Nama Najib Razak Di Puji Dalam Sidang Kongres US
Ahli
kongres Amerika Syarikat, Faleomavaega dari American Samoa dalam satu
ucapannya pada 24 Julai yang lepas telah memuji diplomasi yang digunakan
oleh PM Malaysia, Najib Razak dengan pihak pemisah di Ukraine.
Beliau
berucap semasa sidang kongres dan ucapan itu telah dimuatnaik di laman
web http://capitolwords.org. Dalam ucapan itu beliau berkata Najib telah
meletakkan satu standard diplomasi di peringkat antarabangsa apabila
secara peribadi terlibat dalam rundingab dengan pihak pemisah di Ukraine
bagi menuntut mayat dan kotak hitam pesawat MH17 yang ditembak.
Berikut ialah teks ucapan asal yang diekstrak dari laman web capitolwords.org
Del. Eni F. H. Faleomavaega
Mr.
Speaker, I rise today to commend Prime Minister Najib Razak of Malaysia
for his leadership in negotiating the release of the remains of the
victims killed in the downing of flight MH17 in eastern Ukraine.
Prime
Minister Najib held a series of secret talks with the separatists to
broker an agreement for the return of the bodies and the promise of safe
passage for recovery teams going to the crash site. He also secured the
return of the black boxes of flight MH17 so that a full investigation
may ensue.
Prime Minister Najib's
personal involvement in the negotiations sets the standard for
diplomacy around the world. I commend Prime Minister Najib for not
leaving negotiations to aides.
Some
matters in life are sacred, and I am pleased that Prime Minister Najib
recognized this situation as such. I thank him for setting aside
politics for a higher purpose--to return the bodies of fathers, mothers,
brothers, sisters, sons and daughters to the families who lost and
loved them. I praise him for doing what others would not or could not.
My
thoughts and prayers are with all those who have been affected by this
tragedy. After a full and fair investigation, I am hopeful that those
responsible will be held accountable.
MALAYSIA MENGHADAPI SINDROM PENGUATKUASAAN
Berita di atas melaporkan dua pemandu bas kilang yang sekap causeway JB hingga terkandas ribuan pekerja dan terpaksa jalan melintas causeway dilepaskan mudah oleh pihak polis.
Mana boleh terlalu lembut? Kalau SIngapore dah tentu kena tahan masuk lokap dan didakwa mengacau ketenteraman awam!!!!
Ini menjejaskan puluhan ribu orang awam tapi polis patut gunakan undang-undang supaya jadi amaran kepada semua pihak yang cuba menghuru harakan negara.
Jika mudah sangat lepas pihak begin, merekai tidak akan taubat dari melakukan stunt begini dan akan terus gunakan trick bengini.
Hal ini dirancang kerana mereka bergembira meraikan berjaya jamkan causeway semalam.
Harami diatas adalah Dr Boo Cheng Hau DAP dan Steven Choong PKR. Selain itu ramai pemimpin DAP membuat komen. Baca di Tenggara is SE SINI.
Piha polis harus bawa semua pihak dalam gambar dan pemimpin yang bbuat komen untuk disiasat dan ditemuramah dengan cukup mendalam.
BAS KILANG MOGOK DI CIQ - DAP MENJADI DALANGNYA
Saturday, August 2, 2014
Punya la banyak bas kilang yang berbaris dan tak dapat meneruskan perjalanan untuk menghantar pekerja ke Singapura pada pagi semalam. Menurut beberapa pemimpin DAP, pemandu bas kilang ini melancarkan mogok membantah kenaikan tol di CIQ Johor Bahru.
Betul ke pemandu bas mogok? Takkan le
begitu banyak bas yang berderet, tapi yang berkumpul pegang kain rentang
cuma setakat dua tiga ekor ni aje.
Malah kalau menurut Straits Times (SINI), ia cuma disebabkan dua ekor pemandu yang menghalang laluan perjalanan dengan meletakkan bas mereka di laluan perjalanan bas.
