Thursday, 28 August 2014

BABOON, MONYET, KERA DAN BERUK TAK SESUAI UNTUK DI PELIHARA


 

SIFAT-SIFAT MONYET

Berpikir tentang monyet, ada beberapa sifat monyet yang bisa dijadikan gambaran dan pelajaran dalam kehidupan ini, yaitu :

1.Monyet berwatak semau gue dan berlagak pilon
Seekor monyet jika sudah mendapatkan makanan di tangannya, ia tak peduli lagi pada monyet-monyet lain di sekitarnya.
Ini adalah gambaran bagi orang atau pejabat yang tidak memperdulikan suara rakyat yang dulu mendukungnya untuk mencapai kursi kekuasaan.
Ibarat pepatah, lupa kacang pada kulitnya, yang bisa diartikan : karena sudah dapat kekuasaan, lupa pejabat akan rakyatnya.


2.Monyet tidak bisa diam
Seekor monyet tangan dan kakinya akan senantiasa bergerak walau sekedar menggaruk-garuk kepala.
Ini adalah gambaran bagi orang atau pejabat yang suka usil, ia tak lebih dari biang kerok yang pandai memancing keributan dan menambah permasalahan baru, bicara ceplas-ceplos tak tentu arah. Pendapatnya mencla-mencle tak bisa dijadikan pegangan.

3.Monyet pandai berakting
Jika monyet berakting di sirkus semua anak kecil senang, artinya monyet hanya pantas dijadikan penghibur bagi anak-anak kecil.
Ini adalah gambaran bagi orang atau pejabat yang tidak memiliki gambaran riil.
Ia naik ke kursi kekuasanaan bukan karena kemampuannya, tapi karena popularitas dan pendukung butanya.

4.Monyet sangat rakus
Seekor monyet, ketika ada kesempatan mengambil makanan, segera ia penuhi tangan kanan dan kirinya, bahkan kedua kakinya.

Ini gambaran bagi orang atau pejabat yang menggunakan aji mumpung.
Tak ada lagi rasa malu dan risih mengeduk harta rakyat untuk dibagikan kepada keluarga dan kroni-kroninya. Semoga sifat-sifat monyet di atas tidak bercokol pada diri kita

Tetap Calonkan Wan Azizah Sebagai Menteri Besar – Anwar

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad. Beliau mahu semua pihak termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

“Saya akan merayu kepada mereka (PAS) agar menerima keputusan majlis pada 17 Ogos lalu sebagai keputusan muktamad dan seterusnya memastikan semangat bekerjasama Pakatan Rakyat dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas hadir satu prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini Khamis.

Anwar mengakui isu calon menteri besar Selangor itu sedikit sebanyak telah menggugat keutuhan pakatan pembangkang, tetapi beliau yakin ia boleh diatasi sekiranya mereka menghormati dan akur kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan itu. Beliau berkata keputusan mencalonkan isterinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga dibuat selepas mendapat nasihat perundangan.

Anwar berkata soal memanggil semula satu lagi mesyuarat majlis juga tidak timbul sama sekali kerana semua pihak kini terikat dengan keputusan tersebut. Berkenaan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin supaya pemimpin PAS, PKR dan DAP, mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar, Anwar berkata PKR tetap dengan keputusan yang Majlis Presiden putuskan itu.

“Semua pihak terikat dengan keputusan 17 Ogos…di mana semua pemimpin tertinggi Pakatan telah hadir pada mesyuarat tersebut,” tegas Anwar.

Pada Selasa lepas, Abdul Khalid mempersembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, tetapi baginda menangguhkan menerima permohonan itu sehingga menteri besar baharu dipilih – BERNAMA

PAS yang sememang nye 'hampehhh'

PAS akan kemuka calon PKR jadi MB Selangor...Pelik Lah Dengan PAS Ni


"SHAH ALAM: PAS Selangor membuat keputusan untuk tidak mencalonkan wakil rakyat parti itu bagi dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu sebaliknya akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk jawatan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.

"Kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya selepas mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri, di sini malam tadi......."
Pade mulenye mati2 Tok menjangke kan PAS akan mencadang kan calon dari parti nye seperti yang di titahkan oleh Baginda Sultan. Kan ke Baginda Sultan dah bertitah supaye tiap2 parti dalam Pakatan Rakyat tu supaye mempersembahkan name calon dari parti masing2 iaitu PAS, PKR dan DAP.
Pade pandangan Tok, nampak sesangat dungu nye pemimpin2 PAS ni, ade ke menyebuk dengan mencadangkan calon dari parti orang lain. Ade lebih nampak bijak jike berdiam diri sahaje jike tak mau mencalon kan calon dari PAS.
Nampak nye DAP tu lebih bijak dari PAS sebab nye tidak mencalon kan sesiape pun kecewali hanye menyokong cadang yang di usulkan oleh PKR iaitu Datuk Wan Azizah sahaje. Kedunguan PAS yang melampau ni sungguh memalukan ahli2 dan penyokong2.

KhalidSamad DEDAH tawaran RASUAH Pakatan Rakyat kepada TS Khalid_Ibrahim jika akur arahan KETUM!

 

hli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mencabar mana-mana ahli atau pemimpin PAS untuk keluar dari parti itu sekiranya mereka berpandangan bahawa PAS lebih baik untuk berpisah dari Pakatan Rakyat.

AJK PAS Pusat yang sering dikritik akar umbi parti itu berkata, setelah ahli atau pemimpin itu keluar dari parti itu, barulah PAS mampu memainkan peranan yang lebih berkesan di dalam gabungannya dengan DAP dan PKR.

"Apabila ahli ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR.

"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain," kata Khalid yang dipetik dari Malaysian Insider, semalam.

Khalid turut mengaku bahawa terdapat di kalangan ahli atau pemimpin parti itu yang tidak setuju untuk PAS terus bersama Pakatan Rakyat dan mereka inilah yang wajar "dihalau" keluar dari parti tersebut.

Sejak PAS bergabung dengan DAP dan PKR sejak 2008, ahli dan para pemimpinnya sudah berkali-kali berdebat di antara sesama mereka ekoran peranan serta kedudukan parti itu yang dilihat seolah-olah diperkotak-katik oleh dua parti sekutu mereka.

Kemuncaknya dilihat makin meruncing berhubung isu krisis Menteri Besar Selangor menyaksikan dua ADUN PAS, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin lebih memilih untuk "derhaka" pada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Dewan Ulama.

ADUN Hulu Klang dan Morib itu secara terbuka memberi sokongan terhadap pemilihan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang digulingkan melalui gerakan yang dicetus PKR sendiri.

Sebelum ini, ramai ahli di peringkat akar umbi secara terbuka meminta para pemimpin PAS supaya mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan PKR dan DAP, selain mendakwa parti Islam terlalu banyak berkompromi seterusnya merugikan kepentingan PAS.

Selain itu, ada pula ahli yang mengkritik pemimpin PAS Selangor yang dilihat bagaikan "lembik" sedangkan pemimpin dari parti itu lebih layak untuk dipilih sebagai calon Menteri Besar di Selangor berdasarkan kelebihan majoriti yang dimiliki PAS.

Bagaimanapun, Khalid dilihat enggan bersetuju dengan kritikan itu dan dia mendakwa kononnya PAS mampu menjadi parti berkesan dalam Pakatan Rakyat, sekaligus menolak khabar angin parti itu mengintai jawatan Menteri Besar Selangor.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi PAS tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor kerana calon mesti mendapat sokongan majoriti," kata Khalid lagi.

Mengejutkan, Ahli Parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa Khalid Ibrahim akan menerima "habuan" setimpal dari suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya bersetuju menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Presiden PKR itu secara "baik".

"Saya yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan peranan baru bagi Khalid jika isu itu diselesaikan secara baik." dakwa Khalid. -KedahNews.com



AMUKANMELAYU - Kuasa POLITIK sedang membahagi-bahagikan Tanah Melayu ini mengikut "SISTEM FARAID"  macam harta PUSAKA keturunan mereka.....