Thursday, 14 August 2014

DRAMA SWASTA - KHALID CROOK, ANWAR HERO, KAK JIJAH HEROIN DAN UMNO PAK PACAK


FILM TERHEBAT ABAD INI

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ini Bukan Krisis MB sebenarnya...

AMUKANMELAYU - 18 Syawal 1435H Olak Lempit, Jawatan MB merupakan satu amanah dan tanggungjawab antara yang terbesar seorang pemimpin terpaksa dilakukan demi rakyat. Setiap kita akan di adili di akhirat kelak, ini termasuklah penulis yang setiap hari...menyindir, membelasah, menyatakan yang HAK dan mungkin juga fitnah. Semua itu penulis sedar akan tanggung jawabnya.

Tetapi Jawatan Menteri Besar bukanlah jawatan yang di ujudkan untuk menjadi rebutan dan MENGGILAInya sehingga  menjadi perkelahian dan menyerang Penyandangnya yang dulunya adalah kawan sebantal. Rebutan melampau amat sangat, ia sangat dikagumi kerana ramai yang berebut untuk berkhidmat kepada rakyat. Syukur penulis kerana orang sangup bergolok bergadai kerana nak berbakti kepada rakyat. Bertuah sungguh rakyat Selangor ini.

Apa keperluan rakyat???

Tetapi krisis MB Selangor di depan mata adalah antara contoh untuk kita nilai bersama sejauh mana perebutan itu antara dua atau tiga pihak berasaskan berkhidmat kepada rakyat sebagai yang pertama dan utama atau ada sebab-sebab-sebab-sebab-sebab lain yang utama.

Jika keutamaan kepada rakyat itu  duduk no 10, jadi kenapa kita yang tidak berapa ahli pada mana-mana parti atau atas pagar bersungguh-sungguh menyokong satu pihak yang sebenarnya kedua-dua pihak adalah sama kuat hipokriknya?.

Apa asas yang kita gunapakai untuk menilai dan menyokong. Atas rasa benci pada satu pihak lain ??
Adakah kita bersetuju kedua-dua pihak sebenarnya sama sahaja, mengejar pangkat untuk kuasa dan akhirnya kuasa itu kepentingan pertama untuk diri mereka dan mengisi TEMOLOK masing-masing dan Kononnya KERAJAAN RAKYAT sebenarnya tidak ujud. Janji massssukkkkkkkk

Jika bukan untuk rakyat, biarlah mereka bergasak, bergaduh, bertumbuk dan memecah kepala sesama mereka dan  untuk menentukan samada akhirnya Khalid kekal atau Selangor mendapat MB yang baru, dan rakyat mendapat cekodok pisang terlebih tepung atau pun beras usang akan di agihkan mengikut zon atau Bantuan Orang Miskin yang akan berbelanja di Supermarket yang di pilih dan yang untun adalah sepet.

Jika kita bersetuju, kenapa tidak kita terutama yang bukan rakyat Selangor  cool dan menjadi pemerhati yang santai... Ini drama percuma bukan dari astro.

#Azizah sudah dapat 30 sokongan ADUN tetapi boleh ke dia mengatasi (1) 4 exco yg masih menyokong khalid  (2) Menamakan 3 calon MB untuk dinilai dan diperkenan Tuanku Sultan (3) Mengatasi kuasa pembubaran yang ada pada Khalid.


Yang penting kita enjoy sambil makan KARIPAP putar bersama KOPI panas........

Adegan yang di nanti-nantikan..........




Mungkin kita patut KATAkan di sini bahawa selain mereka menghabiskan babak-babak terakhir dengan adegan-adegan yang PANAS yang diLIHAT semakin MERENG kerana GAGAL bertemu Tuanku bagi menabalkan BINInya sebagai MB di Selangor, UMNO Selangor dan para juak-juaknya yang nampak lesu tapi turut juga   MERENGnya, sehinggakan TPM bersuara seperti UmNO Selangor tiada bersuara seperti Mat Gian selepas berkarok semalam.. 

Kita nak TANYAlah kepada UMNO Selangor dan hubaya-hubaya mereka ini.. Dengan hanya 12 KERUSI DUN, apa yang UMNO Selangor boleh BUAT dalam KRISIS MB Selangor ini? Apakah UMNO Selangor meRASAkan yang mereka ada 'Bargain POWER' untuk menentukan KEPUTUSAN ini? 

- Cuba TANYA UMNO NEGERI manakah yang mengHARAPkan 'DUIT dah TURUN ke bawah' dulu BARU nak buat KERJA setiap kali PRK atau PRU?

- Cuba TANYA UMNO NEGERI manakah yang paling BANYAK berPOLITIK WANG setiap kali pemilihan JAWATAN PARTI?

- Cuba TANYA UMNO NEGERI manakah yang paling 'POYO' PERASAN mereka tuh masih berKUASA walaupun asyik KALAH memanjang?