Agak-agaknya lah, kalau DAP sibuk
menyalak mengatakan pemandu bas kilang mogok membantah kenaikan tol di
CIQ, walhal ianya hanya disebabkan oleh dua ekor "anjing" yang
menyusahkan orang lain, maka siapa agaknya yang bela dan beri makan
kepada "anjing" yang dua ekor tu?
UPDATE 8.30 a.m
Membaca berita di NST (SINI), nampaknya orang-orang yang berperangai haramjadah tak akan takut untuk menghuru-harakan keadaan.
Apa tidaknya, tindakan 2 "anjing" yang
yang mencetuskan huru-hara sehingga mendapat liputan yang begitu meluas
di Malaysia mahupun Singapura, hanya dibekalkan dengan amaran agar tidak
mengulangi perkara yang sama sekali lagi.
Begitu baiknya penguasa undang-undang
Malaysia!!! Sepatutnya mereka yang memalukan negara itu ditahan dan
didakwa. Rampas paspot mereka serta dihalang terus dari memasuki kawasan
CIQ manakala permit bas kilang tersebut patut ditarik semula.
.....sedih dengan budi bicara tak bertempat sebegini.
Kedudukan Najib makin kukuh – A Kadir Jasin
Pertama, apabila saya terserempak seorang bekas profesor ekonomi berketurunan India sebuah universiti awam di sebuah kedai kopi pada Hari Raya kedua.
Kedua, hujah bekas menteri undang-undang, Mohd Zaid Ibrahim, dan Ahli Dewan Rakyat DAP Kluang, Liew Chin Tong, bahawa (Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin yang lebih kuat daripada Datuk Seri Najib Razak.
Najib lebih kuat daripada Abdullah dari segi politik Dalam peristiwa pertama, saya terperanjat melihat wajah cendekiawan akademik itu. Beliau muram dan murung duduk berseorangan.
Saya bertanya adakah dia sakit atau kurang sihat? Katanya, dia tidak ada masalah kesihatan, tetapi jiwanya kacau melihat apa yang berlaku di Malaysia pada akhir-akhir ini dan menambah bahawa Malaysia nampak seolah-olah tanpa kepimpinan serta berkemungkinan meledak.
Saya katakan, Malaysia mungkin sudah "implode" – meledak dari dalam.
Di kedai kek berhampiran pula, taukenya – seorang wanita Cina – menunjukkan ke arah peti televisyen yang sedang menyiarkan berita. "All bad news (Semua berita buruk)," katanya.
Saya menasihati bekas pengajar universiti itu agar jangan terbawa-bawa dengan gundah-gulananya sehingga merana memakan diri.
Saya katakan kepada beliau: "Buat apa saudara gundah-gulana sehingga memakan diri sedangkan orang memerintah mungkin tidak pun peduli!"
Kepimpinan bentuk baru
Sama ada benar atau tidak, tanggapan bahawa Malaysia kini menderita keruntuhan kepemimpinan (leadership breakdown), realitinya (dan ironinya) cukup menarik, iaitu Najib, sebagai orang nombor satu dalam kepemimpinan negara, berjaya meletakkan dirinya sebagai perdana menteri yang kuat dari segi kedudukan politik.
Dari segi pentadbiran, beliau mungkin tidak sekuat Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein atau Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi beliau cukup kuat dari segi kedudukan politik, setidak-tidaknya pun secara perbandingan.
Justeru itu, sesiapa pun yang berhasrat menjatuhkan beliau atau mengharapkan kejatuhan beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah bermimpi di siang hari atau lebih mirip kepada mengigau dan meracau.
Najib mustahil boleh dijatuhkan sebagai Presiden Umno dan selagi beliau kekal Presiden Umno, beliau akan kekal sebagai Perdana enteri.
Hanya Umno yang boleh menjatuhkan Mohd Najib, tetapi selepas lebih lima tahun beliau menjadi perdana menteri dan Presiden Umno, tidak wujud sebarang tanda bahawa ada pemimpin Umno yang mampu atau mahu mencabar beliau.
