Monday, 4 August 2014

Pecah dan Perintah... DAP dan PKR Terus-Menerus Hina PAS

OLAK LEMPIT - 8 Syawal 1435 H. Penulis amat menyinga dengan POSTING GAMBAR di bawah ini. Ini sudah lebih dari melampau. Selagi undang-undang di gunakan BERPILIH-PILIH, Orang Melayu dari raayat jelata sehinggalah ke Pemimpinnya di hina dan di cerca. Jika HAMAS di Plastine kita dapat mebantu, kenapa dengan "PELESIT" dalam Negara ini tidak dapat di benteras? Apakah PIHAK BERKUASA amat takut dengan Imegran atau hanya berani dengan Melayu sahaja?

Dimana AMANAH anda dengan Ugamabangsa? Jika Negara ini jatuh kepada puak ini adakah anda yakin anda akan terus berada di puncak kuasa? Jika Melayu dah tidak punya kuasa.....semua kita akan hancur belaka.......bertindaklah sebelum Orang Melayu bertindak membelakangkan undang-undang, jangan biarkan Orang Melayu kembali menggunakan "KHUDRAT"......

Monday, 4 August 2014


PENGHINAAN yang melampau ke atas Tok Guru.

Tahaluf Siyasi yang sembrono akhirnya telah menjadikan PAS sebagai kambing hitam dan hilang maruah. Ahli-ahli serta akar umbi PAS telah dijadikan sebagai mayat hidup untuk mengukuhkan kedua-dua parti itu menguasai PAS dari pucuk kepimpinan sehinggalah ke tukang gantung poster. Hampir setiap aktiviti PAS selepas Tahaluf Siyasi dimeterai, perlu diikuti serta dipersetujui oleh PKR dan DAP.

Pengundi bukan Melayu... itulah alasan yang kerap diberikan mengapa PAS perlu terus ditakluki dan dijajah oleh PKR dan DAP.

PAS kerapkali ditakut-takuti kononnya kalau keluar dari Pakatan Rakyat, maka PAS tidak akan dapat undi daripada bukan Melayu lagi. PAS juga kononnya akan terpencil dan akhirnya menjadi sebuah parti politik sampah.

Mereka terlupa barangkali, PAS wujud secara rasmi semenjak dari tahun 1951 dan semenjak dari tahun itu, PAS bersendirian sehinggalah pada tahun 2008 apabila Anwar Ibrahim yang gila hendak menjadi Perdana Menteri dan DAP yang mahu melaksanakan penghapusan keistimewaan kedudukan agama Islam di negara ini, bersatu dengan memujuk PAS untuk mengurangkan risiko bertanding dalam PRU menerusi kaedah satu lawan satu.

Dari tahun 2008 juga, ahli-ahli dan para penyokong PAS telah dikerah untuk menyokong apa-apa sahaja yang dilakukan oleh PKR dan DAP tanpa banyak berfikir. Sekalipun keuntungan yang diperolehi PAS, terlalu kecil kalau dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi oleh PKR dan DAP hasil daripada kerjasama tersebut, ternyata PAS tetap istiqomah dan setia kepada perjanjian membentuk Pakatan Rakyat.

Sesiapa sahaja dari kalangan PAS yang menegur atau mengkritik penghinaan yang dilakukan terhadap PAS oleh DAP dan PKR, bukan sahaja dihina dan dipencilkan, malah akan disingkirkan. Beberapa orang pemimpin besar yang menjadi faktor kekuatan PAS, telah diarahkan oleh DAP dan PKR untuk disingkirkan.

Itu yang berlaku kepada Ustaz Nasha dan Hasan Ali. Mereka bukan sahaja diserang, dihodohkan dengan pelbagai cerita peribadi yang tidak pernah kita dengar sebelum PAS bertahaluf siyasi dengan PKR serta DAP, malahan mereka dikatakan pula sebagai kuda trojan UBN dalam PAS.

Ahli-ahli dan jemaah PAS sepatutnya membuka lebih besar kewarasan mereka. Fikirkan dan teliti dengan sebaik-baiknya, apa yang telah dilakukan oleh PKR dan DAP dalam usaha mereka terus menjadikan PAS sebagai budak suruhan.

Bukankah setiap kali mesyuarat Majlis Presiden, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dipaksa tutup mulut, tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang cadangan mahupun pendapat, sebaliknya diarahkan agar patuh dan tunduk sahaja kepada semua pendapat serta kehendak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim?

Bukankah nama TGHH digunakan secara sewenang-wenangnya tanpa persetujuan TGHH sendiri sepertimana yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden baru-baru ini apabila Anwar Ibrahim mengumumkan Pakatan Rakyat mencapai persetujuan untuk menggantikan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah, isterinya sendiri sebagai Menteri Besar Selangor?

Mereka tidak sahaja menyerang dengan menggunakan pembohongan lisan, tetapi PKR dan DAP turut mengerahkan kekuatan mereka di medan maya dengan membuat pelbagai fitnah terhadap para pemimpin PAS sepertimana gambar yang tertera di atas.

Selagi PAS tidak bangkit, tidak menunjukkan kepada PKR dan DAP siapa kita dan di mana kekuatan yang sebenar-benarnya, kita akan terus ditindas dan selagi itulah hidung kita akan dicucuk, Anwar serta Lim Guan Eng akan bebas melakukan apa-apa sahaja, walaupun kita kemudiannya dipaksa menafikan kejahatan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dengan pelbagai dalil agama, biarpun pada masa yang sama, kita tahu kebenarannya. - by Santau Berapi


SEMUA INI BENAR BELAKA, bertautlah kembali...kita dah terlalu lama bersengketa.

BIAR PUN SEJAUH MANA PERBEDAAN PENDAPAT, TAPI KITA TETAP BERSAUDARA
by jebat berkokok

Rakyat PAS tidak perlu melatah dengan menuding jari bahawa apa masaalah yang menimpa ini adalah ciptaan orang orang UMNO. Orang orang UMNO pun sebenarnya tidak mengharapkan untuk PAS keluar Pakatan dan menyertai UMNO atau Barisan Nasional.

Cukuplah sekadar mengharapkan PAS keluar daripada Pakatan dan berdiri sebagai parti tunggal. Cukup lama PAS berjuang dan berdikari. Tanpa PKR dan DAP. PAS tetap megah dan berupaya.

Tanpa PAS...mana mungkin DAP berkuasa di Pulau Pinang..tanpa PAS..mana mungkin PKR berkuasa di Selangor. Semuanya kerana jasa PAS.

Sekali lagi kita menyeru rakan seagama kita di dalam PAS..langkah anda meninggalkan Pakatan Rakyat adalah langkah kanan. Kami orang orang UMNO tidaklah terdesak mahukan penyertaan PAS ke dalam UMNO atau Barisan Nasional tetapi sekadar mahukan PAS sebagai saudara seagama kami bebas bersuara dan berjuang memartabatkan Islam.

Jauh daripada itu..kami tidak rela anda saudara seagama kami dibentak bentak dan diarah arah oleh mereka yang cemburukan Islam. Ikhlas kata...sebesar mana pun jurang beda pendapat politik kita..kalimah kita tetap satu. Mereka mencubit peha anda orang orang PAS..peha kami orang orang UMNO turut sama terpalit ngilunya...!!!

Carik carik bulu ayam!!!

Kita makan ketupat dan rendang yang sama!!


AMUKANMELAYU - Dasar pecah dan perintah hanya ada pada mereka yang tamak dan mengetepikan Ugama.............