Tuesday, 29 July 2014

SPLASH - KHALID MENOLAK IKAN DUYUNG YANG BERHARGA RM250 JUTA


 


PENASIHAT EKONOMI DAN PAKAR STRATEGI PKR TERKENCING DALAM SELUAR 


 
Tidak menghairankan apabila Anwar Ibrahim melalui Rafizi Ramli memulakan langkah untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor serta menggantikannya dengan Wan Azizah, isteri Anwar Ibrahim sendiri untuk jawatan tersebut.

Selain daripada ketakutan Anwar Ibrahim untuk masuk penjara, serta cubaan meraih simpati agar Mahkamah Keputusan membuat keputusan sebaliknya, sebenarnya Anwar Ibrahim menyimpan rahsia yang lebih besar. Dan dalam isu ini, Rafizi Ramli, lembu ternakan Anwar Ibrahim juga terlibat sepenuhnya.

ISU SKANDAL SPLASH!!!

Anwar Ibrahim yang sentiasa berlagak seolah-olah dia adalah maharaja, sebelum ini telah mengarahkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim supaya membeli syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) pada harga RM2.5 bilion sedangkan tawaran asal hanyalah sebanyak RM250 juta sahaja.

Keengganan Khalid Ibrahim untuk menuruti kehendak dan suruhan Anwar Ibrahim, menyebabkan Ketua Umum PKR itu berang. Bersama-sama Rafizi Ramli yang diketahui cukup cekap dalam bab-bab MENGAMBIL UPAH dan MENGIRA KOMISYEN, mereka menggerakkan KAJANG MOVE untuk menggulingkan Khalid Ibrahim bagi digantikan dengan Wan Azizah.

Sebelum ini, telah didedahkan pertemuan sulit yang diatur oleh Anwar Ibrahim melibatkan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah yang merupakan pemegang 30 peratus saham SPLASH dengan Khalid Ibrahim untuk memastikan transaksi tersebut berjaya.

Sudah tentulah, Khalid Ibrahim tidak bersetuju untuk menggunakan wang rakyat Selangor untuk membeli SPLASH pada 10 kali ganda harga asal yang ditawarkan. Apatah lagi, Khalid juga tahu, lebihan pembayaran tersebut sebenarnya akan pergi kepada Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli yang mengatur transaksi tersebut.

Justeru, timbul desakan agar Anwar Ibrahim menjawab serta menjelaskan perkara sebenarnya. Walaupun ramai juga tahu, Anwar Ibrahim tidak akan mengaku atau bercakap benar, tetapi dia perlu juga bersuara, memandangkan dalam hal ini, memang dia terlibat secara langsung. Apatah lagi gerakan menggulingkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor berpunca daripada urusniaga air.

Kekurangan air terawat di Selangor, seringkali digunakan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk menyalahkan syarikat-syarikat konsensi walaupun sebenarnya ia langsung tidak berkaitan. Kesempatan itu telah digunakan untuk BUAT DUIT dan ini terbukti dalam kes membabitkan SPLASH yang turut mempunyai thumb-print Anwar Ibrahim.

Berapa banyakkah komisyen  yang akan diperolehi oleh Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli dalam urusniaga tersebut sekiranya berjaya? Dari RM250 juta menjadi RM2.5 bilion, tentu sekali wang komisyen itu berfungsi sebagai bayaran atas pelaburan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim selama ini demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sedangkan Rafizi Ramli yang merupakan Pengarah Strategi PKR, mempunyai bahagian yang sangat jelas dalam urusniaga tersebut memandangkan dia adalah orang yang paling kuat melompat apabila Khalid Ibrahim enggan meneruskan transaksi berkenaan. Rafizi Ramli yang kemudiannya mencetuskan KAJANG MOVE telah menyatakan bahawa Kerajaan PKR Selangor akan mengkaji semula perjanjian air di negeri itu selepas Wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar.

Ironinya, walaupun menafikan pembabitan dan skandalnya, Rafizi enggan membuat laporan polis, jauh daripada kebiasaan asalnya!!!

SURVEY: ANWAR DAH TAK RELEVAN DI MATA RAKYAT?


Menurut survey kami di Facebook baru-baru ini...rata-rata rakyat Selangor TIDAK BERSETUJU Tan Sri Khalid hendak digantikan dengan Wan Azizah..
Rakyat Selangor juga nampaknya rata-rata TIDAK SUKA cara Anwar handle isu MB Selangor..
Dan YANG LEBIH MEMERANJATKAN..
Daripada survey kami juga MENDAPATI...RAKYAT SELANGOR (yang rata-rata ramai mengundi pembangkang di Selangor) ... BERSEDIA UNTUK kehilangan Anwar di dalam Pakatan Rakyat kerana terdapat pemimpin-pemimpin lain yang boleh mengemudi Pakatan Rakyat... mereka mula menolak Anwar kerana terlalu mementingkan diri sendiri serta keluarga dan mengamalkan apa yang dia tuduh UMNO selama ini dalam isu kronisme dan nepotisme..
Tak susah untuk menilai tindakan Anwar itu salah...kambing kalau sekolah pon tau yang lantik bini sendiri pegang jawatan itu salah...takkan rakyat Selangor bodoh dari kambing sekolah kan?
Nampaknya Anwar makin TIDAK RELEVAN di mata rakyat...


AMUKANMELAYU - Patut laaaaaaa........sorang dah kopom masuk ke dalam dan se orang lagi dah tersangkut dengan AKTA BAFIA......ke dalam jugak la tu