Yang terdekat adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi beliau mengisytiharkan yang beliau "tired" (letih) dan tidak berminat mencabar Najib.
Antara alasan beliau adalah beliau tidak mahu dituduh tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana perdana menteri.
Perlu diingatkan yang Muhyiddin adalah pemimpin tertinggi Umno yang tegas mahu Abdullah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Baru-baru ini, Muhyiddin membisikkan kepada saya yang beliau sedang mengalami "sindrom timbalan perdana menteri" – merujuk kepada ramainya TPM yang tidak naik menjadi PM – (Tun) Dr Ismail Abdul Rahman (meninggal dunia), (Tun) Musa Hitam (meletak jawatan), (Tun) Abdul Ghafar Baba (meletak jawatan) dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (disingkirkan).
Main selamat baik untuk Najib
Hatta Dr Mahathir yang begitu popular dan cemerlang pun tidak bernasib baik atau kuat dalam parti seperti Najib.
Tidak sampai lima tahun menjadi PM dan Presiden Umno, Dr Mahathir sudah mula dicabar, bermula dengan peletakan jawatan Musa sebagai TPM pada awal tahun 1986 dan dituruti pada tahun berikutnya oleh cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan jawatan Presiden Umno.
Tidak ada sebarang isyarat bahawa wujud watak-watak seperti Tengku Razaleigh dan Musa dalam kepemimpinan Umno hari ini yang boleh mengancam kedudukan Najib.
Najib sering disindir kerana kononnya main selamat (play safe). Apa yang kurang disedari adalah amalan main selamat itu menjadikan Najib kuat. Beliau tidak mencetuskan permusuhan dengan sesiapa dan berbaik-baik dengan semua. Amalan main selamat membawa tuah kepada beliau.
Dan sejak menjadi PM pada 4 April, 2009 beliau menggunakan kuasa politik, eksekutif dan ekonomi untuk meramaikan penyokong setia, menjinakkan penentang dan memusnahkan musuh.
Hasilnya beliau melantik ahli kabinet, penasihat, pegawai khas dan perunding pelbagai kelas paling ramai dalam sejarah PM Malaysia.
Ramai pengkritik beliau di dalam dan luar Umno, termasuk veteran parti, telah menyerah kalah. Mereka sudah mati akal berdepan dengan "elegant silence" beliau. Mereka tidak tahu apa lagi yang boleh mereka lakukan demi Umno dan negara.
Siapa kata Najib lembik? Kalau ya pun, beliau sekadar mempamerkan sifat itu bagi mengelirukan dan memerangkap penentang-penentangnya – umpama mentadak (praying mantis) yang terenjut-enjut atas daun, tetapi sepantas kilat menerkam.
Nasib Najib luar biasa baiknya. Kalau kita percaya kepada laporan media massa dalam dan luar negara, hatta tragedi yang menyayat hati seperti penembakjatuhan MH17 pun menjadikan Najib lebih kuat dan popular.
Ke mana arah tujuan kita?
Buat waktu ini, kedudukan politik Najib nampak cukup baik, unggul dan tenteram. Tidak ada siapa yang boleh menjatuhkan beliau.
Dalam situasi itu, Umno yang dikatakan lemah dan Barisan Nasional yang tidak bermaya akan terus memerintah kerana Pakatan Rakyat tidak lagi kuat.
Pergolakan dalam PR berkaitan perebutan jawatan menteri besar Selangor di kalangan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat menguatkan lagi kedudukan Najib.
Apa yang membimbangkan adalah pengundi bukan lagi akan memilih di antara "the devil that they know" dengan "the devil that they don't know" seperti diungkapkan oleh Dr Mahathir ketika PRU 2013, sebaliknya memilih antara yang terkuat di kalangan yang lemah.
Natijahnya, kalau kemampuan kepemimpinan negara yang diterajui oleh Mohd Najib menguruskan ekonomi hambar, keselamatan tidak terjamin dan kedaulatan negara dicerobohi maka yang akan menderita adalah rakyat jelata.
