tanda tanda awal kebocoran tersebut. ancaman di situ akan berterusan untuk melekakan tumpuan tentera di lain lain kawasan.

sebelum malaysia diceroboh dan diganyang, negara terbesar kependudukan Islam iaitu Indonesia juga perlu diroboh dan dihuruharakan terlebih dahulu dengan kekecohan, perbalahan dan perang saudara.

Petunjuk awal sudah ada, keputusan pilihanraya Presiden kelak akan dipertikaikan oleh calon yang kalah atas nama "penipuan" dan ini menjadikan Indonesia akan diperintah oleh dua pengaruh yang besar. Apa yang akan terjadinya akan menjadi sejarah nanti...

Bila Indonesia lemah, Malaysia terdedah kepada serangan yang lebih mudah...

Kita tidak perlu ada segenggam ijazah kedoktoran untuk membuat hipotesis ini?? Betul tak?