Atas sebab itulah TPM TS Muhyiddin sendiri mengARAHkan agar UMNO Selangor menyokong aje MB GAGAP dalam KRISIS di Selangor pada kali ini.
TS Muhyiddin pun TAHU yang UMNO Selangor dan para penCACAInya bukan boleh diHARAP pun.. Kalau DS Najib sendiri yang pernah menjadik KETUA PerHUBUNGan UMNO di sana pun boleh kena 'KENCING' dengan mereka ini, apatah lagi orang lain? UMNO Selangor patut letak CERMIN BESAR kat OFIS tu..

IRONInya, mereka yang mahukan MB GAGAP ini diJATUHkan pun TAHU bahawa UMNO Selangor nih takde la seGAH mana pun.. Mereka pun TAHU bahawa UMNO Selangor dan para penCACAInya ini hanya beKERJA bila yakin 'DUIT dah TURUN ke bawah'.. Malah, mereka lebih TAKUTkan NGO-NGO Melayu/ISLAM seperti PERKASA, ISMA, JATI dan lain-lain dari UMNO Selangor.. KeRISAUan pihak yang mahu MB GAGAP ini diGANTIkan seperti PKR dan DAP La'anatullah ialah kerana mereka TIDAK mahukan Lebai-Lebai PKR yang menyarung jubah PAS lebih DOMINAN di Selangor..Tentu sukar nak diTERIMA jika PAS RuMi menguasai keKAYAan Selangor!


Sebab itulah mereka berMATI-MATIan menCABAR MB GAGAP memBUKTIkan bahawa SOKONGan dia untuk memerintah Selangor adalah 'REAL'.


Malah keRISAUan 'BAPAK Lim' jugak terserlah apabila dia mahukan keSEMUA 43 ADUN Selangor menyatakan mereka berPIHAK kepada siapa kali ini.

'BAPAK Lim' RISAU bukan kerana KHUATIRkan UMNO Selangor meRAMPAS kerajaan pun.. Sebaliknya, 'BAPAK Lim' TIDAK SAMA sekali mahu meRELAkan DAP La'anatullah yang diTERAJUinya terpaksa TUNDUK kepada PAS di Selangor! Malah keRISAUan ini turut diRASAkan oleh Bang Non yang RISAU bahawa PKR akan HANCUR jika dia GAGAL menabalkan BINInya sebagai MB di Selangor.. Sebab itulah dia terpaksa mengajar bagaimana Hulu Langat dan Kuala Langat untuk menderhaka pada Tok Guru dan TGHH.

 

HULU dan KUALA LANGAT diarah 24 jam tarik balik sokongan pada Azizah


Perkara ini baru keluar di TV3 tadi.

Setiausaha PAS Selangor telah arahkan YB Saari Sungip dan YB Hasnol menarikbalik dokongan yang diberi kepada Datin Seri Wan Azizah sebelum keputusan Mesyuarat AJK Pusat pada 17hb.
Mereka diberi masa 24 jam unruk lakukan yang mana jika mereka tetap engkar, tindakan disiplin akan dilakukan.

Turut disebut, PAS akan rujuk balik surat akusn baiah kedua-dua mereka ketika menerima pencslunan untuk tand8ng di PRU di bawsh tiket PAS.

Baiah itu turut menuntut kesetiaan kepada pucuk kepimpinan PAS.

Anak Dato.Nik Aziz pun sudah bersuara ...



Apakah REAKSI PRESIDEN PAS? Tak TAHUlah.. Namun kalau kita ambil KIRA bagaimana Pak Kadok PAS yang merasa sangat cerdik sering di'perLEMBUkan' dengan UGUTan dan kini MB GAGAP pun GIGIT JARI kerana dua orang Mangkok Hayun PAS yang Cinta Beralih arah.. 


Apa pun, selepas ini paling LAMA pun MB Khalid boleh KEKAL MB mungkin hanya sebulan aje.. Kita PERCAYA bahawa SIDANG DUN yang berikutnya akan menyaksikan UNDI tak PERCAYA kepadanya.. Memandangkan MB Khalid pun sudah diPECAT daripada PKR dengan AIBnya, kita SARANkan agar dia pun tak payahlah lagi MALU-MALU untuk menDEDAHkan segala macam SKANDAL para PEMIMPIN PKR dan DAP La'anatullah lain yang jelas meMUSUHinya selama ini..

Ye la.. Kalau pun dia tak menjadi MB lagi selepas ini, sekurang-kurangnya pada MUSUHnya pun TIDAK jugak berPELUANG sedemikian.. Walaupun dia GAGAP, OTAK dia TIDAKlah sebegitu.. Kalau tak, mustahil dia diBERI kePERCAYAan semasa 'DAWN Raid' mengambil alih SAHAM Guthrie semasa ZAMAN TUN Mahathir dahulu? Jadik, SIA-SIAlah keBIJAKSANAannya kalau tak diGUNAkan..

Selangor Diambang Pilihan Raya Negeri