Mohd Najib kuat, tetapi rakyat jelata belum tentu kuat juga.
Wallahuaklam. – kadirjasin.blogspot.com, 1 Ogos, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Kedudukan Mohd Najib Makin Kukuh
A Kadir Jasin
Friday, August 01, 2014
DUA peristiwa
mencetuskan keinginan saya untuk menulis kupasan yang agak panjang ini.
Pertama, apabila
saya terserempak seorang bekas profesor ekonomi berketurunan India sebuah
universiti awam di sebuah kedai kopi pada hari raya kedua.
Kedua, hujah bekas
menteri undang-undang, Mohd Zaid Ibrahim, dan Ahli Dewan Rakyat DAP Kluang,
Liew Chin Tong, bahawa (Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin yang lebih
kuat daripada Mohd Najib Abdul Razak.
Mohd Najib lebih kuat daripada Abdullah di segi politik |
Dalam peristiwa
pertama, saya terperanjat melihat wajah cendekiawan akademik itu. Beliau muram
dan murung duduk berseorangan.
Saya bertanya
adakah dia sakit atau kurang sihat? Katanya, dia tidak ada masalah kesihatan,
tetapi jiwanya kacau melihat apa yang berlaku di Malaysia pada akhir-akhir ini
dan menambah bahawa Malaysia nampak seolah-olah tanpa kepemimpinan serta
berkemungkinan meledak.
Saya katakan,
Malaysia mungkin sudah "implode" - meledak dari dalam.
Di kedai kek
berhampiran pula, taukenya - seorang wanita Cina - menunjukkan ke arah peti
televisyen yang sedang menyiarkan berita. "All bad news (Semua berita buruk)," katanya.
Saya menasihati
bekas pengajar universiti itu agar jangan terbawa-bawa dengan gundah-gulananya
sehingga merana memakan diri.
Saya katakan
kepada beliau: "Buat apa saudara gundah-gulana sehingga memakan diri
sedangkan orang memerintah mungkin tidak pun peduli!"
Kepemimpinan Bentuk Baru
Sama ada benar
atau tidak tanggapan bahawa Malaysia kini menderita keruntuhan kepemimpinan (leadership
breakdown), realitinya (dan ironinya) cukup menarik, iaitu Mohd Najib, sebagai
orang nombor satu dalam kepemimpinan negara, telah berjaya meletakkan dirinya
sebagai Perdana Menteri yang kuat dari segi kedudukan politik.
Dari segi
pentadbiran, beliau mungkin tidak sekuat Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul
Razak Hussein atau Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi beliau cukup kuat dari segi
kedudukan politik; setidak-tidaknya pun secara perbandingan.
Justeru itu,
sesiapa pun yang berhasrat menjatuhkan beliau atau mengharapkan kejatuhan
beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah bermimpi di siang hari
atau lebih mirip kepada mengigau dan meracau.
Mohd Najib mustahil boleh dijatuhkan sebagai
Presiden Umno dan selagi beliau kekal
Presiden Umno, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri.
Hanya Umno yang
boleh menjatuhkan Mohd Najib, tetapi selepas lebih lima tahun beliau menjadi
Perdana Menteri dan Presiden Umno, tidak wujud sebarang tanda bahawa ada pemimpin Umno yang mampu atau mahu mencabar beliau.
Yang terdekat
adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd
Yassin. Tetapi beliau telah pun mengisytiharkan yang beliau "tired" (letih) dan tidak berminat
mencabar Mohd Najib.
Antara alasan
beliau adalah beliau tidak mahu dituduh tidak boleh bekerjasama dengan
mana-mana Perdana Menteri. Perlu diingatkan yang Muhyiddin adalah pemimpin tertinggi
Umno yang tegas mahu Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri
selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Baru-baru ini,
Muhyiddin membisikkan kepada saya yang beliau sedang mengalami "sindrom
Timbalan Perdana Menteri" - merujuk kepada ramainya TPM yang tidak naik
menjadi PM - (Tun) Dr Ismail Abdul Rahman (meninggal dunia), (Tun) Musa Hitam
(meletak jawatan), (Tun) Abdul Ghafar Baba (meletak jawatan) dan (Datuk Seri)
Anwar Ibrahim (disingkir).
Main Selamat Baik Untuk Najib
Hatta Dr Mahathir
yang begitu popular dan cemerlang pun tidak bernasib baik atau kuat dalam parti
seperti Mohd Najib.
Tidak sampai lima
tahun menjadi PM dan Presiden Umno, Dr Mahathir sudah mula dicabar, bermula
dengan peletakan jawatan Musa sebagai TPM pada awal tahun 1986 dan dituruti
pada tahun berikutnya oleh cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan
jawatan Presiden Umno.
Tidak ada sebarang
isyarat bahawa wujud watak-watak seperti Tengku Razaleigh dan Musa dalam
kepemimpinan Umno hari ini yang boleh mengancam kedudukan Mohd Najib.
Mohd Najib sering
disindir kerana kononnya main selamat (play
safe). Apa yang kurang disedari adalah amalan main selamat itu menjadikan
Mohd Najib kuat. Beliau tidak mencetuskan permusuhan dengan sesiapa dan
berbaik-baik dengan semua. Amalan main selamat membawa tuah kepada beliau.
Dan sejak menjadi
PM pada 4 April, 2009 beliau menggunakan kuasa politik, eksekutif dan ekonomi
untuk meramaikan penyokong setia, menjinakkan penentang dan memusnahkan musuh.
Hasilnya beliau melantik ahli kabinet, penasihat, pegawai khas dan perunding
pelbagai kelas paling ramai dalam sejarah PM Malaysia.
Ramai pengkritik
beliau di dalam dan luar Umno, termasuk veteran parti, telah menyerah kalah.
Mereka sudah mati akal berdepan dengan "elegant silence"
beliau. Mereka tidak tahu apa lagi yang boleh mereka lakukan demi Umno dan
negara.
Siapa kata Mohd
Najib lembek? Kalau ya pun, beliau sekadar mempamerkan sifat itu bagi
mengelirukan dan memerangkap penentang-penentangnya - umpama mentadak (praying mantis) yang terenjut-enjut atas
daun, tetapi sepantas kilat menerkam.
Nasib Mohd Najib
luar biasa baiknya. Kalau kita percaya kepada laporan media massa dalam dan
luar negara, hatta tragedi yang menyayat hati seperti penembakjatuhan MH17 pun
menjadikan Mohd Najib lebih kuat dan popular.
Ke Mana Arah Tujuan Kita?
Buat waktu ini,
kedudukan politik Mohd Najib nampak cukup baik, unggul dan tenteram. Tidak ada
siapa yang boleh menjatuhkan beliau.
Dalam situasi itu,
Umno yang dikatakan lemah dan Barisan Nasional yang tidak bermaya akan terus
memerintah kerana Pakatan Rakyat tidak lagi kuat.
Pergolakan dalam PR berkaitan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor di kalangan
kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat menguatkan lagi kedudukan Mohd Najib.
Apa yang
membimbangkan adalah pengundi bukan lagi akan memilih di antara "the devil
that they know" dengan "the devil that they don't know"
seperti diungkapkan oleh Dr Mahathir ketika PRU 2013, sebaliknya memilih antara yang
terkuat di kalangan yang lemah.
Natijahnya, kalau
kemampuan kepemimpinan negara yang diterajui oleh Mohd Najib menguruskan
ekonomi hambar, keselamatan tidak terjamin dan kedaulatan negara dicerobohi
maka yang akan menderita adalah rakyat jelata.
Mohd Najib kuat,
tetapi rakyat jelata belum tentu kuat.
Wallahuaklam.
AMUKANMELAYU - ISSU ICQ, BENAR KATA A.KADIR JASIN - Kedudukan Politik Najib Kuat, Tetapi Yang Menderita Adalah Rakyat.